selamat beristirehat tenang di sana |
Thursday, December 13, 2012
Redha melepaskan kamu ( _ _ )
Sunday, October 21, 2012
..::Suara Hati Ibu::..
..:: Dari Lubuk Hati Ibu by NorHaffizah Musa ::.. |
Saturday, September 29, 2012
..::Bulatan Cinta ::..
Hidupkan iman dalam bulatan ta'lim |
Assalamualaikum w.b.t. Moga kesibukan kita memikir urusan dunia, tidak kita lupa untuk menyandarkan kesibukan dunia itu semuanya untuk bekalan akhirat kelak. Moga tiap urusan kita sentiasa dalam pandangan kasih Allah s.w.t
=======================================================
Alhamdulillah dalam kesibukan saya dan juga sahabat-sahabat lain menguruskan segala macam urusan dunia, sempat juga kami duduk bersama di dalam satu bulatan sederhana. Topik mukaddimah sebagai permulaan ta'lim untuk semester ini adalah 'NIAT & CINTA'.
Niat menjadi topik biasa tiap kali ta'lim di mulakan. Pentingnya untuk kita memperbetulkan dan memperbaiki niat tiap kali ingin mencipta langkah baru dalam kehidupan ini.
Apa yang kita rasa bila dapat something yang baru. Baju baru? Hand phone baru? ataupun bila kita memasuki suatu suasana yang baru. Semester baru? Kehidupan baru? (^_^)...
Apa yang kita rasa?
Sudah tentu kita rasa sesuatu yang baru juga kan. Dan yang paling penting waktu tu semangat kita sangat-sangatlah berkobar-kobar. Rasa mahu buat semua benda kan.
Begitu juga dengan niat, bila kita sering perbaharui niat, kita juga akan merasa yang sama. Azam, semangat dan kekuatan yang baru.
Disebabkan itulah pentingnya hadith ini dijadikan aplikasi dalam kehidupan seharian dan rujukan kita tiap hari. Kita adalah manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kelupaan, jadi janganlah merasa diri sudah cukup hebat tanpa ada rasa untuk memperbaiki dan memperbaharui niat kita yang sering berubah-rubah.
Topik seterusnya, topik cinta. Sengaja saya mengambil topik ini sebagai mukaddimah bagi ta'lim ini. Bila kita sentuh soal cinta ianya pasti akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Kerana cinta itu terlalu rapat dengan kehidupan kita.
Macam-macam pendapat sahabat-sahabat ta'lim yang hebat ini dilontarkan. Ada satu pendapat yang tidak pernah juga saya terfikir akannya. Tertarik tatkala mendengar pandangan daripada seorang sahabat ini, simple sahaja pandangannya tetapi sangat-sangat mendalam maknanya.
Ada juga yang memberikan pendapat yang panjang hujahnya. Juga hebat. Samada panjang mahupun simple pandangannya itu bukanlah menjadi titik persoalannya, saya raikan semua pandangan sahabat-sahabat. Apa yang penting, titik persamaan yang perlu di ambil pada tiap pandangan yang pada pandangan zahirnya tampak berbeza.
Sepertimana yang pernah di perkatakan oleh penulis kegemaran saya, kak Fatimah Syarha ketika beliau dan suaminya bertandang ke universiti kami dalam program bedah buku 'Novel Cinta High Class', beliau berkata:
" Kenapa seringkali saya menyentuh soal cinta? Ada apa dengan cinta? Kerana dengan cinta itulah yang akan membina ummat, dengan cinta itulah yang akan membina iman, dengan cinta itulah yang akan membina tarbiyah. Hebatnya kuasa cinta. Kerana itu cinta itu sangat penting untuk di bina atas landasan Islam yang sebenar sejak dari hari pertama kita mengenal cinta "
Sewaktu ta'lim, tidak pula saya sempat bertanya sahabat-sahabat persoalan ini. Apakah jawapan bagi soalan ini?
Sudah tentunya, kita mengenali cinta sejak kita berada dalam perut ibu kita. Sejak roh ditiupkan dalam jasad dan sejak kita berjanji setia kepada pencipta cinta Allah azza wajalla.
