Sunday, October 23, 2011

Wanita syurga...Akankah mendapat bidadara??





Pernah persoalan ini dilontarkan oleh seorang wanita yang tidak dapat diketahui apakah agama yang dianutinya. Sekadar ingin saya menggelarnya dengan panggilan 'R'. Jadi, dengan berani saudari 'R' melontarkan persoalannya dengan lantang di group yang membincangkan isu-isu agama Islam..

"Adakah keistimewaan wanita dalam syurga? Adakah bidadara untuk wanita di syurga? "

Pelbagai hujah yang dibahaskan oleh para mujahid dan mujahidah Islam yang sangat sensetif tatkala isu ini dibahaskan. Tika itu, saya hanya mampu membaca tiap butiran hujah-hujah sahabat-sahabat seperjuangan membidas segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh insan yang bergelar 'R' ini. Hujah-hujah yang hebat di lontarkan oleh para mujahid dan mujahidah Islam. Membuatkan diri terasa berbangga dengan agama yang diyakini dulu,kini dan selamanya.


Bukan tiada idea untuk turut menyumbangkan hujah, namun terasa masih tidak cukup kajian terhadap persoalan yang dilontarkan. Bagi menjawab sesuatu hujah juga perlukan kajian agar hujah yang ingin dibidaskan oleh kita bukan sekadar hujah yang kosong. Biar sedikit hujah kita, namun memberi kesan.

Semakin lama...mereka saling membidas, saya dapat perhatikan akan tiap-tiap butiran hujah 'R' bukan lagi semacam hujah...namun sekadar helah untuk mengelirukan pembidas-pembidas Islam yang sibuk mempertahankan hujah-hujah mereka.

Daripada helah-helah yang dilontarkan oleh 'R' membuatkan saya juga turut terfikir, mengapa tidak saya mengkaji persoalan yang cuba dilontarkan oleh 'R'. Apakah rahsia dibalik rahsia yang cuba Allah rahsiakan.

Bukankah tiap sesuatu yang Allah jadikan untuk difikirkan hikmahnya. Beruntunglah bagi mereka yang berfikir. Itulah janji Allah yang kerap kali diulang-ulang Allah dalam kalamNya.

Untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh saudari 'R' tadi, mungkin dengan kajian yang sedikit ini mampu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat.

Apakah rahsia tidak banyak dalam Al-Quran Allah menjanjikan wanita-wanita dengan bidadara-bidadara syurga sedangkan banyak di dalam Al-Quran akan janji-janji Allah terhadap lelaki-lelaki yang dijanjikan dengan bidadari-biadadari syurga.

Adakah Allah tidak adil?

Sama sekali tidak. Allah adalah yang Maha Adil. Maha bijak dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kerana Allah itu berlaku adil dan memahami, Allah tidak banyak menjanjikan wanita-wanita dengan bidadara-bidadara syurga.

Mengapa ya? Apa rahsianya?

Al-Quran itu adalah hadirnya sebagai wahyu. Al-Quran adalah kalam Allah. Kerana Allah itu maha memahami dan maha mengetahui akan kehalusan perasaan kaum wanita. Andai kepada kaum wanita selalu dijanjikan dengan janji bidadara syurga, maka tersinggunglah perasaannya, kerana wanita yang normal tidaklah banyak mengharapkan itu.

Kerana Apa wanita tidak terlalu mengharapkan bidadara syurga?

Tersebut di dalam Hadis bahawa kalau seseorang suami yang dicintai meninggal dunia, kelak akan berjumpa lagi di akhirat. Kerana itu ramai wanita yang tidak mahu berkahwin lagi kerana besar harapannya bahawa ia akan bertemu kembali dengan suaminya itu di syurga Allah. InshaAllah.

Demikian halus dan tingginya Al-Quran di dalam menjaga perasaan dan keluhuran budi wanita, sehingga seketika menyebutkan adanya bidadari laki-laki (bidadara)

..::..rujuk di dalam surah Al-Insan ayat 19,20 dan 21..::..

