Monday, December 27, 2010

PANDANG BAIK....

Alhamdulillah,hilang sedikit rasa lapar hari ini...emm,bukan disebabkan kenyang makanan tetapi santapan rohani yang saya dapat hari ini benar-benar mengisi ruang-ruang yang masih kosong dalam roh ini.Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk jika kamu makan berhentilah sebelum kenyang tetapi untuk mengisi rohani,tidak perlu untuk berhenti sebelum kenyang.Selagi tidak berasa kenyang,selagi itulah kita tidak perlu berhenti menuntut ilmu bagi pengisian rohani.Sungguh,kita tidak akan pernah rasa kenyang bila menuntut ilmu kerana ilmu itu terlalu luas.Seluas lautan.Ilmu yang kita ada hanyalah ibarat setitik air.Ibnu Mubarak pernah berkata,"Seseorang itu sentiasa alim selama mana dia menuntut ilmu.Tatkala datang persepsi diri bahawa beliau sudah menjadi alim,maka jahillah dia.Oleh itu,jangan sesekali merasa diri sudah kenyang dengan ilmu.Jadi,boleh berhenti menuntut ilmu.Ketahuilah dan ingatlah bahawa apabila kamu menuntut ilmu,kamu tidak akan bisa kenyang dengan ilmu,bahkan kamu pasti akan mahu menginginkannya lagi kerana kamu akan merasai semakin bertambah ilmu semakin terasa sedikit yang kita tahu.Itulah juga yang saya rasakan.Mudah-mudahan perasaan itu akan terus dan tidak akan hilang kerana saya cuba untuk memupuk diri untuk cinta akan ilmu.



Perjalanan hari ini sememangnya tidak sia-sia.Kunjungan kami sekeluarga ke Bank Tabung Haji untuk membuka akaun adik benar-benar tidak sia-sia.Sambil menunggu urusan adik selesai,saya,umi dan abi menunggu sambil menjamu selera dengan santapan rohani oleh ustaz Kasim.Memang sengaja dipaparkan video ceramah itu di ruang menunggu bagi mengisi dan menambah ilmu sementara menunggu.

Saya sendiri tidak pasti apakah tajuk ceramah itu.Namun itu bukanlah sesuatu yang penting.Apa yang penting ialah pengisiannya yang bagi saya cukup membuka hati dan fikiran saya supaya bersangka baik dengan Allah dan Manusia.




Teman,apa jua yang kita hadapi,lalui,jalani dan punyai tiadalah yang sia-sia melainkan semuanya bermunafaat dan penuh dengan hikmah.Bagaimana untuk ketahui dan dapati hikmah itu?Kita perlu mencarinya dalam setiap apa yang kita hadapi dan punyai.Kita perlu fikirkan hikmahnya.Bukan dengan hanya menerima dan redha sahaja tanpa berfikir akan hikmahnya.Janganlah menjadi Muslim dan Muslimah yang malas berfikir.Secara tidak langsung,bila kita mula berfikir tentang hikmah akan sesuatu yang kita punyai dan hadapi kita telah mula berzikir mengingati Allah.Oleh itu,bersangka baiklah dengan Allah.Sungguh,Allah tidak menghendaki kegagalan dan kesengsaraan juga musibah ke atas hamba-hambanya.Namun,apa yang Allah kehendaki adalah kebahagiaan dan kejayaan ke atas hamba-hambanya.Jika sesuatu musibah melanda sesuatu umat,bangsa mahupun individu itu semua bukanlah kehendak Allah,tetapi kehendak manusia yang sebenarnya.Manusia yang menginginkan musibah itu berlaku.Manusialah yang melakukan perkara-perkara yang mengundang musibah itu.Tidak boleh sama sekali kita menyalahkan Allah mahupun takdir apabila sesuatu musibah melanda.Bukankah Allah menyuruh kita perhatikan umat-umat sebelum ini.Bagaimana Allah yang Maha menunaikan kehendak telah pun menunaikan kehendak manusia yang mahukan musibah.Bukankah Allah telah pun memberi amaran sebelum sesuatu musibah itu melanda?Jauhilah dari berprasangka buruk terhadap Allah.

