Assalamualaikum semua,
Ya Allah,
Limpahkan sahabat-sahabatku yang sedang membaca tulisan sederhanaku ini rezeki yang luas, permudahkan urusan mereka di dunia dan akhirat. Pertemukan kami di syurgaMu kelak.
Ameen Ya Rabb.
====================================================================
Alhamdulillah, untuk semua nikmat yang Allah kurniakan buat diriku untuk setiap detik denyutan jantungku.
Hari ini result untuk semester 5 telah pun keluar. Alhamdulillah, rezeki Allah. Bersyukur apa adanya.
Tiada debaran yang terasa saat melihat keputusan, kerana di dalam kepala di semakkan dengan peperiksaan lain yang lebih penting bagiku di saat-saat akhir di taman pengajianku ini. Mengharap Allah permudahkan jalanku untuk melepasi ujian dunia ini.
Dalam masa yang sama,
Bukan sahaja menerima result,
memberi result.....
Ya Allah,
Ternyata memberi result ini terasa lebih berat berbanding menerima result.
Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Setelah sekian lamanya menyepi tanpa berita, kerana mencari jawapan terbaik.
Alhamdulillah...
Moga Allah redho dengan keputusanku...
Telahku bulatkan tekad,,
Kini saatnya untukku bertawakal padaNya,,
Kerana tiada daya upaya diriku untuk mengetahui hari-hari mendatang...
Moga perjalanan ini sentiasa di bawah penjagaan Allah..
Semuanya masih dalam perancangan manusia yang dhaif,hina dan jahil ini...Ku serahkan semuanya padaNya, mengharap perancangan ini menurut sebagaimana perancangan Allah yang lebih baik.
Moga apa yang Allah hendak berikan sebagaimana yang diharapkan...Ameen Ya Rabb.
============================================================
Selagi ada Allah di dalam hati.....selagi itu ada harapan menanti....keep in mind..:)
============================================================
No comments:
Post a Comment