Showing posts with label Tazkiyah An-Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyah An-Nafs. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Istikharah & Istisyarah


Assalamualaikum w.b.t

Moga dalam pelukan rahmat Allah.

========================================================



 Kak, kenapa saya masih keliru ye?

 Awak dah buat istikharah ke belum?

Alhamdulillah, sudah kak. Tapi still keliru.

Hemm..ni mesti awak tak buat istisyarah kan?

Istisyarah?

Ye, istisyarah.

Istisyarah tu apa kak? Blur Qaseh seketika.

Istisyarah tu maksudnya meminta penerangan.

Minta penerangan? Qaseh masih tidak jelas dengan penerangan Aisyah.

Ye, penerangan. Dengan bahasa mudahnya, minta pandangan orang lain.

oo..jadi saya perlu minta pandangan orang lain untuk istikharah saya ni?

Ya, ramai orang sibuk ber'istikharah' . Tetapi lupa untuk beristisyarah. Istikharah dan istisyarah saling diperlukan dalam membulatkan satu keputusan yang pasti.

Oo. first time saya dengar istilah istisyarah tu kak. Selama ni saya cuma tahu, bila nak buat pilihan kita perlu istikharah.

Hemm...istikharah, istikharah, istikharah sampai lembik...

Eh, kenapa pula akak kata macam tu? Istikharah boleh buat kita rasa lembik ke kak?

Tak. Bukan itu maksud akak. Maksud akak, orang yang sibuk beristikharah dengan meninggalkan istisyarah, bila tiba satu saat dia tidak akan pernah berjumpa kata putus untuk istikharahnya. Akhirnya, istikharahnya menjadi lembik dan tiada keputusan yang diputuskan dengan baik.

Ooo..

Sebab tu istisyarah menjadi gandingan istikharah. Untuk membuat keputusan yang baik kita perlukan istisyarah. Perlu bertanya pandangan orang-orang yang kita rasakan lebih arif atau faqih ataupun mereka yang kita percayai. Tak semestinya juga istisyarah itu dalam bentuk bertanya pandangan orang lain, juga melalui pembacaan, kajian dan sebagainya. Daripada situlah kita akan mampu membulatkan satu keputusan yang baik.

Ooo, jadi kak, kalau saya buat istisyarah dan istikharah, saya pasti akan dapat buat keputusan yang tepat. Macam tu ye kak?

Tidak juga dik.

Eh, kenapa pula? Qaseh terkebil-kebil. Keliru dengan mood jawapan Aisyah.

Sebab kita manusia yang hanya mampu merancang selayaknya kita sebagai manusia yang tetap banyak kelemahan sana sini. Allah juga sebaik-baik perancang. Tapi, dengan beristikharah dan beristisyarah yang betul kita akan dapat satu jawapan yang baik dan menenangkan kita. Jawapan yang baik itu adalah jawapan yang membuatkan hati dan jiwa kita berasa tenang. Itu mungkin petanda baik daripada Allah. Apa pun, selebihnya serahkan pada Allah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Oo..Faham.Tapi kan kak.

Ye, apa yang awak fikirkan?

Perlu ke kita meminta pandangan orang lain. Sedangkan pandangan orang belum tentu tepat. Dan pandangan orang lain selalunya banyak khilafnya. Bukankah dengan beristikharah sahaja sudah memadai, sebab kita meminta pandangan langsung daripada Allah.

Kemudian macam mana awak mentafsirkan pandangan langsung daripada Allah untuk membulatkan satu keputusan?

hemm...dengan berfikir sendirilah.

Awak rasa awak mampu membuat keputusan sendirian tanpa bantuan yang lain?

Tapi Allah kan yang bantu saya untuk berfikir.

Awak pasti pada ketika awak berfikir sendirian membuat keputusan itu, Allah sedang membantu awak?

Ha..entah. Eh, pening pula kepala saya fikir.

