Showing posts with label Cinta Pesantren Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Cinta Pesantren Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Masih bergetah?




Dalam keheningan subuh. Masih terasa kesejukan. Menunggu mentari menyinari. Ramadhan sudah berada diperingkat pertengahan. Bagaimana Ramadhan kita? Masih dalam keadaan yang segar sesegarnya ibtidai Ramadhan? Harap-harap masih tetap istiqamah, malah bertambah segar. Masih ber'getah'?

Satu persoalan ingin dilontarkan sebagai mukaddimah kehidupan hari ini dan hari-hari seterusnya.

MASIH BERGETAH IMAN?




Apa kabar Iman? Seringkali dilontarkan soalan ini oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Ya, kali ini ingin saya lontarkan pula pada diri sendiri. Masih bergetah ke Iman?

الإيمان يزيد وينقص

Iman bertambah dan berkurang

Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak bermujahadah menyuburkan iman sentiasa. Teruskan berusaha 'menggetahkan' Iman. Tika iman sedang di ketinggian puncak. Jagalah ia. Andai terjunam ke bawah sekalipun, janganlah terjunam hingga ke dataran yang terbawah. Biarlah tersangkut di celah-celah reranting, di balik dedaunan kering. Itu lebih baik. Asalkan tidak berada di lantaian gunung yang terbawah. Apatah lagi hilang dari pandangan. Tercampak jauh ke dalam gaung kebinasaan. 'Nauzubillahimin zalik'. Jika sudah terhumban ke dalam gaung kegelapan, bukan mudah untuk kita bawa kembali iman yang sudah dilumpuri kekotoran, iman yang sudah dicalari luka-luka berdarah yang pastinya mengambil masa yang agak lama untuk pulih, bawa ke atas kembali. Tiada yang mustahil. Namun perlukan mujahadah yang kuat.

Ayoh, mujahadah bersama dalam masa berbaki ini. Ramadhan yang masih berbaki ini kita terus hayati dengan beramal sehabis baik. Buat apa sahaja yang bisa men'yazid'kan iman kita. Hindarkan apa sahaja perkara yang bisa men'yankus'kan iman kita.

Masih bergetah kah iman?






Sunday, July 31, 2011

Susah kan nak didik hati?




Sedang berborak-borak di meja bulat sambil menunggu isya' tiba. Masing-masing sibuk membaca 'sms' kiriman daripada teman-teman berkongsi kegembiraan masih diberi
kesempatan untuk menikmati keindahan cinta di dalam 'Pesantren Ramadhan'.Tiba-tiba emak bersuara.

"Berusahalah tarbiyah diri masing-masing dalam bulan Ramadhan ini" Jelas mak.Santai.

"Oh,maknanya kita kena sediakan 'bom'." celah saya menyambut bicara emak.

"Ha'a..macam ceramah ustaz Kazim tadi, kita kena 'bom' semua sifat-sifat mazmumah. Puasa ni ibarat peperangan. Kita kena berperang dengan nafsu sendiri. Dalam bulan puasa inilah kita kena bom sifat riya',takabur,sombong..pokok pangkalnya, semua sifat-sifat mazmumah yang masih berbaki dalam diri." Kaklong memperjelaskan lagi bicara saya.

"Hemm..mudah kah nak didik hati?'' emak mengajukan pertanyaan.

Kami hanya terdiam. Tiada jawapan untuk diluahkan. Kerana sememangnya semua tahu akan jawapannya.

" Mendidik anak-anak ini ibarat bermain layang-layang" Luah emak.

Baru dapat ku menangkap. Sejak dari tadi fikiran emak menerawang memikirkan tentang tarbiyah kepada keluarga. Saya cuba berdiam diri. Memikirkan sesuatu. Tampak menarik ideologi yang mak bawakan.

"Kekadang kita perlu tarik talinya perlahan-lahan, kekadang perlu jua dilepaskan talinya perlahan-lahan." Sambung emak.

"Ya,berbalik kepada apa yang mak kata tentang layang-layang itu, maknannya dalam mendidik anak perlu kene dengan caranya. tak bolehlah kita sentiasa menarik sahaja tali layang-layangnya tanpa cuba melepaskannya sedikit-sedikit.Begitu jua sebaliknya." saya cuba memahamkan apa yang mahu disampaikan oleh emak.

"Jadi, kita tidak boleh sama sekali melepaskan tali layang-layang. jika kita lepaskan mungkin layang-layangnya akan terjatuh ke tanah, mungkin juga akan terbang semakin tinggi tanpa arah." Tambah saya lagi.

"Begitulah ibaratnya dalam mendidik anak-anak. Kaklong baca buku 'Nota Hati Seorang Lelaki', banyak juga cerita tentang anak-anak." Kaklong menyambung.

"Banyak cerita tentang anak-anak? Maksdunya?" Saya tersenyum sinis seakan memahami maksud kaklong.Tampak kebimbangan di wajahnya.

" Ye lah, maksudnya, bukan mudah nak bina 'masjid'. Tarbiyah anak, suami dan diri juga. Kena lebih serius." Tegas kaklong.

Saya hanya tersenyum. Faham akan apa yang ingin disampaikan kaklong. Sememangnya membina 'masjid' bukan perkara yang mudah bahkan tidak sekali-kali perkara yang remeh-temeh sehingga boleh dianggap 'main-main' sahaja.

Emak hanya terdiam dan tersenyum membiarkan kami menghuraikan sendiri ideologi yang diberi olehnya. Banyak perkara yang bermain-main di benak fikiran emak yang tidak mampu emak luahkan semuanya. Kekadang meluahkan dengan mendatangkan persoalan kepada kami. Kekadang meluahkan dengan mendatangkan ideologi-ideologi yang menuntut kami untuk berfikir. Sebagai anak, kena pandai-pandailah menangkap apa yang sebenarnya ingin diluahkan oleh emak kepada anak-anak.

Susahkan nak didik hati? Hemm..siapa kata senang? Seketika kita mampu bertahan dalam mentarbiyah hati. Kekadang tergelincir jua. Menuntut kepada mujahadah yang berterusan.Mentarbiyah hati sendiri pun sudah cukup sukar, apatah lagi mentarbiyah hati-hati yang lainnya. Namun tarbiyah tetap perlu. Kekadang dengan kita bermujahadah mentarbiyah hati insan lain, secara tidak langsung kita juga sedang mentarbiyah hati kita sendiri. Tabayyun Maan.

Tertanya kepada diri sendiri. Susahkan nak didik hati? tanpa mujahadah yang disaluti dengan keikhlasan, ia pasti akan menjadi susah. Ikhlas? Ikhlas pun sukar untuk di dapati. Bagaimana ya?

Nak....beribu-ribu daya, tak nak..... apa-apa daleh.Means that we must work hard. Start from now.Semangat!!! Jom..Tarbiyah hati dalam Pesantren Ramadhan. :)






Saturday, July 30, 2011

Menanti Cinta di Pesantren Ramadhan



Sudah jauh juga perjalanan hamba disepanjang tahun ini. Ramai telah ku temui. Kesemuanya menjemput ku ke setiap madrasah mereka.Madrasah Muharam, Safar, rabiul Awal, Rabiul Akhir. Pelbagai pengalaman ku tempuhi, setitis percikan hikmah berharga pasti ku kutip sebagai bekal di masa hadapan. Teruskan lagi pengembaraan. Sehingga bertemu ku dengan Jamadil Awal. Setelah sebulan menetap di madrasah Jamadil Awal. Jamadil Awal menjemput pula ke madrasah sahabat karibnya Jamadil Akhir. Selama sebulan jua ku menetap disana mengutip seberapa banyak mutiara-mutiara hikmah. Teringat pesanan sahabat seperjuangan madrasah Jamadil Akhir tika hari perpisahan dengannya semakin mendekat.

" Sahabat ingatlah pesananku, setibanya kamu ke madrasah rejab juga madrasah sya'ban maka ketahuilah kamu bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada para sahabatnya sebuah doa yang menjadi amalan baginda disepanjang bulan rejab dan sya'ban." Berkata sahabat dengan wajah yang berseri-seri kegembiraan.

"Apakah doanya? Ingin kamu kongsikannya buatku?" Tanya saya kembali dengan wajah yang dipenuhi dengan segenap harapan ingin tahu.

"Ya, sudah tentu akan ku kongsikan doanya buatmu sahabat."Senyuman dilemparkan tampak keikhlasan terpancar.

Ini dia doanya:

اللهم بركلنا في رجب و شعبان و بلغنا في رمضان

Ya Allah berkatilah kami di dalam rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam Ramadhan.

Ya...moga-moga Allah memberkatiku. Ameen.

Pelbagai juga hibrah dan mutiara hikmah dapat ku kutip di sepanjang ku berada di madrasahRejab. Begitu jua ketika ku berada di dalam madrasah Sya'ban. Ku melihat sahabat-sahabat di madrasah rejab dan jua Madrasah Sya'ban, tidak lekang dibibir mereka mengucap doa yang pernah diajarkan oleh sahabatku tika aku menetap di Madrasah Jamadil Akhir.

Kini masih ku berada di Madrasah Sya'ban. Sudah tinggal beberapa minit sahaja akan ku meninggalkan Madrasah Sya'ban ini. Dan setelah itu akan ku sambung perjalananku ke Madrasah yang terunggul sekali diantara madrasah-madrasah yang lainnya.
Madrasah Ramadhan.

Ku memerhati wajah-wajah sahabat Madrasah Sya'ban. Sesekali melihat wajah mereka bercahaya kegembiraan seperti ada sesuatu yang amat bermakna dihadapan sana. Juga mereka bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan,sepertinya mahu menyambut tetamu yang terlalu istimewa.Namun, kekadang ku melihat wajah mereka tertunduk layu, suram. Seakan kebimbangan menyelubungi. Termenung seketika. Air mata menitis membasahi pipi.Sungguh membuat rasa ingin tahuku membuak-buak.

"Sahabat, sungguh tatkala kami gembira kerana kami tidak sabar untuk menjadi tetamu di sebuah madrasah. Tatkala kami sedih, kerana kami bimbang kami tidak terpilih olehNya sebagai tetamu Madrasah itu. Ketahuilah kamu wahai sahabat, Madrasah itu adalah Madrasah Ramadhan. Ramadhan bakal menjelma. Namun tidak siapa pun tahu siapa yang bakal bertemu dengannya. Berbondong-bondong manusia ingin masuk ke Madrasah Ramadhan. Dan aku jua salah seorang diantara mereka yang terlalu ingin memasuki Madrasah Ramadhan yang terlalu indah.Sehingga nabi s.a.w pernah menyebut,

"Barangsiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan,nescaya Allah haramkan jasadnya daripada api neraka" Terang seorang sahabat Madrasah Sya'ban sambil teresak-esak. Barangkali tangisan kegembiraan, barangkali jua tangisan kebimbangan.

Tiba-tiba mencelah seorang sahabat yang lainnya.

"Namun sahabat jika kita hanya ada keinginan untuk memasuki Madrasah Ramadhan sahaja tanpa ada rasa untuk menghayatinya, tentu sahaja ianya akan menjadi sia-sia." celah seorang sahabat.Tegas.

"Ya, benar itu. Jika boleh ku pinta padaNya. Ingin saja ku pinta, Ya Tuhan, golongkanlah aku dikalangan tetamu Madrasah Ramadhan. Izinkanlah bagiku, walau sehari cuma. Dan pastinya ingin ku hayatinya dengan kesungguhanku untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya mutiara-mutiara yang telah dijanjikan olehMu." Sahabat yang tadinya menyambung bicara dalam tangisan.

Mendengar kata-kata sahabat-sahabat Madrasah Rejab, membuatku juga turut terlalu ingin menjadi tetamu Madrasah Ramdhan. Pastinya Madrasah ini adlah sebaik-baik madrasah diantara madrasah-madrasah yang lainnya. Pastinya di dalamnya penuh dengan mutiara-mutiara yang tiada tolok bandingnya. Ingin sekali ku memanggilnya 'Pesantren Ramadhan'. Ku pasti di dalamnya pasti ada cinta yang lebih hebat dari cinta-cinta yang lainnya. Kerana di dalamnya, pasti dapat ku merasakan keindahan cintaNya yang sebenar-benarnya.

Beberapa detik ini dua kemungkinan yang bakal terjadi.Menjadi tetamu Madrasah Ramadhan atau menjadi tetamu Barzakh. Allahu a'lam. Dia yang paling mengetahui.Namun usaha dengan berterusan berdoa supaya dapat menjadi tetamu Madrasah Ramadhan tetap perlu.

Moga kita sama-sama dapat menjadi tetamu Madrasah Ramadhan yang ingin ku gelar dengan panggilan yang berbeza namun tetap membawa makna yang sama 'Pesantren Ramadhan' Moga sama-sama dapat merasai bersama keindahan cintaNya yang hakiki di dalam 'Pesantren Ramadhan'






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...