Sunday, September 22, 2013

Bersahabat tanpa syarat

Sahabat adakala menyusahkan
Sahabat ada masanya mengecewakan
Sahabat ada waktunya sukar untuk difahami
Sahabat kadangnya menyakitkan

Namun.....

hakikatnya.....

yang baik lebih banyak berbanding yang buruk pada ketidaksempurnaan itu

Aku belajar untuk mengambilnya....

Aku belajar untuk menikmatinya...

Kerana aku yakin

Kebahagiaan itu hanya akan dapat dinikmati setelah kita berjaya menerima ketidaksempurnaan seseorang itu, dan menikmati baiknya yang ada pada dirinya yang lebih banyak berbanding buruknya.






Dalam bersahabat...

Allah mengajar kita untuk ikhlas.






Dalam bersahabat 

Allah mengajar untuk kenal erti pengorbanan







Paling rendah....

Kebaikan yang kita dapat

ingin juga dimiliki sahabat...

mersai bersama..





paling tinggi...

kita inginkan kebaikan buat mereka

walaupun kebaikan itu perlu dikorbankan buat mereka..






Dalam bersahabat..

sentiasa merasa diri yang paling jahil

sentiasa merasa diri yang paling banyak buat silap



ikhlas dalam bersahabat itu nak dipupuk bukan mudah..

lebih baik merasa diri yang terhina

dibanding memandang hina pada sahabat.













apa jua watak mereka...

apa jua lahjah atau loghat mereka...

mereka tetap insan yang pernah hidup dalam sejarah kehidupanku di dunia...

pasti bertemu di sana....

pertemuan ini pasti akan ada perpisahannya..

namun, pastikan kita akan dipertemukan di Jannah kelak..

meski cara kita berbeza...

tetapi hala tuju kita serupa...

belajarlah untuk bersahabat tanpa syarat.......^_^
















Wednesday, June 12, 2013

Chips more sudah lemau

Assalamualaikum semua......(n_n )y

==================================================================

Alhamdulillah, selesai menjawab satu paper today. Release sekejap. Layan blog mat lutfi. Macam-macam. Kejap tersenyum, kejap ketawa. Kejap muka jadi serious, sebab kadang tak faham juga bahasa dia...

Lepas layan beberapa entry , tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat. Then, pergi ke dapur, mencari-cari sesuatu buat perut yang memekik kelaparan.

LAPARRRRR.....LAPARRRR....LAPARRRRRRRRRR...

Adat selepas exam. Walaupun telah diisi dengan sepinggan nasi berlaukkan kari ayam. Ditambah pula hidangan ayam goreng.

Alhamdulillah...Nikmatnya..

Nikmat dunia yang sementara hilang selepas segala yang disimpan beberapa hari di dalam kepala dicurahkan bagaikan mencurah air ke daun kel......

err..cam x sesuai je peribahasa tu..hee..abaikan..

Akhirnya...teringat akan biskut chips more yang dibeli beberapa hari yang lepas. Hati penuh girang. Memegang chips more comel di tangan.

Chips more yang bersuara.....^^


Mulut dibuka luas memainkan peranan. Gigi pula bersedia untuk menghadam chips more yang crunchy tu. Tapi.....setelah dikunyah.. crunchy itu hanyalah bayangan semata. Chips more sudah lemau !

Kecewa.....

Tapi mulut tetap terus mengunyah kerana memikirkan tidak mahu bersahabat dengan syaitan. Kawan-kawan yang lain pun tetap setia mengunyah walaupun biskut sudah lemau.Baguskan diorang. :)

hakikatnya sume sudah kelaparan...jadi hadam je apa yang ada di depan mata....

Bila ku lihat kembali, ikatan yang tidak kuat itu rupanya punca biskut itu menjadi lemau.

Hemm...Silap diri sendiri. Pandanlah muka...(=  = )

Makan dan terus makan.

Di dalam kepala ligat memikirkan sesuatu.

" Kalau biskut boleh lemau kerana aku ikat tak kuat"

Diam sekejap. Memikirkan sesuatu.

" Sama juga lah kan, ilmu yang aku ada sekarang boleh jadi lemau, kalau aku tak ikat kuat-kuat "

Kata-kata yang selalu dipesan oleh guru-guru dan kawan-kawan suatu ketika dahulu melintasi...