Sepertimana yang kita ketahui,pada tahun 2010 ini kita digemparkan dengan pembunuhan kejam yang berlaku terhadap Almarhumah Datuk Sosilawati beserta 3 orang lagi rakannya.Sehinggakan mereka berempat ini dianggap berjasa terhadap negara kerana dengan kes pembunuhan yang berlaku terhadap mereka berempat telah membuatkan kes-kes pembunuhan dan kehilangan sebelum ini yang berlaku terhadap beberapa orang mangsa dibuka semula kerana mempunyai kaitan dengan kes mereka.Malah apa yang lebih penting adalah mereka telah berjasa kepada agama.Dengan kematian mereka membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia mengakui akan perlunya hukuman hudud dijalankan di Malaysia.Mungkin pada zohirnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak berkata perlunya hukuman hudud dijalankan tetapi jika ditanya dan melihat pelbagai respon daripada pelbagai pihak samada Muslim ataupun 'non-Muslim' majoriti bersetuju untuk mengenakan hukuman bunuh balik ke atas pembunuh-pembunuh mereka berempat.Hukum bunuh balik itu adalah hukum qisas dan itulah hukuman hudud yang Allah perintahkan kita untuk dilaksanakan.Subhanallah,itulah hikmah disebalik pembunuhan mereka berempat.Lihat,bukan sahaja orang yang beragama Islam mengiyakan hukuman hudud malah orang yang tidak beriman kepada Allah juga mengiyakan hukum Allah.MasyaAllah.

Saya tertarik lagi apabila Ustaz Kazim menambah lagi,dalam keadaan macam itu pun ada juga insan yang mempertikaikan "tapi ustaz,Almarhumah tu tidak pakai tudung,macam mana kita hendak bersangka baik bahawa dia berjasa pada agama?"sebelum meneruskan,Ustaz Kasim menarik nafas panjang.Ustaz Kasim menegaskan,barangsiapa yang mati dibunuh akan terlepas dari azab kubur.Jika difikir logik akal kita sendiri,jika orang yang hendak dibunuh pasti dia sudah tahu bahawa ajalnya sudah hampir,pastinya tiada yang lain dibibirnya melainkan kalimah Allah dan kalimah syahadah.Dan insyaAllah,mungkin juga tika itu dia memohon "Tuhan,ampunilah dosa-dosaku.Aku benar-benar menyerah diri kepadaMu."Tika itu pastinya bukan tudung yang diminta,malah tiada guna lagi pinta tudung,tetapi apa yang diminta oleh mereka lebih besar daripada itu iaitu Allah,Allah,Allah.Sedangkan kita tahu,barangsiapa yang pengakhiran hidupnya menyebut kalimah Lailahaillallah maka masuklah mereka ke dalam syurga Allah.Ya,memang kita tidak tahu samada mereka diterima Allah sebagai penghuni syurga mahupun tidak,namun bersangka baiklah terhadap mereka.Walaubagaimanapun,dengan asbab kematian mereka sedikit sebanyak telah membuka mata dan pemikiran masyarakat akan kepentingan hukuman yang ditetapkan Allah(hudud).Subhanallah.

Tegasnya,janganlah kita terlalu cepat berperasangka buruk terhadap sesuatu.Sepertimana Allah menegaskan,janganlah kamu terlalu banyak berprasangka kerana ia akan mendatangkan dosa.Dalam menilai sesuatu janganlah terlalu gopoh menetapkan hukum atau fatwanya.Allah tegaskan dalam surah An-Nisa'(4:105) yang bermaksud,Sungguh,Kami telah menurunkan Kitab(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)membawa kebenaran,agar kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.Jika mahu menilai sesuatu,kembalikan semula sepertimana yang diajarkan oleh Allah.Tetapi janganlah pula kita menjadi orang yang terlalu anti prasangka buruk.Prasangka buruk itu perlu dalam keadaan tertentu.Saya bawakan satu ideologi.Andai di hadapan kita ada sebuah lori yang sangat laju datang menghampiri kita dan berkemungkinan besar akan melanggar kereta yang sedang dipandu.Takkanlah kita masih lagi hendak berprasangka baik dengan tidak mengelaknya."Oh,tidak apa-apa,lori itu pasti tidak akan melanggar aku.Aku perlu bersangka baik."Jika ini berlaku,apa yang kita sangkakan baik bertukar menjadi lebih buruk lagi akibat kita tidak bersangka buruk.Dalam beberapa keadaan bersangka buruk itu perlu.Tetapi dalam semua keadaan dahulukan bersangka baik.Islam mengajar kita konsep 'Wasotiyah' iaitu bersederhana dalam tiap-tiap perkara.Sungguh,yang pertengahan itu adalah yang terbaik.Konsep 'Wasotiyah' ini juga sangat menarik jika dibahaskan.Saya sangat tertarik dengan perbahasan Ustaz Zulkifli di radio ikim tempoh hari berkenaan konsep 'wasotiyah'.Subhanaalah,Islam itu agama yang syumul kerana mengajar kita untuk mendahulukan pandang baik dalam segala hal dan pandang buruk dalam beberapa hal.

