Tuesday, August 9, 2011

Aku Tak Sebaik Nabi Musa, Tak Sejahat Firaun





Sebuah kisah yang menjadi pemangkin semangat diri. Tatkala insan lain memandang rendah malah melempar kata-kata menyakitkan tiap kali kelemahan diri terlihat.

"لا يخل الإنسان من الخطاء و النسيان"

" Tidak sunyi manusia tanpa kesalahan dan kelupaan"

>>>>>>>>..............................<<<<<<<<<<

Lazimnya seorang khalifah itu dicintai rakyatnya. Sayangnya, tidak semua khalifah seperti itu, misalnya Khalifah Al-Ma'mun. Khalifah yang satu ini kurang dicintai rakyatnya kerana pelbagai keputusannya dinilai kurang bijak dan perilakunya kurang terpuji. Sebagai khalifah, sepatutnya al-Ma'mun menjadi teladan bagi rakyat dalam berbuat kebaikan. Namun, yang terjadi malah sebaliknya.

Suatu peristiwa berlaku ketika mana Khalifah al-Ma'mun mengunjungi Kota Basrah. Beberapa saat menjelang azan Jumaat, khalifah pergi ke masjid agung di kota untuk menunaikan solat Jumaat. Entah tidak tahu atau disengaja, tiba-tiba penceramah menyebut nama Khalifah Al-Ma'mun dengan nada sinis dan kurang sopan. Bukan itu sahaja, secara terang-terangan penceramah juga membokar pelbagai keburukan khalifah dengan suara lantang.

Mendengar kecaman itu, Khalifah Al-Ma'mun hanya mengusap dada. Bersangka baik. Barangkali si penceramah sedang ditimpa masalah ditambah lagi udara yang begitu panas sehingga emosinya tidak terkawal.

Namun, kejadian yang sama berulang kembali. Kecaman yang lebih kurang sama isinya. Penceramah masih orang yang sama. Tetapi, berbeza masjidnya. Dalam khutbah, si penceramah berkata, " Semoga khlaifah yang zalim itu mendapat laknat Allah SWT ."

Akhirnya, kesabaran Khalifah al-Ma'mun teruji. Diperintahkan olehnya kepada pembantunya untuk memanggil dan membawa si Penceramah setelah selesai solat Jumaat ke istananya.

Sebaik sahaja sampai di istana, Khalifah al-Ma'mun terus menyoal si penceramah.

"Kamu penceramah di masjid itu,ya?

"Benar Tuan."

" Kalau begitu, tolong jawab dengan jujur. Menurutmu, mana yang lebih baik, kamu atau Nabi Musa?"

" Sudah pasti Nabi Musa. Baginda lebih baik daripada saya. Tuan juga tahu bukan?" jawab si penceramah tanpa ada rasa takut.

" Ya,benar. Saya juga sependapat denganmu. Masih ada satu lagi pertanyaan. Siapakah yang lebih jahat, saya atau Firaun?"

Kali ini penceramah agak tergagap. Sama sekali pertanyaan kedua ini tidak disangkanya.

" Menurut pendapat saya, Firaun masih lebih jahat daripada Tuan." Jawabnya jujur. Terketar-ketar ketakutan kerana mula memahami apa yang ingin disampaikan oleh Khalifah al-Ma'mun.

" Saya juga sependapat denganmu. Semua orang tahu kekejaman Firaun. Bayi-bayi dibunuh, yang berani menentang sudah pasti dibunuh. Tidak hanya kejam, Firaun juga dengan bongkak mengaku dirinya sebagai Tuhan. Walau begitu, Allah SWT menyuruh Nabi Musa supaya bertutur kata santun kepada orang sejahat Firaun. Cuba kamu bacakan ayat yang dimaksudkan"

Dalam katakutan bercampur serba-salah, si penceramah membaca ayat yang dimaksudkan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Berbicaralah kamu kepada Firaun dengan kata-kata yang santun. Mudah-mudahan sahaja Firaun mahu ingat dan takut."

(Surah Taha : 44)

Khalifah al-Ma'mun tersnyum melihat si penceramah seperti salah tingkah.

" Apakah kepada Firaun sahaja seperti itu? Terus, salahkah saya sekiranya saya meminta kamu untuk menegur saya dengan kata-kata yang lebih santun?"

Si Penceramah tidak bersuara. Tidak ada sepatah kata pun keluar dari mulutnya. Malu setelah menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Akhirnya, sejak kejadian itu, si penceramah sentiasa menjaga bicaranya terutamanya tiap kali dia berkhutbah. Bicaranya disusun sopan dan santun sehingga menyentuh jiwa-jiwa yang mendengar bicaranya.

Dakwah bukan mencari kepuasan, melainkan memberikan kejelasan. Hasilnya, ramai yang tertarik kepada dakwahnya. Tidak kurang juga mereka yang mula berlumba-lumba mengislah diri. Dari maksiat menjadi taat, dari sesat menjadi taubat dan dari ingkar menjadi benar.

<<<<<<................................>>>>>


" Aku Tak Sebaik Nabi Musa, Tak Sejahat Firaun"

* sumber: Like Father Like Son




2 comments:

~gaDiS hiJrah~ said...

sentiasalah bersedia untuk TIDAK dihargai, TAPI tetaplah sentiasa untuk terus MENGHARGAI.
Kisah ni bukan saje bole menjadi pemangkin semangat tatkala kelemahan diri dilihat insan lain, tp elok juge dijadikan sbgi muhasabah diri sebgai 'penyampai' di bumi Allah ini untuk sentiasa menjaga santun dalam stiap kata2nya.Semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Adamiah Daud said...

Aiwah ya ukhti..perkongsian yang menarik!Ia menjadi tarbiyah buat diri ini & sesiapapun.Kadang2 terasa berat untuk melangkah..Allah bagi sesuatu itu mengikut kadar kemampuan hambanya.Bahkan kesakitan dari makhlukNya biarpun secara rahsia atau terangan.Perlu hadapi untuk jadikan diri lebih dekat dgn Allah.InsyaAllah,slow2 melangkah..mknenya berhati-hati selagi diberi kekuatan..mohon padaNya.Untuk menjaga & menyenangkan hati org memang susah..untuk memahamkan org tentang sikap kita pun susah.Biarpun betapa byk kita korbankan..nk menghargai & dihargai itu bkn mudah..sungguh menyakitkan.Bila sedar hal itu berlaku,x perlu memikirnya sgt bahkan bersyukur krn sdikit byk dpt mempertingkatkan diri yg lemah,mengajar diri erti ketabahan serta rasa kuat utk berdikari.Asal x menyusah & menyakitkan org..cukup Allah untuk segala2nya.
"Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan & hawa nafsu maka mereka akan melarikan daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri daripada harimau."-Imam Syafie'
Asif + Syukran ala kulli hal..n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...