" العلم في الصدور وليس في السطور "

" Ilmu itu di dada bukan di kertas "

Ok, faham dah.Terima kasih Allah, untuk lintasan ini. bagus juga makan chips more lemau ni..hee

Jadi lepas ni solehah kena betulkan niat ye. Ilmu tu biar melekat di dada. Bukan untuk exam je.Supaya esok-esok hari ilmu tu tak lemau macam biskut chips more ni.

============================================================

Good Luck untuk sume yang sedang striving for exam. Fighting !











Wednesday, May 29, 2013

H.O.P.E

Assalamualaikum w.b.t, Moga semua sahabat yang sedang membaca entri saya kali ini sedang tersenyum dalam membina harapan-harapan indah. Jangan pernah lelah mengharap sesuatu yang baik, kerana Allah tidak pernah lelah memberi harapan pada hamba-hambaNya.

====================================================================

Selalu ada harapan untuk mereka yang tidak pernah berhenti berharap


Tiada insan yang tidak pernah mengukir harapan. Setiap insan pasti pernah mencipta harapan. Bahkan kanak-kanak yang seakan tidak mengerti apa juga pernah mengukir harapan. 


Kanak-kanak mengharap lego yang dibina tidak jatuh


Apatah lagi kita yang sudah dewasa, pasti lebih banyak harapan yang  diukir. Tiada orang yang pernah mengharap sesuatu yang tidak baik. Bila berkata....

" Saya berharap.....

Pastinya yang diharapkan adalah sesuatu yang baik. 


BOSAN BERHARAP

Baru sahaja tadi lecturer Fiqh Qada' kami, Ustaz Asming menceritakan pengalamannya ketika dia diuji kehilangan dompet ketika dia sedang bermusafir ke kedah kerana ingin menguruskan pelajar latihan industri.

Ustaz dan isteri bersama anak-anaknya terpaksa berlapar seharian, kerana tiada wang yang dapat digunakan untuk membeli makanan. Bertambah pula diuji dengan minyak kereta yang semakin berkurang. Tol dihadapan yang perlu dilepasi. Ustaz terpaksa meminta bantuan sambil mengharap agar ada bantuan Allah yang Allah hadirkan melalui manusia. Alhamdulillah, walaupun sedikit sahaja bantuan yang ada, tetapi Ustaz bersyukur dengan yang sedikit itu. Dengan takdir Allah,dalam kesesakan, Ustaz mendapat bantuan yang lebih daripada apa yang ustaz harapkan.

Benarlah.....

Selagi ada Allah di dalam hati, selagi itu ada harapan buat kita.



Jangan pernah bosan berharap. Kerana Allah tidak pernah bosan memberi harapan pada hamba-hambaNya. 

Ketika kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian....

Cepat sahaja kita melatah...

" Ah.....aku sudah tiada harapan lagi.."

" Ini tidak adil...kenapa aku yang diuji..? Kenapa aku tidak pernah di beri harapan?"

Sedangkan Allah tidak pernah berhenti memberi harapan pada hambanNya yang tersilap langkah. Tetapi Allah pula yang dipersalahkan. 

Kita kadang berasa kita tiada harapan lagi. Tetapi sebenarnya, kitalah punca harapan itu menjadi tiada.

Harapan sentiasa sahaja ada buat mereka yang tidak pernah berhenti berharap.

Allah menguji kita, kekadang ada sahaja yang kita harapkan tidak pula kita dapati. Kekadang ada sahaja yang kita tidak pernah mengharap, itu pula yang kita dapati.

Ya...Allah sengaja menguji kita begitu.

Kerana Allah ingin melihat sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Sejauh mana harapan kita padaNya. Sejauh mana keyakinan kita padaNya. Sejauh mana rasa syukur kita padaNya.

Jika kita mengharapkan sesuatu dengan niat kerana Allah semata, pastinya kita tidak akan sedih mahupun duka, sekiranya apa yang kita  dapat tidak seperti yang kita harapkan. Kerana kita yakin, apa yang Allah berikan, semuanya itu yang terbaik untuk kita.

Kadang kita merasakan, inilah yang terbaik. Tetapi siapalah kita untuk merasakan apa yang kita harapkan itu yang terbaik. Kita hanya mampu berharap, agar harapan kita mampu menjadi sesuatu yang terbaik di sisi Allah. Kerana pada akhirnya, Allah jugalah penentu harapan kita menjadi kenyataan mahupun tidak.

