Showing posts with label Riwayat Tashji' An-Nafs. Show all posts
Showing posts with label Riwayat Tashji' An-Nafs. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Istikharah & Istisyarah


Assalamualaikum w.b.t

Moga dalam pelukan rahmat Allah.

========================================================



 Kak, kenapa saya masih keliru ye?

 Awak dah buat istikharah ke belum?

Alhamdulillah, sudah kak. Tapi still keliru.

Hemm..ni mesti awak tak buat istisyarah kan?

Istisyarah?

Ye, istisyarah.

Istisyarah tu apa kak? Blur Qaseh seketika.

Istisyarah tu maksudnya meminta penerangan.

Minta penerangan? Qaseh masih tidak jelas dengan penerangan Aisyah.

Ye, penerangan. Dengan bahasa mudahnya, minta pandangan orang lain.

oo..jadi saya perlu minta pandangan orang lain untuk istikharah saya ni?

Ya, ramai orang sibuk ber'istikharah' . Tetapi lupa untuk beristisyarah. Istikharah dan istisyarah saling diperlukan dalam membulatkan satu keputusan yang pasti.

Oo. first time saya dengar istilah istisyarah tu kak. Selama ni saya cuma tahu, bila nak buat pilihan kita perlu istikharah.

Hemm...istikharah, istikharah, istikharah sampai lembik...

Eh, kenapa pula akak kata macam tu? Istikharah boleh buat kita rasa lembik ke kak?

Tak. Bukan itu maksud akak. Maksud akak, orang yang sibuk beristikharah dengan meninggalkan istisyarah, bila tiba satu saat dia tidak akan pernah berjumpa kata putus untuk istikharahnya. Akhirnya, istikharahnya menjadi lembik dan tiada keputusan yang diputuskan dengan baik.

Ooo..

Sebab tu istisyarah menjadi gandingan istikharah. Untuk membuat keputusan yang baik kita perlukan istisyarah. Perlu bertanya pandangan orang-orang yang kita rasakan lebih arif atau faqih ataupun mereka yang kita percayai. Tak semestinya juga istisyarah itu dalam bentuk bertanya pandangan orang lain, juga melalui pembacaan, kajian dan sebagainya. Daripada situlah kita akan mampu membulatkan satu keputusan yang baik.

Ooo, jadi kak, kalau saya buat istisyarah dan istikharah, saya pasti akan dapat buat keputusan yang tepat. Macam tu ye kak?

Tidak juga dik.

Eh, kenapa pula? Qaseh terkebil-kebil. Keliru dengan mood jawapan Aisyah.

Sebab kita manusia yang hanya mampu merancang selayaknya kita sebagai manusia yang tetap banyak kelemahan sana sini. Allah juga sebaik-baik perancang. Tapi, dengan beristikharah dan beristisyarah yang betul kita akan dapat satu jawapan yang baik dan menenangkan kita. Jawapan yang baik itu adalah jawapan yang membuatkan hati dan jiwa kita berasa tenang. Itu mungkin petanda baik daripada Allah. Apa pun, selebihnya serahkan pada Allah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Oo..Faham.Tapi kan kak.

Ye, apa yang awak fikirkan?

Perlu ke kita meminta pandangan orang lain. Sedangkan pandangan orang belum tentu tepat. Dan pandangan orang lain selalunya banyak khilafnya. Bukankah dengan beristikharah sahaja sudah memadai, sebab kita meminta pandangan langsung daripada Allah.

Kemudian macam mana awak mentafsirkan pandangan langsung daripada Allah untuk membulatkan satu keputusan?

hemm...dengan berfikir sendirilah.

Awak rasa awak mampu membuat keputusan sendirian tanpa bantuan yang lain?

Tapi Allah kan yang bantu saya untuk berfikir.

Awak pasti pada ketika awak berfikir sendirian membuat keputusan itu, Allah sedang membantu awak?

Ha..entah. Eh, pening pula kepala saya fikir.

Awak sendiri dah mula pening berfikir sendirian. Macam mana awak nak membulatkan satu keputusan sendirian tanpa meminta pandangan orang lain. Maksud akak bukanlah bermakna kita tidak percaya pada bantuan Allah. Tetapi bimbang apabila kita hanya menggunakan akal kita sendirian untuk berfikir tanpa merujuk pandangan-pandangan yang lain atau sumber-sumber tertentu, bimbang kita akan berfatwa dengan pandangan a'kli semata. Belum tentu lagi fikiran kita ini fikiran yang bersih. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga merujuk pandangan Para Sahabat untuk membuat satu-satu keputusan.



