Sunday, August 28, 2011

Setia Sejati





Tiba-tiba teringat teka-teki yang dilontarkan kepada Nujum Pak Belalang yang dilakokan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramli, dalam cerita Nujum Pak Belalang.

Apakah yang:

1 banyak....

2 jarang-jarang....

3 kadang-kadang..

4 sikit-sikit...

(p/s: maaflah ye, andai tersalah susunan. Saya pun tak berapa ingat teka-tekinya)

jawapannya..rasanya siapa yang pernah menonton filem ni, mesti dah tahu apa jawapannya. The answer is...'married'.

Tetapi bukan niat dihati mahu bercerita tentang perkahwinan. Mahu bercerita tentang sahabat.

Apa kaitan sahabat dengan perkahwinan?

Bukan...bukan. Tiada kaitan apa pun sahabat dengan perkahwinan.

Tetapi..

Saya mahu kaitkan soalan-soalan di atas dengan persoalan tentang sahabat.

Terimbau wajah-wajah sahabat-sahabat yang ku kenali sejak di bangku Tadika sehinggalah kini, di alam Universiti.

Apa kaitannya dengan soalan-soalan di atas ye?

Ramai sahabat-sahabat yang saya temui, namun tidak semua sahabat itu sama perwatakannya dan jenisnya. Mustahil semua sahabat yang kita kenali akan sama semuanya 100%. Pasti ada jurang perbezaan antara satu dengan yang lainnya.

Saya mahu klasifikasikan jenis-jenis sahabat menurut pandangan saya..

Apa yang BANYAK?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti setia dan sejati..::..

Apa yang JARANG-JARANG?

...::..sahabat yang tidak mengenali erti setia,tetapi mengenali erti sejati..::..

Apa yang KADANG-KADANG?

..::..sahabat yang tidak mengenali erti sejati,tetapi mengenali erti setia..::..

Apa yang SEDIKIT?


..::..sahabat yang mengenali erti sejati dan setia..::..

Faham ke apa yang inginsaya sampaikan?

Saya terangkan one by one ye...

=( BANYAK

Bilangan mereka yang TIDAK mengenali erti SETIA dan SEJATI itu lumrahnya lebih banyak berbanding yang lainnya. Sahabat jenis ini, apabila bertemu terus melupakan. Hanya bersahabat untuk kepentingan diri sendiri. Suka menerima, tidak pernah memberi.


=( JARANG-JARANG


Bilangan mereka yang mengenali erti SETIA tetapi tidak pula mengenali erti SEJATI jarang-jarang ada. Ada tetap ada, namun jarang-jarang. Mereka ini sememangnya SETIA apabila bersahabat. Namun tidak SEJATI. Bagaimana ye?

Mereka akan tetap setia kepada sahabatnya walau dalam apa jua keadaan, sehingga tetap setia (tetap menyokong) bersama sahabatnya walaupun sahabatnya melakukan perkara-perkara yang dimunkari Allah. Inilah yang dinamakan sahabat yang setia namun tidak sejati.

Suka memberi dan menerima. Namun tidak mengetahui erti memberi yang sebenar.

=( KADANG-KADANG

Kadang-kadang ada jua sahabat yang hanya mengenali erti SEJATI namun tidak mengenali erti SETIA. Mereka ini sentiasa menjaga sahabat mereka dengan baik. Sangat menjaga perihal sahabatnya. Sentiasa menegah sahabtnya daripada melakukan kemunkaran. Namun, tatkala sahabatnya ditimpa satu-satu musibah, dia akan pergi meninggalkan. Kerana takut berhadapan dengan risiko. Kesetiaannya sama sekali luput dari pandangan.

Tidak terlalu suka memberi dan menerima.


=) SIKIT-SIKIT

Apa yang sikit tu ye? Tentunya, sesuatu yang sedikit bilangannya itulah yang paling istimewa dan terbaik. Sahabat yang SETIA dan SEJATI pastilah terlalu sedikit ditemui. Mereka akan tetap setia bersama sahabatnya dalam apa jua keadaan. Kesetiaan mereka akan lebih terserlah tatkala ujian menimpa sahabatnya.

Mereka juga sahabat yang sejati. Tatkala sahabatnya melakukan perkara yang dimunkari Allah, dia tidak akan membiarkan atau tetap setia (tetap menyokong) akan perbuatan sahabatnya. Malah,pasti akan ditegurnya dengan berhikmah.

Mereka lebih suka memberi daripada menerima. Mereka memberi sebanyak-banyaknya dan sangat kurang menerima.

Sahabat seperti inilah sukar dicari. Terlalu sedikit bilangan mereka. Namun masih tetap ada sahabat yang sebegini. Jika kita berusaha menjadi sahabat seperti ini, pasti akan Allah kurniakan jua untuk kita.