Sejak itulah kita mengenali cinta tanpa kita sedari. Kerana itu, ibu dan ayah kitalah yang memegang amanah besar ketika itu untuk membentuk cinta kita menjadi satu cinta yang benar-benar berpaksi pada landasan syariat yang benar. Jika dari awal telah kita dibentuk dengan baik, maka pertengahannya juga akan terbentuk menjadi satu cinta yang indah.
Namun, tatkala kita mencapai umur baligh. Ketika inilah amanah telah dipertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk meneruskan tarbiyah cinta yang dibentuk indah oleh ibu bapa kita sehingga ke akhir kehidupan.
Cinta itu suatu amanah. Jangan sia-siakannya. Teruskan untuk memelihara cinta itu biarpun ramai insan yang tidak berfikrah membencinya.
Alhamdulillah, setelah masing-masing bijak dan hebat dalam mengeluarkan idea. Sempat juga kami menulis kata-kata indah di dalam kepingan hati masing-masing. Macam-macam juga madah pujangga masing-masing. (^_^)..
Alhamdulillah,mudah-mudahan kami dipermudahkan urusan untuk bertemu lagi di dalam bualatan yang sama walau sesibuk bagaimanapun urusan kami. Moga dimudahkan Allah. Bertemu dan berpisah kerana Mu. (^_^)
Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami dengan Cinta Mu |
Sunday, September 23, 2012
..::Kita berstatus Hamba::..
===========================================
Tenggelamlah tangisan si adik dalam dakapan seorang kakak.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.
Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
" Kenapa mesti saya yang diuji? sedangkan semua perintah dan laranganNya saya turuti. Kenapa mereka yang seronok bermaksiat itu tidak diuji hebat seperti saya? "
Inilah kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya dan seluruh insan yang berada di sekelilingnya adalah milik Mutlak Allah yang sangat-sangat layak untuk diuji.
Ramai yang berusaha untuk mengejar kekayaan dunia kerana takut akan kesusahan dunia. Bila ditanya...
" Bagaimana harapan pada masa akan datang? "
" Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Saya tidak mahu masa silam, kesusahan saya ketika saya kecil dahulu berulang kembali pada masa akan datang. Cukuplah saya telah dibesarkan dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan dahulu. Dengan hinaan dan cacian orang terhadap keluarga saya yang susah dahulu. Sekarang saya mahu menjadi seorang yang baru, tanpa menoleh kebelakang semula dan saya berjanji akan hapuskan dan luputkan semua kesusahan sewaktu saya kecil dahulu daripada kehidupan baru saya kini."
( = =!)...Hapuskan dan luputkan semua kesusahan??..Sakitnya hati mendengar luahan semacam ini.....
Tidak sedarkah kita, kesusahan kita yang dahulu itulah yang menjadikan kita seorang yang berjaya kini. Kesusahan yang dahulu itulah yang membuatkan kita berani mengadapi kehidupan. Kesusahan yang dahulu itulah yang menghidupkan kita hingga kini.
JANGAN PANDANG HINA PADA KESUSAHAN!!
JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG DALAM KESUSAHAN!!
Orang-orang yang hebat semuanya bermula daripada kehidupannya yang SUSAH. Kerana mereka ini tidak memandang kesusahan sebagai musuh. Malah menjadikan kesusahan sebagai GURU untuk dirinya memercu ke arah kejayaan.
Jangan kita berdendam dengan kehidupan kita yang lalu, lantas berusaha apa sahaja untuk sampai ke kemuncak selesa. Jangan memusuhi dan manambah langsung kesusahan kerana ia adalah penyakit yang paling berbahaya.
Jangan pernah lupa...
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina.
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.
kita memang layak diuji |
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji." ( Al-Ankabut : 2)
KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI.....KERANA KITA BERSTATUS HAMBA....
Tuesday, September 11, 2012
..::ber'Poligami' sebelum nikah ::..
=============================================================
by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil |
Bila bercakap soal poligami, masing-masing sudah set dalam minda pastinya soal berkahwin lebih dari satu. Cuba kita tanya seorang demi seorang respondent. Apa yang anda faham tentang poligami.
Mak cik cleaner : entahlah dik, mak cik ni cleaner je. Awak kan belajar syariah mesti lagi tahu. Tapi poligami tu bukan ke yang madu2 tu.
Pak guard : Oh, poligami ye. Hemm...biaselah. Lelaki yang kawin lebih dari satu macam pakcik ni. ehemmm..