~Rujukan:Pengisian Ceramah Ustaz Kazim~

Friday, December 24, 2010

Debat Abu Hanifah dengan Ilmuwan Kafir

Terdapat seorang ilmuwan besar yang sangat terkenal.Sayangnya,ilmuwan berbangsa Rom ini adalah seorang ateis dan menolak mentah-mentah kewujudan Tuhan.Ketika itu,para ulama hanya berdiam diri dan tidak berusaha untuk menyadarkan si ilmuwan tersebut.Tentu sahaja tidak semua ulama yang berdiam diri,masih ada yang peduli dengan keadaan itu.Hal ini boleh mendatangkan bahaya jika membiarkan ilmuwan mempengaruhi akidah umat.Ulama yang dimaksudkan adalah guru Abu Hanifah yang bernama Hammad.

Pada suatu hari,orang ramai sudah berkumpul di sebuah masjid.Si ilmuwan naik ke mimbar dan menentang sesiapa sahaja yang mahu berdebat dengannya.Ada maksud tersembunyi di sebalik tentangan itu.Sesungguhnya,dia bermaksud menjatuhkan para ulama dengan perdebatan-perdebatan yang rasional.

Si ilmuwan semakin bongkak,apalagi setelah tentangannya tidak bersambut.Dia menyangka semua ulama itu pengecut sehingga tidak ada seorang pun yang berani menyambut tentangannya.Hal ini semakin diperkuat dengan suasana di dalam masjid yang tiba-tiba menjadi hening.beberapa orang saling berpandangan,ada pula yang mengarahkan pandangan ke deretan paling hadapan di tempat duduk beberapa ulama.

Dari kebanyakan hadirin,ada seorang pemuda yang merasa meluat melihat kesombongan si ilmuwan.Namun,dia berusaha menahan diri,barangkali ada ulama senior yang berani tampil menghadapi tentangan itu.

Sang pemuda menunggu lama.Setelah yakin tidak ada yang mahu tampil ke hadapan,barulah dia berdiri dan melangkah menuju ke mimbar.




"Saya Abu Hanifah,bersedia untuk berdebat denganmu,"kata sang pemuda sambil memperkenalkan diri.

Semua mata hadirin tertuju ke arah Abu Hanifah.Mereka merasa hairan melihat keberanian sang pemuda.Beberapa orang memberikan tabik kagum kepada Abu Hanifah,manakala si ilmuwan sendiri merasa hairan melihat keberanian Abu Hanifah.Akan tetapi,kebanyakan hadirin bersikap sinis terhadap Abu Hanifah dan merendah-rendahkan kemampuannya.Ada pula yang mempersoalkan motif Abu Hanifah tampil ke depan.Apakah sekadar hanya menonjolkan diri atau mencari populariti?

Wajah Abu Hanifah tetap tenang.Beliau tidak terpengaruh oleh pelbagai bisikan yang ada,termasuk bernada sinis sekalipun.Sikap Abu Hanifah sangat rendah hati.Tanpa membuang masa,Abu Hanifah memulakan bicara.

"Silakan Tuan yang memulakan persoalan,"ujar Abu Hanifah memprsilakan ilmuwan itu dengan sopan.

"Baiklah,soalan pertama.Pada tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"tanya ilmuwan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan,"jawab Abu Hanifah.

"Hmm,masuk akal jika dikatakan Tuhan mu tidak melahirkan dan tidak pula di lahirkan.Lalu,pada tahun berapa Dia ada?"

"Dia ada sebelum segala sesuatu ada,"tegas Abu Hanifah.

"Boleh berikan contoh yang konkrit mengenai hal ini?"

"Tuan tahu tentang perhitungan?"Abu Hanifah kembali bertanya.

"Ya,saya tahu."

"Apakah angka sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"jawab ilmuwan kafir.

"Tidak ada angka lain yang mendahului angka satu.Lalu mengapakah tuan hairan bahawa sebelum Allah itu tidak ada sesuatu pun yang mendahului-Nya?"

"Baiklah.Sekarang,di manakah Tuhan mu berada?Sesuatu yang wujud pasti memerlukan tempat,bukan?"lanjut si ilmuwan.

"Tuan tahu bentuk susu?"tanya Abu Hanifah.

"ya,saya tahu,"jawab si ilmuwan.

"Apakah di dalam susu terdapat keju?"

"Ya,sudah tentu."

