Sunday, March 25, 2012

It's not tOo laTe to saY..." Alhamdulillah"


Assalamualaikum w.b.t...Doaku buat sahabat-sahabat moga sentiasa di bawah payung keredhaan Allah..Sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian kehidupan...^^

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat video yang agak menarik . Tetapi hadaf utama , saya ingin kongsikan terutama buat adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini. Juga ditujukan kepada ibu, ayah , pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua yang ada hubungan persaudaraan seislam dengan adik-adik yang baru sahaja mendapat result SPM baru-baru ini.



Dah tengok???

So...ape perasaan sume??

Boleh lah bagi respon masing-masing dengan post kan comment or respons sahabat-sahabat di bahagian comment. If rasa malu nak comment or share respon di blog saya ni...boleh lah respon or comment dalam hati masing-masing. Itu sudah pun memadai...^^

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Soalan biasa after result dah ditangan si penerima..

"Adik..apa result adik? ok x? Macam mana result ? Berapa A? "

Jawapan pun pelbagai juga.....

"Alhamdulillah....PERFECT SCORE!!! ":minimo_05:

Punyalah excited kan...dapat perfect score..huhu...

" Hemm...boleh lah..":bofu_27:

Apa yang "boleh lah"...saya pun tak faham...mayb 50 OK..50 KO...hemm..agaknya lah..

" waaaaaaaaaaaa......":bofu_39:

sampai lari dari orang coz tak nak gi tau result. Terlalu sedih.

Biasalah tu kan. Kalau tak ada pelbagai ragam, tak dinamakan ambil result kan.

Walau macam mana pun reaksi adik-adik ketika mendapat result, walau apa pun result adik-adik....pesanan dari akak...jangan lupa perkataan pertama yang WAJIB keluar dari bibir...

ALHAMDULILLAH...^^

Tak susah kan nak sebut perkataan ini. Tetapi ramai yang terlalu susah untuk menyebut perkataan ini. Kenapa ye?

Pesanan saya berulang kali kepada diri saya tatkala saat result semakin menghampiri....

" Wahai diri....bersedialah untuk redho dengan apa jua kemungkinan. Allah dah sediakan yang terbaik untukmu. Yakinlah "

Kata-kata ini juga saya pesan awal-awal kepada adik saya. Bukanlah persediaan ini yang utama...

Baju sekolah iron licin-licin....

Beg yang mana nak pakai....

Pakai kasut sekolah yang baru....

Tetapi, persediaan inilah yang lebih utama bagi si anak yang mahu mengambil result, begitu juga bagi insan-insan yang penting bagi si anak. Tiadalah yang paling penting bagi si anak, melainkan kedua ibu bapanya.

Apa persediaan yang lebih utama tu ye???

Tentunya...bersedia untuk REDHO...

Bukan si anak sahaja yang perlu bersiap sedia untuk REDHO, Ibu bapa juga perlu bersiap sedia untuk REDHO.

Sejak akhir-akhir ini, saya dan juga ahli keluarga agak sibuk memikirkan soal institusi yang mana sebagai pilihan buat adik saya menyambungkan hajatnya untuk menimba sebanyak mungkin lagi ilmu.

Emak saya juga tidak terlepas menceritakan tentang kesedihan beberapa orang sahabat adik saya yang mendapat result yang kurang memuaskan.

" Emak sedih bila ibu bapa tak faham anak-anaknya. Anak-anaknya dah berusaha. Kenapa tidak melihat usaha anak-anak. Bila anak-anak dapat result kurang memuaskan, salahkan anak 100%. Dibanding-bandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lainnya." Luah emak.

Ye...saya juga turut merasa sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak cuba menyiapkan dirinya untuk redho. Sebagai seorang anak, saya fikir...tiada seorang anak pun yang tidak mahu berikan yang terbaik untuk ibu bapa nya. Mungkin ada. Tetapi anak yang sebegini, bilangannya amatlah sedikit.

Begitu juga ibu bapa, saya fikir....tiada seorang ibu mahupun bapa yang tidak mahukan yang terbaik buat anaknya. Hakikatnya semua orang mahukan yang terbaik buat insan yang disayanginya.