(=_=") (berdehem pula pakcik ni,patutlah confident je jawab. Rupenya dah berpengalaman.
Lecturer : poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahwa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.
Student : Poligami? hehe...saya tak kawin lagi la. Tak de pengalaman lagi. Kalau berpoligami sebelum kawin tu ada lah pengalaman.
( 0_0)..hoh..POLIGAMI SEBELUM KAWIN?? ada ke??
Biasa orang sibuk membincangkan khilaf berkaitan poligami. Tiba-tiba hati terdetik, kenapa ya orang sibuk bincang poligami-poligami. Hemm...Saya rasa ramai dah maklum soal poligami ini. Jika mahu bincangkan soal hukum sebenar poligami rasanya sudah ramai mengetahuinya. Banyak kitab-kitab ulama' terdahulu dan buku-buku ulama' kini telah mengupas banyak soal hukum sebenar poligami. Jika ingin baca dalam bacaan yang lebih ringan dan santai berkaitan poligami boleh juga menelaah novel "Sebarkan CintaMu " daripada novelist muslimah yang masyhur kala ini kak Fatimah Syarha.
Sedar tak, ramai dalam kalangan remaja kala ini yang sudah mula membiasakan dirinya untuk ber'poligami' sebelum nikah lagi. Saya tidak mengatakan poligami selepas nikah itu tidak boleh atau lebih berat lagi HARAM. Tidak. Jika haram, tentunya Kekasih Allah juga kekasih hati kita Nabi Muhamad s.a.w tidak akan berpoligami.
Tidak juga saya menolak ataupun membenci poligami selepas nikah. Silakan bagi mereka yang cukup tiap syarat-syaratnya. Tetapi apa yang saya rasa kurang seronok apabila melihat ramai yang terlalu selesa ber'poligami' sebelum nikah. Apakah maksudnya itu??
Berpoligami sebelum nikah yang dimaksudkan 'bercinta cintun' dengan ramai orang. Bagi sesiapa yang suka bertukar-tukar pasangan pula kononnya mengamalkan monogami. Tapi bermonogami secara tidak sihat...hemm..(*_*) tak seronok lah kan macam tu.
Jika mahu berCINTA, berCINTA lah yang sebenar-benarnya. Jangan 'bercinta-cintun' (bercinta main-main). Bak kata Ustaz Hasrizal," Tidakkah pelik jika ada pasangan yang hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bercinta selama-lamanya?"
Pelik kan...Memang pelik..#_#!
Tetapi benda yang pelik inilah yang menjadi TREND zaman kini. Bercinta punya nak rak...tetapi bila ditanya kenapa bercinta jawapan mudah.."saja, suka-suka"
Siapa kata bercinta itu salah, jika salah tak kanlah Allah sengaja menciptakan rasa cinta pada diri kita. Tetapi manusia yang selalu buat cinta tu nampak salah. Pada awalnya, Allah ciptakan cinta itu sangat-sangat indah rupa bentuk dan rasanya. Tetapi apabila di berikan pada manusia yang tidak bijak menggunakan cinta yang indah itu, akhirnya cinta yang indah rupa dan rasanya itu menjadi cinta yang buruk rupa, tidak enak juga rasanya.
Janganlah sekali-kali mahu cuba-cuba ber'poligami' sebelum nikah.
" You all, biase lah tu, kite kenalah ada banyak pasangan sebelum nikah, jadi tak de lah tersalah pilih "
Whattttttttt!!!!!!!!!!!
" You..You silap tu. If you nak kenal and cari pasangan yang terbaik untuk you, itu bukan caranya. Islam dah siapkan dah cara yang terBEST punya"
" Really...hemm.." (*-* )
Mempunyai beberapa calon sebelum kahwin dengan mengenali melalui nasihat dan pandangan beberapa orang tengah itulah cara yang terbaik bagi sesiapa yang ingin melakukan cara ini. Ada juga yang calonnya seorang sahaja, boleh juga. Tiada masalah. Samada kita ada banyak calon ataupun seorang sahaja itu bukanlah perkara yang penting, yang penting adalah cara yang kita gunakan untuk memilih. Ikut sahaja anjuran Islam, InshaAllah, semua akan berjalan lancar.