Awak sendiri dah mula pening berfikir sendirian. Macam mana awak nak membulatkan satu keputusan sendirian tanpa meminta pandangan orang lain. Maksud akak bukanlah bermakna kita tidak percaya pada bantuan Allah. Tetapi bimbang apabila kita hanya menggunakan akal kita sendirian untuk berfikir tanpa merujuk pandangan-pandangan yang lain atau sumber-sumber tertentu, bimbang kita akan berfatwa dengan pandangan a'kli semata. Belum tentu lagi fikiran kita ini fikiran yang bersih. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga merujuk pandangan Para Sahabat untuk membuat satu-satu keputusan.



"Ikhtilaf Umatku adalah rahmat"-Rasulullah S.A.W-


Hemm...

Ya, perbezaan pandangan sesama manusia itu tetap akan ada. Tetapi dari perbezaan itulah yang mencipta satu pemikiran dan pandangan yang jauh daripada diri kita sendiri. Kita akan mampu melihat dan membandingkan pandangan-pandangan yang ada, seterusnya menilai satu persatu dan akhirnya kita akan mampu mencipta satu keputusan yang baik. Perbezaan ataupun khilaf itu indah dik. Kerana itu Allah menciptakan pelbagai perbezaan dalam dunia ni. Berbilang-bilang bangsa, pelbagai warna, bentuk, rasa dan sebagainya. Semua itu dicipta untuk kita berfikir.

Cipta Satu IDEA yang besar daripada IDEA2 yang kecil



A'a kan. Saya pun rasa tak mampu nak berfikir sendirian.

Qaseh termenung seketika. Di dalam fikirannya bersarang lagi persoalan.

Ha,,awak fikir apa lagi Qaseh? Senyum Aisyah. Mula mengagak masih ada persoalan yang terselit di fikiran Qaseh.

Hehe...ada lagi Qaseh nak tanya..boleh ke kak?

Tanyalah dik, mana akak mampu jawab, akak jawab.

Macam mana kalau Qaseh dah buat keputusan. Lepas tu Qaseh buat lagi istikharah. Then, dapat jawapan lain pula. Macam mana ye kak?

Kenapa pula Qaseh perlu beristikharah lagi setelah membuat keputusan?

Saja untuk kepastian.

Jika tak bersedia untuk membuat keputusan yang pasti, kenapa memilih untuk membuat keputusan.

Huuh..maksudnya kak?

Qaseh, akak nak tanya. Umpanya Qaseh diberi pilihan samada untuk menjahit baju kurung pahang ataupun baju kurung biasa. Qaseh pun buat pilihan untuk menjahit baju kurung pahang. Then, Qaseh pun bermulalah operasi memotong dan membuat ukuran baju dan sebagainya. Ketika dalam proses pencantuman, tiba-tiba Qaseh berhenti.  Qaseh terfikir menyesal pula membuat baju kurung pahang. Qaseh mula rasa susah, bosan dan sebagainya. Jahitan Qaseh sudah hampir siap. Pada pandangan Qaseh, Qaseh ingin meneruskan lagi atau berpatah balik menjahit baju kurung biasa pula. Qaseh nak buat yang mana?

Hemm...mestilah teruskan. Sudah separuh jalan dah pun. Membazir la kain tu. Membazir waktu lagi.

Jadi, Qaseh faham kan apa yang akak maksudkan.

Oo..Faham kak.

Ye, begitulah dik. Bila kita dah membuat satu-satu keputusan. Bila sudah sampai dipertengahan jalan jangan pula disebabkan perkara-perkara yang tak sepatutnya kita fikirkan kita berubah membuat keputusan yang lain. Kan lebih baik kiranya kita tetap dengan keputusan kita dan cuba untuk menjadikan keputusan kita itulah yang terbaik untuk diri kita. Seterusnya perbaiki apa yang patut tanpa melarikan diri daripada keputusan yang kite sudah putuskan.

Jadi kak, maknanya, bila kita dah buat keputusan memang dah tak boleh berpatah balik terus.

Tidak juga begitu. Tiada siapa melarang untuk kita membuat keputusan yang lain jika kita rasakan keputusan yang lain itu yang lebih baik, berada di pertengahan itu lebih baik. Tidak terlalu taksub dengan keputusan kita, tidak pula menolak keputusan-keputusan yang lain.

