Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

..::Bulatan Cinta ::..

Hidupkan iman dalam bulatan ta'lim

Assalamualaikum w.b.t. Moga kesibukan kita memikir urusan dunia, tidak kita lupa untuk menyandarkan kesibukan dunia itu semuanya untuk bekalan akhirat kelak. Moga tiap urusan kita sentiasa dalam pandangan kasih Allah s.w.t

=======================================================

Alhamdulillah dalam kesibukan saya dan juga sahabat-sahabat lain menguruskan segala macam urusan dunia, sempat juga kami duduk bersama di dalam satu bulatan sederhana. Topik mukaddimah sebagai permulaan ta'lim untuk semester ini adalah 'NIAT & CINTA'.

Niat menjadi topik biasa tiap kali ta'lim di mulakan. Pentingnya untuk kita memperbetulkan dan memperbaiki niat tiap kali ingin mencipta langkah baru dalam kehidupan ini.



Apa yang kita rasa bila dapat something yang baru. Baju baru? Hand phone baru? ataupun bila kita memasuki suatu suasana yang baru. Semester baru? Kehidupan baru? (^_^)...

Apa yang kita rasa?

Sudah tentu kita rasa sesuatu yang baru juga kan. Dan yang paling penting waktu tu semangat kita sangat-sangatlah berkobar-kobar. Rasa mahu buat semua benda kan.

Begitu juga dengan niat, bila kita sering perbaharui niat, kita juga akan merasa yang sama. Azam, semangat dan kekuatan yang baru.




Disebabkan itulah pentingnya hadith ini dijadikan aplikasi dalam kehidupan seharian dan rujukan kita tiap hari. Kita adalah manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kelupaan, jadi janganlah merasa diri sudah cukup hebat tanpa ada rasa untuk memperbaiki dan memperbaharui niat kita yang sering berubah-rubah.




Topik seterusnya, topik cinta. Sengaja saya mengambil topik ini sebagai mukaddimah bagi ta'lim ini. Bila kita sentuh soal cinta ianya pasti akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Kerana cinta itu terlalu rapat dengan kehidupan kita.



Macam-macam pendapat sahabat-sahabat ta'lim yang hebat ini dilontarkan. Ada satu pendapat yang tidak pernah juga saya terfikir akannya. Tertarik tatkala mendengar pandangan daripada seorang sahabat ini, simple sahaja pandangannya tetapi sangat-sangat mendalam maknanya.






Ada juga yang memberikan pendapat yang panjang hujahnya. Juga hebat. Samada panjang mahupun simple pandangannya itu bukanlah menjadi titik persoalannya, saya raikan semua pandangan sahabat-sahabat. Apa yang penting, titik persamaan yang perlu di ambil pada tiap pandangan yang pada pandangan zahirnya tampak berbeza.











Sepertimana yang pernah di perkatakan oleh penulis kegemaran saya, kak Fatimah Syarha ketika beliau dan suaminya bertandang ke universiti kami dalam program bedah buku 'Novel Cinta High Class', beliau berkata:








" Kenapa seringkali saya menyentuh soal cinta? Ada apa dengan cinta? Kerana dengan cinta itulah yang akan membina ummat, dengan cinta itulah yang akan membina iman, dengan cinta itulah yang akan membina tarbiyah. Hebatnya kuasa cinta. Kerana itu cinta itu sangat penting untuk di bina atas landasan Islam yang sebenar sejak dari hari pertama kita mengenal cinta "



Persoalannya? Bilakah hari pertama kita mengenal cinta?

Sewaktu ta'lim, tidak pula saya sempat bertanya sahabat-sahabat persoalan ini. Apakah jawapan bagi soalan ini?

Sudah tentunya, kita mengenali cinta sejak kita berada dalam perut ibu kita. Sejak roh ditiupkan dalam jasad dan sejak kita berjanji setia kepada pencipta cinta Allah azza wajalla.

Sejak itulah kita mengenali cinta tanpa kita sedari. Kerana itu, ibu dan ayah kitalah yang memegang amanah besar ketika itu untuk membentuk cinta kita menjadi satu cinta yang benar-benar berpaksi pada landasan syariat yang benar. Jika dari awal telah kita dibentuk dengan baik, maka pertengahannya juga akan terbentuk menjadi satu cinta yang indah.