"Ikhtilaf Umatku adalah rahmat"-Rasulullah S.A.W-


Hemm...

Ya, perbezaan pandangan sesama manusia itu tetap akan ada. Tetapi dari perbezaan itulah yang mencipta satu pemikiran dan pandangan yang jauh daripada diri kita sendiri. Kita akan mampu melihat dan membandingkan pandangan-pandangan yang ada, seterusnya menilai satu persatu dan akhirnya kita akan mampu mencipta satu keputusan yang baik. Perbezaan ataupun khilaf itu indah dik. Kerana itu Allah menciptakan pelbagai perbezaan dalam dunia ni. Berbilang-bilang bangsa, pelbagai warna, bentuk, rasa dan sebagainya. Semua itu dicipta untuk kita berfikir.

Cipta Satu IDEA yang besar daripada IDEA2 yang kecil



A'a kan. Saya pun rasa tak mampu nak berfikir sendirian.

Qaseh termenung seketika. Di dalam fikirannya bersarang lagi persoalan.

Ha,,awak fikir apa lagi Qaseh? Senyum Aisyah. Mula mengagak masih ada persoalan yang terselit di fikiran Qaseh.

Hehe...ada lagi Qaseh nak tanya..boleh ke kak?

Tanyalah dik, mana akak mampu jawab, akak jawab.

Macam mana kalau Qaseh dah buat keputusan. Lepas tu Qaseh buat lagi istikharah. Then, dapat jawapan lain pula. Macam mana ye kak?

Kenapa pula Qaseh perlu beristikharah lagi setelah membuat keputusan?

Saja untuk kepastian.

Jika tak bersedia untuk membuat keputusan yang pasti, kenapa memilih untuk membuat keputusan.

Huuh..maksudnya kak?

Qaseh, akak nak tanya. Umpanya Qaseh diberi pilihan samada untuk menjahit baju kurung pahang ataupun baju kurung biasa. Qaseh pun buat pilihan untuk menjahit baju kurung pahang. Then, Qaseh pun bermulalah operasi memotong dan membuat ukuran baju dan sebagainya. Ketika dalam proses pencantuman, tiba-tiba Qaseh berhenti.  Qaseh terfikir menyesal pula membuat baju kurung pahang. Qaseh mula rasa susah, bosan dan sebagainya. Jahitan Qaseh sudah hampir siap. Pada pandangan Qaseh, Qaseh ingin meneruskan lagi atau berpatah balik menjahit baju kurung biasa pula. Qaseh nak buat yang mana?

Hemm...mestilah teruskan. Sudah separuh jalan dah pun. Membazir la kain tu. Membazir waktu lagi.

Jadi, Qaseh faham kan apa yang akak maksudkan.

Oo..Faham kak.

Ye, begitulah dik. Bila kita dah membuat satu-satu keputusan. Bila sudah sampai dipertengahan jalan jangan pula disebabkan perkara-perkara yang tak sepatutnya kita fikirkan kita berubah membuat keputusan yang lain. Kan lebih baik kiranya kita tetap dengan keputusan kita dan cuba untuk menjadikan keputusan kita itulah yang terbaik untuk diri kita. Seterusnya perbaiki apa yang patut tanpa melarikan diri daripada keputusan yang kite sudah putuskan.

Jadi kak, maknanya, bila kita dah buat keputusan memang dah tak boleh berpatah balik terus.

Tidak juga begitu. Tiada siapa melarang untuk kita membuat keputusan yang lain jika kita rasakan keputusan yang lain itu yang lebih baik, berada di pertengahan itu lebih baik. Tidak terlalu taksub dengan keputusan kita, tidak pula menolak keputusan-keputusan yang lain.

Tetapi kan lebih elok kiranya sebelum kita membuat keputusan, kita perincikan dengan baik dahulu. Adilkah kiranya kita sudah membuat keputusan kemudian barulah kita ingin menilai buruk baiknya. Ini bukan cara yang baik. Timbang tara satu-satu keputusan itu dahulu sebelum kita ingin membulatkan satu-satu keputusan. 

Huh...Susah juga ye nak buat keputusan yang tepat.

Kita mungkin tidak mampu untuk membuat keputusan yang TEPAT, tetapi kita mampu, membuat keputusan yang PASTI.



