Sunday, September 23, 2012

..::Kita berstatus Hamba::..

Assalamualaikum w.b.t moga semua sahabat tersenyum bahagia dalam usapan Pencipta kasih dan sayang. (^_^)

===========================================

" Kenapa adik menangis ni? " Risau seorang kakak tatkala melihat adik usrahnya berlinang dalam esakan tangisan yang sukar untuk dimaksudkan.

" Dik cuba cerita dengan akak. Apa-apa yang akak dapat bantu akak bantu. Mungkin akak bukan penyelesai masalah yang hebat, tapi mungkin akak boleh menjadi pendengar dan peringan bebanan adik walau sedikit sahaja yang mampu akak bantu." Tanya lagi si kakak. Kerutan di dahi bukti resahnya seorang kakak.

" Kenapa adik selalu diuji begini ye kak? Ujian yang sama. Kesusahan yang sama di lalui. Adik..." 
( _ _ )

Kepala ditundukkan. Rasa sebak yang menghantui hatinya menghalang daripadanya untuk meneruskan kalamnya.

" Dik, jika adik rasa tangisan itu dapat redakan sedikit beban di dada adik, menangislah dik."




Tenggelamlah tangisan si adik dalam dakapan seorang kakak.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

" Kenapa mesti saya yang diuji? sedangkan semua perintah dan laranganNya saya turuti. Kenapa mereka yang seronok bermaksiat itu tidak diuji hebat seperti saya? "

Inilah kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya dan seluruh insan yang berada di sekelilingnya adalah milik Mutlak Allah yang sangat-sangat layak untuk diuji.

Ramai yang berusaha untuk mengejar kekayaan dunia kerana takut akan kesusahan dunia. Bila ditanya...

" Bagaimana harapan pada masa akan datang? "

" Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Saya tidak mahu masa silam, kesusahan saya ketika saya kecil dahulu berulang kembali pada masa akan datang. Cukuplah saya telah dibesarkan dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan dahulu. Dengan hinaan dan cacian orang terhadap keluarga saya yang susah dahulu. Sekarang saya mahu menjadi seorang yang baru, tanpa menoleh kebelakang semula dan saya berjanji akan hapuskan dan luputkan semua kesusahan sewaktu saya kecil dahulu daripada kehidupan baru saya kini."

( = =!)...Hapuskan dan luputkan semua kesusahan??..Sakitnya hati mendengar luahan semacam ini.....



Tidak sedarkah kita, kesusahan kita yang dahulu itulah yang menjadikan kita seorang yang berjaya kini. Kesusahan yang dahulu itulah yang membuatkan kita berani mengadapi kehidupan. Kesusahan yang dahulu itulah yang menghidupkan kita hingga kini.

JANGAN PANDANG HINA PADA KESUSAHAN!!

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG DALAM KESUSAHAN!!

Orang-orang yang hebat semuanya bermula daripada kehidupannya yang SUSAH. Kerana mereka ini tidak memandang kesusahan sebagai musuh. Malah menjadikan kesusahan sebagai GURU untuk dirinya memercu ke arah kejayaan.

Jangan kita berdendam dengan kehidupan kita yang lalu, lantas berusaha apa sahaja untuk sampai ke kemuncak selesa. Jangan memusuhi dan manambah langsung kesusahan kerana ia adalah penyakit yang paling berbahaya.

Jangan pernah lupa...

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.

kita memang layak diuji


" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji." ( Al-Ankabut : 2)

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI.....KERANA KITA BERSTATUS HAMBA....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...