![]() |
| Belajar Erti Takdir |
Monday, July 21, 2014
Belajar Erti Takdir
Saturday, June 14, 2014
Just Me
Bismillah, dengan namaNya aku terus melangkah.
9 Jun 1991
Tarikh keramat yang paling bermakna dalam hidupku.
Tarikh dimana seorang insan lemah dilahirkan oleh seorang insan hebat. Ibuku seorang insan hebat yang mampu melahirkan bahkan mendidik dengan didikan agama yang baik untuk 4 permata hatinya.
Dan kini insan lemah itu sudah menjangkau usia 23 tahun. Pelbagai mehnah kehidupan yang dilaluinya sepanjang 23 tahun pinjaman kehidupan.
9 Jun 2014
Sekali lagi mencatat coretan hidup yang paling penting buat insan lemah ini. Tanpa ada perancangan. Dia dikurniakan rezeki melangkah ke alam baru. Dunia pekerjaan yang lebih mencabar.
Ya Allah.
Aku hanya mengatur langkahku dengan keterbatasan diriku sebagai hambaMu. Namun Kau mengatur langkahku dengan kesempurnaanMu. Tiada nikmat paling patut aku hargai melainkan rasa syukurku padaMu.
Dia yang mengatur langkah ini. Walau kaki lemah pada awalnya ingin meneruskan langkah. Namun, Dia hadiahkan kekuatan tanpa diduga.
Hebat kasih sayang Allah pada hambaNya.
Tinggal lagi kita, mahu bersyukur ataupun tidak.
Dia hadiahkan kita dengan pelbagai bentuk hadiah. Kita pula bagaimana?
Dalam pada diri ini melangkah satu persatu anak tangga. Di sepanjang tingkatan tangga yang ku lalui. Aku dipertemukan dengan pelbagai jenis cerita insan.
Mereka mendapatkan ku untuk mendengar luahan atas kepayahan hidup mereka. Sehingga aku sendiri bertanya padaNya.
" Wahai Allah,
Sedang Kau tahu bahawa diriku punya kepayahan hidup yang masih belum selesai, mengapa tetap Kau hadirkan insan-insan ini untukku. Apa sebenarnya didikan yang ingin Kau hadiahkan buatku. "
Seorang mengadu masalah kehidupannya yang terumbang-ambing. Tak pernah merasa bahagia. Hanya derita.
Seorang mengadu tentang masalah percintaan yang dikecewakan.
Seorang mengadu tentang masalah kehendak ibu bapa yang perlu dituruti walau hati tidak berkehendak.
Perananku..
Hanya menjadi pendengar yang setia mendengar luahan mereka.
Berkongsi permata-permata kata buat penyejuk dan pendamai jiwa.
Setelah lewat malam..
Memenungkan diri sendiri..
Sambil memandang langit gelap..
Berfikir...
Allah memang sengaja hadirkan buatku insan-insan istimewa ini.
Bukan untuk memujuk hati mereka semata...
Bahkan untuk memujuk dan mendamaikan hatiku sendiri.
Setiap kali mendengar luahan hati mereka.
Setiap kali itu juga, aku kembali mengingati diriku sendiri.
Setiap kali aku berkongsi penawar hati buat mereka.
Setiap kali itu juga, aku campakkan penawar itu buat diriku sendiri.
Hakikat kehidupan
Memang payah.
Payah untuk memahami rentak hidup yang pelbagai.
Namun,
Dengan menyelami rentak hidup insan lain.
Aku mampu memahami mesej sebenar yang ingin Dia layangkan buat diriku.
