Tuesday, October 4, 2011

Tidak SELEMAH belon..Tidak SEKUAT bola..



" Kenapa awak menangis wahai belon?" Tanya si bola kehairanan.

" Saya sedih, dia menendang saya seperti dia menendang kamu." Jawab belon dalam tangisan.

" Sakit? "

" Tentulah sakit. Awak tak sakit ke kalau dia tendang awak macam tu?"

" Sudah tentu tidak. Saya tak kesah orang ingin menendang saya sekuat mana pun. Kekadang mereka membaling saya. Kekadang mereka menanduk saya menggunakan kepala mereka. Kekadang saya ditimbang-timbang oleh kaki-kaki mereka. Saya tak kesah. Saya tak sakit."

" Ya, awak kuat. Tetapi saya tidak. Saya akan jadi terlalu sakit bila saya ditendang seperti bola. Saya terlalu sensitif dengan segala yang tajam."

" Janganlah sedih. Banyak lagi kekuatan yang ada pada diri awak."

" Kekuatan? Apa dia?"

" Awak kuat bila awak tidak bersendirian. Awak kuat bila awak diikat dengan kemas."

" Awak lagi kuat. Saya tak pernah nampak awak lemah."

" Siapa kata saya kuat? Saya juga akan menjadi lemah bila tiba suatu saat kerana ketidak hirauan saya diperlakukan dengan pelbagai ragam oleh mereka. Saya akan lemah menjadi lembik bila saya sering ditendang dan ditendang dengan pelbagai cara. Sehinggalah saya akan menjadi lembik dan akhirnya saya juga akan mengempis. Itulah saya."

" Saya dan awak tetap akan musnah jika tidak dijaga dengan baik. Betul tak?"

" Ya. Lemah macam mana sekalipun tetap ada kekuatan dibaliknya. Kuat macam manapun, tetap ada kelemahan dibaliknya. Dan yang pastinya, yang lemah dan yang kuat pasti akan musnah."

Berpeluk eratlah si belon dan si bola. Terbit semangat yang menyala pada belon, dia telah mendapatkan kembali kekuatannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Itulah ibaratnya hati. Jadilah kita hati yang tidak selemah belon dan tidak sekuat bola. Jika hati kita sedang lemah seperti belon, carilah kekuatan yang ada pada belon untuk mengubati sang hati. Jika hati kita terlalu kuat seperti bola, jangan kita dilalaikan atas kekuatan itu, kerana mungkin ada insan lain yang akan terasa sakit dengan kekuatan kita itu.

Didik hati untuk tidak SELEMAH belon tidak SEKUAT bola...^_^


4 comments:

sya said...

wah,terharunyr...hdp ni bkn hanye bljr dr ilmu yg kta ada ttp bljr dr alam sekeliling~~~

Anonymous said...

NICE!
mohon share, syukran :)

Raudhatul Asrar said...

urm..belon,ble ia terbang jauh..kekuatan yg dinamakn "ringan" itu.mnyebabkn ia terbang tinggi..takut jugak..nak pegang ia kuat2..supaya tak terlepas..ble dh jd kempis..ia masih dlm simpanan kte jgak..insyAllah,kempis tak bermakna lemah selamanya...tau arahnya..siapa pemiliknya..

..::aNa SoLeHaH::. said...

sya: ye..Allah x cipte sesuatu dgn sia-sia

anonymous: silekan..afwan:)

k.miah: smoga pemilik belon dn bola x prnah lupe akn belon dn bola kepunyaannye y prlu dijge dgn baik:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...