Monday, December 6, 2010
buatku berfikir...
Mata ini memang sangat-sangat menginginkan tuannya merehatkannya...Tetapi,maafkan aku ya wahai mata yang amat aku sayangi,aku pasti akan merehatkanmu sebaik sahaja aku habis menaip coretan ini...terima kasih wahai mata,yang masih menguatkan dirimu...Saya memang gemar bermonolog sendirian dengan anggota badan saya kerana mereka jua merupakan makhluk Allah yang hidup.Sejujurnya,selagi saya tidak menaip dan berkongsi cerita dan pengalaman saya hari ini selagi itulah saya merasa rugi,pengalaman hari ini mungkin menjadi salah satu pengalaman yang tidak mungkin saya luputkan dari ingatan.Subhanallah,hari ini saya benar-benar ingin bersiar-siar di luar,bukanlah kerana saya mahu mencari keperluan barang untuk saya,tetapi saya ingin menghirup udara yang segar di luar bersama teman-teman yang lain dan barangkali juga saya ingin "release tansion",hemm..mungkin juga saya ingin mencari sesuatu yang baru di luar sana.Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan Allah.Tidak seperti sangkaan saya,hari ini saya mendapat suatu pengalaman yang cukup berharga.Biarpun mungkin pengalaman yang saya lalui hari ini mungkin sedikit,tetapi ia membuatkan saya berfikir dan belajar sesuatu.Hari ini saya dipertontonkan dengan gelagat empat orang manusia yang dua daripadanya beragama Islam manakala dua lagi beragama Hindu atau Budha barangkali.Saya tidaklah pula meniliki dengan lebih mendalam,tetapi saya berandaian berdasarkan pandangan terhadap mereka yang menampakkan unsur-unsur atau sifat-sifat yang menunjukkan agama mereka.Saya bertemankan Sakinah dan Zahra' pergi ke sebuah shopping complex.Fokus kepada insan-insan yang saya temui.Insan yang pertama merupakan seorang penjual suatu alat yang katanya mampu memperbaiki bahasa inggeris dalam masa 3 bulan sahaja.Dengar seperti menarik.Saya juga terpikat apabila mendengarnya dan bagi saya,ia memang berguna untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris seperti saya.Namun saya tahu harganya pasti mencecah ratusan.Saya kuburkan angan-angan saya untuk memilikinya.Barangkali waktu yang lain.Apabila seorang peniaga disitu cuba untuk menarik perhatian saya untuk membeli produknya itu,pantas saya melangkah ke tempat lain kerana bimbang saya akan terpengaruh untuk membelinya sedangkan saya memang tiada duit yang mencukupi saat itu.Saya cukup faham cara mereka menjual.Kadang-kadang terasa seperti dipaksa kerana mereka akan tetap berusaha untuk menyuruh kita membeli produknya.Pelbagai cara yang akan digunakan oleh mereka.Tetapi alangkah malang dan kesiannya sahabat saya seorang ini,Zahra'.Langkahnya berjaya diberhentikan oleh salah seorang peniaga disitu.Pelbagai persoalan yang diajukan kepada Zahra' dan pelbagai jua jawapan yang berbentuk alasan dijawab oleh Zahra'.Saya seakan dapat jua memahami.Mungkin sahabat saya juga berfikiran seperti saya.Biarpun duit pinjaman dan biasiswa baru sahaja masuk,namun kami perlu bijak untuk "manage" duit kami.Saya dan Sakinah tetap setia menunggu zahra' yang sedang berusaha untuk melepaskan dirinya.Ketika Zahra' semakin berjaya untuk melepaskan dirinya.Tiba-tiba kakak tersebut mula bertanyakan soalan seperti memerli malah mula meninggikan suara.Saya dan Sakinah mula berasa tidak selesa dengan keadaan itu,mula bingkas menghampiri Zahra' dan mengajaknya untuk meninggalkan tempat itu.Sempat saya menoleh wajah kakak itu,jelas diwajahnya tanda-tanda kemarahan yang kami sendiri