"huh,letihnya...sia-sia sahaja kita berjalan jauh,keluar duit banyak,akhirnya kalah juga".......
"Alhamdulillah,tak sia-sia kita berjalan jauh-jauh,keluar duit banyak,akhirnya kita menang juga explore hibrah(pengalaman) dan explore iman walaupun kita kalah dalam explorace".......
..............................................................................................................................................................................
Pelbagai keluhan yang saya dengarkan semalam ketika menyertai explorace.Inilah kali pertamanya saya melibatkan diri dengan explorace yang bagi saya begitu mencabar.Bukan sahaja mencabar fizikal dan mental malah mencabar kesabaran dan keimanan.Memang tidak dapat dinafikan perjalanan yang agak memenatkan semalam benar-benar memberi banyak ibrah bagi mereka yang memikirkan.Bukan mudah untuk mencari tempat yang dicari,tambahan lagi dengan saya dan akhowat sekumpulan yang tidak biasa dengan kawasan di sekitar Seremban.Jika tanpa kerjasama yang kuat sesama ahli kumpulan pastinya kami tidak akan mendapatkan apa yang dicari.Explorace ini benar-benar membuatkan saya berfikir,bukan mudah untuk menjadi seorang pencari dan penyebar kebenaran.Sungguh perlukan mujahadah yang kuat.
SUDOKU
Kami diberi tugasan untuk menyelesaikan sudoku sebagai cabaran yang pertama sebelum mendapat check point yang pertama.Dalam game sudoku susunan nombor tidak boleh ada yang sama dalam satu barisan samada dari kanan,kiri,atas dan juga bawahJuga tidak boleh ada yang sama nombornya dalam satu kotak.Jika kita perhatikan dan fahami akan konsep game sudoku sebenarnya mengajar kita saling berkongsi antara saru sama lain.Saling membahu antara satu sama lain.Dalam satu kotak pasti akan ada nombor yang juga berkongsi dalam satu barisan samada barisan dari kanan,kiri,atas mahupun bawah.Bagi mereka yang berusaha menjadi pencari dan penyebar kebenaran,pastinya memerlukan sikap yang mudah berkongsi antara satu sama lain.Berkongsi dari segi ilmu jua berkongsi dari segi keperluan matirial.Cuba kita telusuri semula perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat,bagaimana mereka sanggup berkongsi apa sahaja yang menjadi milik mereka demi perjuangan menegakkan agama.Mereka sanggup menginfakkan harta benda mereka semata-mata untuk agama Allah.
FIND TOGETHER
Setelah berjaya melepasi cabaran sudoku,kami berhasil ke check point yang seterusnya.Cari barang yang tersembunyi.Bunyinya seperti mudah,namun bukanlah semudah seperti yang saya sangkakan.Ternyata mencari sesuatu yang tidak di ketahui di mana tempatnya tersembunyi bukanlah suatu yang mudah.Lebih-lebih lagi barang yang disuruh kami cari tidak dijelaskan apa,hanyalah kiasan.Benar-benar memerlukan kudrat fikiran untuk memikirkan barang yang dicari.Kami mengambil masa yang lama di first check point. Begitu jugalah perjalanan seorang pencari kebenaran dan penyebar kebenaran.Bukan mudah untuk mencari kebenaran apatah lagi mahu menyebarkannya.Pastinya mengambil masa yang lama.Jika kita mengambil masa yang singkat untuk mendapatkan kebenaran,sebenarnya kita tidak benar-benar merasa nikmat mencari dan menyebarkannya.Sangat perlukan mujahadah dan pengorbanan yang kuat.Terkadang apa yang didapati sebenarnya bukanlah apa yang dicari.Teringat saya,kami menyangka telah sempurna apa yang dicari,jadi kami pun bergegaslah ke urusetia.Rupanya apa yang kami dapati bukanlah apa seperti yang dikehendaki.Subhanallah,di sinilah sangat menguji kesabaran kami.Kami terpaksa mencari semula dan terus mencari.Ketika mencari semula,saya bermonolog sendirian,Tuhan begitu susah untuk mencari sesuatu permata kehidupan untuk menuju ke kehidupan seterusnya.Sungguh pengalaman ini benar-benar mengajar kami akan betapa susahnya mencari suatu permata kebenaran untuk menuju ke kehidupan seterusnya.
