Monday, September 5, 2011

Kekuatanku ada padamu



" Jadi,kenapa fizah tak bersetuju dengan abang? " tanya si suami.Pelik.

" Bukan saya tidak bersetuju dengan abang, tiada layak untuk saya tidak bersetuju dengan pendapat abang." jawab si isteri.

" Jadi? Kenapa jawapan fizah seolah-olah tidak bersetuju dengan poligami?" tanya lagi si suami. Pinta kepastian.

" Tiada layak untuk saya tidak bersetuju dengan poligami." Jawab si isteri. Ringkas.

" Jadi?" Berkerut dahi si suami. Menagih kepastian.

" Silakan jika abang mahu berpoligami. Saya tidak menghalang. Namun, bukan bermaksud tiada hak untuk saya tidak bersetuju." Terang si isteri sambil melemparkan senyuman.

" Maknanya Fizah setuju atau tidak jika abang ingin berpoligami? Abang keliru dengan jawapan Fizah." Kerutan di dahi suami semakin jelas kelihatan.

" Fizah mahu abang fikirkan tentang kebimbangan hati seorang wanita yang mahu dimadukan." Kali ini, wajah si isteri lebih serius. Menandakan bicaranya bukan bicara kosong.

" Oh, abang faham. Fizah antara 50 50 kan? Antara setuju dan tak. Maksudnya, Fizah sedang bermain dengan perasaan risau Fizah apabila dimadukan nanti.Apa yang Fizah risaukan?" Kerutan di dahi semakin menghilang dimamah kefahaman pada jawapan si isteri.

" Abang rasa?" Si isteri cuba menguji sejauh mana suaminya memahami hati seorang wanita.

" Hemm..Fizah risau jika abang tidak berlaku adil?" Teka si suami.

Si isteri hanya menggelengkan kepala.

" Atau mungkin...Fizah risau jika kasih abang pada Fizah akan berkurang?" Si suami menjungkitkan kening kanannya. Pinta kepastian Si isteri.

Gelengan kepala juga sebagai balasan daripada sang isteri.

" Fizah risau jika abang, lupakan atau tinggalkan Fizah?" sekali lagi si suami menjungkilkan kening kanannya.

Si isteri hanya mendiamkan diri. Masih tidak tepat.

" Abang, ada sesuatu yang lebih besar yang menjadi kerisauan seorang isteri yang mahu dimadukan selain daripada apa yang abang katakan."

" Apa dia?" Memandang sinis. Hairan.

" Saya adalah isteri yang kuat,sabar,tabah tika dunia rumahtangga kita hanya ada saya dan abang serta anak-anak." Jawab isteri perlahan.

Suami menangguk-anggukkan kepalanya bersetuju dengan kata-kata isterinya. Matanya tertancap tepat ke arah mata si isteri. Menanti penjelasan isteri dengan penuh kesabaran.

" Saya juga adalah isteri yang tidak pernah berburuk sangka, cemburu berlebihan terhadap abang tika ini."

" Saya juga adalah isteri yang sangat mudah memahami abang,tidak pernah jemu melontarkan pendangan dan nasihat tika abang memerlukannya."

" Saya adalah isteri yang manerima abang apa adanya. Kelebihan abang, saya syukuri. Kekurangan abang, saya fahami malah memaafi."

Si isteri terdiam seketika. Tertunduk. Tanpa disedari, bulatan kecil membentuk di atas helaian kertas kesan setitik air mata yang jatuh di balik kelopak mata si isteri.

Melihat itu, si suami cuba mendongak lembut kepala si isteri .

" Mengapa Fizah menangis? " Tanya si suami.Bimbang.

" Air mata ini tanda kerisauan Fizah, bang."

"Jika dunia rumahtangga kita ini sudah dihuni oleh insan lain, Fizah bimbang, Fizah tidak lagi menjadi seorang isteri yang tabah,sabar,tidak berburuk sangka dan cemburu melulu. Malah, Fizah bimbang jika Fizah tidak lagi mensyukuri kelebihan abang dan memahami malah memaafi kekurangan abang."

" Mengapa begitu Fizah? Abang tahu Fizah akan mampu tetap terus menjadi isteri abang sebagaimana sekarang."

" Ya, itu juga mungkin. Tetapi abang perlu tahu, hati seorang wanita tidak sekental hati seorang lelaki. Jika hatinya terusik walaupun sedikit, ianya akan merosakkan banyak perkara. Kerana hakikat wanita itu lemah hatinya." Si isteri menghurai dalam keesakkan hati.

" Ya, tetapi Fizah perlu kuatkan hati Fizah. Jadi,bagaimana pula isteri-isteri Rasulullah? Mereka juga dimadukan. Mengapa mereka mampu mempunyai hati yang kuat." Tanya si suami. Menimbulkan lagi persoalan.

" Kerana suami mereka mempunyai hati yang kuat." Jawab si isteri. Ringkas.

Termenung seketika si suami tatkala mendengar jawapan si isteri.

"Kekuatan suami menguatkan kelemahan isteri. Begitu juga sebaliknya." Tambah lagi si isteri. Seukir senyuman diukir buat suami tercinta.

Kini, barulah si suami mengerti apa yang mahu disampaikan oleh isterinya. Suami selalu pinta isterinya untuk menguatkan hati tatkala mereka mahu berpoligami. Sedang mereka (Para Suami) selalu tidak menyedari bahawa kekuatan hati si isteri ada pada kekuatan hati si suami. Jika suami mempunyai hati yang kuat, maka akan tempias juga kekuatan itu kepada isteri. Begitu juga sebaliknya.

" Jadi,sebelum abang mahu berpoligami, abang perlu kuatkan hati abang supaya hati isteri abang menjadi kuat." Senyuman terukir di bibir suami.

" Ya, sudah tentu."

" Terima kasih Fizah, pandangan Fizah pada persoalan abang tadi amat membantu abang untuk melengkapkan lagi thesis ni. Untung abang ye, dapat isteri yang "Open minded"." si suami menjeling manja si isteri.

" Sudah,tidak perlu terlalu memuji. Fizah cuma menjalankan peranan Fizah sebagai isteri. "

"Suamiku, ketahuilah kekuatanku ada padamu" monolog Hafizah sendirian.



4 comments:

Awwahah said...

wah..dah pandai berskrip...hehehe..agak terasa dihati sy tajuk poligami ini..

manakan tidaknya,poligami adalah word yg selalu sy pegang supaya hati ini rasa serba cukup.

Ya,saat kecil lagi,kita telah dimadukan antara adik-beradik..dirumah sewa dan antara teman-teman..kita selalu dimadukan..Jadi,berusaha untuk menjadi madu yang sempurna cukup menjadi cita-cita.

Tapi,tak lah sampai bermadukan suami..Mungkin ya dan mungkin tak....hihihi

Unknown said...

Huhu...waji2..don't missunderstand with this entry yek...hehe..entry ni khas i dedicate u sume lelaki yang brgelar suami n bakal bergelar suami..:)

Awwahah said...

i'm not the one yg misunderstanding...cuma teringat zmn jahiliyah dulu yg mana suka sebut perkataan poligami ni...hihihihihi

Unknown said...

okey...nape?skrg dh brubah ke..x nk poligami dh?huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...