Jika ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, bukanlah dengan cara menyalahkan anak 100%. Tetapi kuatkan anak dengan berkongsi semangat. Ketahuilah para ibu bapa, kekuatan kami (anak-anak) ada pada ibu dan bapa. Jika kalian berasa lemah, begitu jugalah yang kami rasakan. Jika kalian berasa kuat, begitu jugalah yang kami rasakan.

Selalu kita dengar istilah.."Anak derhaka"

Pernah suatu ketika, majalah solusi menggunakan tajuk utama " Ibu bapa derhaka" .

Kekadang ibu bapa merasakan, apa-apa yang berlaku pada anak, semuanya salah anak. Teringat saya pada kata-kata emak yang selalu bermain di bibirnya tatkala kami bergurau sesama kami...

" Jika anak-anak emak berjaya pun disebabkan emak...jika anak-anak emak gagal pun disebabkan emak."

Nasihat untuk para anak...

" Janganlah menjadi anak-anak yang derhaka dengan sentiasa menyalahi ibu bapa dalam segala hal ."

Nasihat untuk para ibu bapa...

" Janganlah menjadi ibu bapa yang derhaka dengan sentiasa menyalahkan anak-anak dalam segala hal."

Jadilah anak-anak dan ibu-bapa yang tidak menyalahi siapa-siapa, tetapi meyalahkan atas kelemahan diri sendiri dan kembalikan semuanya kepada Allah.

Apa jua ujian di dunia ini, samada kita berjaya ataupun gagal hakikatnya Allah menguji kita dengan satu perkara yang sama...

Apa dia???

" Allah sering menguji KESABARAN dan KESYUKURAN kita padaNya "

اصبروا واشكروا ^^

p/s terakhir: " Siapa yang belum lagi ucap ALHAMDULILLAH...sila berbuat demikian. It's not too late to say it...^^





Wednesday, March 21, 2012

'sPm' kUar haRi ni...tAkutnYe...


Assalamualaikum w.b.t...doaku buat sahabat-sahabat agar sentiasa berada di bawah payung kasih dan sayang Allah..Tidak ku dapati kasih sayang yang lebih bermakna melainkan kasih dan sayang yang dibaluti dengan manisnya kasih sayang Allah.

>>>>>>>>>>>>>

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................................

Hari ni Result SPM keluar.....................

Takutnya...........:minimo_23:

Result siapa pula yang keluar ni. Rasa-rasanya empunya diri ni dah melepasi dah penahan menanti keputusan SPM. Tentunya bukan result saya yang keluar hari ini. Tetapi result puteri ke 3 dalam keluarga kami.

Berdebar menanti result adik kesayangan. Namun, pastinya..adik saya lebih kencang debarannya. Pelbagai persoalan sedang bermain difikirannya tika ini.

Macam mana saya boleh tahu?

Of course lah....coz saya juga ada pengalaman yang sama.

Teringat memori lama menanti result SPM. MasyaAllah....Allah sahaja yang tahu betapa kencangnya debaran yang sedang rancak berdentum di dada...

Namun, mak dan ayah tampak tenang. Disembunyikan keresahan yang bersarang di dada mereka. Tiap kali keresahan yang bermain di fikiran ini mula menyerabutkan fikiran, pasti akan mula terasa tenang tatkala mata melempar ke wajah mak dan ayah. MasyaAllah...bijak sungguh mereka menyembunyikan keresahan. Terlalu tenang wajah mereka.

Kini...adik kesayangan pula sedang menghadapi situasi yang sama seperti kakak-kakaknya. Walaupun saya berada terlalu jauh dengan mereka di sana, namun debaran turut terasa kencang di sini. Terfikir juga...apa sebenarnya yang didebarkan? Apa sebenarnya yang diresahkan?

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari persaan takut. Takut itu adalah fitrah bagi manusia. Hanya Allah sahaja yang layak tidak mempunyai persaan takut. Manusia....selagi nyawa masih dipinjamkan, selagi itulah tidak boleh lari dari rasa TAKUT.

Dalam ingin meringankan rasa takut buat adik tercinta. Seuntai pesanan kasih dilayangkan buat adik yang sedang dalam ketakutan memikirkan pelbagai perkara.