===============================================================

Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung. Tidak membuat keputusan petanda takut untuk bertanggung jawab! -Ustaz Pahrol Juoi-

================================================================








Monday, February 25, 2013

Aku adalah murid Kehidupan

Assalamualaikum semua...

May Allah bless all of you and make your life brighter then yesterday. I wish all of you in the embrace of Allah's mercy..^^

الحمدلله على كل حال وأستغفرالله على كل ذنب
========================================================================

Alhamdulillah, already 2 weeks in new sem...^^..so, sedang menghirup udara sem baru. Proposal thesis menanti. Alhamdulillah, dah pun buat pilihan untuk menulis proposal thesis dalam bahasa kesayangan. Bahasa Ahli Syurga. Moga Allah mudahkan urusan. Terfikir yang sama seperti sahabat-sahabat lain untuk membuat proposal thesis in english, tujuannya satu, untuk improve English Language saya yang lemah. Tetapi hati tetap kuat untuk memilih Bahasa Arab, tak de lah hebat juga Bahasa Arab. Hakikatnya, dua-dua bahasa masih merangkak lagi. Dua-dua masih lemah. Tetapi mengikut pengalaman-pengalaman  yang lepas, tiap kali menaip assignment dalam bahasa Arab, rasanya itu. Berbeza. Lebih mendalam rasanya. Barangkali Bahasa Arab itu bahasa Ahli Syurga, jadi rasanya itu lebih indah berbanding Bahasa yang lain. Wallahua'lam. Jadi lebih baik memilih apa yang membuatkan hati kita tenang dan yakin kan..^^..

Semakin menaiki sem, semakin berat ilmu yang nak dipikul. Semakin lama mendalami, semakin jatuh hati pula dengan ilmu-ilmu yang dipelajari. Semakin terasa ceteknya ilmu yang ada. Hakikatnya....semakin kita belajar, semakin kita banyak tahu, semakin itulah kita akan tersedar bahawa rupanya diri kita ni banyak yang tak tahu. Seriously, saya selalu rasa macam ni.

Satu peribahasa melayu..

" Jadi Seperti Padi, Semakin berisi semakin menunduk"



Ramai dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang bijak pandai, beginilah sikap mereka. Kagum melihat mereka. Tapi kalau kagum sahaja tak berguna kan, jadi saya cuba berazam untuk menjadi seperti mereka semampu yang boleh supaya kekaguman itu menjadi berguna.

Untuk apa kita nak bongkak atau berbangga dengan ilmu yang kita ada. Ilmu ni bukan kita yang create sendiri. Allah yang cipta ilmu ni. Kita ni cuma bertuah je sebab dapat pinjam sedikit daripada ilmu-ilmu Allah yang jauh lebih luas.



Saya tidak akan hidup sampailah sekarang ini sekiranya pada diri saya tiada ilmu. Saya mungkin sudah lama mati jika tidak ada ilmu yang menemani kehidupan saya ini.

Siapa setuju dengan saya, 

Kita tidak boleh hidup tanpa ILMU.

Masih tak percaya?

Cuba fikir, selama kita hidup ni, pastinya banyak masalah dan ujian yang kita hadapi. So, selama kita menghadapi ujian-ujian dan masalah demi masalah hidup, macam mana kita boleh menyelesaikannya?

Dengan air mata?

Dengan perasaan?

Dengan nafsu?

Tidak...

Kita banyak menyelesaikannya dengan ilmu, dengan pengetahuan yang kita ada..

Orang yang bunuh diri disebabkan frust bercinta, atau frust dengan masalah kehidupan yang melambak, agak-agaknya lah mereka ni menyelesaikan masalah mereka dengan apa ye sampai sanggup memilih jalan untuk membunuh diri.

Sudah tentu bukan dengan ILMU..



 Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beiman dan berilmu. Itu janji Allah.

ILMU tidak akan sempurna tanpa IMAN

IMAN tidak akan sempurna tanpa ILMU









Selama 3 Tahun saya melayar kembara ilmu saya di Taman Pengajian saya, Banyak perkara yang saya belajar dari setiap tangga semester yang saya daki. Sehingga tidak menyangka saya sudah hampir ke puncak Degree. Pengalaman selama 3 Tahun ini sudah saya bukukan dengan kemas dalam ingatan agar di masa akan datang ianya dapat digunakan semula untuk perjalanan kembara ilmu saya di peringkat seterusnya. In Shaa Allah.

