Tuesday, April 23, 2013

Tsunami PRU

Assalamualaikum semua....Semoga sedang tersenyum menikmati nikmat Iman dan Islam..(n_n )

Lama sudah tidak menjenguk blog ni. Kesibukan diri sendiri dengan assignment yang perlu di submit, exam midterm yang dikumpulkan semuanya dalam masa yang sama. Minggu ni je dah ada tiga midterm examination. Ditambah dengan kesibukan urusan-urusan lain. 

Maklumlah sekarang ni suasana di Malaysia semua sedang sibuk berkempen. Ketika Tsunami PRU menjelma.Masing- masing sibuk berkempen. Tidak kurang hebatnya di taman pengajian saya ini. Rumah-rumah student di penuhi dengan biru dan hijau.

 Seronok juga lihat semangat pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang berkobar-kobar memperjuangkan pegangan masing-masing dalam memilih kepimpinan. 

Hakikatnya kita semua tetap bersaudara, ye berkongsi status yang sama. Kita semua adalah muslim dan muslimah. Kita semua berkongsi akidah dan agama yang sama iaitu ISLAM. Itulah sebenarnya matlamat perjuangan kita. 

Saya tertarik dengan suasana kempen di taman pengajian saya ni. Kempen yang sihat. Walaupun dikalangan  kami ada yang hijau. Ada juga di kalangan kami yang memperjuangkan biru. Tetap kami menghormati satu dengan yang lain. 

Tetap kami boleh duduk dalam satu meja yang sama dan berbincang tentang PRU secara positif. Tetap kami boleh berdiskusi menyiapkan assignment kami dengan baik meskipun kekadang tetap akan terselit madah-madah politik....huhu...

Tetapi apa yang menariknya, kami tetap saling MENGHORMATI sesama kami.

Lecturer kami juga tidak kurang hebat juga dalam berkempen. Setiap kali masuk kuliah atau tutorial, ada sahaja kata pujangga politik yang terhambur keluar dari bibir lecturer. Sehingga kami pun dapat mengagak parti pilihan lecturer kami. 

Ada juga lecturer kami yang terang-terangan announce parti pilihan mereka. Walaupun begitu, kami tidak pula terselit rasa benci. Tidak pula ada rasa dengki. Apatah lagi hina menghina satu sama lain. Kami tetap memandangnya secara professional

Kami tetap menghormati pendapat dan pilihan masing-masing. Masing-masing ada hujah tersendiri untuk pilihan mereka.

Alhamdulillah, setakat ini tiada lecturer kami yang memberi nasihat sia-sia yang tiada erti. Lecturer kami selalu remind kami untuk bijak dalam memilih dan berkempen secara berhikmah.

 Alhamdulillah, biah di taman pengajian saya ini membuatkan saya bersyukur di tempatkan di sini. Hakikatnya itulah yang meniti di bibir, syukur...syukur...Alhamdulillah....(n_n ) 


Sangat suka status lecturer law kami ni...sgt professional..(n_n )

Ye...respect each other itu yang kita mahukan. Inilah dia kempen yang sihat yang saya maksudkan. Inilah suasana dalam taman pengajian kami. Student dan Lecturer saling menghormati pandangan sesama kami.

Bukankah muslim itu bersaudara ? (n_n )y

Sebagai penutup entry sederhana saya ini, saya ingin berkongsi madah pujangga yang tak berapa nak pujangga sangat dengan sahabat-sahabat semua...Jom kita sama hayati dan fikirkan sama-sama..(n_n )y

Asalkan Baik untuk Islam.....
Asalkan Baik untuk ummah...
Yang hendak kita perjuangkan adalah Islam...
Islam itu universal..
Apa pun pilihanmu...
Asalkan pilihanmu itu ada hujahnya yang hendak kita bentangkan di hadapan Allah kelak...
Matlamat kita pastikan jelas...
Islam itu yang kita perjuangkan...
Kita berjuang bukan untuk nama
Kita berjuang bukan untuk kejar jawatan...
Kita berjuang untuk agama...
Bukankah kita sudah berjanji...
Berjanji untuk membantu agama Allah...
Allah sudah berjanji...
Barangsiapa membantu (memperjuangkan) agama Allah...
Nescaya Allah akan aku bantu kehidupan mereka dan meneguhkan kedudukan mereka...
Perjuangan kita untuk Allah..






2 comments:

Adamiah Daud said...

Jom kita mengundi..^_^

IshtiyaQ_Solehah said...

hehe...kte undi akk je la...kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...