HARAPAN UNTUK SEMUA ORANG

Dalam medan dakwah, selalu sahaja dipertemukan dengan insan-insan yang pernah ketika dahulu lari dari persimpangan yang benar.

Namun, kerana kesedaran yang ada, kembali mencari sinar harapan pada insan-insan yang diharapkan mampu memberi. 

Pun begitu, tetap sukar bagi mereka untuk mencari kembali sinar harapan itu kerana kebodohan bijak pandai dalam memberi dan mengajak.

Ketika mereka mencari...mengapa kalian lari.....???

Ketika mereka memerlukan....mengapa kalian mengetepikan...???

Ketika mereka berharap....mengapa pintu harapan buat mereka kalian tutup???

Inikah namanya dakwah...?

Sedangkan Allah tidak pernah menutup pintu harapan buat hambaNya yang ingin kembali, Siapa pula kita ingin menutupnya.

Malu dengan Allah, kerana kebodohan inilah yang menjadi fitnah buat agama Allah yang indah ini.

Harapan itu untuk semua orang. Harapan tidak dicipta untuk orang yang bijak. Harapan tidak dicipta untuk orang yang beragama. Harapan dicipta untuk mereka yang masih ingin mencipta harapan. 

Manusia mungkin kekadang memberi harapan palsu. Tetapi Allah, tidak mungkin memberi harapan palsu pada hambaNya. 

Kerana itu, selagi mana dirimu berharap, berharaplah kerana Allah. Berharaplah untuknya. Kerana hanya Dia yang mampu menjadikan harapan itu bukan sekadar harapan. 


There is always HOPE


================================================

Dan aku yang bernama manusia, tidak akan pernah berhenti berharap agar setiap harapan ku sebagaimana dalam perancangan dan kehendakMu Ya Allah.

=================================================

Let's enjoy this video..Hopefully, ade something yang manfaat yang boleh dapat by watching this video...^^















Tuesday, April 30, 2013

The Great Adventure....(n_n )y




Assalamualaikum, May Allah bless all of us...

Entri kali ni just nak share pengalaman saya bersama housemate saya. Ini lah moment yang best yang dapat saya create bersama kawan-kawan saya yang saya sayang sangat2 ni, sebelum kami melangkah keluar dari bumi USIM.

Alhamdulillah...

Pengembaraan yang tidak dirancang pun sebenarnya. Sambil-sambil release tension, kami pun decide untuk keluar mengembara ciptaan Allah yang sangat-sangat hebat.

Jom....ikuti pengembaraan kami ke Gua Maloi Johol...(n_n )

Pengembaraan bermula......menuju ke Gua Batu Maloi Johol..around 500 meter...

Hampir menuju ke gerbang pintu masuk Gua Batu Maloi...




Dah sampai pun di pintu gerbang Gua Batu Maloi...Snap gambar  dulu....ni x basah lagi...

Dengar Taklimat.....bukan dengar sangat pun tuu...huhu
Masih mendengar taklimat....excited...x sabar nak masuk Gua..

Ok..jelajah kami sudah bermula...tapi belum masuk gua lagi...baru menuju ke arah gua...

Belum masuk gua lagi...tapi sudah terpaksa mengharungi air......so  adventurous..
Alhamdulillah, sudah sampai di depan pintu masuk Gua...baca doa pendinding diri dulu...ape-ape pun, we have to be ware first....(n_n )y







Now...bermulalah liku-liku yang terpaksa kami tempuhi sepanjang kembara kami di dalam gua yang gelap dan dipenuhi air ni....^^


 Gelap + Air di atas celahan-celahan batu dan di bawah....itu lah cabaran kami...but, still OSEM...












 dalam gua pun ada dewan....huhu...seriously, ni dewan dalam gua ni yang boleh memuatkan 700 lebih orang...hebatkan ciptaan Allah...

Air kat dalam Gua ni memang sangat-sangat deras.....memang perlukan tenaga yang kuat untuk mengharungi air yang kuat ni...