Tetapi kan lebih elok kiranya sebelum kita membuat keputusan, kita perincikan dengan baik dahulu. Adilkah kiranya kita sudah membuat keputusan kemudian barulah kita ingin menilai buruk baiknya. Ini bukan cara yang baik. Timbang tara satu-satu keputusan itu dahulu sebelum kita ingin membulatkan satu-satu keputusan. 

Huh...Susah juga ye nak buat keputusan yang tepat.

Kita mungkin tidak mampu untuk membuat keputusan yang TEPAT, tetapi kita mampu, membuat keputusan yang PASTI.



===============================================================

Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung. Tidak membuat keputusan petanda takut untuk bertanggung jawab! -Ustaz Pahrol Juoi-

================================================================








Thursday, December 13, 2012

Redha melepaskan kamu ( _ _ )

Assalamualaikum w.b.t. Moga semuanya sedang kuat dan tabah menghadapi mehnah daripada sang Pencipta ujian.
selamat beristirehat tenang di sana

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ujian..

Ujian....

Ujian.....

Ujian bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengekori walau cuba kita lari daripadanya, bayang itu tetap mengekori. Terkadang bayang-bayang itu membengkok, terkadang lurus, terkadang pendek, terkadang panjang. Tiadalah bayang tanpa cahaya. Begitulah ujian menurut penafsiranku. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Tiada ujian tanpa petunjuk. Tiap kali Allah datangkan ujian buat hambaNya, tiap kali itu jugalah Allah sediakan petunjuk cahaya jalan keluar bagi setiap ujian.

Subuh lagi, sms dilayangkan jauh dari kampung ke taman pengajianku.

" Salam, atok masuk hospital "

Message ringkas dari emak.

Kata hati membisikkan kerisauan yang mencengkam. Meski sudah acap kali dikhabarkan berita yang sama. Namun, kali ini terasa level kerisauan merangkak ke tahap maximum. Tidak seperti biasa. Aneh perasaan ini.

Tutorial manahij fuqaha' pagi itu. Terasa hambar. Tidak bersemangat seperti kebiasaan.

Singgah di Pusat Kormesial Pelajar bersama sahabat seperjuangan. Kami menunaikan hajat perut yang menuntut sarapan paginya yang belum kami tunaikan.

Miss Call......daripada Abi sayang.

Ummi sayang call selepas beberapa minit.

" Ada kelas ke?"

" Ye mak, tadi soleha ada kelas"

" Hemm...nanti bersiap-siap lah ye, balik jb. Atok dah kritikal "

Tersentak....

Air mula bertakung di bawah kelopak mata.

Suara mula terketar. Tidak mampu berbicara panjang.

 " Hemm" sahaja yang mampu dikeluarkan.

Sahabat seperjuangan di hadapan mula memahami tingkahku. Lalu dihulurkan helaian tisu buat pengering air mata yang mula membasahi pipi.

====================================

Alhamdulillah, sampai sudah di Hospital Sultan Iskandar Johor Bahru.

Debaran kian terasa tatkala seorang demi seorang wajah-wajah pakcik-pakcik,makcik-makcik dan sepupu-sepupu kelihatan.

Sehinggalah kami dibawa emak ke wad tempat perjuangan terakhir atok kami.

Air mata yang ditahan-tahan sejak di dalam perjalanan keluar mencurah-curah tatkala melihat keadaan atok yang sangat lemah. Bergantung harap pada penafasan mesin.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.....

حسبي الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Bisik hati, buat pengubat hati yang semakin terkulai layu dengan ujian ini.

"Bacakan Yassin buat atok, niatkan samada kita nak mohon atok dikembalikan sihat seperti kebiasaan atau kita redho melepaskan atok, mudah-mudahan ada barakahnya di malam jumaat ini." pesan emak yang tampak tabah di sisi kami.

Alhamdulillah, hadiah terakhir dari kami ketika akhir hayatnya. Bacaan Yassin, Tahlil ringkas juga ciuman sayang yang mendalam buat atok.

48.....48.....48....47....47...47...46....46....46....