Tapi adalah menjadi masalah besar juga, mahu kahwin tapi tidak berusaha mencari calon. Katanya, tawakal ala Allah. Jangan salah menggunakan maksud tawakal. Menolak coupling tidak bermaksud lelaki dan perempuannya duduk bertimpuh bertahajud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya. Jodoh tak datang bergolek tau!! Hemm...Macam mana nak bercinta sampai ke syurga jika kita sendiri tak berusaha mencari cinta kan..(^_^)
Tapi jangan lupa pula, masalah yang LAGI-LAGI BESAR malah membawa effect yang besar juga iaitu membiasakan diri untuk ber'poligami' sebelum nikah. Menyerahkan cintanya dengan mudah kepada sesiapa sahaja (free-free je). Jagalah cinta yang Allah sudah ciptakan dengan indah rupa dan rasanya itu untuk pemilik cinta selepas Allah dan Rasul. (^_^ ) sElaMat BeRmujAhadAh
Monday, September 3, 2012
..::Fatwa Hatiku::..
Assalamualaikum w.b.t. Moga semua dalam erat dakapan kasih sayang Allah.
========================================================
Alhamdulillah, Setelah mengadu, merintih pada Pencipta terbaik ku. Kepadanya aku merintih mohon ditunjukkan jalan terbaik supaya aturan hidupku senantiasa dalam penjagaan dan belaian kasih sayangNya. Moga walau setitis zahrah sekalipun dalam setiap tindak tandukku di nilai olehNya dengan pandangan kasih dari Pencipta yang mencipta. Tidak lagi mengharap pandangan manusia yang sementara cuma.
Sungguh untuk mendapatkan fatwa hati itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Lama membiarkan diri, sehingga benar-benar bersedia meminta padaNya untuk tetapkan fatwa hati ini.
Suatu hari, pernah saya mendengarkan satu soalan oleh seorang mahasiswi UIAM di dalam rancangan madrasah akhlak di tv Al-Hijrah. MasyaAllah, satu media yang dipenuhi dengan jutaan manfaat. Beruntunglah bagi mereka yang menggunakan sebaik-baiknya, rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya.
"Ustaz, pernah suatu ketika saya mendengar daripada seorang ustazah. Setiap apa yang kita lakukan perlulah berpandu kepada gerakan hati. Benarkah ustaz begitu? Apa komen ustaz?"
Semacam itulah soalan yang dilontarkan oleh mahasiswi itu. Komen ustaz...
" Ya, setiap perkara itu memang perlu bergantung kepada hati. Tapi, AWAS hati yang bagaimana?...kita perlu kenal pasti hati kita. Bagaimana kita mahu berpandukan dengan hati yang rosak atau hati yang sakit. Peringkat hati itu ada tiga, HATI YANG HIDUP, HATI YANG SAKIT dan HATI YANG MATI. Jadi tugas kita untuk sentiasa perbaiki tingkatan hati kita supaya hati kita sentiasa di level yang pertama iaitu HATI YANG HIDUP."
Kata-kata ustaz membuatkan minda berfikir. Di manakah tingkatan hatiku saat ini. Bagaimana mungkin ku pandukan fatwa hatiku untuk pinta padaNya kepastian jalan terbaik.
Tidak mungkin aku berpandu dengan hatiku yang penuh dengan maksiat ini untuk pinta fatwa yang jelas.
Langkah mula dicipta. Bingkas bangun dari lena. Air wudu' membasahi wajah bakal menghadap Illahi, diikuti tangan yang bakal berbicara di akhirat kelak, diikuti kepala yang sentiasa menunduk menghadapNya ketika sujud, juga telingaku yang sering mendengar kata-kata dunia yang dusta, disudahi dengan basahan kaki yang menentukan destinasi ku selepas ini.
Air wudu' yang menenangkan hati, mengerakkan hati dan seluruh anggota badan menuju menghadapNya. Pinta Allah tunjukkan fatwa hatiku yang tepat. Tidak pernah merasai sayu begini rupa. Di hadapan Allah, ku pinta penjelasan.
Setelah selesai, ku berfikir sendirian. Nak mendapatkan fatwa hati yang tenang pun tidak mudah apatah lagi mahu dapatkan fatwa hati yang tepat. Mungkin Allah tidak akan memberi sesuatu yang tepat pada kita kerana Allah mahu kita hargai akal yang dikurniakan istimewa buat manusia. Allah pinta kita untuk fikir dan dalam masa yang sama zikir mengingatiNya.