Salam kasih buat adik ku ………………..kami semua tahu kamu menanti dengan penuh debaran, kerana kami jua merasakan yang sama. Tetapi jangan keresahan itu membuatmu patah dan beralih niat. Ingat! Result yang akan kamu dapat nanti hanyalah sebahagian daripada masa depan kamu. Tetapi result ini bukanlah semata yang mampu menentukan masa depan kamu. Apa pun result yang kamu dapat nanti, yakinlah…itu yang terbaik disisi Allah dan terbaik buatmu. Masa depan bukan kita yang aturkan tetapi Allah yang aturkan. Kita hanya mampu merancang masa depan. Serahkan semuanya kepada Allah. Result kamu untuk kali ini bukanlah pengakhiran kepada masa hadapan kamu. Andai ditakdirkan Allah, kamu Berjaya…ingat kamu masih belum Berjaya sepenuhnya kerana di hadapan sana masih ada lagi cabaran yang lebih mencabar. Andai ditakdirkan kamu gagal mencapai impian kamu, ingat!! Di hadapan sana, masih banyak lagi peluang yang Allah sudah pun sediakan buat kamu. Yakinlah….ALLAH SUDAH ATURKAN PERJALANAN HIDUP KAMU DENGAN BAIK….itu janjiNya. Good Luck…~Dari kakakmu yang tidak pernah berhenti mendoakan kamu dulu,kini dan selamanya~


Beginilah rasanya seorang kakak...resah adik juga dirasai kakak. Susah adik, juga dirasai kakak....Kerana apa? Kerana aku adalah kakakmu...

Berfikir sendirian....mungkin perasaan ini juga yang sering dirasai oleh kakakku....

Hakikatnya...inilah keluarga...susah senang dirasai bersama..kerana kehidupan bekeluarga itu lebih beerti jika sama-sama bisa memahami satu dengan yang lain. Mak dan ayah lah yang mengajarkan kami erti ini..

:minimo_30:Terima kasih mak ayah.

" GoOd LucK u sume student yang bakal mengambil result SPM hari ni...Kami mendoakan kejayaan kalian "...^_^


Sunday, March 11, 2012

..::dOktoR hAti::..

Salam semangat sekencang semangat tentera badar....Jom layan kisah si pesakit hati n doktor...:)




Di klinik......



:bofu_36: Ye, apa masalah awak?
(Doktor)



:bofu_31:Doktor tak nampak ke apa masalah saya? Doktor kan doktor....tak kan tak tahu.
(Pesakit)



:bofu_36: Memanglah saya doktor, tapi saya juga manusia biasa. Hanya Allah sahaja yang mampu mengetahui segala sesuatu. Tak gitu?


:bofu_31:Hemm..ape2 lah doktor. Saya dah sakit sangat ni.


:bofu_36:Mari saya check dulu. Hemm, nampak macam serius je sakit awak ni.


:bofu_31:Saya sakit apa doktor?


:bofu_36:Hati awak. Hati awak nampak terlalu parah. Kalau dibiarkan lama ia akan semakin membengkak. Jika dibiarkan lagi lama, ianya akan membusuk. Yang lebih mengerikan hati awak boleh mati akibat tidak dirawat dengan segera.


:bofu_31:Ye ke doktor. Sampai begitu seriusnya. Sebenarnya saya dah lama tahu pasal penyakit saya ni, tapi saya biarkan je. Sebab saya rasa saya boleh ubati dengan cara saya sendiri. Tapi hari ni, saya betul-betul tak dapat menahan sakit saya ni. Saya buntu. Tak tahu apa perlu saya buat. Sebab tu saya jumpa doktor. Saya takut hidup saya berakhir dalam keadaan hati yang sakit.


:bofu_36: Jangan risau. Masih belum terlambat. Saya akan bantu semampu saya. Sebentar ya. Nurse Rafidah! Nurse Rafidah!


:minimo_13:Ye doktor. Ada apa yang saya boleh bantu.
(Nurse)

:bofu_36: Ye. Saya nak awak ambilkan saya ubat-ubat untuk penyakit hati untuk pesakit ni.


:minimo_13:Baiklah doktor.

Sementara menunggu ubat...


:bofu_36:Apa yang awak rasa sepanjang awak berhadapan dengan penyakit hati ni?