Hopefully, satu hari saya dapat merasa macam senior2 sy ni.....^^


Konvokesyen USIM


=======================================================

<< Aku murid Kehidupan>>

Belajar

Jangan pernah lelah untuk belajar

Kehidupan itu adalah guru yang mengajar

Sedang aku yang bernama manusia adalah murid yang belajar


Belajar dari kehidupan ini

Kehidupan untuk kita pelajari

Dan hakikat seorang pelajar seperti diriku ini

Tidak akan sunyi dari membuat silap dalam bahtera kehidupan ini

Kesilapan itulah yang mengajar diriku kehidupan yang hakiki


Aku yang bernama manusia

Aku yang bernama murid juga

Aku yang bernama hamba

Tetap aku adalah manusia,murid dan hamba

Tidak akan pernah lelah dengan Ilmu yang membawa cintaku kepadaNya.

==================================================================
--IshtiyaQSolehah--

25/Feb/2013
Acasia,Nilai, N.9
Islamic Science University Of Malaysia









Thursday, February 14, 2013

Syabab Musafir Kasih

Assalamualaikum semua...

Ku berdoa semoga sahabat-sahabatku yang sedang membaca tulisan sederhanaku ini mendapatkan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi apa jua kesulitan dan cabaran dalam kehidupan. Moga kita bertemu di syurga Allah kelak. Ameen Ya Rabb.

Alhamdulillah, 

Rasa syukur yang dipanjatkan buat Pemberi yang paling setia. Thank you Allah..:)

=======================================================================

Semalam menonton "Islam KTP" . Sebuah siri drama yang menarik. Penuh dengan unsur-unsur dakwah yang disampaikan dalam bentuk yang sangat santai.



Adalah seorang Pak Haji tu. Wataknya sebagai Pak Haji yang kaya, punyai seorang isteri yang mahu menjadi imam keluarga bahkan punyai seorang anak lelaki yang sangat "kurang ajar" dan dibenci oleh ramai penduduk kampung.

" Hemm,, anak kampung. Budak-budak kampung memang macam tu. Tidak punya akhlaknya. Tidak berpendidikan tinggi lagi. Low class!!" Teriak Pak Haji.

Abang Ali (watak utama dalam Islam KTP) seperti biasa hanya tertawa memanjang ketika mendengar celoteh si Pak Haji. Sambil bersiwak.

Si Mamat dan Karyo, (anak murid Abang Ali), semakin panas telinga mereka mendengar celoteh Pak Haji yang merendah-rendahkan anak kampung. Mereka berdua juga hanyalah anak kampung yang tidak berpendidikan tinggi.

" Pak Haji, semakin pedas mulutnya tu. Walaupun kami anak kampungan, kami masih aja mahu belajar soal agama dan mendengar tazkirah bang Ali." Bentak si Mamat yang kurang sabarnya berbanding Karyo.

Karyo hanya membuat mimik muka sahaja. Menyampah dengan kata-kata Pak Haji yang sombong.

" Ah...Pokoknya...Kalau sudah kampungan itu tetap kampungan. Tidak ada majunya"

Bang Ali tetap terus tertawa melihat gelagat anak-anak muridnya yang bertengkar. Namun tertawanya Abang Ali tetap akan ada kata-katanya yang bakal mematahkan hujah-hujah yang lain.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tidak dapat dinafikan..

Sememangnya ramai orang yang memandang rendah pada anak-anak kampung. 

Tiada kemajuan katanya...

Tidak berpendidikan tinggi...

Hidup dalam kesusahan...

Dan macam-macam lagi tuduhan tak bermaruah dilemparkan kepada anak-anak kampung..

Saya sendiri sebagai anak kampung, rasa terpukul dengan penghinaan seperti ini.

Kebanyakan pada zaman dahulu, kelihatan anak-anak kampung ini tidak menyambung pelajaran disebabkan kekurangan sumber pendapatan ibu dan ayah yang tidak mampu menyekolahkan anak mereka. Bila nampak anak-anak yang tidak bersekolah ini berkeliaran, sudah mula di pandang tidak berakhlak, pengotor dan sebagainya...

Tetapi tidak zaman kini...

Alhamdulillah...

Sudah ramai anak-anak kampung yang berpendidikan tinggi bahkan berakhlak.

