Perjalanan hari ini sememangnya tidak sia-sia.Kunjungan kami sekeluarga ke Bank Tabung Haji untuk membuka akaun adik benar-benar tidak sia-sia.Sambil menunggu urusan adik selesai,saya,umi dan abi menunggu sambil menjamu selera dengan santapan rohani oleh ustaz Kasim.Memang sengaja dipaparkan video ceramah itu di ruang menunggu bagi mengisi dan menambah ilmu sementara menunggu.
Saya sendiri tidak pasti apakah tajuk ceramah itu.Namun itu bukanlah sesuatu yang penting.Apa yang penting ialah pengisiannya yang bagi saya cukup membuka hati dan fikiran saya supaya bersangka baik dengan Allah dan Manusia.
Teman,apa jua yang kita hadapi,lalui,jalani dan punyai tiadalah yang sia-sia melainkan semuanya bermunafaat dan penuh dengan hikmah.Bagaimana untuk ketahui dan dapati hikmah itu?Kita perlu mencarinya dalam setiap apa yang kita hadapi dan punyai.Kita perlu fikirkan hikmahnya.Bukan dengan hanya menerima dan redha sahaja tanpa berfikir akan hikmahnya.Janganlah menjadi Muslim dan Muslimah yang malas berfikir.Secara tidak langsung,bila kita mula berfikir tentang hikmah akan sesuatu yang kita punyai dan hadapi kita telah mula berzikir mengingati Allah.Oleh itu,bersangka baiklah dengan Allah.Sungguh,Allah tidak menghendaki kegagalan dan kesengsaraan juga musibah ke atas hamba-hambanya.Namun,apa yang Allah kehendaki adalah kebahagiaan dan kejayaan ke atas hamba-hambanya.Jika sesuatu musibah melanda sesuatu umat,bangsa mahupun individu itu semua bukanlah kehendak Allah,tetapi kehendak manusia yang sebenarnya.Manusia yang menginginkan musibah itu berlaku.Manusialah yang melakukan perkara-perkara yang mengundang musibah itu.Tidak boleh sama sekali kita menyalahkan Allah mahupun takdir apabila sesuatu musibah melanda.Bukankah Allah menyuruh kita perhatikan umat-umat sebelum ini.Bagaimana Allah yang Maha menunaikan kehendak telah pun menunaikan kehendak manusia yang mahukan musibah.Bukankah Allah telah pun memberi amaran sebelum sesuatu musibah itu melanda?Jauhilah dari berprasangka buruk terhadap Allah.
Sepertimana yang kita ketahui,pada tahun 2010 ini kita digemparkan dengan pembunuhan kejam yang berlaku terhadap Almarhumah Datuk Sosilawati beserta 3 orang lagi rakannya.Sehinggakan mereka berempat ini dianggap berjasa terhadap negara kerana dengan kes pembunuhan yang berlaku terhadap mereka berempat telah membuatkan kes-kes pembunuhan dan kehilangan sebelum ini yang berlaku terhadap beberapa orang mangsa dibuka semula kerana mempunyai kaitan dengan kes mereka.Malah apa yang lebih penting adalah mereka telah berjasa kepada agama.Dengan kematian mereka membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia mengakui akan perlunya hukuman hudud dijalankan di Malaysia.Mungkin pada zohirnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak berkata perlunya hukuman hudud dijalankan tetapi jika ditanya dan melihat pelbagai respon daripada pelbagai pihak samada Muslim ataupun 'non-Muslim' majoriti bersetuju untuk mengenakan hukuman bunuh balik ke atas pembunuh-pembunuh mereka berempat.Hukum bunuh balik itu adalah hukum qisas dan itulah hukuman hudud yang Allah perintahkan kita untuk dilaksanakan.Subhanallah,itulah hikmah disebalik pembunuhan mereka berempat.Lihat,bukan sahaja orang yang beragama Islam mengiyakan hukuman hudud malah orang yang tidak beriman kepada Allah juga mengiyakan hukum Allah.MasyaAllah.