"Kalau begitu,cuba tunjukkan di mana tempat keju itu sekarang?"

"Jelas tidak ada tempat yang khusus.Keju itu bercampur dengan susu di seluruh bahagiannya."jawab si ilmuwan dengan bersemangat.

"Sekarang,keju sahaja tidak mempunyai tempat yang khusus di dalam susu.Tuan tidak sepatutnya meminta saya untuk menunjukkan tempat di mana Allah berada."

"Tolong jelaskan zat Tuhan mu.Apakah wujud-Nya itu benda seperti batu,benda cair seperti susu ataukah seperti gas?"

"Tuan pernah mendampingi orang sakit yang akan meninggal dunia?"

"Pernah."

"Awalnya,bukankah orang sakit itu dapat berkata-kata dan dapat menggerakkan anggota badannya?"

"Ya,memang begitulah keadaannya."

"Tetapi,kenapa tiba-tiba orang sakit itu diam tidak bergerak?Apa yang menyebabkan hal itu?"

"Itu kerana roh orang tersebut telah terpisah dari tubuhnya."

"Sewaktu roh itu keluar,apakah tuan masih berada di sana?"

"Saya masih berada di sana."

"Cuba jelaskan,apakah roh orang tersebut adalah sesuatu benda yang padat,cair atau gas?"

"Wah,kalau soalan itu saya tidak tahu jawapannya."

"Tuan sendiri tidak dapat menerangkan bentuk roh,apalagi saya harus menerangkan Zat Allah yang menciptakan roh."

"Lazimnya,sesuatu itu mempunyai arah.Ke manakah Tuhan mu menghadapkan wajah-Nya sekarang?"tanya si ilmiwan lagi.

"Apabila tuan menyalakan lampu,ke arah manakah cahaya lampu itu menghadap?"

"Cahanya menghadap kesemua arah."

"Lampu yang buatan manusia sahaja seperti itu.palagi dengan Allah Sang Pencipta alam semesta.Allah adalah cahaya langit dan bumi."

"Ada awal dan ada akhir.Seseorang masuk syurga itu ada awalnya,tetapi kenapa tidak ada akhirnya?Mengapa syurga dan para penghuninya kekal abadi?"kata si ilmuwa melanjutkan pertanyaannya.

"Untuk hal itu,Tuan boleh membandingkannya dengan perhitungan angka.Angka itu ada awalnya tidak ada akhirnya."

"Jadi,bagaimana pula para penghuni syurga itu makan dan minum tanpa buang hajat?"

"Ini pernah tuan alami sewaktu di dalam rahim ibu.Selama sembilan bulan tuan makan dan minum tanpa pernah buang hajat.Tuan membuang air besar dan air kecil beberapa saat setelah di lahirkan di dunia."

"Tolong jelaskan,bagaimana kenikmatan syurga itu boleh terus bertambah tanpa ada habisnya!"

"Ada banyak hal yang seperti itu di dunia.Misalnya,ilmu.Ilmu tidak akan habis atau berkurang ketika dimanfaatkan,malah semakin bertambah."

"Jika segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan,lalu apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang?"

"Sejak tadi tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar,sedangkan sya hanya menjawab dari atas lantai masjid ini.Kali ini untuk menjawab pertanyaan Tuan,saya mohon tuan turubn dari mimbar.Saya akan menjawab pertanyaan tuan tadi di mimbar."



Kemudian,si ilmuwan turun dari mimbar sementara Abu Hanifah naik ke mimbar.

"Saudara-saudara,dari atas mimbar ini saya akan menjawab pertanyaan tadi.Boleh tuan ulangi pertanyaan tadi?"tutu Abu Hanifah setelah berada di atas mimbar masjid.

"Apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang?"kata si ilmuwan menyebut intipati pertanyaannya.

"Pekerjaan Allah tentu sahaja ada perkejaan dari pekerjaan makhluk.Ada pekerjaan-Nya yang dapat dijelaskan,dan ada pula yang tidak dapat dijelaskan.Pekerjaan Allah sekarang adalah menurunkan orang kafir seperti tuan dari atas mimbar,kemudian menaikkan seorang Mukmin ke atasnya.Seperti itulah gambaran pekerjaan Allah setiap waktu."

Akhirnya,hadirin yang ada di dalam masjid merasa puas dengan jawapan-jawapan Abu Hanifah.Jelas,mudah,tegas,dan mudah difahami,bahkan oleh orang awam sekalipun.