Ingin berkongsi pengalaman kami bersama adik-adik jiran tetangga. Rumah kami menjadi pusat mengaji tiap kali kami pulang bercuti semester. Jiran-jiran tetangga minta bantuan untuk mengajarkan anak-anak mereka sementara kami ada di rumah. Itulah aktiviti kami tiap kali pulang bercuti di rumah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pengalaman bersama adik-adik ini banyak yang menyentuh hati dan jiwa...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



" Haziq, tahun depan nak sambung sekolah mana?"

" Bandar tenggara"





" Sekolah Arab Bandar Tenggara?"

" A'a. Sama dengan Hassan. Hassan pun sekolah kat situ."

" Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu."

Ya Allah, saat mendengar kata-kata adik Haziq, meruntun jiwa saya yang dahulunya juga bersekolah Arab. 

Kenapa?

Bukan kerana mereka mahu bersekolah Arab seperti saya.

Tetapi kerana mereka mula cintakan agama. Agama Islam. Mula nampak betapa agama itu tunjang utama dalam kehidupan.


" Amy, tahun depan nak sambung mana pulak, Sama dengan abang awak?"



" Hemm, abah suruh sekolah kat tempat Hassan juga"


" Ha, awak nak ke?"




" Ish, kau ni sibuk je, Kau tak yah sama tempat dengan aku la. Nanti kau nangis je" Mencelah Si Abang sambil tertawa bergurau dengan adiknya.




" Eh, tak baik cakap macam tu. Sepatutnya awak bagi perangsang dekat adik" Nasihat Mak.


" Entah kau ni. Patutnya kau bagi semangat kat aku" Amy bersetuju dengan mak.


"Wekk.." Hassan hanya menjelirkan lidah.



 Hati mula berbicara. 

Alhamdulillah, bukan setakat anak-anak sahaja sudah mula menyukai agama. Tetapi ibu-bapa juga sudah mula nampak betapa pendidikan agama itu tunjang utama dalam pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak.

Jadi siapa yang berani lagi berkata anak-anak kampung ini tidak tahu agama?

Siapa lagi yang berani berkata anak-anak kampung ini tidak berakhlak?

Tidak dapat saya nafikan. Tetap sahaja masih ada anak-anak muda kampung yang terjebak dengan pelbagai bentuk kerosakan akhlak. 

Tetapi janganlah menyalahkan ataupun menunding jari terhadap semua anak-anak kampung.

Kerana nila setitik,, Rosak susu sebelanga...

Masih ada syabab yang terpelihara agamanya yang lahir di kampung-kampung.

Masih Ingat pesan guru besar sek rendah saya setiap kali perhimpunan...:)



Haziq....fikir nak letak word ape...dibantu oleh mak di sebelah...^^


Emy ni memang cepat ckit bab2 main2 ni...pikir sendiri je tuu..



"Kak hikmah, kalu perkataan NOLEH boleh kan?".......tergelak kami sume dengar...hee 




Perkataan 'Ven' boleh kan.....banyak laa awk...itu  V E N bukan V A N







Taraaa.....inilah hasilnya...nama 'Emy' pun ada termasuk...hee...layan je laa...^^




>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tersentak lagi...

Selepas tamat mengajar adik-adik mengaji ,membantu mereka menyiapkan kerja sekolah mereka dan layan mereka bermain scrabble.

Saya sengaja buka video palestin, saja nak tahu respon adik-adik ni..



Sambil menonton, Haziq mengomel sendirian


Ish, apalah Israil ni..

Eh, bukan Israil la. Zionis. Celah Amy.

Eii...Bukanlah, Israil la. Haziq mempertahankan apa yang dia tahu.

Saya turut mencelah. Haziq , Amy, dua-dua betul. Israil pun betul. Zionis pun betul. Dah jangan bergaduh.

Kak Solehah, Israil ni kalau dia mati dia masuk neraka jahanam terus kan..

Saya hanya mengangguk. 
Berbunga-bunga hati ketika mendengar ngomelan adik-adik.

Ya Allah, tahu juga mereka tentang Palestin.

Tahu juga mereka Siapa itu Israil. Siapa itu Zionis.

Nantikan kalau aku masuk syurga. Aku nak bunuh Israil. Aku nak tembak kepala diorang. Haziq memandang tepat mata Amy. Bersemangat. Semangat Haziq semakin membara saat menonton sekolah-sekolah anak-anak Palestin bertalu-talu di bom dengan kejam.