Alhamdulillah, setelah beberapa hari pinta Allah tunjukkan fatwa hati, sedikit demi sedikit dibukakan jalannya. Sebuah buku yang telah lama emak membelinya tidak pernah ada rasa untuk membacanya kerana kurang bersedia barang kali. Tangan mula membelek-belek buku-buku yang tersusun di perpustakaan mini ciptaan ayah. Lalu menggapai sebuah buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Alhamdulillah, semuanya di situ. Persoalan hati yang berselirat terjawab dengan tenang hasil bacaan tulisan Ustaz Hasrizal. Selembar demi selembar saya belek. Ternyata buku itu sungguh mengenyangkan emosi dan fikiran saya.
Pernah membaca status kak Fatimah Syarha juga penulis kegemaran saya..
" Jawapan yang tepat itu adalah hati yang tenang apabila menerimanya"
MasyaAllah, kata-kata kak Fatimah Syarha memang benar. Itulah yang dapat dirasai.
Sebagai penutup bicara. Ingin berkongsi sedikit kata-kata Ustaz Hasrizal daripada buku yang mengenyangkan emosi dan fikiran saya...
" Jangan memandang sesuatu dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali dengan pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah sesuatu dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada perjalanan kehidupan kita."
Alhamdulillah...itulah fatwa hatiku..^_^
Tuesday, August 14, 2012
check list iman
Assalamualaikum w.b.t. Moga dalam pelukan Rahmat Allah..^_^
===========================================
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengucapakan lafaz tahmid di bulan barakah hadiah dari Allah. Penghujung Ramadhan sudah menjengah. Menaip entri ditemani suara merdu Almarhum ustaz Asri mengalunkan lagu di ambang syawal. Tiba-tiba hati jadi sayu mengenangkan pemergian Almarhum Ustaz Asri yang menjadi kejutan ramai orang termasuklah saya.
Di ambang syawal ini, masing-masing sibuk menguruskan persiapan menyambut syawal tidak lama lagi. Soalan-soalan biasa menjengah di ambang syawal ini...
" Baju raya dah beli?"
" Kuih dah buat?"
" Berapa jenis kuih tahun ni?"
Dan macam-macam lagi. ^_^
Tak pe. Don't worry. Tak salah pun. Teruskan bertanya. Tapi jangan lupa juga untuk siapkan list jawapan untuk soalan-soalan ini..
sekarang masa yang sesuai untuk listkan jawapan bagi soalan2 simple di atas.. |
Sebelum ramadhan menutup tirainya, tanyakan kembali soalan-soalan di atas bagi menguji sejauh mana istiqamah kita dalam beribadah.Turut muhasabah sendiri di meja bulat di ruangan dapur. Baru sahaja siapkan kuih tat nenas kegemaran adik bongsu kesayangan. Tak sabar menunggu kepulangan adik bongsu saya esok. Juga adik yang berada di KL. Kalau ada kesempatan bersama, boleh check list sama-sama...mesti seronok..^^
Di penghujung bulan Ramdhan ini jangan lepaskan peluang untuk kembali kan seluruh jiwa dan raga kepada pemiliknya Allah azzawajalla. Allah janjikan berita baik bagi mereka yang kembali padaNya. Dalam bulan Ramdhan ini, biar berat bagaimana sekalipun ujian Allah berikan buat kita, belajarlah untuk redha, sabar dan tawakal. Itu juga salah satu bentuk kita kembali bertaubat kepada Allah. Jangan pernah rasa diri sudah cukup hebat, sudah cukup baik .
Suka saya memetik kata-kata yang dikongsikan oleh kakak saya. Kata-kata ini dari ustaz yang amat saya kagumi dan minati. Kata-katanya sering sahaja menyentuh hati saya. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan buat ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam menyampaikan buah tangan indah buat insan lemah seperti saya.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi |
Dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa besederhana. Ummatan Wassaton. Jika kita melakukan kebaikan, janganlah sampai merasa diri tidak berdosa. Bila timbul rasa tidak berdosa, kita tidak akan berusaha untuk bertaubat kepada Allah. Jadi, sentiasa sahajalah merasakan diri tidak pernah bersih dari dosa.
