Hidupkan iman dalam bulatan ta'lim |
Assalamualaikum w.b.t. Moga kesibukan kita memikir urusan dunia, tidak kita lupa untuk menyandarkan kesibukan dunia itu semuanya untuk bekalan akhirat kelak. Moga tiap urusan kita sentiasa dalam pandangan kasih Allah s.w.t
=======================================================
Alhamdulillah dalam kesibukan saya dan juga sahabat-sahabat lain menguruskan segala macam urusan dunia, sempat juga kami duduk bersama di dalam satu bulatan sederhana. Topik mukaddimah sebagai permulaan ta'lim untuk semester ini adalah 'NIAT & CINTA'.
Niat menjadi topik biasa tiap kali ta'lim di mulakan. Pentingnya untuk kita memperbetulkan dan memperbaiki niat tiap kali ingin mencipta langkah baru dalam kehidupan ini.
Apa yang kita rasa bila dapat something yang baru. Baju baru? Hand phone baru? ataupun bila kita memasuki suatu suasana yang baru. Semester baru? Kehidupan baru? (^_^)...
Apa yang kita rasa?
Sudah tentu kita rasa sesuatu yang baru juga kan. Dan yang paling penting waktu tu semangat kita sangat-sangatlah berkobar-kobar. Rasa mahu buat semua benda kan.
Begitu juga dengan niat, bila kita sering perbaharui niat, kita juga akan merasa yang sama. Azam, semangat dan kekuatan yang baru.
Disebabkan itulah pentingnya hadith ini dijadikan aplikasi dalam kehidupan seharian dan rujukan kita tiap hari. Kita adalah manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kelupaan, jadi janganlah merasa diri sudah cukup hebat tanpa ada rasa untuk memperbaiki dan memperbaharui niat kita yang sering berubah-rubah.
Topik seterusnya, topik cinta. Sengaja saya mengambil topik ini sebagai mukaddimah bagi ta'lim ini. Bila kita sentuh soal cinta ianya pasti akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Kerana cinta itu terlalu rapat dengan kehidupan kita.
Macam-macam pendapat sahabat-sahabat ta'lim yang hebat ini dilontarkan. Ada satu pendapat yang tidak pernah juga saya terfikir akannya. Tertarik tatkala mendengar pandangan daripada seorang sahabat ini, simple sahaja pandangannya tetapi sangat-sangat mendalam maknanya.
Ada juga yang memberikan pendapat yang panjang hujahnya. Juga hebat. Samada panjang mahupun simple pandangannya itu bukanlah menjadi titik persoalannya, saya raikan semua pandangan sahabat-sahabat. Apa yang penting, titik persamaan yang perlu di ambil pada tiap pandangan yang pada pandangan zahirnya tampak berbeza.
Sepertimana yang pernah di perkatakan oleh penulis kegemaran saya, kak Fatimah Syarha ketika beliau dan suaminya bertandang ke universiti kami dalam program bedah buku 'Novel Cinta High Class', beliau berkata:
" Kenapa seringkali saya menyentuh soal cinta? Ada apa dengan cinta? Kerana dengan cinta itulah yang akan membina ummat, dengan cinta itulah yang akan membina iman, dengan cinta itulah yang akan membina tarbiyah. Hebatnya kuasa cinta. Kerana itu cinta itu sangat penting untuk di bina atas landasan Islam yang sebenar sejak dari hari pertama kita mengenal cinta "
Sewaktu ta'lim, tidak pula saya sempat bertanya sahabat-sahabat persoalan ini. Apakah jawapan bagi soalan ini?
Sudah tentunya, kita mengenali cinta sejak kita berada dalam perut ibu kita. Sejak roh ditiupkan dalam jasad dan sejak kita berjanji setia kepada pencipta cinta Allah azza wajalla.
Sejak itulah kita mengenali cinta tanpa kita sedari. Kerana itu, ibu dan ayah kitalah yang memegang amanah besar ketika itu untuk membentuk cinta kita menjadi satu cinta yang benar-benar berpaksi pada landasan syariat yang benar. Jika dari awal telah kita dibentuk dengan baik, maka pertengahannya juga akan terbentuk menjadi satu cinta yang indah.
Namun, tatkala kita mencapai umur baligh. Ketika inilah amanah telah dipertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk meneruskan tarbiyah cinta yang dibentuk indah oleh ibu bapa kita sehingga ke akhir kehidupan.
Cinta itu suatu amanah. Jangan sia-siakannya. Teruskan untuk memelihara cinta itu biarpun ramai insan yang tidak berfikrah membencinya.
Alhamdulillah, setelah masing-masing bijak dan hebat dalam mengeluarkan idea. Sempat juga kami menulis kata-kata indah di dalam kepingan hati masing-masing. Macam-macam juga madah pujangga masing-masing. (^_^)..
Alhamdulillah,mudah-mudahan kami dipermudahkan urusan untuk bertemu lagi di dalam bualatan yang sama walau sesibuk bagaimanapun urusan kami. Moga dimudahkan Allah. Bertemu dan berpisah kerana Mu. (^_^)
Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami dengan Cinta Mu |
No comments:
Post a Comment