Monday, February 11, 2013

Angan-Angan Si Kecil

Assalamualaikum semua,

Ya Allah, jadikan sahabatku yang sedang membaca tulisanku yang sederhana ini sebagai pejuang agamaMu. Kurniakan buat mereka ini rahmat dan rahimMu. 

Ameen Ya Rabb..

========================================================================

Alhamdulillah,

Lafaz yang ringkas, pendek dan padat.

Dengan menyebut 'Alhamdulillah' membawa 1001 malah lebih lagi makna.

Siapa yang rasa-rasanya belum terkeluar lagi di bibirnya 'Alhamdulillah'...Let's take a moment to say it..(n_n)




ok...now we move on our topic today. ..

Kisah angan-angan si kecil....


===========================================
Adik...

Ye Ibu...

Berlari kecil si adik kecil ini mendapatkan panggilan ibunya.

Sampai di ruang dapur...Ye Ibu..Ada ape?

Adik, Ibu nak minta tolong. Adik pergi kemas kat depan tu ye..ibu nak siapkan masakan.

Ok, Bole je..
Jam sekarang pukul 8:30....ok, set....



Berkemaslah si adik kecil ini dengan girangnya....



1 jam berlalu..............

2 jam berlalu....

Aik...adik ni senyap je. Dia buat apa lah tu. Adik...adik.... Risau si ibu, puterinya diam membisu. Entah apa sedang dibuatnya.

si Ibu pun bergegas ke hadapan. Melihat keadaan si adik.

Astaghfirullahalazim...adik...adik...adik...

Eh ibu....errr...

Ha, adik berangan ye..

Adik ni suka berangan tau. Buat apa-apa kerja mesti nak berangan. Si ibu tersenyum melihat anaknya yang diselebungi rasa serba salah.

Adik berangan apa tadi? Si ibu cuba bertanya, rasa ingin tahunya selama ini dibuku. Kini di luahkan. Ingin tahu apa yang bermain di fikiran anaknya.


itu rupanya angan-angan anakku selama ini...Ya Allah, sungguh aku adalah ibu yang sangat bersyukur kerana mempunyai anak seperti itu. Jadikanlah angan-angannya yang baik itu menjadi kenyataan. Ameen Ya Rabb. 

Berdoa si ibu di dalam hati.

========================================================================

Ummi...ummi....

ye anak ummi Khoirul Mu'ati.

Ummi berangan ye...

Tersenyum seketika. Hobi berangan masih tak hilang lagi rupanya.

Ye, ada apa Mu'ati,.

Ummi macam mana ummi boleh ada semua ni ye.

Hemm..Ada apa Mu'ati?

Ummi ada butik. ummi ada kedai buku. Macam mana ummi dapat semua ni?. Siapa bagi ummi?

Oh..(tersenyum)
Alhamdulillah, ummi dapat semua ni daripada Allah. Tapi kan ummi ada suatu rahsia nak beritahu Mu'ati. 

Rahsia apa ummi?

Masa ummi kecil-kecil macam kamu ni, ummi kuat berangan tau. Ummi berangan ummi nak ada butik, ummi nak ada kedai buku, dan ummi berangan nak ada madrasah.
Alhamdulillah, Allah bagi semua yang ummi angankan tanpa ummi sangkakan.

Ummi,,Mu'ati pun nak jadi macam ummi. Macam mana Mua'ti nak jadi macam ummi?

Mua'ti sayang...
Ingat pesan Ummi.. 
Apa-apa yang Mua'ti nak buat mesti fikir untuk akhirat.

Untuk akhirat? Tapi kita kan tengah hidup di dunia. Kenapa pula kena buat untuk akhirat?

Dunia ni pinjaman je Mua'ti. Kita tumpang berteduh je di dunia ni.

Oo..jadi kita tumpang duduk kejap je kat dunia ni?

Ye, betul tu sayang.
Akhirat itulah tempat abadi kita. Kita akan duduk di sana selama-lamanya.

Oo...

Jadi jika Mua'ti kejar dunia, Mua'ti akan dapat dunia sahaja. Jika Mua'ti kejar akhirat, Mua'ti akan dapat dunia dan akhirat.

Oo...jadi Mua'ti kena kejar akhiart untuk dapat jadi macam ummi.

Hemm..Mua'ti, ummi ni manusia yang biasa je. Mencontohi ummi tak salah, tetapi Mua'ti perlu mencontohi Rasulullah s.a.w lebih-lebih lagi.

Ye Ummi, Mua'ti suka Rasulullah. Mua'ti nak jadi macam Rasulullah. Baik, berjaya dunia, berjaya juga akhirat. Macam abi cerita, Rasulullah adalah sebaik-baik manusia. 

Ye betul tu sayang. 

Yeah....Ummi doakan Mu'ati tau.
Mua'ti selalu berangan...

Berangan apa?

Mua'ti selalu berangan nak jadi macam Hanzalah. 




Ye anakku...

Ummimu di sini mendoakan buatmu. Waktu kecilmu, Kau tidak lagi mengerti mahu menjadi seperti apa. Kau hanya ingin menjadi siapa pun insan di hadapanmu. Siapapun insan yang kau rasakan hebat. Kelak besarmu,ummi yakin akan lebih jelas matlamat hidupmu. Jadilah sebagai dirimu sendiri yang di dalamnya di saluti dengan peribadi insan-insan hebat yang pernah kau sanjungi di usia kecilmu. Dulu masa kecilmu, kau hanya mampu mencipta angan-anagan. Kini besarmu, ciptalah matlamat daripada angan-anganmu dahulu. Ketika jelasnya matlamat hidupmu, maka jelaslah setiap rentak gerak langkahmu di dunia ini. Doa ummi untukmu nak.

=======================================================================

Alhamdulillah,

inilah cerita yang saya nak kongsikan. Cerita ini adalah rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

walaupun hanya rekaan, moga-moga dapat menjadikan inspirasi kejayaan. Cipta minda anak-anak sejak kecil dengan angan-angan yang baik, maka akan lahirlah seorang insan yang punyai matlamat hidup yang jelas.



...::ishtiyaQsolehah::..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...