tidak dapat mengenal pasti punca kemarahannya yang sebenar.Hemm,kami tersenyum lega apabila berjaya melepaskan diri.Syukur kami masih mampu tersenyum biarpun disakiti.Perjalanan diteruskan.Saya singgah ke kedai buku.Tidak sah bagi saya andai tidak pergi ke kedai buku kerana bagi saya buku adalah sahabat yang paling penting dalam hidup.Bukulah yang membuatkan saya semakin berani melangkah kehadapan.Biarpun tiada duit untuk membeli buku,saya tetap akan berusaha untuk menjengah juga buku-buku kegemaran.Setelah membelek-belek beberapa buah buku akhirnya sebuah buku ini saya temui.Buku ini membuatkan saya tertarik untuk memilikinya.Tetapi saya tawaqufkan seketika hasrat saya untuk membelinya.Saya terus menuju ke musolla yang tidak jauh dari kedai buku itu dan terus duduk berhampiran Zahra' yang telah dahulu menuju ke musolla.Ketika saya menunggu Sakinah selesai solat,datanglah seorang sahabat yang juga kami kenali.Kami bersalaman dan bertegur sapa seketika.Pertemuan yang hanya seketika.Tiba-tiba,seorang makcik yang baru sahaja selesai solat tanpa sempat berdoa terus memandang kebelakang tepat ke arah kami dan terus memarahi kami dengan nada yang agak tinggi disebabkan katanya kami terlalu bising.Kami yang tadinya baru tersenyum terus tertunduk malu.Agak lama dan bebisa juga kata-katanya yang dilemparkan kepada kami.Kami cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan berkelakuan sebagai seorang dai'e yang sentiasa menerima teguran orang lain.Kami sempat memohon maaf kepada makcik itu. Namun kemaafan kami langsung tidak diendahkan malah dibalas dengan jelingan yang amat menyakitkan.Setelah makcik itu melangkah ke luar,kami berpandangan lagi dan mengukirkan senyuman.Syukur sekali lagi,kami masih mampu mengukirkan senyuman biarpun hati kami bagaikan tertusuk duri yang amat tajam.Sesekali terdengar gelak ketawa kecil daripada orang-orang yang berada disekitar itu.Namun,kami tetap teruskan dengan senyuman kami.Kami harus cekal dan tabahkan hati kami.Saya bermonolog sendiri,mudah-mudahan selepas ini tiada lagi sesuatu yang memalukan berlaku keatas kami dan mudah-mudahan sesuatu yang manis akan berlaku keatas kami selepas ini.Kami mula melangkah keluar dari musolla.Fikiran saya masih lagi terbayang-bayang buku yang telah berjaya memikat hati,akhirnya saya membulatkan tekad juga untuk memilikinya.Rasa gembira buku yang diminati yang berjudul "Like Father Like Son" karya Mohammad Zaka Ali Farisi sudah pun berada di tangan.Setelah itu,kami mula melangkah masuk ke sebuah teksi untuk bertolak ke Senawang menemankan sahabatku yang ingin membeli "handphone" baru bagi menggantikan "handphone"nya yang telah rosak.Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat,pakcik berbangsa India yang agamanya kurang kami pasti,sangat baik dan peramah.Layanannya yang sungguh baik itu memikat hati kami biarpun berlainan agama dan bangsa.Kami dapat mengagak pakcik itu bukan beragama Islam kerana terdapat patung di dalam teksinya yang seakan-akan melambangkan agama Hindu atau Budha.Namun kami sangat mengagumi peribadinya.Setelah sampai,kami sangat terperanjat bercampur terpesona apabila pakcik itu yang berterima kasih dahulu kepada kami malah dia bukan menggunakan bahasa melayu,inggeris mahupun india.Kalimah "syukran" terpancul di bibir pakcik itu.Dengan perasaan gembira kami jua membalas "afwan" sambil mengukirkan senyuman.Pakcik itu jua mengukir senyuman dan membalas "ma fi musykilah".Subhanallah,kami