*Daripada kisah di atas terlalu banyak 'ibrah' yang dapat kita peroleh.Subhanallah!persoalan-persoalan yang dilemparkan oleh ilmuwan rom itu sememangnya soalan-soalan yang tidak rasional.Tetapi tipulah andai kita yang beragama Islam meskipun,tidak pernah terlintas persoalan-persoalan demikian.Sungguh persoalan-persoalan yang sebegitu yang pernah terlintas di minda kita hanyalah agenda syaitan laknatullah!.Merekalah yang membisikkan dalam minda kita dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak wajar dipersoalkan lebih-lebih lagi terhadap orang-orang yang mengaku Allah sebagai Tuhannya.Sungguh Syaitan dan Iblis Laknatullah tidak akan pernah berhenti menggoda dan membisikkan sesuatu yang buruk terhadap anak-anak Adam a.s untuk menyesatkan.Mujurlah kita telah dididik untuk tidak berfikir tentang zat Allah,bagaimana Allah dicipta,dan sebagainya.Tetapi kita dididik oleh Islam untuk berfikir untuk bagaimana kita diciptakan,untuk apa kita diciptakan.Namun,andai persoalan-persoalan di atas pernah terlintas di minda kita,Abu Hanifah telah pun menjawabnya dengan ideologi-ideologi yang rasional.Marilah kita kukuh memegang akidah kita dan tetaplah kita di jalan Allah (fisabilillah) kerana Allah akan mengangkat darjat hamba-hambanya yang beriman dan bertakwa dan menurunkan hamba-hambanya yang kufur ketaatan terhadap Allah.

*Sumber dari kitabi tercinta:Like Father Like Son.

Wednesday, December 22, 2010

Pemandu Hati

Ketika ku hanyut semakin jauh

Semakin ku gapai semakin tenggelam

Ketika tujuan hidup semakin kabur

Terasa ku mati sebelum kematian

Apalah ertinya hidup tanpa pimpinan

Tiada cahaya tiada panduan

Tanpa cinta dan kasih sayang Mu oh Tuhan

Segala yang ku miliki tiada berharga

Takkan ku gapai cinta Mu tanpa pimpinan

Ku terus mencari jalan kebenaran

Namun yang ku temui tak dapat ubati

Kerinduan ku pada pemimpin kebenaran

Biarlah ku harungi tujuh samudera

Ke Barat ke Timur ke mana saja

Bahkan ku rela merangkak di atas salji

Asalkan ku dapat keajaiban

Tuhan

manakah pemimpin

Yang telah Engkau janjikan

Yang menjadi bayangan Rasulullah di akhir zaman

Ku perlu keajaiban

Tak mungkin cara biasa

Tak cukup dengan logika

Tuhan

Ku tagih janji Mu

Walau payah ku menunggu

Monday, December 6, 2010

buatku berfikir...