- hamba Dhaif-
Solehah
Monday, February 25, 2013
Aku adalah murid Kehidupan
Hopefully, satu hari saya dapat merasa macam senior2 sy ni.....^^
![]() |
| Konvokesyen USIM |
<< Aku murid Kehidupan>>
Belajar
Jangan pernah lelah untuk belajar
Kehidupan itu adalah guru yang mengajar
Sedang aku yang bernama manusia adalah murid yang belajar
Belajar dari kehidupan ini
Kehidupan untuk kita pelajari
Dan hakikat seorang pelajar seperti diriku ini
Tidak akan sunyi dari membuat silap dalam bahtera kehidupan ini
Kesilapan itulah yang mengajar diriku kehidupan yang hakiki
Aku yang bernama manusia
Aku yang bernama murid juga
Aku yang bernama hamba
Tetap aku adalah manusia,murid dan hamba
Tidak akan pernah lelah dengan Ilmu yang membawa cintaku kepadaNya.
==================================================================
--IshtiyaQSolehah--
25/Feb/2013
Acasia,Nilai, N.9
Islamic Science University Of Malaysia
Thursday, December 13, 2012
Redha melepaskan kamu ( _ _ )
![]() |
| selamat beristirehat tenang di sana |
Sunday, September 23, 2012
..::Kita berstatus Hamba::..
===========================================
Tenggelamlah tangisan si adik dalam dakapan seorang kakak.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.
Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
" Kenapa mesti saya yang diuji? sedangkan semua perintah dan laranganNya saya turuti. Kenapa mereka yang seronok bermaksiat itu tidak diuji hebat seperti saya? "
Inilah kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya dan seluruh insan yang berada di sekelilingnya adalah milik Mutlak Allah yang sangat-sangat layak untuk diuji.
Ramai yang berusaha untuk mengejar kekayaan dunia kerana takut akan kesusahan dunia. Bila ditanya...
" Bagaimana harapan pada masa akan datang? "
" Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Saya tidak mahu masa silam, kesusahan saya ketika saya kecil dahulu berulang kembali pada masa akan datang. Cukuplah saya telah dibesarkan dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan dahulu. Dengan hinaan dan cacian orang terhadap keluarga saya yang susah dahulu. Sekarang saya mahu menjadi seorang yang baru, tanpa menoleh kebelakang semula dan saya berjanji akan hapuskan dan luputkan semua kesusahan sewaktu saya kecil dahulu daripada kehidupan baru saya kini."
( = =!)...Hapuskan dan luputkan semua kesusahan??..Sakitnya hati mendengar luahan semacam ini.....
Tidak sedarkah kita, kesusahan kita yang dahulu itulah yang menjadikan kita seorang yang berjaya kini. Kesusahan yang dahulu itulah yang membuatkan kita berani mengadapi kehidupan. Kesusahan yang dahulu itulah yang menghidupkan kita hingga kini.
JANGAN PANDANG HINA PADA KESUSAHAN!!
JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG DALAM KESUSAHAN!!
Orang-orang yang hebat semuanya bermula daripada kehidupannya yang SUSAH. Kerana mereka ini tidak memandang kesusahan sebagai musuh. Malah menjadikan kesusahan sebagai GURU untuk dirinya memercu ke arah kejayaan.
Jangan kita berdendam dengan kehidupan kita yang lalu, lantas berusaha apa sahaja untuk sampai ke kemuncak selesa. Jangan memusuhi dan manambah langsung kesusahan kerana ia adalah penyakit yang paling berbahaya.
Jangan pernah lupa...
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina.
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.
![]() |
| kita memang layak diuji |
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji." ( Al-Ankabut : 2)
KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI.....KERANA KITA BERSTATUS HAMBA....
Friday, July 13, 2012
Allah sayang Hufaz
Satu post di group madrasah kesayangan oleh seorang sahabat menyentap perasaan saya. Sebak di dada. Jantung berdegup kencang. Hati bercelaru bagaikan ombak tsunami sedang bergelora. Bergetar tangan. Berhenti seketika. Lalu mngusap dada. Beristighfar. Dengan tenang, bibir melafazkan inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.
Seorang sahabat karib saya yang bernama Qorin mula bertanya. Hairan melihat saya.
" Kenapa awak sedih sangat ni? Awak bukannya rapat sangat dengan dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Peliklah awak ni."