:bofu_31:Saya selalu rasa nak marah. Saya juga terlalu suka bersangka buruk pada banyak perkara. Hati saya terlalu sensetif pada perkara yang remeh-temeh. Saya juga selalu rasa orang lain semuanya salah, hanya saya sahaja yang betul. Terlalu banyak hasad dalam hati saya.


:bofu_36: Awak tahu tak, itulah simptom-simptom bagi penyakit hati ni. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi. Itu adalah antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh si pesakit.


:bofu_31:Apa punca penyakit saya sebenarnya doktor?


:bofu_36:Puncanya juga banyak. Tetapi punca yang utama adalah bila hati tak sentiasa digilap dengan ayat-ayat penyembuhan. Hati juga perlukan ubat. Iman itu kan menaik dan menurun. Sebab tu hati juga perlu diubati dengan ubat sentiasa.


:bofu_31:Apa penawarnya doktor?


:bofu_36: Sekejap ya. Kita tunggu nurse Rafidah sebentar.

Beberapa minit kemudian.....


:minimo_13:Doktor, ini dia ubat-ubat yang doktor minta tadi.


:bofu_36:Ok. Terima kasih ye. Kalau ada apa-apa nanti, saya akan panggil awak lagi.


:minimo_13:Baiklah doktor. Saya pergi dulu.

Doktor pun membuka peti ubat. Dengan penuh cermat, doktor mengeluarkan satu persatu ubat dari peti.


:bofu_36: Ha...inilah penawar-penawar hati yang saya katakan tadi.


:bofu_31:Banyak nye doktor. Larat ke saya nak amalkan semua ubat-ubat ni.


:bofu_36:Hemm...larat or x..awak mesti amalkan. Kalau tidak hati awak tak kan sihat sampai bila-bila. Nanti kalau hati awak dah mati, awak nak minta hati yang baru daripada siapa? Hati yang dah Allah pinjamkan ni, jagalah dengan baik.


:bofu_31:Baiklah doktor. Hati saya dah terlalu sakit sangat ni. Doktor beritahulah apa ubat-ubat yang saya perlu amalkan tu?


:bofu_36: Mudah sahaja... Dengar baik-baik..

ü Pertama,Jaga solat wajib. Usahakan untuk solat berjemaah. Tambah dengan solat-solat sunat.

ü Kedua, Jangan pernah tinggal bacaan Al-Quran dalam sehari. Tadabur.

ü Ketiga, Berzikir.

ü Keempat, Sibukkan diri dengan menambah ilmu yang bermanfaat.

ü Kelima, Hafaz ayat-ayat penyembuhan jiwa. Sebagai contoh:

(Ali Imran> 3:139)

( Az- Zukhruf > 43:67)

( Al Baqarah > 2:152-157)

ü Keenam,Utamakan husnu zon, ia akan menyelamatkan kamu dalam banyak hal.

ü Ketujuh, Banyakkan bersedekah.

ü Kelapan, Banyakkan berdoa

ü Akhir, Tawakal ala Allah.




:bofu_31:Baiklah doktor, saya akan cuba amalkan ubat-ubat ni. Mudah-mudahan mujarab.


:bofu_36: Amalkan dengan istiqomah. Biar amalnya sedikit asalkan berterusan. Itu lebih berkesan. Saya doakan awak semoga cepat sembuh. Nanti bila dah nampak hasilnya, jumpa saya semula ya.


:bofu_31:inshaAllah Doktor. Terima kasih.

Setelah pulang ke rumah :bofu_31:membawa dirinya ke bilik. merenung satu persatu ubat yang dibekalkan oleh doktor sebentar tadi. :bofu_31:merebahkan dirinya ke katil. Hatinya perlu berehat seketika.

:bofu_48: Saya nak berehat jap. Bagi saya masa untuk rawat hati saya dulu. Nanti bila hati saya dah sihat, saya akan beritahu hasilnya pada doktor. Lupa nak gi tau, sesiapa di luar sana yang juga punyai penyakit hati macam saya, bolehlah ambik ubat-ubat saya ni. Kita share sama-sama. Terjamin halal, selamat dan TERBAIK!!!...Belum cuba, belum tahu kan...






Saturday, March 10, 2012

..::Ujian tarbiyah dari Allah::..