Saya tertarik lagi apabila Ustaz Kazim menambah lagi,dalam keadaan macam itu pun ada juga insan yang mempertikaikan "tapi ustaz,Almarhumah tu tidak pakai tudung,macam mana kita hendak bersangka baik bahawa dia berjasa pada agama?"sebelum meneruskan,Ustaz Kasim menarik nafas panjang.Ustaz Kasim menegaskan,barangsiapa yang mati dibunuh akan terlepas dari azab kubur.Jika difikir logik akal kita sendiri,jika orang yang hendak dibunuh pasti dia sudah tahu bahawa ajalnya sudah hampir,pastinya tiada yang lain dibibirnya melainkan kalimah Allah dan kalimah syahadah.Dan insyaAllah,mungkin juga tika itu dia memohon "Tuhan,ampunilah dosa-dosaku.Aku benar-benar menyerah diri kepadaMu."Tika itu pastinya bukan tudung yang diminta,malah tiada guna lagi pinta tudung,tetapi apa yang diminta oleh mereka lebih besar daripada itu iaitu Allah,Allah,Allah.Sedangkan kita tahu,barangsiapa yang pengakhiran hidupnya menyebut kalimah Lailahaillallah maka masuklah mereka ke dalam syurga Allah.Ya,memang kita tidak tahu samada mereka diterima Allah sebagai penghuni syurga mahupun tidak,namun bersangka baiklah terhadap mereka.Walaubagaimanapun,dengan asbab kematian mereka sedikit sebanyak telah membuka mata dan pemikiran masyarakat akan kepentingan hukuman yang ditetapkan Allah(hudud).Subhanallah.
Tegasnya,janganlah kita terlalu cepat berperasangka buruk terhadap sesuatu.Sepertimana Allah menegaskan,janganlah kamu terlalu banyak berprasangka kerana ia akan mendatangkan dosa.Dalam menilai sesuatu janganlah terlalu gopoh menetapkan hukum atau fatwanya.Allah tegaskan dalam surah An-Nisa'(4:105) yang bermaksud,Sungguh,Kami telah menurunkan Kitab(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)membawa kebenaran,agar kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.Jika mahu menilai sesuatu,kembalikan semula sepertimana yang diajarkan oleh Allah.Tetapi janganlah pula kita menjadi orang yang terlalu anti prasangka buruk.Prasangka buruk itu perlu dalam keadaan tertentu.Saya bawakan satu ideologi.Andai di hadapan kita ada sebuah lori yang sangat laju datang menghampiri kita dan berkemungkinan besar akan melanggar kereta yang sedang dipandu.Takkanlah kita masih lagi hendak berprasangka baik dengan tidak mengelaknya."Oh,tidak apa-apa,lori itu pasti tidak akan melanggar aku.Aku perlu bersangka baik."Jika ini berlaku,apa yang kita sangkakan baik bertukar menjadi lebih buruk lagi akibat kita tidak bersangka buruk.Dalam beberapa keadaan bersangka buruk itu perlu.Tetapi dalam semua keadaan dahulukan bersangka baik.Islam mengajar kita konsep 'Wasotiyah' iaitu bersederhana dalam tiap-tiap perkara.Sungguh,yang pertengahan itu adalah yang terbaik.Konsep 'Wasotiyah' ini juga sangat menarik jika dibahaskan.Saya sangat tertarik dengan perbahasan Ustaz Zulkifli di radio ikim tempoh hari berkenaan konsep 'wasotiyah'.Subhanaalah,Islam itu agama yang syumul kerana mengajar kita untuk mendahulukan pandang baik dalam segala hal dan pandang buruk dalam beberapa hal.
~Rujukan:Pengisian Ceramah Ustaz Kazim~
No comments:
Post a Comment