Untuk mendapatkan Sahabat yang sedikit sahaja bilangannya itu kita perlulah golongkan diri kita dalam kalangan mereka yang sedikit itu. Sahabat yang SETIA SEJATI.

Muhasabah untuk diri sendiri, inginku kongsikan buat sahabat-sahabat seperjuangan.











Friday, August 26, 2011

PoWer x PoWeR 'Niat'





" Lapar orang yang berpuasa dengan lapar orang yang tak berpuasa berbeza." Tiba-tiba terpancul kata-kata dibibir emak.

" Kenapa kalau kita berpuasa kita boleh tahan lapar? Kekadang ada juga rasa lapar,tetapi tidaklah selapar tika kita tak berpuasa." Emak menyambung lagi. Membiarkan saya berfikir sendirian.

"Hemm,betul,betul.Masa kita tak berpuasa, automatik kita akan terasa lapar. Kalau tengok makanan tu, mudah sahaja hendak mencapai. Berbeza pula tika kita berpuasa, lapar-lapar juga, tetapi kekadang bila nampak makanan keinginan nak mencapai makanan tu,sangatlah sedikit. Kekadang tak de keinginan langsung." Saya cuba melontarkan pendapat bersetuju dengan kata-kata emak.

"Kenapa ye boleh jadi macam itu?"emak mengajukan pertanyaan. Dalam benak fikiran mula berlegar-legar jawapan pada pertanyaan emak. Nafsu, musuh utama memang menjadi lemah kerana perut kosong tanpa makanan. Syaitan, musuh kedua pula dibelenggu sepanjang Ramadhan. Tetapi macam mana jika kita berpuasa dalam bulan-bulan selain Ramadhan. Syaitan bebas.Tetapi kita masih boleh menahan kelaparan kita.

TING....TING...TING...


Satu perkataan yang terkeluar menerpa serta merta di benak fikiran. NIAT. Ya, NIAT.Kita mungkin selalu mengetepikan akan kehebatan NIAT.POWERnye NIAT.

" Disebabkan Niat. Bila kita set kan di mind kita dengan sesuatu perkara, jadi gerak perlakuan kita juga akan mengikut segala yang telah disetkan dalam mind kita." Cuba saya huraikan segala yang bermain-main di fikiran.


MIND SET = NIAT

" Bila kita niat kita mahu berpuasa, jadi automatik tindak tanduk kita juga akur dengan menggerakkan segala perlakuan kita sesuai dengan niat yang telah kita tetapkan. Itulah yang dinamakan perlakuan kita bergantung kepada niat .In other words, the actions was controlled by our mind set." Hujah saya panjang lebar.

" Jika niat kita baik, maka tindakan kita juga akan turut baik. Begitu juga sebaliknya. That's why,'niat or mind set' so important. Kerana itulah Rasulullah mengingatkan umatnya akan kepentingan niat dalam sebuah hadis yang termasuk dalam kalangan hadis 40 Imam Nawawi yang sangat masyhur." Monolog saya sendirian.

Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu persoalan.


"Amacam, Power x Power 'Niat'?"

Jawab dalam hati ye. Kalau nak jawab kuat-kuat pun boleh juge. So, siapa berani kata 'niat' x power?




Sunday, August 14, 2011

Masih bergetah?




Dalam keheningan subuh. Masih terasa kesejukan. Menunggu mentari menyinari. Ramadhan sudah berada diperingkat pertengahan. Bagaimana Ramadhan kita? Masih dalam keadaan yang segar sesegarnya ibtidai Ramadhan? Harap-harap masih tetap istiqamah, malah bertambah segar. Masih ber'getah'?

Satu persoalan ingin dilontarkan sebagai mukaddimah kehidupan hari ini dan hari-hari seterusnya.

MASIH BERGETAH IMAN?




Apa kabar Iman? Seringkali dilontarkan soalan ini oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Ya, kali ini ingin saya lontarkan pula pada diri sendiri. Masih bergetah ke Iman?

الإيمان يزيد وينقص

Iman bertambah dan berkurang

Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak bermujahadah menyuburkan iman sentiasa. Teruskan berusaha 'menggetahkan' Iman. Tika iman sedang di ketinggian puncak. Jagalah ia. Andai terjunam ke bawah sekalipun, janganlah terjunam hingga ke dataran yang terbawah. Biarlah tersangkut di celah-celah reranting, di balik dedaunan kering. Itu lebih baik. Asalkan tidak berada di lantaian gunung yang terbawah. Apatah lagi hilang dari pandangan. Tercampak jauh ke dalam gaung kebinasaan. 'Nauzubillahimin zalik'. Jika sudah terhumban ke dalam gaung kegelapan, bukan mudah untuk kita bawa kembali iman yang sudah dilumpuri kekotoran, iman yang sudah dicalari luka-luka berdarah yang pastinya mengambil masa yang agak lama untuk pulih, bawa ke atas kembali. Tiada yang mustahil. Namun perlukan mujahadah yang kuat.