Mata ini memang sangat-sangat menginginkan tuannya merehatkannya...Tetapi,maafkan aku ya wahai mata yang amat aku sayangi,aku pasti akan merehatkanmu sebaik sahaja aku habis menaip coretan ini...terima kasih wahai mata,yang masih menguatkan dirimu...Saya memang gemar bermonolog sendirian dengan anggota badan saya kerana mereka jua merupakan makhluk Allah yang hidup.Sejujurnya,selagi saya tidak menaip dan berkongsi cerita dan pengalaman saya hari ini selagi itulah saya merasa rugi,pengalaman hari ini mungkin menjadi salah satu pengalaman yang tidak mungkin saya luputkan dari ingatan.Subhanallah,hari ini saya benar-benar ingin bersiar-siar di luar,bukanlah kerana saya mahu mencari keperluan barang untuk saya,tetapi saya ingin menghirup udara yang segar di luar bersama teman-teman yang lain dan barangkali juga saya ingin "release tansion",hemm..mungkin juga saya ingin mencari sesuatu yang baru di luar sana.Alhamdulillah,segalanya dipermudahkan Allah.Tidak seperti sangkaan saya,hari ini saya mendapat suatu pengalaman yang cukup berharga.Biarpun mungkin pengalaman yang saya lalui hari ini mungkin sedikit,tetapi ia membuatkan saya berfikir dan belajar sesuatu.Hari ini saya dipertontonkan dengan gelagat empat orang manusia yang dua daripadanya beragama Islam manakala dua lagi beragama Hindu atau Budha barangkali.Saya tidaklah pula meniliki dengan lebih mendalam,tetapi saya berandaian berdasarkan pandangan terhadap mereka yang menampakkan unsur-unsur atau sifat-sifat yang menunjukkan agama mereka.Saya bertemankan Sakinah dan Zahra' pergi ke sebuah shopping complex.Fokus kepada insan-insan yang saya temui.Insan yang pertama merupakan seorang penjual suatu alat yang katanya mampu memperbaiki bahasa inggeris dalam masa 3 bulan sahaja.Dengar seperti menarik.Saya juga terpikat apabila mendengarnya dan bagi saya,ia memang berguna untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris seperti saya.Namun saya tahu harganya pasti mencecah ratusan.Saya kuburkan angan-angan saya untuk memilikinya.Barangkali waktu yang lain.Apabila seorang peniaga disitu cuba untuk menarik perhatian saya untuk membeli produknya itu,pantas saya melangkah ke tempat lain kerana bimbang saya akan terpengaruh untuk membelinya sedangkan saya memang tiada duit yang mencukupi saat itu.Saya cukup faham cara mereka menjual.Kadang-kadang terasa seperti dipaksa kerana mereka akan tetap berusaha untuk menyuruh kita membeli produknya.Pelbagai cara yang akan digunakan oleh mereka.Tetapi alangkah malang dan kesiannya sahabat saya seorang ini,Zahra'.Langkahnya berjaya diberhentikan oleh salah seorang peniaga disitu.Pelbagai persoalan yang diajukan kepada Zahra' dan pelbagai jua jawapan yang berbentuk alasan dijawab oleh Zahra'.Saya seakan dapat jua memahami.Mungkin sahabat saya juga berfikiran seperti saya.Biarpun duit pinjaman dan biasiswa baru sahaja masuk,namun kami perlu bijak untuk "manage" duit kami.Saya dan Sakinah tetap setia menunggu zahra' yang sedang berusaha untuk melepaskan dirinya.Ketika Zahra' semakin berjaya untuk melepaskan dirinya.Tiba-tiba kakak tersebut mula bertanyakan soalan seperti memerli malah mula meninggikan suara.Saya dan Sakinah mula berasa tidak selesa dengan keadaan itu,mula bingkas menghampiri Zahra' dan mengajaknya untuk meninggalkan tempat itu.Sempat saya menoleh wajah kakak itu,jelas diwajahnya tanda-tanda kemarahan yang kami sendiri tidak dapat mengenal pasti punca kemarahannya yang sebenar.Hemm,kami tersenyum lega apabila berjaya melepaskan diri.Syukur kami masih mampu tersenyum biarpun disakiti.Perjalanan diteruskan.Saya singgah ke kedai buku.Tidak sah bagi saya andai tidak pergi ke kedai buku kerana bagi saya buku adalah sahabat yang paling penting dalam hidup.Bukulah yang membuatkan saya semakin berani melangkah kehadapan.Biarpun tiada duit untuk membeli buku,saya tetap akan berusaha untuk menjengah juga buku-buku kegemaran.Setelah membelek-belek beberapa buah buku akhirnya sebuah buku ini saya temui.Buku ini membuatkan saya tertarik untuk memilikinya.Tetapi saya tawaqufkan seketika hasrat saya untuk membelinya.Saya terus menuju ke musolla yang tidak jauh dari kedai buku itu dan terus duduk berhampiran Zahra' yang telah dahulu menuju ke musolla.Ketika saya menunggu Sakinah selesai solat,datanglah seorang sahabat yang juga kami kenali.Kami bersalaman dan bertegur sapa seketika.Pertemuan yang hanya seketika.Tiba-tiba,seorang makcik yang baru sahaja selesai solat tanpa sempat berdoa terus memandang kebelakang tepat ke arah kami dan terus memarahi kami dengan nada yang agak tinggi disebabkan katanya kami terlalu bising.Kami yang tadinya baru tersenyum terus tertunduk malu.Agak lama dan bebisa juga kata-katanya yang dilemparkan kepada kami.Kami cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan berkelakuan sebagai seorang dai'e yang sentiasa menerima teguran orang lain.Kami sempat memohon maaf kepada makcik itu. Namun kemaafan kami langsung tidak diendahkan malah dibalas dengan jelingan yang amat menyakitkan.Setelah makcik itu melangkah ke luar,kami berpandangan lagi dan mengukirkan senyuman.Syukur sekali lagi,kami