benar-benar terpesona.Hati kami yang tadinya terasa dicucuk duri seperti terjatuh satu-persatu duri yang tertusuk di hati kami apabila mendengar kalimah-kalimah yang indah yang terpancul dibibir pakcik tadi.Berbisik didalam hati saya,andai pakcik tadi beragama Islam,alangkah bagusnya.Kami teruskan lagi perjalanan kami dan terus membelek-belek "handphone" disitu.Alhamdulillah,kami tidak mengambil waktu yang lama berada disitu kerana dipermudahkan berjumpa dengan "handphone" yang berkenan dihati Sakinah.Kami mula melangkah untuk pulang ke asrama.Alhamdulillah,dalam perjalanan pulang jua hati kami diubati lagi dengan kecantikan peribadi seorang lagi pakcik yang juga berbangsa India.Dia juga lebih kurang sama peribadinyanya dengan pakcik yang sebentar tadi.Biarpun dia kurang bercakap berbanding pakcik India yang mula-mula kami bertemu.Tetapi bagi kami dia sangat penyabar dan pemurah juga memahami.Pada mulanya dia tidak mengetahui jalan untuk pergi ke asrama kami kerana dia tidak pernah menghantar mana-mana penumpang ke kawasan asrama kami.Agak jauh jugalah perjalanan yang diambil oleh pakcik itu.Akhirnya,kami berjaya juga sampai ke asrama juga dengan bantuan kami menunjukkan arah ke kawasan asrama kami.Akhirnya,kami berjaya.Setibanya kami di asrama,pakcik itu meletakkan harga rm10 kepada kami.Mujurlah Sakinah pandai membodek pakcik itu mengurangkan harga kepada rm8.Pakcik itu pun tiada banyak helah dan bersetuju dengan harga rm8 kerana dia kata kami adalah "student".Dalam hati,ada jua rasa serba salah kerana agak jauh juga jalan yang dilaluinya tadi untuk sampai ke sini.Namun,terpancar sifat kemurahannya itu.Berfikir lagi saya,andainya pakcik ini beragama Islam,alangakh bagusnya.Moga-moga hari ini dan akan hari akan datang Allah permudahkan urusannya.Amin.Kami tersenyum puas kerana apa yang kami dapat hari ini membuatkan kami berfikir.Apabila dibandingkan semula akan sikap yang dipamerkan masing-masing membuatkan saya berfikir pengajaran yang diajarkan di dalam Islam telah pun tersebar sehingga kepada orang kafir.Namun,ajaran yang diajarkan dalam Islam ini masih lagi tidak dipraktikan dalam kalangan umat Islam.Oleh itu,bagaimana Islam boleh berkembang andainya perlakuan kita kadangkala lebih memalukan berbanding akhlak dan peribadi orang-orang yang bukan beragama Islam?Pengajaran itu adalah sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.Itulah yang diajarkan dalam Islam.Andai orang tidak mahu menerima sesuatu,kita perlu menghormati keputusan orang tersebut dan kita perlu memahami keadaan orang tersebut.Apabila ingin menegur perlulah dengan berhikmah.Kita perlu merasa dan cuba meletakkan diri kita di tempat orang yang hendak kita marah atau tegur.Andai kita tegur dikhalayak ramai dan semua orang pasti akan memandang orang yang akan ditegur atau dimarahi dan pastinya akan memalukan malah mengaibkan orang tersebut.Inilah pengajaran Islam iaitu saling menghormati dan memahami yang sudah jarang sekali dipraktikan oleh umat Islam sendiri.Kebanyakannya suka membuat sesuatu mengikut emosi dan nafsu semata.Pengalaman hari ini benar-benar membuatkan saya,Sakinah dan Zahra' berfikir dan kami benar-benar belajar tentang erti dan kepentingan senyuman walau diri disakiti.hemm...saya sentiasa berfikir bila agaknya saya mampu menjadi insan yang menganggap kejian itu pujian dan menganggap pujian itu kejian.Moga diberi kekuatan.=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment