Tuesday, September 13, 2011

beRsyUkurlaH aPa yaNg aDa


Get More Islamic Testi Here!


"Wah,besarnya kereta dia. Kereta kita kecil sahaja." Berkata seorang penungga kereta kancil sedih sebaik melihat sebuah kereta Alfat meluncur laju disebelahnya.

"Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita ada kereta. Dapat berteduh daripada hujan dan panas. Lihat penunggang motor tu. Lebih kesian." sahabat disebelahnya mengingatkan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

"Hujan pula hari ni. Ish, kalaulah aku ada kereta. Tak lah basah baju aku." Mengeluh lemah seorang penunggang motosikal.

Tiba-tiba pandangannya tertumpu seketika kepada penunggang basikal yang sedang mengayuh sedaya-upaya di sebelahnya.

Setelah memotong kayuhan basikal yang pastinya lebih lambat lagi daripada enjin motor, bermonolog si penunggang motor sendirian.

" Astaghfirullah al-Azim, aku sepatutnya bersyukur dengan karunia Illahi. Nasib baik aku ada motor. Walaupun aku juga tidak dapat berteduh daripada hujan dan panas,tetapi sekurang-kurangnya aku dapat bawa lebih laju berbanding basikal.Tak de lah penat sangat." Si penunggang motorsikal menggeleng-gelengkan kepala. Kesal.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

" Lajunya motor tu memotong aku. Bilalah aku nak sampai. Mengayuh dahlah penat." Mengeluh pula si penunggang basikal.

" Assalamualaikum, saudara..kenapa semakin lambat mengayuh. Hujan semakin lebat ni." Tegur seorang yang sedang berjalan kaki sambil memegang payung. Hairan melihat si penunggang basikal mengayuh terlalu lambat.

" Oh, ha...terima kasih tegurannya." Si penunggang basikal terus mengayuh laju. Akur dengan teguran si pejalan kaki.

Matanya sempat memerhati atas ke bawah pakaian si penunggang basikal yang hampir keseluruhannya basah. Terutama kasutnya.

" Kenapa aku tidak bersyukur ya, sedangkan kasut aku dari tadi tidaklah terlalu basah.Kasut dia (tergambar wajah dan kasut si pejalan kaki) basah terus."

Mengalir setitik air mata kekesalan. Terus di percepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke destinasi.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

" Untungnya dia ada basikal. Aku tak mampu beli basikal. Hanya mampu berjalan kaki sahaja." Mengeluh pula si pejalan kaki.

Sebaik melihat sebuah pondok di tepi jalan, si pejalan kaki berhenti berehat seketika.

Dia pun menanggalkan kasut daripada kakinya. Dikeluarkan air yang bertakung di dalam kasutnya.

Tanpa disedari, air matanya mengalir deras. Terlalu sedih mengenangkan nasibnya.

" Assalamualaikum..kenapa adik menangis?" Tanya seorang lelaki yang sudah lama berada di situ.

" Ha..tak..tak..takdelah..saya tak menangis pun." Tidak mahu mengaku.

Si pejalan kaki mengesat air matanya. Matanya pun meliar memandang keadaan insan di sebelahnya. Di lihatnya dari atas ke bawah.

" Ha..OKU rupanya yang duduk disebelah aku ini." bisik si pejalan kaki dalam hatinya.

" Kenapa senyap sahaja, saya OKU. Cacat kaki, cacat penglihatan" Jawabnya sambil tersenyum manis.

" Ha..Abang ni buta dan pekak jugalah? Tetapi macam mana abang boleh tahu saya menangis?" Terkejut bertambah hairan.

" Alhamdulillah, saya hanya tiada upaya berjalan dan tiada upaya melihat. Tetapi saya masih dikurniakan nikmat mendengar dengan baik." Balas si OKU. Tenang.

" Abang tak rasa serba kekurangan ke? Yelah, abang bukan sahaja tidak dapat berjalan bahkan tidak dapat melihat."

" Tidak. Saya merasa cukup dengan apa yang saya ada. Bukankah nikmat Allah itu terlalu luas dan banyak. Saya cuma dikurangkan dua nikmat tetapi masih ada banyak nikmat yang Allah karuniakan untuk saya.Jadi mengapa pula saya berasa tidak cukup?"

Terdiam sebentar si pejalan kaki. Tertunduk malu. Sekali lagi dia mengalirkan air matanya. Insaf.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bersyukurlah apa yang ada. Hargai sahaja apa yang sudah ada disediakan untuk kita. Mengapa mesti mengeluh kepada sesuatu yang tidak disediakan untuk kita? Bukankah Allah mencukupkan rezeki buatmu di dunia ini agar kamu bersyukur bukan mengeluh...

Get More Islamic Testi Here!




7 comments:

~gaDiS hiJrah~ said...

suke =)

Unknown said...

suke juge..hehehe

Awwahah said...

tak suke...=(

Unknown said...

x pelah...trpulng ler..rse msing2..:)

Ummi Kalsom Mohd Khalid said...

salam follow up kembali.. =)

Awwahah said...

eh...jangan salah fhm...saya tak suke sebab saya orang ke3 yang komen...ngee..jgn marah ea

Unknown said...

it's ok awwahah:)

k.umi..thanks:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...