MasyaAllah, tersenyum lebar hati saya mendengar kata-kata Haziq. 

Ya Allah, tetapkanlah semangat itu untuk adik-adikku. Semangat seorang syabab.

Hassan, Amy dan Haziq diam membisu.

Menghayati video Palestin yang sedang ditonton.

Kak Solehah bukak video lain la. Bukak video Saladin. Haziq meminta.

Kenapa? 

Sedihlah tengok video ni. 

A'a. Sedih lah kak Soleha. Tukarlah kak. Aku nak nagis ar tengok cerita ni. Amy juga meluahkan rasa.

Saya tersenyum. Di dalam hati tidak putus-putus ucapan Subhanallah, Alhamdulillah.

Saya tetap meraikan permintaan mereka. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 Di dalam sudut hati yang paling dalam

Apa yang saya dapat sepanjang kembara saya menimba ilmu. Ingin sekali saya kongsikan semuanya bersama adik-adik kampung saya ini. 

Saya ingin mereka rasakan nikmatnya mendalami agama, nikmatnya mengerti agama sebagaimana saya, kakak dan adik-adik rasakan. Walaupun ilmu kami hanyalah setitis sahaja daripada seluas lautan, tetap kami dapat rasakan kehangatan nikmat yang Allah kurniakan.

muga Allah permudahkan mereka untuk membaca kalamMu.



Mereka adalah syabab-syabab yang masih segar. Jika dirinya dihiasi dengan kecintaan pada agama, sudah tentu mereka bakal menjadi Syabab Solehin yang berguna suatu hari nanti.




Bagi saya,

Untuk menjadi pejuang agama itu tidak mengenal siapa, di mana dia tinggal, bagaimana kehidupannya...

Siapa pun boleh menjadi pejuang agama...

Adik-adik ini juga bukanlah berlatar belakangkan keluarga yang penuh dengan biah agama. Suasana kampung kami juga bukanlah kampung yang sempurna dengan biah hasanah.

Tetapi...

Di sisi Allah itu tiada yang mustahil. 

Akak doakan adik-adik akak ini, kelak menjadi syabab musafir kasih yang soleh. Bermusafirlah kalian ke mana jua untuk mengenal Cinta PenciptaMu. Saat itu kalian akan merasakan betapa nikmatnya ketika kita mampu mengenal siapa Allah yang sebenarnya.

=======================================================================


















Sunday, March 11, 2012

..::dOktoR hAti::..

Salam semangat sekencang semangat tentera badar....Jom layan kisah si pesakit hati n doktor...:)




Di klinik......



:bofu_36: Ye, apa masalah awak?
(Doktor)



:bofu_31:Doktor tak nampak ke apa masalah saya? Doktor kan doktor....tak kan tak tahu.
(Pesakit)



:bofu_36: Memanglah saya doktor, tapi saya juga manusia biasa. Hanya Allah sahaja yang mampu mengetahui segala sesuatu. Tak gitu?


:bofu_31:Hemm..ape2 lah doktor. Saya dah sakit sangat ni.


:bofu_36:Mari saya check dulu. Hemm, nampak macam serius je sakit awak ni.


:bofu_31:Saya sakit apa doktor?


:bofu_36:Hati awak. Hati awak nampak terlalu parah. Kalau dibiarkan lama ia akan semakin membengkak. Jika dibiarkan lagi lama, ianya akan membusuk. Yang lebih mengerikan hati awak boleh mati akibat tidak dirawat dengan segera.


:bofu_31:Ye ke doktor. Sampai begitu seriusnya. Sebenarnya saya dah lama tahu pasal penyakit saya ni, tapi saya biarkan je. Sebab saya rasa saya boleh ubati dengan cara saya sendiri. Tapi hari ni, saya betul-betul tak dapat menahan sakit saya ni. Saya buntu. Tak tahu apa perlu saya buat. Sebab tu saya jumpa doktor. Saya takut hidup saya berakhir dalam keadaan hati yang sakit.


:bofu_36: Jangan risau. Masih belum terlambat. Saya akan bantu semampu saya. Sebentar ya. Nurse Rafidah! Nurse Rafidah!


:minimo_13:Ye doktor. Ada apa yang saya boleh bantu.
(Nurse)

:bofu_36: Ye. Saya nak awak ambilkan saya ubat-ubat untuk penyakit hati untuk pesakit ni.