" tengok tu, semakin menurun tekanan darah atok. Sekarang ni, yang 46 tu nak naikkan sampai 100." bisik ayah di telingaku.

46 - 100???

" Jauhnya jarak"

" Kasihan atok, perlu berjuang untuk menstabilkan semula tekanan darah dan penafasannya " monolog sendirian.

Sesekali ku pandang wajah ayah yang tetap dengan senyumannya meski dalam hatinya dapat ku baca betapa  sakit hatinya menahan kesedihan menunggu saat-saat genting pemergian ibunya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kenangan manis kami adik beradik bersama atok di saat-saat akhirnya. Memimpin tangan atok dek perjalanan yang semakin perlahan. Menyapu bedak,losyen di badan atok. Menyikat rambut atok...Semua kenangan manis bersamanya.

Memori yang paling manis tetap segar dalam ingatan, bertadarus bersama atok sepanjang atok berada di rumah ketika ramadhan yang lepas. 

"Atok baca perlahan je ye. Tekak atok ni tak berapa selesa."

"Tak pe atok, atok baca perlahan-perlahan je. Atok baca sikit je, kalu atok dah penat, atok berhenti. Nanti kami sambung habiskan"


Semua itu menggamit kenangan yang indah. Meski tidak terlalu banyak kenangan indah kami bersamanya, namun bersyukur di saat-saat akhirnya, kami diberi peluang oleh Allah untuk menjaga nenek ketika sakitnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

" Andak, mak dah tak de " Adik ayah menyampaikan berita yang menyayat hati namun telah kami duga dan bersedia untuk mendengar berita itu.


Dengan perlahan, ayah menyampaikan berita yang sama kepada kami.

" Atok dah tak de"


Hambar...........suasana menjadi hambar.

Ayah tidak lagi banyak bersuara. Tidak juga mengalir air mata. Tetapi jelas kelihatan air mata hatinya yang sudah mencurah-curah membasahi sanubari seorang anak yang kehilangan ibunya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sepanjang urusan persiapan terakhir buat jenazah, ku tatap dalam wajah emak dan ayah. Rasa sebak yang mencengkam. Bagaimana tika saatnya mereka pula di panggil menghadap kekasih abadi dahulu daripada kami. Harapannya tika itu kami sudah benar-benar bersedia,tabah dan kuat untuk menghadapi kehilangan insan yang tersayang. Moga tika itu kami tidak dalam penyesalan kerana tidak sempat berbuat baik  terhadap kedua insan yang telah terlalu banyak berkorban membesarkan kami. InshaAllah, Ameen. Ya Allah jadikan kami dalam kalangan anak-anak yang soleh.



Kini atok telah kembali ke tempat istirehat abadi. Moga tenang di sana. InshaAllah, doa-doa kami mengiringi perjalanan nenek di sana. Ciuman terakhir ketika jenazah telah di kapankan, tangisan terakhir itu adalah bukti terselit lautan kasih sayang kami terhadap ibu kepada ayah kami yang membesarkan ayah kami sehingga lahirnya kasih sayang kami yang melimpah terhadap anakmu. Jasa dirimu tetap terpahat dalam lubuk hati kami yang paling dalam. Meksi tidak dapat lagi kami menghadiahkan ciuman dan bakti untukmu, doa-doa kami tetap mengikat kasih sayang kami sebagai anak kepada anak lelakimu Shah Razat Bin Abd Karim.

>>> Sekalung Al- Fatihah buat Al-Marhumah Jaimah Bt. Hassan.<<<















Sunday, September 23, 2012

..::Kita berstatus Hamba::..

Assalamualaikum w.b.t moga semua sahabat tersenyum bahagia dalam usapan Pencipta kasih dan sayang. (^_^)

===========================================

" Kenapa adik menangis ni? " Risau seorang kakak tatkala melihat adik usrahnya berlinang dalam esakan tangisan yang sukar untuk dimaksudkan.

