Thursday, December 13, 2012

Redha melepaskan kamu ( _ _ )

Assalamualaikum w.b.t. Moga semuanya sedang kuat dan tabah menghadapi mehnah daripada sang Pencipta ujian.
selamat beristirehat tenang di sana

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ujian..

Ujian....

Ujian.....

Ujian bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengekori walau cuba kita lari daripadanya, bayang itu tetap mengekori. Terkadang bayang-bayang itu membengkok, terkadang lurus, terkadang pendek, terkadang panjang. Tiadalah bayang tanpa cahaya. Begitulah ujian menurut penafsiranku. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Tiada ujian tanpa petunjuk. Tiap kali Allah datangkan ujian buat hambaNya, tiap kali itu jugalah Allah sediakan petunjuk cahaya jalan keluar bagi setiap ujian.

Subuh lagi, sms dilayangkan jauh dari kampung ke taman pengajianku.

" Salam, atok masuk hospital "

Message ringkas dari emak.

Kata hati membisikkan kerisauan yang mencengkam. Meski sudah acap kali dikhabarkan berita yang sama. Namun, kali ini terasa level kerisauan merangkak ke tahap maximum. Tidak seperti biasa. Aneh perasaan ini.

Tutorial manahij fuqaha' pagi itu. Terasa hambar. Tidak bersemangat seperti kebiasaan.

Singgah di Pusat Kormesial Pelajar bersama sahabat seperjuangan. Kami menunaikan hajat perut yang menuntut sarapan paginya yang belum kami tunaikan.

Miss Call......daripada Abi sayang.

Ummi sayang call selepas beberapa minit.

" Ada kelas ke?"

" Ye mak, tadi soleha ada kelas"

" Hemm...nanti bersiap-siap lah ye, balik jb. Atok dah kritikal "

Tersentak....

Air mula bertakung di bawah kelopak mata.

Suara mula terketar. Tidak mampu berbicara panjang.

 " Hemm" sahaja yang mampu dikeluarkan.

Sahabat seperjuangan di hadapan mula memahami tingkahku. Lalu dihulurkan helaian tisu buat pengering air mata yang mula membasahi pipi.

====================================

Alhamdulillah, sampai sudah di Hospital Sultan Iskandar Johor Bahru.

Debaran kian terasa tatkala seorang demi seorang wajah-wajah pakcik-pakcik,makcik-makcik dan sepupu-sepupu kelihatan.

Sehinggalah kami dibawa emak ke wad tempat perjuangan terakhir atok kami.

Air mata yang ditahan-tahan sejak di dalam perjalanan keluar mencurah-curah tatkala melihat keadaan atok yang sangat lemah. Bergantung harap pada penafasan mesin.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.....

حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Bisik hati, buat pengubat hati yang semakin terkulai layu dengan ujian ini.

"Bacakan Yassin buat atok, niatkan samada kita nak mohon atok dikembalikan sihat seperti kebiasaan atau kita redho melepaskan atok, mudah-mudahan ada barakahnya di malam jumaat ini." pesan emak yang tampak tabah di sisi kami.

Alhamdulillah, hadiah terakhir dari kami ketika akhir hayatnya. Bacaan Yassin, Tahlil ringkas juga ciuman sayang yang mendalam buat atok.

48.....48.....48....47....47...47...46....46....46....

" tengok tu, semakin menurun tekanan darah atok. Sekarang ni, yang 46 tu nak naikkan sampai 100." bisik ayah di telingaku.

46 - 100???

" Jauhnya jarak"

" Kasihan atok, perlu berjuang untuk menstabilkan semula tekanan darah dan penafasannya " monolog sendirian.

Sesekali ku pandang wajah ayah yang tetap dengan senyumannya meski dalam hatinya dapat ku baca betapa  sakit hatinya menahan kesedihan menunggu saat-saat genting pemergian ibunya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kenangan manis kami adik beradik bersama atok di saat-saat akhirnya. Memimpin tangan atok dek perjalanan yang semakin perlahan. Menyapu bedak,losyen di badan atok. Menyikat rambut atok...Semua kenangan manis bersamanya.

Memori yang paling manis tetap segar dalam ingatan, bertadarus bersama atok sepanjang atok berada di rumah ketika ramadhan yang lepas. 

"Atok baca perlahan je ye. Tekak atok ni tak berapa selesa."

"Tak pe atok, atok baca perlahan-perlahan je. Atok baca sikit je, kalu atok dah penat, atok berhenti. Nanti kami sambung habiskan"


Semua itu menggamit kenangan yang indah. Meski tidak terlalu banyak kenangan indah kami bersamanya, namun bersyukur di saat-saat akhirnya, kami diberi peluang oleh Allah untuk menjaga nenek ketika sakitnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

" Andak, mak dah tak de " Adik ayah menyampaikan berita yang menyayat hati namun telah kami duga dan bersedia untuk mendengar berita itu.


Dengan perlahan, ayah menyampaikan berita yang sama kepada kami.

" Atok dah tak de"


Hambar...........suasana menjadi hambar.

Ayah tidak lagi banyak bersuara. Tidak juga mengalir air mata. Tetapi jelas kelihatan air mata hatinya yang sudah mencurah-curah membasahi sanubari seorang anak yang kehilangan ibunya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sepanjang urusan persiapan terakhir buat jenazah, ku tatap dalam wajah emak dan ayah. Rasa sebak yang mencengkam. Bagaimana tika saatnya mereka pula di panggil menghadap kekasih abadi dahulu daripada kami. Harapannya tika itu kami sudah benar-benar bersedia,tabah dan kuat untuk menghadapi kehilangan insan yang tersayang. Moga tika itu kami tidak dalam penyesalan kerana tidak sempat berbuat baik  terhadap kedua insan yang telah terlalu banyak berkorban membesarkan kami. InshaAllah, Ameen. Ya Allah jadikan kami dalam kalangan anak-anak yang soleh.



Kini atok telah kembali ke tempat istirehat abadi. Moga tenang di sana. InshaAllah, doa-doa kami mengiringi perjalanan nenek di sana. Ciuman terakhir ketika jenazah telah di kapankan, tangisan terakhir itu adalah bukti terselit lautan kasih sayang kami terhadap ibu kepada ayah kami yang membesarkan ayah kami sehingga lahirnya kasih sayang kami yang melimpah terhadap anakmu. Jasa dirimu tetap terpahat dalam lubuk hati kami yang paling dalam. Meksi tidak dapat lagi kami menghadiahkan ciuman dan bakti untukmu, doa-doa kami tetap mengikat kasih sayang kami sebagai anak kepada anak lelakimu Shah Razat Bin Abd Karim.

>>> Sekalung Al- Fatihah buat Al-Marhumah Jaimah Bt. Hassan.<<<















4 comments:

anis said...

Salam..Ukhti,Moga kuat menghadapi ujian ini.InsyaAllah Al-Marhumah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..:)

ana said...

ameen Ya Rabb,syukran ukhti mahbubah....:)

Sayap Pejuang said...

salam.. sebak sungguh tatkala menghayati perkongsian dalam entry ni... terasa kenangan menggamit jiwa.. bersabarlah, ku pujuk hatiku dan dirimu.. mga ditempatkan di kalangan para mukminin dan solihin.. amin ya Rabb! =']

ana said...

syukran ukhti huda mahbubah...akk juga ada pengalamn y lebih perit drpd kita,btw,,,kte sme2 mndoakan y baik u y telah pergi...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...