Saturday, May 7, 2011

Mencari Ketenangan di Rumah Allah~~





Allah...tenangnya rasa bila duduk di rumahmu ini....sungguh tenang...(tenang sebab ade air-cone ke..hehe..)tidak-tidak....bukan kerana itu..mungkin sudah sekian lama tidak mendapat ketenangan semacam ini...hummm....sungguh menenangkan..Bila melangkah masuk ke dalam rumah Mu ini, terasa ketenangan yang sukar digambarkan. Untuk entri kali ini, saya tidak berniat untuk membawa sesuatu yang berat-berat. Menulis ini pun hanyalah sekadar mahu menambah ketenangan yang sememangnya sudah terasa sejak dari tadi.

Ketika mula-mula ku melangkah masuk tadi, masih tiada siapa-siapa. Rasa sangat nyaman bila bersendirian. Terasa diri ini sedang "Berdating" seketika dengan pemilik cintaku yang paling setia. MasyaAllah, seronoknya saat-saat indah bersamaMu. Namun sejak sebelum zohor tadi, sudah ada beberapa orang yang hadir menunaikan solat berjemaah bersama-sama.

Kaki semakin terasa malas untuk pulang ke bilik. Entahlah. Tiba-tiba tiada "syuur" di bilik sendiri. Tiba-tiba terasa ingin mencari ketenangan di tempat lain. Alhamdulillah, hati menjadi terlalu tenang saat ini.

InshaAllah, selasa depan saya akan menempuhi imtihan bahasa Arab. Diikuti hari khamis, imtihan Fiqh Al-ibadat (Killer Subject) dan Introduction of Muamalat. Alhamdulillah, setelah penat menelaah kitab Fiqh Al Muqaran tadi, terasa lega sedikit. Sekarang mahu merehatkan minda di blog kesayangan. Tika ini, saya lebih suka menenangkan diri dengan membaca Al-Quran, membaca majalah solusi dan sesekali menulis apa jua idea-idea yang berlegar-legar difikiran. Barangkali itu lebih menenangkan saya.

Sebelum keluar dari bilik tadi, tangan sempat mencapai majalah solusi di atas meja rakan.

"Sayidah saya pinjam buku awak ye." terjenguk kepala saya di pintu bilik jiran sebelah.

"Oh, boleh tak dia nak pinjam buku kamu?"Sayidah yang sejak pagi tadi pergi menziarahi temannya di bilik sebelah meminta izin kepada rakannya terlebih dahulu untuk meminjamkan majalah itu kepada saya.

"Ambillah." Teman Sayidah menggizinkan sambil menyimpulkan senyuman manisnya.

"Terima kasih ye."Saya juga membalas dengan senyuman.

Saya tertarik sangat dengan tajuk majalah solusi kali ini "Sabar Itu Indah". Sangat memikat hati. Melihat tajuk sahaja sudah mampu memikat hati yang sedang gersang ini. Isi-isinya apatah lagi. Sudah pasti terlalu indah dan memikat hati.

Saya sendiri tidak pasti, apa punca tiba-tiba hati menjadi tidak tenang. Tiba-tiba terasa kosong. Tatkala saya membuka majalah solusi dan membacanya, Subhanallah, sangat-sangat menyentuh jiwa. Terasa terisi semula hati dan jiwa yang kekosongan ini.

Wah, nampaknya semakin ramai orang yang hadir di surau ini. Satu kumpulan kecil jauh sedikit di hadapan saya. Sedang berdiskusi barangkali. Hemm,saya sahaja sedang bersendirian dihujung penjuru surau ini.Menaip sambil diiringi alunan nasyid yang indah-indah seni katanya. Bertambah tersentuh jiwa.

Perut tiba-tiba terasa lapar. Sabar ye wahai perut. Sabar itu indah. Saya sedang cuba hendak mendidik nafsu ini. Saya terbaca dalam majalah solusi tadi, di bahagian soal jawab tasawwuf, "seorang guru yang baik itu adalah yang telah membiasakan dirinya untuk tidak terlalu banyak makan dan minum.". MashaAllah, sungguh hebat. Namun agak sukar juga untuk melakukannya.

Seketika tadi sahabat kesayangan saya menghantar message kepada saya, yang namanya tidak mahu saya nyatakan. Namun saya ingin menggelar dia sebagai Mujahidah. Dia memang seorang pejuang yang sangat hebat dan kuat.Sejak kebelakangan ini, saya sering berutus message dengannya. Beberapa hari sebelum ini dia diuji Allah. Saya juga tahu apabila saya memulakan mengirim sms kata-kata hikmah kpadanya pada suatu hari.Tika itu, dia pun bermulalah menceritakan masalahnya kepada saya.