CHEESE
Alhamdulillah,barang-barang yang di cari kami sempurna jua kami temui.Kami menuju ke cabaran yang seterusnya.Check point 2 ini benar-benar menguji kesabaran kami malah bukan setakat kumpulan kami sahaja.Kebanyakan kumpulan tersangkut pada check point ni kerana kluenye yang terlalu general menyebabkan kami sukar untuk meneka di mana kami boleh dapati cabaran seterusnya.Puas kami berjalan kesana-sini,bertanya orang.Namun,tidak jua kami temui tempat yang dicari.Tambahan pula,kami kurang familiar dengan tempat-tempat di kawasan Seremban menyebabkan kami terpaksa meredah sahaja tanpa mengetahui arah tujuan.Seringkali terserempak dengan urusetia yang berada di sekitar kawasan tempat kami berulang-alik,namun mereka menyangka kami bukanlah mencari check point yang mereka uruskan.Sehinggalah kami tiba di Muzium Kebudayaan.Akhirnya kami bertemu di situ beberapa orang urusetia dan mereka pun memberikan kami task untuk dibuat.Baru sahaja kami ingin memulakan task yang diarahkan,urusetia suruh kami menghentikan task yang diarah."Anntunna tersalah check point ni,ini check point yang ke 4,anntunna perlu melepasi check point 2 dan 3 dahulu."Rupanya ada kesilapan yang mengelirukan kami di kertas yang diberi.Kami sangkakan check point yang ke 2 adalah arahan "Syamsul Yusuf love cheese" dan kami menyangka Muzium itulah tempatnya.Ternyata tidak seperti sangkaan kami.Ternyata tempat yang kami sering berpatah balik itulah destinasi yang kami cari.Kami terpaksa berpatah balik ke tempat yang dituju.Disana kami mendapat tugasan untuk mnyebarkan risalah berkaitan prorgam empayar Melaka kepada orang ramai.Bukan mudah juga untuk menyampaikan risalah.Kebanyakan orang di kawasan itu telah menerima risalah itu dari kumpulan yang lain.Kami menunggu setiap orang yang turun dari bas,kami edarkan kepada mereka.Mujurlah Allah permudahkan urusan.Tiada seorang pun yang menolak apabila kami menghulurkan risalah itu.Alhamdulillah.
PERJALANAN PENGEMBANGAN ISLAM
Setelah bersusah payah kami meredah onak dan duri di check point 1 sehingga check point ke 4,akhirnya kami sampai ke check point terakhir.Pelbagai cabaran juga yang kami harus tempuhi sebelum menamatkan segala check point.Kami dipisahkan menjadi 2 group.Saya bersama 2 orang lagi rakan saya di tugaskan untuk melalui jabatan gantung.Manakala lagi 2 orang sahabat saya ditugaskan untuk merentasi cabaran spider web.Kami pun menuju ke tempat tugasan dengan melalui jalan yang berbeza.Tika sampainya saya dan dua orang sahabat ke jambatan gantung kami ditugaskan untuk menjawab 3 soalan.Jika kami berjaya menjawab 2 atau 3 soalan dengan betul,kami akan melalui jambatan gantung itu tanpa menutup mata.Namun jika kami tidak berjaya,kami akan melalui jambatan gantung itu dengan menutup mata.Alhamdulillah,kami berjaya menjawab 2 soalan yang betul daripada 3 soalan.Kami dapat berjalan dengan tanpa menutup mata.Kami juga dibekalkan dengan kertas yang mengandungi beberapa soalan yang kami akan jawab pada pengakhiran nanti.Ketika melalui jambatan gantung itu terasa juga debaran di dada.Sahabat saya tidak habis-habis mengingatkan,"Jangan pandang bawah".Mujurlah kami membuka mata,kami dapat lihat jalan yang di lalui.Jika ditakdirkan kami ditutup mata,pastinya makin mendebarkan.Ini baru titian di dunia.Bagaimana titian siratku di akhirat kelak.Adakah seluas jambatan gantung yang aku lalui tempoh hari atau mungkin lebih luas daripada itu atau mungkin lebih kecil daripada itu (nauzubillahiminzalik).Moga2 lebih luas daripada jambatan gantung itu.Dan setelah selesai kami melalui beberapa cabaran sepanjang di Taman Malaysia itu.Di pengakhirannya kami sekumpulan berkumpul dan diarahkan untuk membuat tugasan yang terakhir iaitu menjawab soalan2 yang diberikan sebelum ini dan menampalkan jawapannya di kertas majong.Kami juga diarahkan untuk melukis gambar rajah (graf) seperti yang diberikan.Setelah selesai menampal segala jawapan,fikiran saya seolah terimbau kembali perjalanan pengembangan Islam bermula daripada zaman Khulafau rashidin sehinggalah akhirnya..Sungguh Islam sudah sangat2 tersebar luas sejak dahulu hinggalah kini.Empayar Islam sangatlah luas.Bersyukur diri ini kerana penyebaran dakwah Islam yang disebarkan bersungguh-sungguh oleh Nabi Muhammad s.a.w,diikuti para sahabat dan para tabi'tabiin,akhirnya sampai juga kepada diri ini.Syukur diri ini terpilih juga menjadi salah seorang daripada berjuta-juta Muslim dan umat Nabi Muhammad s.a.w.
AMANAH
Menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk menyebarkan dakwah dan menyambung semula perjuangan Nabi dan Para Sahabat.Berusahalah untuk menggolongkan diri dalam kalangan orang-orang yang tidak pernah berputus asa menyebarkan dakwah kepada sesiapa pun dan dimana jua.Ketahuilah Allah memang menghendaki kebaikan itu disebarluaskan,tetapi Allah jualah yang mencipta halangan ke arah kebaikan itu bagi menguji keimanan dan keikhlasan kamu dalam menyebarkan kebaikan."Sungguh Islam itu datang secara asing dan Islam juga kan kembali secara asing.Maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing."Explorce benar2 mengajar diri ini bagaimana untuk mengexplore iman dan bagaimana untuk mengexplore hibrah.
~Fastabiqul khoirot~Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan~
No comments:
Post a Comment