:minimo_13:Baiklah doktor.

Sementara menunggu ubat...


:bofu_36:Apa yang awak rasa sepanjang awak berhadapan dengan penyakit hati ni?


:bofu_31:Saya selalu rasa nak marah. Saya juga terlalu suka bersangka buruk pada banyak perkara. Hati saya terlalu sensetif pada perkara yang remeh-temeh. Saya juga selalu rasa orang lain semuanya salah, hanya saya sahaja yang betul. Terlalu banyak hasad dalam hati saya.


:bofu_36: Awak tahu tak, itulah simptom-simptom bagi penyakit hati ni. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi. Itu adalah antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh si pesakit.


:bofu_31:Apa punca penyakit saya sebenarnya doktor?


:bofu_36:Puncanya juga banyak. Tetapi punca yang utama adalah bila hati tak sentiasa digilap dengan ayat-ayat penyembuhan. Hati juga perlukan ubat. Iman itu kan menaik dan menurun. Sebab tu hati juga perlu diubati dengan ubat sentiasa.


:bofu_31:Apa penawarnya doktor?


:bofu_36: Sekejap ya. Kita tunggu nurse Rafidah sebentar.

Beberapa minit kemudian.....


:minimo_13:Doktor, ini dia ubat-ubat yang doktor minta tadi.


:bofu_36:Ok. Terima kasih ye. Kalau ada apa-apa nanti, saya akan panggil awak lagi.


:minimo_13:Baiklah doktor. Saya pergi dulu.

Doktor pun membuka peti ubat. Dengan penuh cermat, doktor mengeluarkan satu persatu ubat dari peti.


:bofu_36: Ha...inilah penawar-penawar hati yang saya katakan tadi.


:bofu_31:Banyak nye doktor. Larat ke saya nak amalkan semua ubat-ubat ni.


:bofu_36:Hemm...larat or x..awak mesti amalkan. Kalau tidak hati awak tak kan sihat sampai bila-bila. Nanti kalau hati awak dah mati, awak nak minta hati yang baru daripada siapa? Hati yang dah Allah pinjamkan ni, jagalah dengan baik.


:bofu_31:Baiklah doktor. Hati saya dah terlalu sakit sangat ni. Doktor beritahulah apa ubat-ubat yang saya perlu amalkan tu?


:bofu_36: Mudah sahaja... Dengar baik-baik..

ü Pertama,Jaga solat wajib. Usahakan untuk solat berjemaah. Tambah dengan solat-solat sunat.

ü Kedua, Jangan pernah tinggal bacaan Al-Quran dalam sehari. Tadabur.

ü Ketiga, Berzikir.

ü Keempat, Sibukkan diri dengan menambah ilmu yang bermanfaat.

ü Kelima, Hafaz ayat-ayat penyembuhan jiwa. Sebagai contoh:

(Ali Imran> 3:139)

( Az- Zukhruf > 43:67)

( Al Baqarah > 2:152-157)

ü Keenam,Utamakan husnu zon, ia akan menyelamatkan kamu dalam banyak hal.

ü Ketujuh, Banyakkan bersedekah.

ü Kelapan, Banyakkan berdoa

ü Akhir, Tawakal ala Allah.




:bofu_31:Baiklah doktor, saya akan cuba amalkan ubat-ubat ni. Mudah-mudahan mujarab.


:bofu_36: Amalkan dengan istiqomah. Biar amalnya sedikit asalkan berterusan. Itu lebih berkesan. Saya doakan awak semoga cepat sembuh. Nanti bila dah nampak hasilnya, jumpa saya semula ya.


:bofu_31:inshaAllah Doktor. Terima kasih.

Setelah pulang ke rumah :bofu_31:membawa dirinya ke bilik. merenung satu persatu ubat yang dibekalkan oleh doktor sebentar tadi. :bofu_31:merebahkan dirinya ke katil. Hatinya perlu berehat seketika.

:bofu_48: Saya nak berehat jap. Bagi saya masa untuk rawat hati saya dulu. Nanti bila hati saya dah sihat, saya akan beritahu hasilnya pada doktor. Lupa nak gi tau, sesiapa di luar sana yang juga punyai penyakit hati macam saya, bolehlah ambik ubat-ubat saya ni. Kita share sama-sama. Terjamin halal, selamat dan TERBAIK!!!...Belum cuba, belum tahu kan...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...