Thursday, May 5, 2011

اصلح و مصلح و صالح


انشأالله في هذا اليوم اريد ان اتكلم عن الموضوع التالى....و قبل ابداء كلامي....آسف لأنني اريد ان اتكلم في لغتي انا...آسف...

Maaf, saje je nak kecek bahasa Arab...bahasa kesukaan saya. Bahasa kecintaan saya. hehehe...tapi saya masih belum bersedia nak tulis entri dalam bahasa Arab.Masih banyak kelemahan.Nahu, Saraf masih banyak yang perlu diperbetulkan.

Baiklah berbalik kepada topik di atas. Berkaitan dengan islah dan muslih dan juga solih. Mengislahkan diri itu suatu perkara yang penting bagi mencapai matlamat hidup yang sebenar.

ISLAH NAFSAK

اصلح ialah daripada feel amar yang membawa maksud perbaikilah. Perbaikilah diri kita, setelah itu perbaikilah orang lain. Orang yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri itu adalah orang yang sentiasa mahu dirinya dipandang baik oleh Allah.

اصلح اصله صلح

"solaha" yang membawa maksud usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan yang betul kepada yang lebih baik. Sungguh tiada Allah ciptakan seorang pun dalam kalangan manusia dengan bersifat jahat sejak azali. Semuanya diciptakan dalam keadaan baik. Kerana itu fitrah manusia sukakan kepada tiap kebaikan.

Setiap manusia itu semuanya baik namun perlulah sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik seterusnya menjadi hamba Allah yang terbaik di sisiNya. Tika manusia telah meletakkan Allah sebagai matlamat utama dalam kehidupannya, maka tika itu dia tidak lagi mengharapkan pandangan manusia.

JANGAN PERNAH MENGANGGAP DIRI SUDAH CUKUP BAIK.

Sememangnya Allah menciptakan manusia itu semuanya dalam keadaan yang baik. Namun jangan kita terpedaya dengan permainan syaitan yang suka membuatkan diri kita merasakan sudah cukup baik dan tidak ada apa untuk diperbaiki lagi.

Ibn Atai'llah: "Janganlah kamu merasa gembira kerana merasakan telah mampu membuat ketaatan tetapi gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata hidayah Allah."

Mengapa kita ada rasa untuk membuat kebaikan?

Mengapa kita suka akan kebaikan?

Mengapa kita tenang dan gembira bila melakukan kebaikan?

Mengapa kita suka melihat orang lain juga suka melakukan kebaikan?

Jawapannya, hanyalah kerana semua ini adalah hidayah Allah semata. Kita dapat melakukan ketaatan Allah kerana hudayah Allah dan kerana Rahmat Allah yang begitu luas buat hamba-hambaNya.

ISLAH NAFSAK WADU' GHOIROK

Seorang yang soleh itu adalah seorang yang mampu memperbaiki dirinya sendiri dan setelah itu mampu juga memperbaiki orang lain. Orang yang hanya berusaha untuk memperbaiki dirinya sahaja tanpa mahu memperbaiki orang lain bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang Soleh.

Oleh kerana itu pentingnya kita mengamalkan:

اصلحوا انفسكم وادعوا غيركم

"Perbaikilah diri kamu dan serulah yang lain"

Disinalah akan timbulnya konsep dan amanah kit
a yang sebenarnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini:

امر معروف نهي منكر

"Suruhlah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran"

Inilah sifat seorang dai'e dan khalifah Allah yang sebenranya. Tidak hanya sibuk mengislah dirinya bahkan sibuk juga mengislahkan orang lain. Tidak hanya mahu dirinya menjadi soleh mahupun solehah, namun mahu juga insan lain menjadi soleh mahupun solehah.

ISLAH 5 PERKARA

  • Agama
  • Diri
  • Akal fikiran
  • Keturunan
  • Harta benda
DIDIK NAFSU

Hukama' ada mengatakan : " Asal segala maksiat,kelalaian dan kesenangan nafsu adalah sukanya kepada nafsu. Sedangkan kepatuhan,kesedaran dan penghargaan diri sendiri berasal daripada tidak wujudnya rasa suka kepada nafsu."

Perkara utama yang perlu kita lakuakan adalah dengan mengislah agama yang berada dalam jiwa kita. Seteguh mana kepercayaan dan sayang kita terhadap agama kita. Tetapkan benar-benar hati terhadap kecintaan kita pada agama. Apabila telah tetap hati kita dengan agama yang kita yakini , cintai dan imani maka akan mudahlah bagi kita untuk mengislahkan diri dan nafsu kita.

Jadilah tuan kepada nafsu kita yang mampu mengawal nafsu, jangan biarkan nafsu yang menjadi tuan kepada diri kita seterusnya mengawal segala tindak tanduk diri.


Sungguh nafsu ini sifatnya teramatlah degil. Sehingga pernah diceritakan akan kedegilan nafsu ini:

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Konklusinya, marilah sama-sama untuk sentiasa berusaha ke arah memperbaiki diri seterusnya berusaha untuk memperbaiki insan lain.

Bermulalah dengan cuba untuk mendidik nafsu. Nafsu yang terdidik tidak akan mengharap pandangan melainkan mengharap pandanganNya semata.

Ketahuilah, untuk menjadi seorang yang Solih mahupun Solihah maka perlulah berusaha untuk menIslahkan diri dan berusaha menjadi Muslihah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...