love ni indah kan? tetapi dari love ni juge boleh tercipta sesuatu yang menyakitkan...renung2kan!!
"Subhanallah..pedasnya kata-kata dia." getus Sang Hati. Hati bagaikan tertusuk duri yang paling tajam. Air mata turut jatuh mengalir dalam lubuk hati yang paling dalam menandakan kekecewaan yang mendalam.
Namun apakan daya seorang insan untuk menolak qada' dan qadar Allah Taala dalam kehidupan ini. Pastinya akan bertempur dengan pelbagai mehnah kehidupan sebelum dijemput menjadi tetamu syurga (Ameen...mudah-mudahan..idaman setiap insan).
MasyaAllah, hanya kerana kata-kata bisa membuatkan kasih sayang dilupai, silaturahim terputus,ukhuwah bercerai-berai.
AWAS!!!!
Kekadang kata-kata yang kita ungkapkan amat INDAH bagi kita namun ianya amat MENYAKITKAN orang yang mendengar, melihat dan membaca.
Sebelum menuturkan bicara....ATURLAH
Ketika menutur bicara....JAGALAH
Selepas menutur bicara....HISABLAH
Kekadang sesuatu yang INDAH itu memang tampak terlalu INDAH pada pandangan mata kita. Tetapi sesuatu yang nampak terlalu INDAH itulah yang membuatkan hati insan lain yang baru membangun untuk menjadi indah mendapat KESAKITAN.
AWASILAH LIDAH KITA SEBELUM BERBICARA..
JANGAN HANYA FIKIRKAN KEINDAHAN DI BENAK FIKIRAN KITA SAHAJA...
FIKIRKAN ORANG LAIN YANG BAKAL MENERIMA KATA-KATA KITA...
KETAHUILAH.....tiap kata-kata yang terpancul dari bibir kita akan dipertanggungjawabkan. So, watch your mouth.
Jangan sampai di muka pengadilan kelak..kita menjadi orang yang paling rugi hanya kerana tidak pandai menjaga lidah dalam berbicara.
ketahuilah pangkal lidah itu hati..so..kalu kite x pandai jage lidah..hati kite juge akan rosak..BE WARE ye!!
..::entri ini sebagai pesanan buat diri sendiri yang sering alpa::..by n khas for aNa..:)
2 comments:
Betul tu..sebab lidah Awwahah yang pedas ni lah byk hati yang terluka...
"maafkan saya"..kenapalah sukar sangat nak dilafazkan?
Doa merupakan alat perhubungan yang dimanfaatkan dek kerana mulut terlalu berat utk menuturkannya.Kerana ikatan itu semakin akrab dan hanya dapat dirasai melalui doa itu.
(^_^)
n_n..puteri Awwahah..
Post a Comment