Dikatakan bahawa mereka itu adalah pelayan-pelayan laki-laki yang tetap muda remaja bertugas membahagi-bahagikan minuman kepada penduduk syurga, tidak disebutkan bahawa dia adalah akan menjadi suami dari perempuan yang menjadi isi syurga itu. Hanya fikiran kitalah yang dapat mengetahui sendiri apa isyarat yang terkandung dalam ayat ini.

Mari kita merenung dengan saksama, demi menjaga perasaan halus wanita, sekali-kali tidak ada terdapat dalam Al-Quran perkataan misalnya jima' atau wathie', kebanyakan hanyalah dengan menggunakan bahasa kiasan seperti tubasyiruhunna (bercengkerama), taqrabuhunna (mendekatinya) dan lain-lain.

Pada hakikatnya, keistimewaan wanita itu sebenarnya ada, cuma tidak terlihat. Digambarkan keistimewaan wanita dalam syurga dengan bahasa-bahasa kiasan yang tidak sampai menyentuh perasaan halus wanita.MasyaAllah, betapa uniknya kalam Allah. Allah s.w.t menyusun bicaranya dengan susunan yang begitu indah kerana Dialah yang paling memahami jiwa-jiwa halus seorang wanita.

Hakikatnya, di syurga Allah tidak hanya menjanjikan bidadari sebagai pendamping sang mujahid Islam, juga dijanjikan bidadara bagi mendampingi sang mujahidah Islam.Tetapi semuanya dibicarakan dengan isyarat yang halus dan mempetinggi mutu perasaan. Itulah bukti betapa agungnya mukjizat Al-Quran.

Dengan sedikit kajian ini, harap sangat Allah menggerakkan hati saudari 'R' yang bertanya " Di manakah keistimewaan wanita di syurga?' untuk membaca entry sederhana ini. Harap-harap terjawab persoalan saudari 'R'. Ini membuktikan segala helah saudari 'R' sama sekali tidak bisa menang selagi mana mukjizat agung ini (Al-Quran) berada dalam penjagaan Allah. Jangan berani-berani cuba mencabar keagungan Kalam Allah. Tiap Kalam Allah tiada yang tiada erti tidak pula sia-sia.







8 comments:

Unknown said...

Impian yg diimpikan semua para mujahidah....kuatkan keazaman dalam diri untuk kita Sebastian beristiqamah padaNYA dalam mencapai impian tersebut.Insyaallah....

Unknown said...

tobaan...

Cinta Kasih said...

Subhanallah..

Anonymous said...

Terima kasih..artikel anda sgt mbantu

Anonymous said...

maaf, tumpang tanye. bagaimana pula bg wanita yg tidak berkahwin??

Unknown said...

ye janji Allah itu pasti, jika seorang wanita itu benar2 mentaati Allah,sudah tentu syurga dan apa2 yang dijanjikan Allah di dalamnya bakal menjadi hadiah terindah buat wanita itu..

mudah sahaja untuk seorang wanita itu meraih syurga Allah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

tp ingt,,mudah juga seorg wanita itu msuk n menarik yg lainnya u masuk ke neraka...nauuzubillah min zalik...muga terjawab..:)

Mohd Firdause said...

setiap yg masuk syurga akan bernikah dan ada pasangan... wanita yg masuk syurga akan dipasangkan dengan lelaki yang masuk syurga...dan pasangan kepada wanita itu hanya seorang sebab wanita tak boleh poligami seperti halnya di dunia... lelaki pula disediakan bidadari kerana lelaki boleh poligami... dan ramai wanita menjadi penghuni neraka

Anonymous said...

Pandai2 je kau ni. Dalam quran x pernah sebut pun ada ramai bidadari untuk seorang lelaki, dan cuma seorang lelaki untuk perempuan. Kat syurga, xde yg x boleh. Terang2 tuhan da kata apa kita nak, kita akan dapat. Kalau perempuan tu nak ramai bidadara, dia pun akan dapat. Bukannya ada mudarat macam kat dunia dan lelaki pun akan bersih daripada cemburu. Suami tu nikmat. Lagi ramai suami, lagi la terasa banyak nikmatnya. ❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...