Tuesday, August 14, 2012

check list iman


Assalamualaikum w.b.t. Moga dalam pelukan Rahmat Allah..^_^
===========================================



Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengucapakan lafaz tahmid di bulan barakah hadiah dari Allah. Penghujung Ramadhan sudah menjengah. Menaip entri ditemani suara merdu Almarhum ustaz Asri mengalunkan lagu di ambang syawal. Tiba-tiba hati jadi sayu mengenangkan pemergian Almarhum Ustaz Asri yang menjadi kejutan ramai orang termasuklah saya.

Di ambang syawal ini, masing-masing sibuk menguruskan persiapan menyambut syawal tidak lama lagi. Soalan-soalan biasa menjengah di ambang syawal ini...

" Baju raya dah beli?"

" Kuih dah buat?"

" Berapa jenis kuih tahun ni?"

Dan macam-macam lagi. ^_^

Tak pe. Don't worry. Tak salah pun. Teruskan bertanya. Tapi jangan lupa juga untuk siapkan list jawapan untuk soalan-soalan ini..

sekarang masa yang sesuai untuk  listkan jawapan bagi soalan2 simple di atas..


Sebelum ramadhan menutup tirainya, tanyakan kembali soalan-soalan di atas bagi menguji sejauh mana istiqamah kita dalam beribadah.Turut muhasabah sendiri di meja bulat di ruangan dapur. Baru sahaja siapkan kuih tat nenas kegemaran adik bongsu kesayangan. Tak sabar menunggu kepulangan adik bongsu saya esok. Juga adik yang berada di KL. Kalau ada kesempatan bersama, boleh check list sama-sama...mesti seronok..^^

Di penghujung bulan Ramdhan ini jangan lepaskan peluang untuk kembali kan seluruh jiwa dan raga kepada pemiliknya Allah azzawajalla. Allah janjikan berita baik bagi mereka yang kembali padaNya. Dalam bulan Ramdhan ini, biar berat bagaimana sekalipun ujian Allah berikan buat kita, belajarlah untuk redha, sabar dan tawakal. Itu juga salah satu bentuk kita kembali bertaubat kepada Allah. Jangan pernah rasa diri sudah cukup hebat, sudah cukup baik . 

Suka saya memetik kata-kata yang dikongsikan oleh kakak saya. Kata-kata ini dari ustaz yang amat saya kagumi dan minati. Kata-katanya sering sahaja menyentuh hati saya. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan buat ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam menyampaikan buah tangan indah buat insan lemah seperti saya.


Ustaz Pahrol Mohd Juoi



'' Setiap orang boleh berubah'' Kata kakak saya.

Waktu itu sibuk kami berborak soal perubahan dalam hidup. Tiba-tiba kakak berkongsi kata-kata ustaz Pahrol ini. Line 1 dan 2 saya faham. Line 3 dan 4 saya kurang faham. Kakak pun terangkanlah dengan panjang lebarnya.

Ringkasnya, daripada apa yang cuba saya fahami dari kata-kata ustaz pahrol ni, First point...

Dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa besederhana. Ummatan Wassaton. Jika kita melakukan kebaikan, janganlah sampai merasa diri tidak berdosa. Bila timbul rasa tidak berdosa, kita tidak akan berusaha untuk bertaubat kepada Allah. Jadi, sentiasa sahajalah merasakan diri tidak pernah bersih dari dosa.

Second point...

Jika kita melakukan maksiat pula, jangan sampai kita putus asa untuk berubah. Jangan pernah merasa tiada jalan lain lagi untuk kita kembali kepada Allah. Jalan kembali itu luas.

Akhirnya...jom kita sama-sama muhasabah diri kita untuk kembalikan seluruh jiwa dan raga kita kepada Pencipta kita, Allah azzawajalla. Gunakanlah waktu ramadhan yang masih berbaki ini untuk check list kembali iman kita....^_^

(Al-Hud 11:3)















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...