(Al-Hud 11:3) |
Friday, July 13, 2012
Allah sayang Hufaz
Satu post di group madrasah kesayangan oleh seorang sahabat menyentap perasaan saya. Sebak di dada. Jantung berdegup kencang. Hati bercelaru bagaikan ombak tsunami sedang bergelora. Bergetar tangan. Berhenti seketika. Lalu mngusap dada. Beristighfar. Dengan tenang, bibir melafazkan inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Seorang sahabat karib saya yang bernama Qorin mula bertanya. Hairan melihat saya.
" Kenapa awak sedih sangat ni? Awak bukannya rapat sangat dengan dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Peliklah awak ni."
Saya hanya diam membisu. Tidak mahu menjawab lagi pertanyaannya.
Beberapa minit berlalu. Persoalan Qorin masih belum terjawab.
Mouse digerakkan perlahan-lahan menuju kotak log out. Account fb, saya log out sebentar. Terus menuju ke blog kesayangan. Tanpa menoleh kiri dan kanan, terus menuju ke ruangan new post.
Di entri inilah saya luahkan jawapan saya terhadap persoalan Qorin.
Qorin, saya memang tidak terlalu mengenalinya. Juga tidak akrab dengannya. Bahkan tidak pernah sekali berkata-kata dengannya.
Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terlalu sebak. Kerana dia adalah seorang Hafiz. Dia seorang hamba yang menjaga kalam Allah. Bukankah itu adalah sesuatu amalan yang mulia. Sesuatu yang tidak didapati pada kebanyakan manusia. Allah sangat menyayangi para Hufaz.
Saya bersedih kerana saya tidak mampu lagi jadi sepertinya. Dia pergi dalam keadaan yang sungguh mulia kerana pemergiannya bersama dengan 30 juzuk kalam Allah menemani. MasyaAllah.
Saya bersedih juga kerana masih ramai insan di luar sana memerlukan insan hebat seperti ini. Ramai lagi di luar sana yang masih buta Al-Quran. Namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Saya tetap yakin, meski berapa banyak sekalipun hufaz yang akan pergi menghadap Penciptanya, Kalam Allah tetap akan dilindungi dengan sebaik-baik pelindungan olehNya.
Saya juga bersedih kerana saya terharu atas pemergiannya sebagai syahid. Kerana beliau meninggal ketika sedang menunaikan amanah sebagai hamba Allah dalam menuntut ilmu. Bukankah janji Allah bagi mereka yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu adalah syahid.
Kerana itulah saya bersedih. Saya bimbang adakah sempat saya membawa kalam Allah sebagai peneman saya di sana kelak.
Meski namanya tidaklah segah artis-artis popular, namun kerana dia adalah penjaga kalam Allah, pemergiannya diangkat dengan begitu mulia. Itulah bukti bahwa Allah menyayangi para Hufaz. Ini adalah iktibar bagi mereka yang berfikir. AFALA TA'KILUN!!!
Wednesday, June 6, 2012
~jOm dOa sAma2~
<
Sunday, March 25, 2012
It's not tOo laTe to saY..." Alhamdulillah"
Assalamualaikum w.b.t...Doaku buat sahabat-sahabat moga sentiasa di bawah payung keredhaan Allah..Sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian kehidupan...^^
Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat video yang agak menarik . Tetapi hadaf utama , saya ingin kongsikan terutama buat adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini. Juga ditujukan kepada ibu, ayah , pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua yang ada hubungan persaudaraan seislam dengan adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini.
Dah tengok???
So...ape perasaan sume??
Boleh lah bagi respon masing-masing dengan post kan comment or respons sahabat-sahabat di bahagian comment. If rasa malu nak comment or share respon di blog saya ni...boleh lah respon or comment dalam hati masing-masing. Itu sudah pun memadai...^^
Soalan biasa after result dah ditangan si penerima..
"Adik..apa result adik? ok x? Macam mana result ? Berapa A? "
Jawapan pun pelbagai juga.....
"Alhamdulillah....PERFECT SCORE!!! "
Punyalah excited kan...dapat perfect score..huhu...
" Hemm...boleh lah.."
Apa yang "boleh lah"...saya pun tak faham...mayb 50 OK..50 KO...hemm..agaknya lah..
" waaaaaaaaaaaa......"
sampai lari dari orang coz tak nak gi tau result. Terlalu sedih.