Namun, tatkala kita mencapai umur baligh. Ketika inilah amanah telah dipertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk meneruskan tarbiyah cinta yang dibentuk indah oleh ibu bapa kita sehingga ke akhir kehidupan.








Cinta itu suatu amanah. Jangan sia-siakannya. Teruskan untuk memelihara cinta itu biarpun ramai insan yang tidak berfikrah membencinya.

Alhamdulillah, setelah masing-masing bijak dan hebat dalam mengeluarkan idea. Sempat juga kami menulis kata-kata indah di dalam kepingan hati masing-masing. Macam-macam juga madah pujangga masing-masing. (^_^)..



Alhamdulillah,mudah-mudahan kami dipermudahkan urusan untuk bertemu lagi di dalam bualatan yang sama walau sesibuk bagaimanapun urusan kami. Moga dimudahkan Allah. Bertemu dan berpisah kerana Mu. (^_^)


Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami dengan Cinta Mu







Sunday, March 25, 2012

It's not tOo laTe to saY..." Alhamdulillah"


Assalamualaikum w.b.t...Doaku buat sahabat-sahabat moga sentiasa di bawah payung keredhaan Allah..Sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian kehidupan...^^

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat video yang agak menarik . Tetapi hadaf utama , saya ingin kongsikan terutama buat adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini. Juga ditujukan kepada ibu, ayah , pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua yang ada hubungan persaudaraan seislam dengan adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini.



Dah tengok???

So...ape perasaan sume??

Boleh lah bagi respon masing-masing dengan post kan comment or respons sahabat-sahabat di bahagian comment. If rasa malu nak comment or share respon di blog saya ni...boleh lah respon or comment dalam hati masing-masing. Itu sudah pun memadai...^^

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Soalan biasa after result dah ditangan si penerima..

"Adik..apa result adik? ok x? Macam mana result ? Berapa A? "

Jawapan pun pelbagai juga.....

"Alhamdulillah....PERFECT SCORE!!! ":minimo_05:

Punyalah excited kan...dapat perfect score..huhu...

" Hemm...boleh lah..":bofu_27:

Apa yang "boleh lah"...saya pun tak faham...mayb 50 OK..50 KO...hemm..agaknya lah..

" waaaaaaaaaaaa......":bofu_39:

sampai lari dari orang coz tak nak gi tau result. Terlalu sedih.

Biasalah tu kan. Kalau tak ada pelbagai ragam, tak dinamakan ambil result kan.

Walau macam mana pun reaksi adik-adik ketika mendapat result, walau apa pun result adik-adik....pesanan dari akak...jangan lupa perkataan pertama yang WAJIB keluar dari bibir...

ALHAMDULILLAH...^^

Tak susah kan nak sebut perkataan ini. Tetapi ramai yang terlalu susah untuk menyebut perkataan ini. Kenapa ye?

Pesanan saya berulang kali kepada diri saya tatkala saat result semakin menghampiri....

" Wahai diri....bersedialah untuk redho dengan apa jua kemungkinan. Allah dah sediakan yang terbaik untukmu. Yakinlah "

Kata-kata ini juga saya pesan awal-awal kepada adik saya. Bukanlah persediaan ini yang utama...

Baju sekolah iron licin-licin....

Beg yang mana nak pakai....

Pakai kasut sekolah yang baru....

Tetapi, persediaan inilah yang lebih utama bagi si anak yang mahu mengambil result, begitu juga bagi insan-insan yang penting bagi si anak. Tiadalah yang paling penting bagi si anak, melainkan kedua ibu bapanya.

Apa persediaan yang lebih utama tu ye???

Tentunya...bersedia untuk REDHO...

Bukan si anak sahaja yang perlu bersiap sedia untuk REDHO, Ibu bapa juga perlu bersiap sedia untuk REDHO.

Sejak akhir-akhir ini, saya dan juga ahli keluarga agak sibuk memikirkan soal institusi yang mana sebagai pilihan buat adik saya menyambungkan hajatnya untuk menimba sebanyak mungkin lagi ilmu.

Emak saya juga tidak terlepas menceritakan tentang kesedihan beberapa orang sahabat adik saya yang mendapat result yang kurang memuaskan.