" Dik cuba cerita dengan akak. Apa-apa yang akak dapat bantu akak bantu. Mungkin akak bukan penyelesai masalah yang hebat, tapi mungkin akak boleh menjadi pendengar dan peringan bebanan adik walau sedikit sahaja yang mampu akak bantu." Tanya lagi si kakak. Kerutan di dahi bukti resahnya seorang kakak.

" Kenapa adik selalu diuji begini ye kak? Ujian yang sama. Kesusahan yang sama di lalui. Adik..." 
( _ _ )

Kepala ditundukkan. Rasa sebak yang menghantui hatinya menghalang daripadanya untuk meneruskan kalamnya.

" Dik, jika adik rasa tangisan itu dapat redakan sedikit beban di dada adik, menangislah dik."




Tenggelamlah tangisan si adik dalam dakapan seorang kakak.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

" Kenapa mesti saya yang diuji? sedangkan semua perintah dan laranganNya saya turuti. Kenapa mereka yang seronok bermaksiat itu tidak diuji hebat seperti saya? "

Inilah kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya dan seluruh insan yang berada di sekelilingnya adalah milik Mutlak Allah yang sangat-sangat layak untuk diuji.

Ramai yang berusaha untuk mengejar kekayaan dunia kerana takut akan kesusahan dunia. Bila ditanya...

" Bagaimana harapan pada masa akan datang? "

" Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Saya tidak mahu masa silam, kesusahan saya ketika saya kecil dahulu berulang kembali pada masa akan datang. Cukuplah saya telah dibesarkan dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan dahulu. Dengan hinaan dan cacian orang terhadap keluarga saya yang susah dahulu. Sekarang saya mahu menjadi seorang yang baru, tanpa menoleh kebelakang semula dan saya berjanji akan hapuskan dan luputkan semua kesusahan sewaktu saya kecil dahulu daripada kehidupan baru saya kini."

( = =!)...Hapuskan dan luputkan semua kesusahan??..Sakitnya hati mendengar luahan semacam ini.....



Tidak sedarkah kita, kesusahan kita yang dahulu itulah yang menjadikan kita seorang yang berjaya kini. Kesusahan yang dahulu itulah yang membuatkan kita berani mengadapi kehidupan. Kesusahan yang dahulu itulah yang menghidupkan kita hingga kini.

JANGAN PANDANG HINA PADA KESUSAHAN!!

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG DALAM KESUSAHAN!!

Orang-orang yang hebat semuanya bermula daripada kehidupannya yang SUSAH. Kerana mereka ini tidak memandang kesusahan sebagai musuh. Malah menjadikan kesusahan sebagai GURU untuk dirinya memercu ke arah kejayaan.

Jangan kita berdendam dengan kehidupan kita yang lalu, lantas berusaha apa sahaja untuk sampai ke kemuncak selesa. Jangan memusuhi dan manambah langsung kesusahan kerana ia adalah penyakit yang paling berbahaya.

Jangan pernah lupa...

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.

kita memang layak diuji


" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji." ( Al-Ankabut : 2)

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI.....KERANA KITA BERSTATUS HAMBA....



Friday, July 13, 2012

Allah sayang Hufaz



Satu post di group madrasah kesayangan oleh seorang sahabat menyentap perasaan saya. Sebak di dada. Jantung berdegup kencang. Hati bercelaru bagaikan ombak tsunami sedang bergelora. Bergetar tangan. Berhenti seketika. Lalu mngusap dada. Beristighfar. Dengan tenang, bibir melafazkan inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Seorang sahabat karib saya yang bernama Qorin mula bertanya. Hairan melihat saya.

" Kenapa awak sedih sangat ni? Awak bukannya rapat sangat dengan dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Peliklah awak ni."

Saya hanya diam membisu. Tidak mahu menjawab lagi pertanyaannya.

Beberapa minit berlalu. Persoalan Qorin masih belum terjawab.

Mouse digerakkan perlahan-lahan menuju kotak log out. Account fb, saya log out sebentar. Terus menuju ke blog kesayangan. Tanpa menoleh kiri dan kanan, terus menuju ke ruangan new post.

Di entri inilah saya luahkan jawapan saya terhadap persoalan Qorin.

Qorin, saya memang tidak terlalu mengenalinya. Juga tidak akrab dengannya. Bahkan tidak pernah sekali berkata-kata dengannya.

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terlalu sebak. Kerana dia adalah seorang Hafiz. Dia seorang hamba yang menjaga kalam Allah. Bukankah itu adalah sesuatu amalan yang mulia. Sesuatu yang tidak didapati pada kebanyakan manusia. Allah sangat menyayangi para Hufaz.

Saya bersedih kerana saya tidak mampu lagi jadi sepertinya. Dia pergi dalam keadaan yang sungguh mulia kerana pemergiannya bersama dengan 30 juzuk kalam Allah menemani. MasyaAllah.

Saya bersedih juga kerana masih ramai insan di luar sana memerlukan insan hebat seperti ini. Ramai lagi di luar sana yang masih buta Al-Quran. Namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Saya tetap yakin, meski berapa banyak sekalipun hufaz yang akan pergi menghadap Penciptanya, Kalam Allah tetap akan dilindungi dengan sebaik-baik pelindungan olehNya.

Saya juga bersedih kerana saya terharu atas pemergiannya sebagai syahid. Kerana beliau meninggal ketika sedang menunaikan amanah sebagai hamba Allah dalam menuntut ilmu. Bukankah janji Allah bagi mereka yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu adalah syahid.

Kerana itulah saya bersedih. Saya bimbang adakah sempat saya membawa kalam Allah sebagai peneman saya di sana kelak.

Meski namanya tidaklah segah artis-artis popular, namun kerana dia adalah penjaga kalam Allah, pemergiannya diangkat dengan begitu mulia. Itulah bukti bahwa Allah menyayangi para Hufaz. Ini adalah iktibar bagi mereka yang berfikir. AFALA TA'KILUN!!!






Sunday, March 11, 2012

..::dOktoR hAti::..

Salam semangat sekencang semangat tentera badar....Jom layan kisah si pesakit hati n doktor...:)




Di klinik......



:bofu_36: Ye, apa masalah awak?
(Doktor)



:bofu_31:Doktor tak nampak ke apa masalah saya? Doktor kan doktor....tak kan tak tahu.
(Pesakit)



:bofu_36: Memanglah saya doktor, tapi saya juga manusia biasa. Hanya Allah sahaja yang mampu mengetahui segala sesuatu. Tak gitu?


:bofu_31:Hemm..ape2 lah doktor. Saya dah sakit sangat ni.


:bofu_36:Mari saya check dulu. Hemm, nampak macam serius je sakit awak ni.


:bofu_31:Saya sakit apa doktor?


:bofu_36:Hati awak. Hati awak nampak terlalu parah. Kalau dibiarkan lama ia akan semakin membengkak. Jika dibiarkan lagi lama, ianya akan membusuk. Yang lebih mengerikan hati awak boleh mati akibat tidak dirawat dengan segera.


:bofu_31:Ye ke doktor. Sampai begitu seriusnya. Sebenarnya saya dah lama tahu pasal penyakit saya ni, tapi saya biarkan je. Sebab saya rasa saya boleh ubati dengan cara saya sendiri. Tapi hari ni, saya betul-betul tak dapat menahan sakit saya ni. Saya buntu. Tak tahu apa perlu saya buat. Sebab tu saya jumpa doktor. Saya takut hidup saya berakhir dalam keadaan hati yang sakit.


:bofu_36: Jangan risau. Masih belum terlambat. Saya akan bantu semampu saya. Sebentar ya. Nurse Rafidah! Nurse Rafidah!


:minimo_13:Ye doktor. Ada apa yang saya boleh bantu.
(Nurse)

:bofu_36: Ye. Saya nak awak ambilkan saya ubat-ubat untuk penyakit hati untuk pesakit ni.


:minimo_13:Baiklah doktor.

Sementara menunggu ubat...


:bofu_36:Apa yang awak rasa sepanjang awak berhadapan dengan penyakit hati ni?