Saya hanya diam membisu. Tidak mahu menjawab lagi pertanyaannya.
Beberapa minit berlalu. Persoalan Qorin masih belum terjawab.
Mouse digerakkan perlahan-lahan menuju kotak log out. Account fb, saya log out sebentar. Terus menuju ke blog kesayangan. Tanpa menoleh kiri dan kanan, terus menuju ke ruangan new post.
Di entri inilah saya luahkan jawapan saya terhadap persoalan Qorin.
Qorin, saya memang tidak terlalu mengenalinya. Juga tidak akrab dengannya. Bahkan tidak pernah sekali berkata-kata dengannya.
Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terlalu sebak. Kerana dia adalah seorang Hafiz. Dia seorang hamba yang menjaga kalam Allah. Bukankah itu adalah sesuatu amalan yang mulia. Sesuatu yang tidak didapati pada kebanyakan manusia. Allah sangat menyayangi para Hufaz.
Saya bersedih kerana saya tidak mampu lagi jadi sepertinya. Dia pergi dalam keadaan yang sungguh mulia kerana pemergiannya bersama dengan 30 juzuk kalam Allah menemani. MasyaAllah.
Saya bersedih juga kerana masih ramai insan di luar sana memerlukan insan hebat seperti ini. Ramai lagi di luar sana yang masih buta Al-Quran. Namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Saya tetap yakin, meski berapa banyak sekalipun hufaz yang akan pergi menghadap Penciptanya, Kalam Allah tetap akan dilindungi dengan sebaik-baik pelindungan olehNya.
Saya juga bersedih kerana saya terharu atas pemergiannya sebagai syahid. Kerana beliau meninggal ketika sedang menunaikan amanah sebagai hamba Allah dalam menuntut ilmu. Bukankah janji Allah bagi mereka yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu adalah syahid.
Kerana itulah saya bersedih. Saya bimbang adakah sempat saya membawa kalam Allah sebagai peneman saya di sana kelak.
Meski namanya tidaklah segah artis-artis popular, namun kerana dia adalah penjaga kalam Allah, pemergiannya diangkat dengan begitu mulia. Itulah bukti bahwa Allah menyayangi para Hufaz. Ini adalah iktibar bagi mereka yang berfikir. AFALA TA'KILUN!!!
Wednesday, March 21, 2012
'sPm' kUar haRi ni...tAkutnYe...

Assalamualaikum w.b.t...doaku buat sahabat-sahabat agar sentiasa berada di bawah payung kasih dan sayang Allah..Tidak ku dapati kasih sayang yang lebih bermakna melainkan kasih dan sayang yang dibaluti dengan manisnya kasih sayang Allah.
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................................
Hari ni Result SPM keluar.....................
Takutnya...........
Result siapa pula yang keluar ni. Rasa-rasanya empunya diri ni dah melepasi dah penahan menanti keputusan SPM. Tentunya bukan result saya yang keluar hari ini. Tetapi result puteri ke 3 dalam keluarga kami.
Berdebar menanti result adik kesayangan. Namun, pastinya..adik saya lebih kencang debarannya. Pelbagai persoalan sedang bermain difikirannya tika ini.
Macam mana saya boleh tahu?
Of course lah....coz saya juga ada pengalaman yang sama.
Teringat memori lama menanti result SPM. MasyaAllah....Allah sahaja yang tahu betapa kencangnya debaran yang sedang rancak berdentum di dada...
Namun, mak dan ayah tampak tenang. Disembunyikan keresahan yang bersarang di dada mereka. Tiap kali keresahan yang bermain di fikiran ini mula menyerabutkan fikiran, pasti akan mula terasa tenang tatkala mata melempar ke wajah mak dan ayah. MasyaAllah...bijak sungguh mereka menyembunyikan keresahan. Terlalu tenang wajah mereka.