Ayoh, mujahadah bersama dalam masa berbaki ini. Ramadhan yang masih berbaki ini kita terus hayati dengan beramal sehabis baik. Buat apa sahaja yang bisa men'yazid'kan iman kita. Hindarkan apa sahaja perkara yang bisa men'yankus'kan iman kita.

Masih bergetah kah iman?






Tuesday, August 9, 2011

Aku Tak Sebaik Nabi Musa, Tak Sejahat Firaun





Sebuah kisah yang menjadi pemangkin semangat diri. Tatkala insan lain memandang rendah malah melempar kata-kata menyakitkan tiap kali kelemahan diri terlihat.

"لا يخل الإنسان من الخطاء و النسيان"

" Tidak sunyi manusia tanpa kesalahan dan kelupaan"

>>>>>>>>..............................<<<<<<<<<<

Lazimnya seorang khalifah itu dicintai rakyatnya. Sayangnya, tidak semua khalifah seperti itu, misalnya Khalifah Al-Ma'mun. Khalifah yang satu ini kurang dicintai rakyatnya kerana pelbagai keputusannya dinilai kurang bijak dan perilakunya kurang terpuji. Sebagai khalifah, sepatutnya al-Ma'mun menjadi teladan bagi rakyat dalam berbuat kebaikan. Namun, yang terjadi malah sebaliknya.

Suatu peristiwa berlaku ketika mana Khalifah al-Ma'mun mengunjungi Kota Basrah. Beberapa saat menjelang azan Jumaat, khalifah pergi ke masjid agung di kota untuk menunaikan solat Jumaat. Entah tidak tahu atau disengaja, tiba-tiba penceramah menyebut nama Khalifah Al-Ma'mun dengan nada sinis dan kurang sopan. Bukan itu sahaja, secara terang-terangan penceramah juga membokar pelbagai keburukan khalifah dengan suara lantang.

Mendengar kecaman itu, Khalifah Al-Ma'mun hanya mengusap dada. Bersangka baik. Barangkali si penceramah sedang ditimpa masalah ditambah lagi udara yang begitu panas sehingga emosinya tidak terkawal.

Namun, kejadian yang sama berulang kembali. Kecaman yang lebih kurang sama isinya. Penceramah masih orang yang sama. Tetapi, berbeza masjidnya. Dalam khutbah, si penceramah berkata, " Semoga khlaifah yang zalim itu mendapat laknat Allah SWT ."

Akhirnya, kesabaran Khalifah al-Ma'mun teruji. Diperintahkan olehnya kepada pembantunya untuk memanggil dan membawa si Penceramah setelah selesai solat Jumaat ke istananya.

Sebaik sahaja sampai di istana, Khalifah al-Ma'mun terus menyoal si penceramah.

"Kamu penceramah di masjid itu,ya?

"Benar Tuan."

" Kalau begitu, tolong jawab dengan jujur. Menurutmu, mana yang lebih baik, kamu atau Nabi Musa?"

" Sudah pasti Nabi Musa. Baginda lebih baik daripada saya. Tuan juga tahu bukan?" jawab si penceramah tanpa ada rasa takut.

" Ya,benar. Saya juga sependapat denganmu. Masih ada satu lagi pertanyaan. Siapakah yang lebih jahat, saya atau Firaun?"

Kali ini penceramah agak tergagap. Sama sekali pertanyaan kedua ini tidak disangkanya.

" Menurut pendapat saya, Firaun masih lebih jahat daripada Tuan." Jawabnya jujur. Terketar-ketar ketakutan kerana mula memahami apa yang ingin disampaikan oleh Khalifah al-Ma'mun.

" Saya juga sependapat denganmu. Semua orang tahu kekejaman Firaun. Bayi-bayi dibunuh, yang berani menentang sudah pasti dibunuh. Tidak hanya kejam, Firaun juga dengan bongkak mengaku dirinya sebagai Tuhan. Walau begitu, Allah SWT menyuruh Nabi Musa supaya bertutur kata santun kepada orang sejahat Firaun. Cuba kamu bacakan ayat yang dimaksudkan"

Dalam katakutan bercampur serba-salah, si penceramah membaca ayat yang dimaksudkan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Berbicaralah kamu kepada Firaun dengan kata-kata yang santun. Mudah-mudahan sahaja Firaun mahu ingat dan takut."