:bofu_31:Saya selalu rasa nak marah. Saya juga terlalu suka bersangka buruk pada banyak perkara. Hati saya terlalu sensetif pada perkara yang remeh-temeh. Saya juga selalu rasa orang lain semuanya salah, hanya saya sahaja yang betul. Terlalu banyak hasad dalam hati saya.


:bofu_36: Awak tahu tak, itulah simptom-simptom bagi penyakit hati ni. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi. Itu adalah antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh si pesakit.


:bofu_31:Apa punca penyakit saya sebenarnya doktor?


:bofu_36:Puncanya juga banyak. Tetapi punca yang utama adalah bila hati tak sentiasa digilap dengan ayat-ayat penyembuhan. Hati juga perlukan ubat. Iman itu kan menaik dan menurun. Sebab tu hati juga perlu diubati dengan ubat sentiasa.


:bofu_31:Apa penawarnya doktor?


:bofu_36: Sekejap ya. Kita tunggu nurse Rafidah sebentar.

Beberapa minit kemudian.....


:minimo_13:Doktor, ini dia ubat-ubat yang doktor minta tadi.


:bofu_36:Ok. Terima kasih ye. Kalau ada apa-apa nanti, saya akan panggil awak lagi.


:minimo_13:Baiklah doktor. Saya pergi dulu.

Doktor pun membuka peti ubat. Dengan penuh cermat, doktor mengeluarkan satu persatu ubat dari peti.


:bofu_36: Ha...inilah penawar-penawar hati yang saya katakan tadi.


:bofu_31:Banyak nye doktor. Larat ke saya nak amalkan semua ubat-ubat ni.


:bofu_36:Hemm...larat or x..awak mesti amalkan. Kalau tidak hati awak tak kan sihat sampai bila-bila. Nanti kalau hati awak dah mati, awak nak minta hati yang baru daripada siapa? Hati yang dah Allah pinjamkan ni, jagalah dengan baik.


:bofu_31:Baiklah doktor. Hati saya dah terlalu sakit sangat ni. Doktor beritahulah apa ubat-ubat yang saya perlu amalkan tu?


:bofu_36: Mudah sahaja... Dengar baik-baik..

ü Pertama,Jaga solat wajib. Usahakan untuk solat berjemaah. Tambah dengan solat-solat sunat.

ü Kedua, Jangan pernah tinggal bacaan Al-Quran dalam sehari. Tadabur.

ü Ketiga, Berzikir.

ü Keempat, Sibukkan diri dengan menambah ilmu yang bermanfaat.

ü Kelima, Hafaz ayat-ayat penyembuhan jiwa. Sebagai contoh:

(Ali Imran> 3:139)

( Az- Zukhruf > 43:67)

( Al Baqarah > 2:152-157)

ü Keenam,Utamakan husnu zon, ia akan menyelamatkan kamu dalam banyak hal.

ü Ketujuh, Banyakkan bersedekah.

ü Kelapan, Banyakkan berdoa

ü Akhir, Tawakal ala Allah.




:bofu_31:Baiklah doktor, saya akan cuba amalkan ubat-ubat ni. Mudah-mudahan mujarab.


:bofu_36: Amalkan dengan istiqomah. Biar amalnya sedikit asalkan berterusan. Itu lebih berkesan. Saya doakan awak semoga cepat sembuh. Nanti bila dah nampak hasilnya, jumpa saya semula ya.


:bofu_31:inshaAllah Doktor. Terima kasih.

Setelah pulang ke rumah :bofu_31:membawa dirinya ke bilik. merenung satu persatu ubat yang dibekalkan oleh doktor sebentar tadi. :bofu_31:merebahkan dirinya ke katil. Hatinya perlu berehat seketika.

:bofu_48: Saya nak berehat jap. Bagi saya masa untuk rawat hati saya dulu. Nanti bila hati saya dah sihat, saya akan beritahu hasilnya pada doktor. Lupa nak gi tau, sesiapa di luar sana yang juga punyai penyakit hati macam saya, bolehlah ambik ubat-ubat saya ni. Kita share sama-sama. Terjamin halal, selamat dan TERBAIK!!!...Belum cuba, belum tahu kan...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...