Assalamualaikum w.b.t...untuk sekian kalinya..doaku buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, moga redha Allah sentiasa mengiringi sahabat-sahabat...mari kita hayati suatu kisah rekaan sekadar ingin menghayati pengorbanan hati seorang anak bernama Ulya...


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

' calling for freedom....freedom..i know You can hear our call...'

Deringan call tidak didengari Ulya. Ulya sedang sibuk mengemas meja study dibawah .

sekali lagi deringan call berteriak memanggil empunya hand phone. Tika ini, barulah Ulya perasan. Lantas berlari pantas mendapatkan phone kesayangan pemberian ayahnya.

'' Assalamualaikum''

'' Waalaikumsalam, tadi wat pe?"

" Tadi, Ulya ngah kemas meja study"

" Owh...ni, ibu nak minta bantuan sikit ni "

Ulya sememangnya sudah dapat menghidu makna tersirat dibalik kata-kata ibunya. Dibiarkan ibunya meneruskan kata.

" Ibu nak pinjam duit "

" Berapa ibu mahu? "

" Ikutlah Ulya, ibu tak kesah. Sikit pun tak ape "

Jauh dilubuk hati Ulya, Ulya sangat mengerti hajat ibunya. Memang tika ini ibunya perlukan duit untuk suatu kegunaan yang penting. Ulya tahu ibunya begitu beradab meski yang diminta pertolongan itu adalah anaknya, ibu Ulya bijak menyusun kata semata ingin menjaga hati anaknya. Ulya cukup mengenali ibunya.

Ulya pula bukanlah seorang yang sudah bekerja. Masih lagi belajar. Juga sama-sama punyai keperluan yang pelbagai. Namun, Allah melebihkan sedikit rezeki Ulya dengan biasiswa yang didapatinya setiap semester. Pastinya akan diasingkan bagi keperluan keluarganya . Kerana terlalu mengerti akan kehidupan keluarganya yang sederhana.

" InshaAllah ibu, nanti Ulya bank in kan duit untuk ibu "

" Terima kasih Ulya " jawapan ringkas dari ibunya.

Beberapa minit kemudian........

Seuntai message sampai ke nombor Ulya..

" Terima kasih anak-anak ibu. Semoga Allah merahmati kalian dan syurga balasannya kelak. Doakan urusan ayah dan ibu dipermudahkan. Niat kami hari ini untuk mengembirakan hati orang-orang yang pernah dekat di hati kami. Kami hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik. "



MasyaAllah....Ulya yang sedang asyik menunggu turn untuk bank in duit, menitis air mata jernihnya. Sebak terasa di dalam dada. Pengorbanan yang dihulurkan olehnya terasa terlalu kecil, namun dibalas dengan seuntai doa yang begitu besar baginya.

Ulya hanyalah memasukkan beberapa keping helaian duit kertas, namun ibunya mendoakan agar pengorbanan Ulya dibalas syurga yang jauh lebih besar nikmatnya dibanding dengan beberapa helaian kepingan duit kertas. Ulya yakin, doa ibunya pasti didengar Allah kerana janji Allah, doa yang mudah dikabulkan Allah adalah doa seorang ibu untuk anaknya...MasyaAllah...

Setelah selesai, Ulya duduk di bangku. Merenung sesuatu. Ulya mencari-cari hikmah. Terlihat kegembiraan yang terpancar di wajah sahabat-sahabatnya yang diberi kesempatan dan rezeki lebih oleh Allah. Jika tiada mencukupi duit, ibu bapalah tempat mereka mengadu. Berbeza dengan Ulya, Ulya tidak suka mengadu tentang ketidak cukupannya kerana satu sahaja yang sentiasa dipegang olehnya....

" Allah pasti akan mencukupkan rezeki buat Ulya dan keluarga, kalau tidak...kenapa Allah timpakan Ulya ujian sebegini...pastinya, kerana Allah tahu Ulya mampu hadapi semua ini...ada sesuatu yang lebih besar menanti buat Ulya di sana"



~Alhamdulillah........ini adalah tarbiyah secara langsung dari Allah~


..::Terima kasih buat emak dan ayah yang selalu doakan balasan syurga buat anak-anakmu, doa kalian terlalu berharga bagi kami::..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...