" Adik, kakak nak tanya sikit kat adik boleh tak?" Terpancul soalan dari mulut kakak yang sedang sibuk melipat kain.
" Hemm, tanya je lah. Apa dia?" Adik menjawab selamba. Turut sibuk dengan buku-bukunya yang bersepah di lantai. Sedang mencari-cari notanya yang hilang.
" Sudah beberapa tahun ayah dan mak tak belikan kita baju raya. Adik tak kesah?" Tanya kakak menduga adik.
" Kakak kesah ke?" si adik membalas dengan pertanyaan. Masih sibuk mencari-cari notanya.
" Akak? Akak tak pernah kesah. Ikutlah ayah dan mak. Kalau ada, Alhamdulillah. Andai tak ada, tak apa. Tak penting pun baju raya tu. Kegembiraan hari raya bukan pada baju."
" Ha, itulah juga jawapan adik. Dah tahu jawapan, kenapa tanya lagi." adik mengeleng-gelengkan kepalanya.
" Hemm, ok. Akak memang tahu jawapan adik. Tapi akak nak tahu apa pula sebab adik tak pernah kesah?"
" Just one word yang adik pegang kak."
"Apa dia one word tu?" kakak menjungkilkan kedua keningnya. Rasa ingin tahunya membuak-buak.
" SAYANG" jawab adik ringkas. Di capainya sehelai kertas. Tersenyum puas . Nota yang dicari telah pun dijumpai. Adik memandang wajah kakaknya yang terdiam tatkala mendengar jawapan adiknya yang terlalu ringkas.
" Kenapa akak diam? Tak faham ke dengan jawapan adik?"
Kakak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Pinta adiknya perjelaskan lagi.
" Kerana sayang, kita akan sanggup korban apa sahaja kan. Kita sanggup korbankan perasaan dan keinginan kita, hanya kerana kita sayang. Bila kita betul-betul kenal apa itu erti sayang, kita sanggup terima apa sahaja. Hanya kerana sayang." Adik merenung notanya yang dicarinya tadi.
" Ya, betul tu dik. Hanya kerana sayang. Sebab tu, kita tak pernah rasa kesah bila kita lihat orang lain semua pakai baju baru waktu raya. Sedang kita tetap dengan baju lama. Tapi, mak bijak membuat kita rasa sama sahaja seperti orang lain." Tersenyum kakak mengenangkan memori raya aidilfitri yang sudah pun berlalu.
" Hehe..." adik tiba -tiba tergelak kecil.
" Kenapa adik gelak?"
" Sedih pula. Rasa nak menangis. Kenapa kakak tanya soalan yang sensetif ni pada adik. Adik kan sensetif dengan soalan-soalan macam ni." Mengalir jua air mata si adik.
Kakak hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang cuba menyembunyikan rasa sebaknya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
" Hari ni mak ada kejutan untuk anak-anak mak." sibuk mak mencuit-cuit ayah sejak tadi. Seperti ada sesuatu lagaknya.
Ayah bingkas bangun menuju ke bilik. Mengambil sesuatu.
" Aik, raya adha pun ada kejutan ke?" Seloroh adik.
" Kejutan apa pula ni mak?" Tanya kakak kebimbangan.
" Adalah, sabar ye" mak tersenyum. Sesekali memerhati ayah yang sedang sibuk menagmbil sesuatu di dalam bilik.
" Ha...ayah dah datang. Ayah bawa apa tu?" Tanya adik keriangan tatkala melihat beberapa buah beg kertas di tangan ayah.
" Ni lah dia kejutan dari mak dan ayah. Mari datang seorang-seorang ikut turutan. Mula dengan kakak." Arah ayah.
Bergeraklah seorang demi seorang menyalami dan mengucup tangan ayah dan emak. Dipeluk erat oleh mak dan ayah. Beg kertas yang berisi hadiah di beri pada tiap-tiap anak-anaknya.
Masing-masing membuka hadiah yang terletak rapi di dalam bungkusan beg kertas.
" Ha, itulah jubah raya adha tahun ni." Mak tersenyum gembira tatkala melihat pancaran senyuman kebahgiaan yang terpancar di wajah anak-anaknya.
" Terima kasih mak ayah" Kakak dan adik serentak mengucapkan tanda syukur atas pemberian mak dan ayah.
" Mak, ayah...kenapa mak ayah bagi kami hadiah ni?" tanya adik pinta kepastian.
" Hanya satu sebab. SAYANG. Kerana sayang kami sanggup berkorban untuk kalian."
Mengalir air mata jernih mak,ayah dan anak-anaknya. Berpelukan erat. Bersyukur atas karunia kasih sayang yang Allah hadiahkan.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Message ringkas pengorbanan sayang untuk mak dan ayah...
" Jaga diri mak ayah...doakan kami :) syg kamu berdua:)"
Balasan message pengorbanan sayang dari mak...
" InsyaAllah..mdh2hn Allah mmberi rahmat dan pelindungannya buat kita sekeluarga, walaudimana kita berada...tidak terhingga rasa syukur diatas nikmat yg Allah berikan buat kami kerana dapat menunaikan tanggungjawab kami kepada amanah yg telah diberikan..semoga kalian semua berjaya dunia akhirat.."
No comments:
Post a Comment