masih mampu mengukirkan senyuman biarpun hati kami bagaikan tertusuk duri yang amat tajam.Sesekali terdengar gelak ketawa kecil daripada orang-orang yang berada disekitar itu.Namun,kami tetap teruskan dengan senyuman kami.Kami harus cekal dan tabahkan hati kami.Saya bermonolog sendiri,mudah-mudahan selepas ini tiada lagi sesuatu yang memalukan berlaku keatas kami dan mudah-mudahan sesuatu yang manis akan berlaku keatas kami selepas ini.Kami mula melangkah keluar dari musolla.Fikiran saya masih lagi terbayang-bayang buku yang telah berjaya memikat hati,akhirnya saya membulatkan tekad juga untuk memilikinya.Rasa gembira buku yang diminati yang berjudul "Like Father Like Son" karya Mohammad Zaka Ali Farisi sudah pun berada di tangan.Setelah itu,kami mula melangkah masuk ke sebuah teksi untuk bertolak ke Senawang menemankan sahabatku yang ingin membeli "handphone" baru bagi menggantikan "handphone"nya yang telah rosak.Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat,pakcik berbangsa India yang agamanya kurang kami pasti,sangat baik dan peramah.Layanannya yang sungguh baik itu memikat hati kami biarpun berlainan agama dan bangsa.Kami dapat mengagak pakcik itu bukan beragama Islam kerana terdapat patung di dalam teksinya yang seakan-akan melambangkan agama Hindu atau Budha.Namun kami sangat mengagumi peribadinya.Setelah sampai,kami sangat terperanjat bercampur terpesona apabila pakcik itu yang berterima kasih dahulu kepada kami malah dia bukan menggunakan bahasa melayu,inggeris mahupun india.Kalimah "syukran" terpancul di bibir pakcik itu.Dengan perasaan gembira kami jua membalas "afwan" sambil mengukirkan senyuman.Pakcik itu jua mengukir senyuman dan membalas "ma fi musykilah".Subhanallah,kami benar-benar terpesona.Hati kami yang tadinya terasa dicucuk duri seperti terjatuh satu-persatu duri yang tertusuk di hati kami apabila mendengar kalimah-kalimah yang indah yang terpancul dibibir pakcik tadi.Berbisik didalam hati saya,andai pakcik tadi beragama Islam,alangkah bagusnya.Kami teruskan lagi perjalanan kami dan terus membelek-belek "handphone" disitu.Alhamdulillah,kami tidak mengambil waktu yang lama berada disitu kerana dipermudahkan berjumpa dengan "handphone" yang berkenan dihati Sakinah.Kami mula melangkah untuk pulang ke asrama.Alhamdulillah,dalam perjalanan pulang jua hati kami diubati lagi dengan kecantikan peribadi seorang lagi pakcik yang juga berbangsa India.Dia juga lebih kurang sama peribadinyanya dengan pakcik yang sebentar tadi.Biarpun dia kurang bercakap berbanding pakcik India yang mula-mula kami bertemu.Tetapi bagi kami dia sangat penyabar dan pemurah juga memahami.Pada mulanya dia tidak mengetahui jalan untuk pergi ke asrama kami kerana dia tidak pernah menghantar mana-mana penumpang ke kawasan asrama kami.Agak jauh jugalah perjalanan yang diambil oleh pakcik itu.Akhirnya,kami berjaya juga sampai ke asrama juga dengan bantuan kami menunjukkan arah ke kawasan asrama kami.Akhirnya,kami berjaya.Setibanya kami di asrama,pakcik itu meletakkan harga rm10 kepada kami.Mujurlah Sakinah pandai membodek pakcik itu mengurangkan harga kepada rm8.Pakcik itu pun tiada banyak helah dan bersetuju dengan harga rm8 kerana dia kata kami adalah "student".Dalam hati,ada jua rasa serba salah kerana agak jauh juga jalan yang dilaluinya tadi untuk sampai ke sini.Namun,terpancar sifat kemurahannya itu.Berfikir lagi saya,andainya pakcik ini beragama Islam,alangakh bagusnya.Moga-moga hari ini dan akan hari akan datang Allah permudahkan urusannya.Amin.Kami tersenyum puas kerana apa yang kami dapat hari ini membuatkan kami berfikir.Apabila dibandingkan semula akan sikap yang dipamerkan masing-masing membuatkan saya berfikir pengajaran yang diajarkan di dalam Islam telah pun tersebar sehingga kepada orang kafir.Namun,ajaran yang diajarkan dalam Islam ini masih lagi tidak dipraktikan dalam kalangan umat Islam.Oleh itu,bagaimana Islam boleh berkembang andainya perlakuan kita kadangkala lebih memalukan berbanding akhlak dan peribadi orang-orang yang bukan beragama Islam?Pengajaran itu adalah sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.Itulah yang diajarkan dalam Islam.Andai orang tidak mahu menerima sesuatu,kita perlu menghormati keputusan orang tersebut dan kita perlu memahami keadaan orang tersebut.Apabila ingin menegur perlulah dengan berhikmah.Kita perlu merasa dan cuba meletakkan diri kita di tempat orang yang hendak kita marah atau tegur.Andai kita tegur dikhalayak ramai dan semua orang pasti akan memandang orang yang akan ditegur atau dimarahi dan pastinya akan memalukan malah mengaibkan orang tersebut.Inilah pengajaran Islam iaitu saling menghormati dan memahami yang sudah jarang sekali dipraktikan oleh umat Islam sendiri.Kebanyakannya suka membuat sesuatu mengikut emosi dan nafsu semata.Pengalaman hari ini benar-benar membuatkan saya,Sakinah dan Zahra' berfikir dan kami benar-benar belajar tentang erti dan kepentingan senyuman walau diri disakiti.hemm...saya sentiasa berfikir bila agaknya saya mampu menjadi insan yang menganggap kejian itu pujian dan menganggap pujian itu kejian.Moga diberi kekuatan.=)