 Kami  kena berpaut pada tali yang kat tepi tu je...nampak x tangan orang kat tepi tu...macam tu la..hee...bawah ni lubang besar.....So amazing...


 masuk lagi di celahan batu yang dipenuhi air....


 nak tahu ni apa?? yang ni kami sedang berada di gua budha namanye...nampak x macam bentuk budha..ini sebenarnya hasil daripada hakisan air daripada atas batu yang membentuk bentuk budha ni...Hebat ciptaan Allah..tapi Wallahua'lam lah bentuk tu sebenarnya bentuk Budha or something else....



 ini pula Gua tempurung....nampak bentuk batu ni, bentuk tempurung kan....Subhanallah!!!




ini pula hakisan yang membentuk di atas batu....batu yang di atas kepala kami......cantik sangat hakisan yang membentuk, tapi kat gambar ni x nampak sangat...but..seriously...Subhanallah!!!



 Kami sedang duduk mendengar explanation daripada Juru Pandu about Gua Budha...



 Dalam x??? dalam.......rasa macam x percaya kami berjaya melepasi air sedalam ni...Kene menyelam pulak tuu...Alhamdulillah, Allah permudahkan...x de ape2 berlaku...(n_n )




kami dah basah kuyup dah ni...masa ni pulak hujan..kami sudah sampai check point 12, actually ada 24 check point sumenye, tapi malangnya kami x dpat nek sampai ke 24 disebabkan hujan yang agak lebat dan bahaya jika diteruskan juge perjalanan kami..Jadi kami stop sampai check point 12, but kami akan continue lagi next time...(n_n )



=============================================================================================

Lastly....ni la moment yang best bagi sy dgn housemate yang sy sayang kerana Allah ni.....May Allah bless us with His Rahim and Rahmah...(n_n )y





Dalam bas mewah USIM...hee..makan2...kelaparan sume...



















Apa yang saya dapat daripada pengembaraan kami ni.....

Tiada jalan yang singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Pengalaman hidup itulah yang membentuk keindahan perjalanan kehidupan kita.

============================================================
-THE END-
============================================================
















Saturday, April 27, 2013

Anugerah Allah

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah masih dapat merasai nikmat Iman, nikmat Islam, nikmat ujian...Moga Allah lapangkan dada ini yang sedang menghadapi ujian Allah...apa pun, Allah tidak akan datangkan ujian pada hambanya menurut kemapuan hambaNya. Kita sebagai hamba , fikir sahaja yang baik-baik dengan ujian yang Allah datangkan, InshaAllah, ia akan berlalu dengan baik. Allah menurut sangkaan hambanya. Jika sangkaan kita pada ujian Allah itu baik, pasti Allah akan jadikan kita terasa mudah dan berlapang dada melaluinya...so, chills...biasalah kan ujian dunia tetap akan ada. Siapa kita tak boleh langsung dijentik iman kita dengan ujian Allah. Bak kata mat lutfi, senyumlah seindah pelangi...so, lets smile together (n_n )y

By the way, sebenarnya entri kali ni saya nak ceritakan tentang nikmatnya bersyukur dengan yang sedikit. 

" Saya bersyukur.."

" Alhamdulillah..."

" Thanks Allah.."

" Sukanya kat Allah, time kasih Allah.."

" Saya nak wat sujud syukur laa..."

" Hari ni saya bahagia, saya nak bagi hadiah la kat kawan-kawan"

Dan macam-macam lagi rasa syukur diterjemahkan. Melalui lisan, melalui perbuatan, berkongsi bahagia dengan kawan-kawan, buat orang lain rasa bahagia.

Apa pun bentuk rasa syukur yang kita nak terjemahkan bukan itu yang utama, yang utamanya, kita merasai syukur itu walau sedikit dan sekecil-kecil  nikmat yang kita dapat. 

Tidak mengapa kita bersyukur dengan yang sedikit, akan datang Allah akan jadikan yang sedikit itu menjadi banyak. 

Allah kan dah janji, bersyukur dengan yang sedikit akan Allah tambah lagi...

Alhamdulillah..sebelum melangkah keluar dari taman pengajian saya ni dapat juga mencoret kenangan manis bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan...(n_n )y...

geng TLC 2

geng MJ...dulu kita berjaya di medan STAM, kini di medan Degree..

Sahabat-sahabat seperjuangan di USIM...n_n


geng TLC 5

Sahabat yang menjadi inspirasi saya...luv u ukhti...(n_n )



Last but not least....I just wanna to say,, there is always...always...always....something to be thankful for....:)


Kita x kan selamanye berjaya, dan x kan selamanya gagal...So, kte gagal ke, berjaya ke..kte wajib BERSYUKUR..^^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...