Alhamdulillah, setelah sama-sama mencari solusi, akhirnya Allah bukakan jalan-jalan yang terbaik buatnya. Allah berikan dia kekuatan. Sememangnya Mujahidah seorang yang hebat. Saya amat mempercayai dia. Sehinggalah tadi, saya bertanya kepadanya

"Mujahidah, sudah membeli solusi yang terbaru ini, isu 31?" tanya saya setelah membaca dua pengisian yang sangat-sangat bagus bagi saya. Perlu di baca oleh semua remaja yang pastinya pernah atau mungkin sedang diuji dengan "cinta fitrah".

"Sudah,saya sudah membelinya."Jawab Mujahidah.

"Awak sudah membaca slot Fatimah Syarha (m/s 69) dan Dr.Fadzilah Khamsah (m/s 46)?" Tanya saya.

"Saya sudah membaca entri Dr.Fadzilah Khamsah, Fatimah Syarha , belum lagi.Sekarang saya sudah faham pasal jodoh. Awak dah baca tentang perspektif jodoh,ade persoalan bila saya baca kotak yang ke 4?"Tanya Mujahidah seperti mahu meminta pendapat.

"Ye,kenapa?"Saya pula bertanya meminta kepastian.

"Saya selalu terfikir tentang ini,jika seseorang yang telah melakukan kejahatan,pasti dia akan mendapat jodoh yang jahat juga kan?" Mujahidah melontarkan persoalan yang bermain di fikirannya.

"Mujahidah sudah baca kotak yang disebelahnya yang tertulis Allah pasti menerima taubat hambaNya?" Saya cuba bertanya kembali kepadanya, saya gemar membuat rakan-rakan berfikir kembali akan persoalannya yang ditanya dengan melontarkan persoalan semula. Dengan cara itu, saya dan rakan saya dapat bertukar-tukar fikiran, mungkin lebih mudah untuk dia lebih memahami apa yang saya cuba sampaikan.Dan dengan cara itu juga, tidaklah hanya saya sahaja yang berfikir. Tetapi kami sama-sama berfikir dan sama-sama cuba mengeluarkan idea. Tidaklah saya rasa hanya memberi, terasa juga dapat menerima.

"Ye,saya sudah membaca kotak disebelahnya, tetapi Allah ada mengatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Jadi, saya bimbang jika saya tidaklah baik pada pandanganNya, pasti saya akan mendapat lelaki yang jahat." Luah Mujahidah bimbang.

"Mujahidah sayang, saat kita mahu kembali ke jalanNya ini, saat-saat inilah juga Allah menguji keyakinan kita terhadap janji-janjiNya. Saat-saat ini jugalah syaitan sibuk menggoda fikiran kita untuk memikir-mikirkan sesuatu yang melemahkan semangat untuk berubah. Ye, Allah memang menjanjikan begitu dalam Quran. Tetapi harus juga diingat, Allah jua menjanjikan akan menerima taubat hamba-hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat.Perjuangan kita masih jauh, teruskan langkahmu dengan langkah yang baru. Jika dahulu Mujahidah rasa tidak baik, Mujahidah teruskan berusaha menjadi hamba yang baik pada pandanganNya. Bermulalah dari sekarang. Tidak ada kata terlambat selagi Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita. Mulakan langkah yang baru untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Mulakan langkahmu dengan ikhlas semata-mata keranaNya.Utamakan pandangan Allah. Berubah kerana mahu dipandang baik olehNya. Mujahidah, ketahuilah, semua orang diuji. Tetapi tidak semua orang sedar dia sedang diuji.Dan ramai orang yang sedar dia diuji Allah. Namun sedikit orang yang sedar bahawa ujian itu barangkali teguran Allah untuknya.Dan bersyukurlah, kerana Mujahidah antara orang-orang yang benar-benar sedar ini ssemua adalah ujian dari Allah sebagai teguran untuk Mujahidah." semampu saya meluahkan pandangan dengan harapan terjawab persoalan yang bermain di fikirannya, jika tidak terjawab sekalipun, saya mengharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggungnya.

'Terima kasih ye, saya akan cuba untuk terus istiqamah dalam perubahan ini." Jawabnya ringkas seperti masih berfikir akan sesuatu, barangkali memikirkan akan pandangan saya sebentar tadi.

Tidak mengapa,biarkan dia memikirkannya. Moga dapat meredakan sedikit apa yang ditanggung. Namun lega rasanya di hati kerana sejak akhir-akhir ini hubungan kami semakin mesra. Apabila saya memikirkan semula akn hikmah ujian ini, ujian ini juga menjadi wasilah dan penyebab tautan hati antara dua orang sahabat. Moga terjawab segala persoalan. Moga sahabat saya juga dapat menikmati nikmat ketenangan jiwa sepertimana yang saya sedang rasakan saat ini.

Sebentar lagi asar. Alunan ayat al-Quran,sudah mula berkumandang. Saya tawaqufkan seketika disini. InshaAllah bersambung lagi dalam menikmati ketenangan ini. Sebentar lagi ketenangan ini pasti akan semakin bertambah apabila sang hamba bertemu dengan sang pencipta.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...