Wednesday, February 27, 2013

PimpinanMu pengharapanku


 

Ya Allah,

Dua telapak tangan ku tadahkan,

Seluruh hatiku ini ku serahkan,

Di atas sejadah hijau ku hamparkan,

Menyampaikan harapan,

Sungguh, hati ini tiada dalam ketenangan.


Ya Allah,

Yang maha mengasihani.


Yang maha memahami,

Tiada yang lebih memahami dan lebih mengerti 


apa-apa yang aku sembunyikan dalam hati ini,

MelainkanMu Illahi.





Ya Allah,

Aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku padaMu,

Andai takdir telah tertulis ini yang terbaik untuk kehidupanku,

Andai ini yang telah tersurat untuk diriku,

Luaskan selautan keredhaan buat diriku.

Luaskan selautan kesyukuran buat diriku.

Bukakan seluas jalan petunjuk buat diriku.



Ya Allah,

Aku percaya pada tiap kebenaran perancanganMu,

PerancanganMu pastinya itu yang terbaik untukku,

Meski diriku merancang baik untuk kehidupanku,

Tetap perancanganMu yang terbaik untuk diriku,

Aku yang jahil daripada segala perancanganMu,

Aku yang terhijab daripada segala rencanaMu,

Hanya mampu mengharap perancanganku menurut perancanganMu.



Ya Allah,

Hatiku ini bukanlah sebesar hati kekasih-kekasihMu,

Hatiku ini bukanlah sentiasa berada di tingkatan Iman teratas,

Hatiku ini bukanlah sentiasa disaluti dengan indahnya kesabaran,

Hatiku ini bukanlah sentiasa dihiasi dengan sinarnya istiqamah,

Tetap punya banyak cacat celanya sana sini,

Hatiku ini semakin lemah dan lemas tanpa pimpinanMu,

Hati ini menangis tiap kali terguris kerana kurangnya kemanisan cintaMu,

Hatiku ini akan terhiris-hiris halus tatkala hilangnya cahaya keimananMu,

Sungguh, tetap aku lemah tanpa pimpinanMu.



Ya Allah,

Yang memegang hatiku,

Kuatkanlah peganganMu pada hatiku,

Jangan Kau longgarkan pegangan itu,

Jangan Kau lepaskan pegangan itu.

Aku bimbang....jatuh tersungkur 

jika pegangan itu 

semakin melonggar,

terlepas...au'zubillahiminzalik.







Ya Allah,

Apa yang aku rasa kala ini,

Biarlah berakhir kala ini,

Rasa ini, biarlah di buku kemas untuk saat ini.

Rasa ini, biarlah menjadi kalam sunyi yang berbicara untuk saat ini.


Alhamdulillah, beberapa minit aku bermunajat padaMu,

Ketenangan itu hadir hadiah dariMu,

Keresahan yang bersarang mengalir runtuh bersama air mataku,

Terima kasih Allah kerana masih sudi mendengar bicaraku.




========================

ishtiyaQSolehah
Nilai,N.9
11:34PM.
26 Feb 2013


========================
















3 comments:

Unknown said...

Dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat.Dunia hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat. :)

ishtiyaQSolehah said...

Kerana sifat lupa manusia itu sering sahaja membuat manusia itu terlupa nilaian kehidupan dunia letakknya di mana....

Adamiah Daud said...

اللمسة القلبية العالية..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...