Biasalah tu kan. Kalau tak ada pelbagai ragam, tak dinamakan ambil result kan.
Walau macam mana pun reaksi adik-adik ketika mendapat result, walau apa pun result adik-adik....pesanan dari akak...jangan lupa perkataan pertama yang WAJIB keluar dari bibir...
Tak susah kan nak sebut perkataan ini. Tetapi ramai yang terlalu susah untuk menyebut perkataan ini. Kenapa ye?
Pesanan saya berulang kali kepada diri saya tatkala saat result semakin menghampiri....
" Wahai diri....bersedialah untuk redho dengan apa jua kemungkinan. Allah dah sediakan yang terbaik untukmu. Yakinlah "
Kata-kata ini juga saya pesan awal-awal kepada adik saya. Bukanlah persediaan ini yang utama...
Baju sekolah iron licin-licin....
Beg yang mana nak pakai....
Pakai kasut sekolah yang baru....
Tetapi, persediaan inilah yang lebih utama bagi si anak yang mahu mengambil result, begitu juga bagi insan-insan yang penting bagi si anak. Tiadalah yang paling penting bagi si anak, melainkan kedua ibu bapanya.
Apa persediaan yang lebih utama tu ye???
Tentunya...bersedia untuk REDHO...
Bukan si anak sahaja yang perlu bersiap sedia untuk REDHO, Ibu bapa juga perlu bersiap sedia untuk REDHO.
Sejak akhir-akhir ini, saya dan juga ahli keluarga agak sibuk memikirkan soal institusi yang mana sebagai pilihan buat adik saya menyambungkan hajatnya untuk menimba sebanyak mungkin lagi ilmu.
Emak saya juga tidak terlepas menceritakan tentang kesedihan beberapa orang sahabat adik saya yang mendapat result yang kurang memuaskan.
" Emak sedih bila ibu bapa tak faham anak-anaknya. Anak-anaknya dah berusaha. Kenapa tidak melihat usaha anak-anak. Bila anak-anak dapat result kurang memuaskan, salahkan anak 100%. Dibanding-bandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lainnya." Luah emak.
Ye...saya juga turut merasa sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak cuba menyiapkan dirinya untuk redho. Sebagai seorang anak, saya fikir...tiada seorang anak pun yang tidak mahu berikan yang terbaik untuk ibu bapa nya. Mungkin ada. Tetapi anak yang sebegini, bilangannya amatlah sedikit.
Begitu juga ibu bapa, saya fikir....tiada seorang ibu mahupun bapa yang tidak mahukan yang terbaik buat anaknya. Hakikatnya semua orang mahukan yang terbaik buat insan yang disayanginya.
Jika ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, bukanlah dengan cara menyalahkan anak 100%. Tetapi kuatkan anak dengan berkongsi semangat. Ketahuilah para ibu bapa, kekuatan kami (anak-anak) ada pada ibu dan bapa. Jika kalian berasa lemah, begitu jugalah yang kami rasakan. Jika kalian berasa kuat, begitu jugalah yang kami rasakan.
Selalu kita dengar istilah.."Anak derhaka"
Pernah suatu ketika, majalah solusi menggunakan tajuk utama " Ibu bapa derhaka" .
Kekadang ibu bapa merasakan, apa-apa yang berlaku pada anak, semuanya salah anak. Teringat saya pada kata-kata emak yang selalu bermain di bibirnya tatkala kami bergurau sesama kami...
" Jika anak-anak emak berjaya pun disebabkan emak...jika anak-anak emak gagal pun disebabkan emak."
Nasihat untuk para anak...
" Janganlah menjadi anak-anak yang derhaka dengan sentiasa menyalahi ibu bapa dalam segala hal ."
Nasihat untuk para ibu bapa...
" Janganlah menjadi ibu bapa yang derhaka dengan sentiasa menyalahkan anak-anak dalam segala hal."
Jadilah anak-anak dan ibu-bapa yang tidak menyalahi siapa-siapa, tetapi meyalahkan atas kelemahan diri sendiri dan kembalikan semuanya kepada Allah.
Apa jua ujian di dunia ini, samada kita berjaya ataupun gagal hakikatnya Allah menguji kita dengan satu perkara yang sama...
Apa dia???
اصبروا واشكروا ^^
Wednesday, March 21, 2012
'sPm' kUar haRi ni...tAkutnYe...