" Emak sedih bila ibu bapa tak faham anak-anaknya. Anak-anaknya dah berusaha. Kenapa tidak melihat usaha anak-anak. Bila anak-anak dapat result kurang memuaskan, salahkan anak 100%. Dibanding-bandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lainnya." Luah emak.

Ye...saya juga turut merasa sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak cuba menyiapkan dirinya untuk redho. Sebagai seorang anak, saya fikir...tiada seorang anak pun yang tidak mahu berikan yang terbaik untuk ibu bapa nya. Mungkin ada. Tetapi anak yang sebegini, bilangannya amatlah sedikit.

Begitu juga ibu bapa, saya fikir....tiada seorang ibu mahupun bapa yang tidak mahukan yang terbaik buat anaknya. Hakikatnya semua orang mahukan yang terbaik buat insan yang disayanginya.

Jika ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, bukanlah dengan cara menyalahkan anak 100%. Tetapi kuatkan anak dengan berkongsi semangat. Ketahuilah para ibu bapa, kekuatan kami (anak-anak) ada pada ibu dan bapa. Jika kalian berasa lemah, begitu jugalah yang kami rasakan. Jika kalian berasa kuat, begitu jugalah yang kami rasakan.

Selalu kita dengar istilah.."Anak derhaka"

Pernah suatu ketika, majalah solusi menggunakan tajuk utama " Ibu bapa derhaka" .

Kekadang ibu bapa merasakan, apa-apa yang berlaku pada anak, semuanya salah anak. Teringat saya pada kata-kata emak yang selalu bermain di bibirnya tatkala kami bergurau sesama kami...

" Jika anak-anak emak berjaya pun disebabkan emak...jika anak-anak emak gagal pun disebabkan emak."

Nasihat untuk para anak...

" Janganlah menjadi anak-anak yang derhaka dengan sentiasa menyalahi ibu bapa dalam segala hal ."

Nasihat untuk para ibu bapa...

" Janganlah menjadi ibu bapa yang derhaka dengan sentiasa menyalahkan anak-anak dalam segala hal."

Jadilah anak-anak dan ibu-bapa yang tidak menyalahi siapa-siapa, tetapi meyalahkan atas kelemahan diri sendiri dan kembalikan semuanya kepada Allah.

Apa jua ujian di dunia ini, samada kita berjaya ataupun gagal hakikatnya Allah menguji kita dengan satu perkara yang sama...

Apa dia???

" Allah sering menguji KESABARAN dan KESYUKURAN kita padaNya "

اصبروا واشكروا ^^

p/s terakhir: " Siapa yang belum lagi ucap ALHAMDULILLAH...sila berbuat demikian. It's not too late to say it...^^





Sunday, December 18, 2011

Kubaca Firman Persaudaraan



Video ini saya ingin dedikasikan buat sahabat-sahabat yang amat saya sayangi kerana Allah, maafkan salah silap saya selama kita menjalani rantaian ukhuwah ini, apa pun yang diuji Allah sepanjang perjalanan ukhuwah ini, percaya dan yakinlah bahwa Allah ingin mengukuhkan lagi robitoh tali persahabatan antara kita. Hayatilah video terindah khas untuk sahabat seperjuangan solehah yang sentiasa dalam payung Rahmat dan Redha Allah :)




Ya Allah
Engkau mengetahui
Hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan mnyokong syariatMu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman










Sunday, August 28, 2011

Setia Sejati





Tiba-tiba teringat teka-teki yang dilontarkan kepada Nujum Pak Belalang yang dilakokan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramli, dalam cerita Nujum Pak Belalang.

Apakah yang:

1 banyak....

2 jarang-jarang....

3 kadang-kadang..

4 sikit-sikit...

(p/s: maaflah ye, andai tersalah susunan. Saya pun tak berapa ingat teka-tekinya)

jawapannya..rasanya siapa yang pernah menonton filem ni, mesti dah tahu apa jawapannya. The answer is...'married'.

Tetapi bukan niat dihati mahu bercerita tentang perkahwinan. Mahu bercerita tentang sahabat.

Apa kaitan sahabat dengan perkahwinan?

Bukan...bukan. Tiada kaitan apa pun sahabat dengan perkahwinan.