Sunday, December 5, 2010

~Sentuhan Qolbu~


Di pagi yg cerah ni,,,sesekali terdengar pula unggas bernyayi,,,seakan-akan memahami akan perasaan ku pada hari ini.Bertambah syahdu apabila aku mendengar lagu Maher Zain "Open Your Eyes"...hemm,,,sememangnya itulah lagu kegemaranku,,sangat menyentuh hatiku.Entah kenapa pagi ini aku berasa ada sesuatu perasaan yang tiba.Terasa diri ini terlalu lambat melangkah.Sedang insan-insan lain sudah mula berlumba mengejar matlamat hidup yang sebenar.Tetapi diri ini terasa baru hendak melangkah.Biarpun telah lama aku berada di jalan ini.Terasa baru bermula.Apa yang aku harapkan,moga Allah menerima langkah ku ini,menerima usaha ku ini yang mungkin baru kini aku mahu mulakan yang mungkin terlalu lambat aku mulakan.Teringat aku akan zaman persekolahan aku dahulu di sekolah lama.Aku telah diberi peluang oleh Allah,tetapi aku sia-siakan peluang itu.Sememangnya aku ingin memulakan dan ingin melangkah,tetapi aku seperti tiada panduan,aku tidak nampak jalan yang jelas untuk menuju ke jalan itu.Subhanallah,Tuhan yang Maha mengetahui akan isi hati hamban-hambanya.Kini aku diberi peluang lagi oleh Allah.Dan kali ini aku tidak akan sia-siakannya.Never.Akan ku teruskan perjuangan ku biar apa jua halangan.Akan ku cuba tempuhi dengan bijaksana.Aku akan terus menyeru.Terus menyeru.Dan aku jua perlukan insan yang terus menyeruku.Beberapa insan yang menjadi insan yang penting buatku kala ini.Aku benar akan berusaha membuatmu jatuh cinta kepada jalan ini.Jalan ini adalah jalan ku dan jua jalan kamu dan juga jalan kami.Inilah jalan kita yang tidak akan kita berpatah balik.Terus di jalan ini.

Saturday, December 4, 2010

Dia "Murabbiyah" ku...

Dia yang aku kenal sejak dahulu,

Tidak pernah lelah dan jemu,

Tidak pernah mengeluh apatah lagi mengalah untukku,

Dia yang aku kenal sejak dahulu,

Tidak pernah merasa aku sebagai beban dibahu,

Tidak pernah berhenti menyeruku,

Dia yang aku kenal sejak dahulu,

Sentiasa memberiku pengisian untuk qolbu,

Sentiasa mengingatkan aku tika aku terlena di ulik mimpi indah diatas baldu,

Dia telah membuatkan diriku jatuh cinta dengan kecantikan perilaku,

Perilakunya telah mentautkan hatiku menuju jalan yang sebenar itu,

Dia telah kembalikan aku ke jalan yang ku cari sejak dahulu,

Dialah insan yang berjaya membawa aku kembali ke jalan itu,

Pertemuanku dengannya akan ku semat di dalam hatiku,

Akan ku pahat sepahatnya segala nasihat dan ilmumu,

Dialah murabbiyahku,

Dialah yang kembalikan aku kepada jalan ini,

Jalan yang tidak akan aku tinggalkan sama sekali,

Sekali aku sudah bermula,

aku tidak akan berhenti untuk selamanya,

Ya Rabb,Thabit qolbi fi haza sabili,

Sabilina,Sabilillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...