Kini...adik kesayangan pula sedang menghadapi situasi yang sama seperti kakak-kakaknya. Walaupun saya berada terlalu jauh dengan mereka di sana, namun debaran turut terasa kencang di sini. Terfikir juga...apa sebenarnya yang didebarkan? Apa sebenarnya yang diresahkan?
Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari persaan takut. Takut itu adalah fitrah bagi manusia. Hanya Allah sahaja yang layak tidak mempunyai persaan takut. Manusia....selagi nyawa masih dipinjamkan, selagi itulah tidak boleh lari dari rasa TAKUT.
Dalam ingin meringankan rasa takut buat adik tercinta. Seuntai pesanan kasih dilayangkan buat adik yang sedang dalam ketakutan memikirkan pelbagai perkara.
Salam kasih buat adik ku ………………..kami semua tahu kamu menanti dengan penuh debaran, kerana kami jua merasakan yang sama. Tetapi jangan keresahan itu membuatmu patah dan beralih niat. Ingat! Result yang akan kamu dapat nanti hanyalah sebahagian daripada masa depan kamu. Tetapi result ini bukanlah semata yang mampu menentukan masa depan kamu. Apa pun result yang kamu dapat nanti, yakinlah…itu yang terbaik disisi Allah dan terbaik buatmu. Masa depan bukan kita yang aturkan tetapi Allah yang aturkan. Kita hanya mampu merancang masa depan. Serahkan semuanya kepada Allah. Result kamu untuk kali ini bukanlah pengakhiran kepada masa hadapan kamu. Andai ditakdirkan Allah, kamu Berjaya…ingat kamu masih belum Berjaya sepenuhnya kerana di hadapan sana masih ada lagi cabaran yang lebih mencabar. Andai ditakdirkan kamu gagal mencapai impian kamu, ingat!! Di hadapan sana, masih banyak lagi peluang yang Allah sudah pun sediakan buat kamu. Yakinlah….ALLAH SUDAH ATURKAN PERJALANAN HIDUP KAMU DENGAN BAIK….itu janjiNya. Good Luck…~Dari kakakmu yang tidak pernah berhenti mendoakan kamu dulu,kini dan selamanya~
Beginilah rasanya seorang kakak...resah adik juga dirasai kakak. Susah adik, juga dirasai kakak....Kerana apa? Kerana aku adalah kakakmu...
Berfikir sendirian....mungkin perasaan ini juga yang sering dirasai oleh kakakku....
Hakikatnya...inilah keluarga...susah senang dirasai bersama..kerana kehidupan bekeluarga itu lebih beerti jika sama-sama bisa memahami satu dengan yang lain. Mak dan ayah lah yang mengajarkan kami erti ini..
" GoOd LucK u sume student yang bakal mengambil result SPM hari ni...Kami mendoakan kejayaan kalian "...^_^
Sunday, March 11, 2012
..::dOktoR hAti::..

Di klinik......
(Doktor)
(Pesakit)
(Nurse)
Sementara menunggu ubat...
Beberapa minit kemudian.....
Doktor pun membuka peti ubat. Dengan penuh cermat, doktor mengeluarkan satu persatu ubat dari peti.
ü Pertama,Jaga solat wajib. Usahakan untuk solat berjemaah. Tambah dengan solat-solat sunat.
ü Kedua, Jangan pernah tinggal bacaan Al-Quran dalam sehari. Tadabur.
ü Ketiga, Berzikir.
ü Keempat, Sibukkan diri dengan menambah ilmu yang bermanfaat.
ü Kelima, Hafaz ayat-ayat penyembuhan jiwa. Sebagai contoh:
(Ali Imran> 3:139)
( Az- Zukhruf > 43:67)
( Al Baqarah > 2:152-157)
ü Keenam,Utamakan husnu zon, ia akan menyelamatkan kamu dalam banyak hal.
ü Ketujuh, Banyakkan bersedekah.
ü Kelapan, Banyakkan berdoa
ü Akhir, Tawakal ala Allah.
Setelah pulang ke rumah






.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