Tetapi..

Saya mahu kaitkan soalan-soalan di atas dengan persoalan tentang sahabat.

Terimbau wajah-wajah sahabat-sahabat yang ku kenali sejak di bangku Tadika sehinggalah kini, di alam Universiti.

Apa kaitannya dengan soalan-soalan di atas ye?

Ramai sahabat-sahabat yang saya temui, namun tidak semua sahabat itu sama perwatakannya dan jenisnya. Mustahil semua sahabat yang kita kenali akan sama semuanya 100%. Pasti ada jurang perbezaan antara satu dengan yang lainnya.

Saya mahu klasifikasikan jenis-jenis sahabat menurut pandangan saya..

Apa yang BANYAK?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti setia dan sejati..::..

Apa yang JARANG-JARANG?

...::..sahabat yang tidak mengenali erti setia,tetapi mengenali erti sejati..::..

Apa yang KADANG-KADANG?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti sejati,tetapi mengenali erti setia..::..

Apa yang SEDIKIT?


..::..sahabat yang mengenali erti sejati dan setia..::..

Faham ke apa yang inginsaya sampaikan?

Saya terangkan one by one ye...

=( BANYAK

Bilangan mereka yang TIDAK mengenali erti SETIA dan SEJATI itu lumrahnya lebih banyak berbanding yang lainnya. Sahabat jenis ini, apabila bertemu terus melupakan. Hanya bersahabat untuk kepentingan diri sendiri. Suka menerima, tidak pernah memberi.


=( JARANG-JARANG


Bilangan mereka yang mengenali erti SETIA tetapi tidak pula mengenali erti SEJATI jarang-jarang ada. Ada tetap ada, namun jarang-jarang. Mereka ini sememangnya SETIA apabila bersahabat. Namun tidak SEJATI. Bagaimana ye?

Mereka akan tetap setia kepada sahabatnya walau dalam apa jua keadaan, sehingga tetap setia (tetap menyokong) bersama sahabatnya walaupun sahabatnya melakukan perkara-perkara yang dimunkari Allah. Inilah yang dinamakan sahabat yang setia namun tidak sejati.

Suka memberi dan menerima. Namun tidak mengetahui erti memberi yang sebenar.

=( KADANG-KADANG

Kadang-kadang ada jua sahabat yang hanya mengenali erti SEJATI namun tidak mengenali erti SETIA. Mereka ini sentiasa menjaga sahabat mereka dengan baik. Sangat menjaga perihal sahabatnya. Sentiasa menegah sahabtnya daripada melakukan kemunkaran. Namun, tatkala sahabatnya ditimpa satu-satu musibah, dia akan pergi meninggalkan. Kerana takut berhadapan dengan risiko. Kesetiaannya sama sekali luput dari pandangan.

Tidak terlalu suka memberi dan menerima.


=) SIKIT-SIKIT

Apa yang sikit tu ye? Tentunya, sesuatu yang sedikit bilangannya itulah yang paling istimewa dan terbaik. Sahabat yang SETIA dan SEJATI pastilah terlalu sedikit ditemui. Mereka akan tetap setia bersama sahabatnya dalam apa jua keadaan. Kesetiaan mereka akan lebih terserlah tatkala ujian menimpa sahabatnya.

Mereka juga sahabat yang sejati. Tatkala sahabatnya melakukan perkara yang dimunkari Allah, dia tidak akan membiarkan atau tetap setia (tetap menyokong) akan perbuatan sahabatnya. Malah,pasti akan ditegurnya dengan berhikmah.

Mereka lebih suka memberi daripada menerima. Mereka memberi sebanyak-banyaknya dan sangat kurang menerima.

Sahabat seperti inilah sukar dicari. Terlalu sedikit bilangan mereka. Namun masih tetap ada sahabat yang sebegini. Jika kita berusaha menjadi sahabat seperti ini, pasti akan Allah kurniakan jua untuk kita.

Untuk mendapatkan Sahabat yang sedikit sahaja bilangannya itu kita perlulah golongkan diri kita dalam kalangan mereka yang sedikit itu. Sahabat yang SETIA SEJATI.

Muhasabah untuk diri sendiri, inginku kongsikan buat sahabat-sahabat seperjuangan.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...