Sunday, August 28, 2011

Setia Sejati





Tiba-tiba teringat teka-teki yang dilontarkan kepada Nujum Pak Belalang yang dilakokan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramli, dalam cerita Nujum Pak Belalang.

Apakah yang:

1 banyak....

2 jarang-jarang....

3 kadang-kadang..

4 sikit-sikit...

(p/s: maaflah ye, andai tersalah susunan. Saya pun tak berapa ingat teka-tekinya)

jawapannya..rasanya siapa yang pernah menonton filem ni, mesti dah tahu apa jawapannya. The answer is...'married'.

Tetapi bukan niat dihati mahu bercerita tentang perkahwinan. Mahu bercerita tentang sahabat.

Apa kaitan sahabat dengan perkahwinan?

Bukan...bukan. Tiada kaitan apa pun sahabat dengan perkahwinan.

Tetapi..

Saya mahu kaitkan soalan-soalan di atas dengan persoalan tentang sahabat.

Terimbau wajah-wajah sahabat-sahabat yang ku kenali sejak di bangku Tadika sehinggalah kini, di alam Universiti.

Apa kaitannya dengan soalan-soalan di atas ye?

Ramai sahabat-sahabat yang saya temui, namun tidak semua sahabat itu sama perwatakannya dan jenisnya. Mustahil semua sahabat yang kita kenali akan sama semuanya 100%. Pasti ada jurang perbezaan antara satu dengan yang lainnya.

Saya mahu klasifikasikan jenis-jenis sahabat menurut pandangan saya..

Apa yang BANYAK?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti setia dan sejati..::..

Apa yang JARANG-JARANG?

...::..sahabat yang tidak mengenali erti setia,tetapi mengenali erti sejati..::..

Apa yang KADANG-KADANG?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti sejati,tetapi mengenali erti setia..::..

Apa yang SEDIKIT?


..::..sahabat yang mengenali erti sejati dan setia..::..

Faham ke apa yang inginsaya sampaikan?

Saya terangkan one by one ye...

=( BANYAK

Bilangan mereka yang TIDAK mengenali erti SETIA dan SEJATI itu lumrahnya lebih banyak berbanding yang lainnya. Sahabat jenis ini, apabila bertemu terus melupakan. Hanya bersahabat untuk kepentingan diri sendiri. Suka menerima, tidak pernah memberi.


=( JARANG-JARANG


Bilangan mereka yang mengenali erti SETIA tetapi tidak pula mengenali erti SEJATI jarang-jarang ada. Ada tetap ada, namun jarang-jarang. Mereka ini sememangnya SETIA apabila bersahabat. Namun tidak SEJATI. Bagaimana ye?

Mereka akan tetap setia kepada sahabatnya walau dalam apa jua keadaan, sehingga tetap setia (tetap menyokong) bersama sahabatnya walaupun sahabatnya melakukan perkara-perkara yang dimunkari Allah. Inilah yang dinamakan sahabat yang setia namun tidak sejati.

Suka memberi dan menerima. Namun tidak mengetahui erti memberi yang sebenar.

=( KADANG-KADANG

Kadang-kadang ada jua sahabat yang hanya mengenali erti SEJATI namun tidak mengenali erti SETIA. Mereka ini sentiasa menjaga sahabat mereka dengan baik. Sangat menjaga perihal sahabatnya. Sentiasa menegah sahabtnya daripada melakukan kemunkaran. Namun, tatkala sahabatnya ditimpa satu-satu musibah, dia akan pergi meninggalkan. Kerana takut berhadapan dengan risiko. Kesetiaannya sama sekali luput dari pandangan.

Tidak terlalu suka memberi dan menerima.


=) SIKIT-SIKIT

Apa yang sikit tu ye? Tentunya, sesuatu yang sedikit bilangannya itulah yang paling istimewa dan terbaik. Sahabat yang SETIA dan SEJATI pastilah terlalu sedikit ditemui. Mereka akan tetap setia bersama sahabatnya dalam apa jua keadaan. Kesetiaan mereka akan lebih terserlah tatkala ujian menimpa sahabatnya.

Mereka juga sahabat yang sejati. Tatkala sahabatnya melakukan perkara yang dimunkari Allah, dia tidak akan membiarkan atau tetap setia (tetap menyokong) akan perbuatan sahabatnya. Malah,pasti akan ditegurnya dengan berhikmah.

Mereka lebih suka memberi daripada menerima. Mereka memberi sebanyak-banyaknya dan sangat kurang menerima.

Sahabat seperti inilah sukar dicari. Terlalu sedikit bilangan mereka. Namun masih tetap ada sahabat yang sebegini. Jika kita berusaha menjadi sahabat seperti ini, pasti akan Allah kurniakan jua untuk kita.

Untuk mendapatkan Sahabat yang sedikit sahaja bilangannya itu kita perlulah golongkan diri kita dalam kalangan mereka yang sedikit itu. Sahabat yang SETIA SEJATI.

Muhasabah untuk diri sendiri, inginku kongsikan buat sahabat-sahabat seperjuangan.











3 comments:

Awwahah said...

Setuju2...

sahabat ketika menangis sukar ditemui.
sahabat ketika gembira ramai hingga tak terkira.

(^_^)

Matahari said...

Sslam Solehah, syukran atas kunjungan ke blog kita ya..kita blogger baru, sdi2 lah mmbrikn tnjuk ajr ya..^^

Unknown said...

aina..kte pown bru2 berjinak dlm dunia blog ni...all the best kei..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...