Assalamualaikum w.b.t...doaku buat sahabat-sahabat agar sentiasa berada di bawah payung kasih dan sayang Allah..Tidak ku dapati kasih sayang yang lebih bermakna melainkan kasih dan sayang yang dibaluti dengan manisnya kasih sayang Allah.
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................................
Hari ni Result SPM keluar.....................
Takutnya...........
Result siapa pula yang keluar ni. Rasa-rasanya empunya diri ni dah melepasi dah penahan menanti keputusan SPM. Tentunya bukan result saya yang keluar hari ini. Tetapi result puteri ke 3 dalam keluarga kami.
Berdebar menanti result adik kesayangan. Namun, pastinya..adik saya lebih kencang debarannya. Pelbagai persoalan sedang bermain difikirannya tika ini.
Macam mana saya boleh tahu?
Of course lah....coz saya juga ada pengalaman yang sama.
Teringat memori lama menanti result SPM. MasyaAllah....Allah sahaja yang tahu betapa kencangnya debaran yang sedang rancak berdentum di dada...
Namun, mak dan ayah tampak tenang. Disembunyikan keresahan yang bersarang di dada mereka. Tiap kali keresahan yang bermain di fikiran ini mula menyerabutkan fikiran, pasti akan mula terasa tenang tatkala mata melempar ke wajah mak dan ayah. MasyaAllah...bijak sungguh mereka menyembunyikan keresahan. Terlalu tenang wajah mereka.
Kini...adik kesayangan pula sedang menghadapi situasi yang sama seperti kakak-kakaknya. Walaupun saya berada terlalu jauh dengan mereka di sana, namun debaran turut terasa kencang di sini. Terfikir juga...apa sebenarnya yang didebarkan? Apa sebenarnya yang diresahkan?
Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari persaan takut. Takut itu adalah fitrah bagi manusia. Hanya Allah sahaja yang layak tidak mempunyai persaan takut. Manusia....selagi nyawa masih dipinjamkan, selagi itulah tidak boleh lari dari rasa TAKUT.
Dalam ingin meringankan rasa takut buat adik tercinta. Seuntai pesanan kasih dilayangkan buat adik yang sedang dalam ketakutan memikirkan pelbagai perkara.
Salam kasih buat adik ku ………………..kami semua tahu kamu menanti dengan penuh debaran, kerana kami jua merasakan yang sama. Tetapi jangan keresahan itu membuatmu patah dan beralih niat. Ingat! Result yang akan kamu dapat nanti hanyalah sebahagian daripada masa depan kamu. Tetapi result ini bukanlah semata yang mampu menentukan masa depan kamu. Apa pun result yang kamu dapat nanti, yakinlah…itu yang terbaik disisi Allah dan terbaik buatmu. Masa depan bukan kita yang aturkan tetapi Allah yang aturkan. Kita hanya mampu merancang masa depan. Serahkan semuanya kepada Allah. Result kamu untuk kali ini bukanlah pengakhiran kepada masa hadapan kamu. Andai ditakdirkan Allah, kamu Berjaya…ingat kamu masih belum Berjaya sepenuhnya kerana di hadapan sana masih ada lagi cabaran yang lebih mencabar. Andai ditakdirkan kamu gagal mencapai impian kamu, ingat!! Di hadapan sana, masih banyak lagi peluang yang Allah sudah pun sediakan buat kamu. Yakinlah….ALLAH SUDAH ATURKAN PERJALANAN HIDUP KAMU DENGAN BAIK….itu janjiNya. Good Luck…~Dari kakakmu yang tidak pernah berhenti mendoakan kamu dulu,kini dan selamanya~
Beginilah rasanya seorang kakak...resah adik juga dirasai kakak. Susah adik, juga dirasai kakak....Kerana apa? Kerana aku adalah kakakmu...
Berfikir sendirian....mungkin perasaan ini juga yang sering dirasai oleh kakakku....
Hakikatnya...inilah keluarga...susah senang dirasai bersama..kerana kehidupan bekeluarga itu lebih beerti jika sama-sama bisa memahami satu dengan yang lain. Mak dan ayah lah yang mengajarkan kami erti ini..
Terima kasih mak ayah.
" GoOd LucK u sume student yang bakal mengambil result SPM hari ni...Kami mendoakan kejayaan kalian "...^_^