(Surah Taha : 44)

Khalifah al-Ma'mun tersnyum melihat si penceramah seperti salah tingkah.

" Apakah kepada Firaun sahaja seperti itu? Terus, salahkah saya sekiranya saya meminta kamu untuk menegur saya dengan kata-kata yang lebih santun?"

Si Penceramah tidak bersuara. Tidak ada sepatah kata pun keluar dari mulutnya. Malu setelah menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Akhirnya, sejak kejadian itu, si penceramah sentiasa menjaga bicaranya terutamanya tiap kali dia berkhutbah. Bicaranya disusun sopan dan santun sehingga menyentuh jiwa-jiwa yang mendengar bicaranya.

Dakwah bukan mencari kepuasan, melainkan memberikan kejelasan. Hasilnya, ramai yang tertarik kepada dakwahnya. Tidak kurang juga mereka yang mula berlumba-lumba mengislah diri. Dari maksiat menjadi taat, dari sesat menjadi taubat dan dari ingkar menjadi benar.

<<<<<<................................>>>>>


" Aku Tak Sebaik Nabi Musa, Tak Sejahat Firaun"

* sumber: Like Father Like Son




Friday, August 5, 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan




" Apakah sudah dikira bertunang apabila lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadi suami dan bernikah dengan seorang perempuan melalui teknologi sekarang seperti telefon bimbit ataupun Internet? Saya musykil tentang perkara ini kerana ramai sahabat menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui panggilan telefon atau SMS."

Soalan ini saya petik daripada majalah Solusi slot remaja. soalan ini diajukan kepada ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Dan ingin saya kongsikan pendapat beliau kepada sahabat-sahabat bagi mereka yang tidak berkesempatan lagi membaca solusi isu no.34.

Dalam hal sebegini, ianya tidak akan dikira bertunang selagi tidak ada kata persetujuan dari pihak satu lagi. Andaipun sudah ada persetujuan, ianya juga melihat kepada penerimaan pihak perempuan itu. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun masih berbelah bahagi.Jika sebulat hati dia menyatakan persetujuan, barulah kedua-dua pihak ini dikira telah berjanji untuk berkahwin ataupun disebut bertunang.

JANGAN MEMBELAKANGKAN IBU BAPA

Namun, alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga. Bukan itu sahaja, bahkan digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan. Akhlak Islam pula memuliakan ibu bapa dan menghormati keluarga. Tidak kira sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita tetap perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia perintah Allah. Maka dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan, jangan pernah kebelakangkan ibu bapa. Apatah lagi dalam urusan-urusan yang penting dalam kehidupan kita.

PEMINANGAN YANG MENGIKUT SUNNAH

Peminangan yang berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Mari kita telusuri beberapa praktikaliti yang dipraktikan oleh Rasulullah s.a.w dalam meminang seseorang.

Rasulullah s.a.w ingin menikahi Aisyah r.ha.,Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukan melalui berkaan-kawan dengan Aisyah r.ha. sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda, Rasulullah s.a. banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walau bagaimanapun, pinangan Baginda ditolak.

DASAR DAN HUKUM PEMINANGAN

Daripada al-Mughirah r.a, sesungguhnya dia pernah meminang seorang perempuan, lalu Nabi s.a.w. bersabda kepadanya (yang bermaksud) : "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya."(Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)

Wali tidak boleh memaksa tetapi dia boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shua'ib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu.

Suatu kisah yang diriwayatkan dalam sebuah hadis. Daripada Abdullah bin Buraidah daripada Aisyah bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya: Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak mmenyukainya." Maka Sayidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang".

Setelah Rasulullah s.a.w datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata:

"Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak
bagi wanita untuk membuat ketetapan?"

Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." (Riwayat An-Nasa'i)

NASIHAT DARI USTAZAH FATIMAH SYARHA BUAT REMAJA

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. raikan ibu bapa si dia. dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

>>>>>>>.....................................<<<<<<<

InshaAllah, dengan sedikit ilmu ini dapat kita ambil sebagai penyelesaian kepada persoalan yang sering menjadi kekeliruan sahabat-sahabat. Juga buat diri saya yang dahulunya pernah jua keliru tentang mesalah ini, namun dengan penerangn ustazah Fatimah Syarha ini , Alhamdulillah kekeliruan yang sudah lama kabur kini telah mampu hilang 100% daripada benak pemikiran saya.Moga terselit manfaat untuk saya dan sahabat-sahabat dengan perkongsian yang sederhana ini.








Monday, August 1, 2011

Muhasabah Ramadhan




Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat Tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki.

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama.

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa yang masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara.

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir.

~Pahrol Mohamad Juoi~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...