" Ish..awak tak takut ke kalau tak de yang suke awak?"
" Takut? Kelakarlah soalan awak." Aisyah tergelak kecil.
" Yelah, zaman sekarang ni..semua orang ingin dicintai dan mencintai. Kalau seseorang tu masih berstatus single and available agak pelik lah." Rungut Farahin.
" Maksud awak..perempuan zaman sekarang kalau tak ber'couple' dikira kolot?"
"Hemm..lebih kurang begitu lah." cuba mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju.
Aisyah terdiam seketika, sambil melemparkan senyuman manis ke arah sahabatnya itu.
" Agama kita kolot tak?" Tanya Aisyah.
" Ish, awak ni semestinyalah tidak. Tak berani saya cakap agama sendiri agama yang kolot."
" Menegakkan yang syari'e itu kolot?"
" Hemm..sudah tentu tidak." Farahin mula menundukkan kepalanya. Sudah dapat menangkap maksud Aisyah.
" Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar Muslimah. Itulah yang diajarkan oleh agama saya. Agama Islam. Kenapa saya perlu merasa kolot bahkan merasa takut dengan apa yang disyariatkan dalam agama saya. Saya tahu ada kebaikannya yang jauh lebih mahal saya dapati."
" Jadi, awak memang tak mahu bercinta? Awak tak suka ke kalau ada orang suka awak? Awak sendiri...tak kan tak ada sesiapa yang awak suka? " Bertubi-tubi pertanyaan dilemparkan oleh Farahin inginkan penjelasan Aisyah.
" Mustahil bagi seseorang insan itu tidak ingin mencintai sesuatu malah dicintai oleh sesuatu. Saya manusia yang tetap ada naluri ingin mencintai dan dicintai. Jujur ada insan yang saya cintai. Dan mungkin saja ada juga insan yang mencintai saya." Tersenyum lagi Aisyah dalam menuturkan bicaranya.
" Saya tahulah..mesti insan yang awak cintai tu...mak,ayah,kakak,adik-adik,sahabat-sahabat dan guru-guru awak kan?...Orang yang mencintai awak yang awak maksudkan tu pun mesti mereka juga kan? Aisyah...saya tahu mereka semua mencintai awak dan awak juga mencintai mereka. Tetapi yang saya maksudkan..."
" Lelaki ajnabi?" Aisyah pantas membidas.
" Ha..itulah dia yang saya maksudkan. Faham kan?"
"Ya, jujurnya saya tidak terlepas dari menyukai sesuatu. Saya manusia biasa Farah."
" Maksudnya, awak juga ada menyukai seseorang?"
Aisyah sekadar mengukirkan senyuman tanda mengiyakan.
" Jadi, bagaimana awak nak luahkan rasa suka awak tu ? Tak kan hanya dengan berdiam diri."
"Saya akan luahkannya tiap kali seusai solat, tiap kali saya berdoa, akan saya luahkan perasaan saya padaNya."
" Awak luahkan pada Allah. Jadi bagaimana insan itu boleh tahu perasaan yang awak simpan?"
" Farah, siapa yang lebih mengetahui apa yang berada di dalam dada? Apa yang kita sembunyikan, apa yang kita rahsiakan...siapa yang lebih mengetahui Farah?"
" Allah" jawab Farah perlahan. Kedua kalinya terpukul dengan soalan sendiri.
"Jadi, mengapa mesti kita selalu gunakan jalan yang sukar? Manfaatkan jalan yang mudah."
" Ya, tapi...jika sekadar berdoa dan bertawakal tanpa ikhtiar tak boleh juga Aisyah."
" Farah, ikhtiar itu luas. Berikhtiarlah dengan menggunakan cara yang dianjurkan dalam agama kita. Ber'couple' bukanlah cara yang dianjurkan dalam agama kita. "
Kini Farah hanya mendiamkan diri. Mendegar teliti penjelasan Aisyah.
" Mengapa kita tak kuat meyakini janji Allah? Jika kita ikut sahaja apa yang digariskan agama kita, kita akan selamat mendapatkan apa yang kita hajatkan. Allah tidak pernah menyusahkan apatah lagi membebankan hamba-hambaNya. Tetapi kita sendiri yang selalu memilih jalan yang sukar dalam mencapai kemahuan dan keinginan kita."
" Farah, saya rasa selamat tatkala saya cuba meletakkan diri saya di garisan agama Islam yang sebenarnya. Saya tidak pernah merasa takut apatah lagi kecewa dengan kehadiran dan kepergian insan yang bernama lelaki dalam hidup saya. Kerana kekuatan keyakinan yang berada dalam lubuk hati pada janjiNya."
" Tiada istilah 'couple' dalam kamus hidup remaja ku. Itu pendirian utama ku"
Farah semakin tertunduk. Memikirkan lagi akan kata-kata Aisyah. Mudah didengari namun payah baginya untuk melangkah berhijrah ke alam perubahan kerana dirinya sendiri sedang merasai kenikmatan ber'couple'. Bukan mudah baginya untuk meninggalkan kenikmatan dunia yang hanya sementara bahkan sia-sia itu. Terus berfikir........
No comments:
Post a Comment