Saturday, September 29, 2012

..::Bulatan Cinta ::..

Hidupkan iman dalam bulatan ta'lim

Assalamualaikum w.b.t. Moga kesibukan kita memikir urusan dunia, tidak kita lupa untuk menyandarkan kesibukan dunia itu semuanya untuk bekalan akhirat kelak. Moga tiap urusan kita sentiasa dalam pandangan kasih Allah s.w.t

=======================================================

Alhamdulillah dalam kesibukan saya dan juga sahabat-sahabat lain menguruskan segala macam urusan dunia, sempat juga kami duduk bersama di dalam satu bulatan sederhana. Topik mukaddimah sebagai permulaan ta'lim untuk semester ini adalah 'NIAT & CINTA'.

Niat menjadi topik biasa tiap kali ta'lim di mulakan. Pentingnya untuk kita memperbetulkan dan memperbaiki niat tiap kali ingin mencipta langkah baru dalam kehidupan ini.



Apa yang kita rasa bila dapat something yang baru. Baju baru? Hand phone baru? ataupun bila kita memasuki suatu suasana yang baru. Semester baru? Kehidupan baru? (^_^)...

Apa yang kita rasa?

Sudah tentu kita rasa sesuatu yang baru juga kan. Dan yang paling penting waktu tu semangat kita sangat-sangatlah berkobar-kobar. Rasa mahu buat semua benda kan.

Begitu juga dengan niat, bila kita sering perbaharui niat, kita juga akan merasa yang sama. Azam, semangat dan kekuatan yang baru.




Disebabkan itulah pentingnya hadith ini dijadikan aplikasi dalam kehidupan seharian dan rujukan kita tiap hari. Kita adalah manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kelupaan, jadi janganlah merasa diri sudah cukup hebat tanpa ada rasa untuk memperbaiki dan memperbaharui niat kita yang sering berubah-rubah.




Topik seterusnya, topik cinta. Sengaja saya mengambil topik ini sebagai mukaddimah bagi ta'lim ini. Bila kita sentuh soal cinta ianya pasti akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Kerana cinta itu terlalu rapat dengan kehidupan kita.



Macam-macam pendapat sahabat-sahabat ta'lim yang hebat ini dilontarkan. Ada satu pendapat yang tidak pernah juga saya terfikir akannya. Tertarik tatkala mendengar pandangan daripada seorang sahabat ini, simple sahaja pandangannya tetapi sangat-sangat mendalam maknanya.






Ada juga yang memberikan pendapat yang panjang hujahnya. Juga hebat. Samada panjang mahupun simple pandangannya itu bukanlah menjadi titik persoalannya, saya raikan semua pandangan sahabat-sahabat. Apa yang penting, titik persamaan yang perlu di ambil pada tiap pandangan yang pada pandangan zahirnya tampak berbeza.











Sepertimana yang pernah di perkatakan oleh penulis kegemaran saya, kak Fatimah Syarha ketika beliau dan suaminya bertandang ke universiti kami dalam program bedah buku 'Novel Cinta High Class', beliau berkata:








" Kenapa seringkali saya menyentuh soal cinta? Ada apa dengan cinta? Kerana dengan cinta itulah yang akan membina ummat, dengan cinta itulah yang akan membina iman, dengan cinta itulah yang akan membina tarbiyah. Hebatnya kuasa cinta. Kerana itu cinta itu sangat penting untuk di bina atas landasan Islam yang sebenar sejak dari hari pertama kita mengenal cinta "



Persoalannya? Bilakah hari pertama kita mengenal cinta?

Sewaktu ta'lim, tidak pula saya sempat bertanya sahabat-sahabat persoalan ini. Apakah jawapan bagi soalan ini?

Sudah tentunya, kita mengenali cinta sejak kita berada dalam perut ibu kita. Sejak roh ditiupkan dalam jasad dan sejak kita berjanji setia kepada pencipta cinta Allah azza wajalla.

Sejak itulah kita mengenali cinta tanpa kita sedari. Kerana itu, ibu dan ayah kitalah yang memegang amanah besar ketika itu untuk membentuk cinta kita menjadi satu cinta yang benar-benar berpaksi pada landasan syariat yang benar. Jika dari awal telah kita dibentuk dengan baik, maka pertengahannya juga akan terbentuk menjadi satu cinta yang indah.

Namun, tatkala kita mencapai umur baligh. Ketika inilah amanah telah dipertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk meneruskan tarbiyah cinta yang dibentuk indah oleh ibu bapa kita sehingga ke akhir kehidupan.








Cinta itu suatu amanah. Jangan sia-siakannya. Teruskan untuk memelihara cinta itu biarpun ramai insan yang tidak berfikrah membencinya.

Alhamdulillah, setelah masing-masing bijak dan hebat dalam mengeluarkan idea. Sempat juga kami menulis kata-kata indah di dalam kepingan hati masing-masing. Macam-macam juga madah pujangga masing-masing. (^_^)..



Alhamdulillah,mudah-mudahan kami dipermudahkan urusan untuk bertemu lagi di dalam bualatan yang sama walau sesibuk bagaimanapun urusan kami. Moga dimudahkan Allah. Bertemu dan berpisah kerana Mu. (^_^)


Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami dengan Cinta Mu







Sunday, September 23, 2012

..::Kita berstatus Hamba::..

Assalamualaikum w.b.t moga semua sahabat tersenyum bahagia dalam usapan Pencipta kasih dan sayang. (^_^)

===========================================

" Kenapa adik menangis ni? " Risau seorang kakak tatkala melihat adik usrahnya berlinang dalam esakan tangisan yang sukar untuk dimaksudkan.

" Dik cuba cerita dengan akak. Apa-apa yang akak dapat bantu akak bantu. Mungkin akak bukan penyelesai masalah yang hebat, tapi mungkin akak boleh menjadi pendengar dan peringan bebanan adik walau sedikit sahaja yang mampu akak bantu." Tanya lagi si kakak. Kerutan di dahi bukti resahnya seorang kakak.

" Kenapa adik selalu diuji begini ye kak? Ujian yang sama. Kesusahan yang sama di lalui. Adik..." 
( _ _ )

Kepala ditundukkan. Rasa sebak yang menghantui hatinya menghalang daripadanya untuk meneruskan kalamnya.

" Dik, jika adik rasa tangisan itu dapat redakan sedikit beban di dada adik, menangislah dik."




Tenggelamlah tangisan si adik dalam dakapan seorang kakak.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

" Kenapa mesti saya yang diuji? sedangkan semua perintah dan laranganNya saya turuti. Kenapa mereka yang seronok bermaksiat itu tidak diuji hebat seperti saya? "

Inilah kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya dan seluruh insan yang berada di sekelilingnya adalah milik Mutlak Allah yang sangat-sangat layak untuk diuji.

Ramai yang berusaha untuk mengejar kekayaan dunia kerana takut akan kesusahan dunia. Bila ditanya...

" Bagaimana harapan pada masa akan datang? "

" Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Saya tidak mahu masa silam, kesusahan saya ketika saya kecil dahulu berulang kembali pada masa akan datang. Cukuplah saya telah dibesarkan dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan dahulu. Dengan hinaan dan cacian orang terhadap keluarga saya yang susah dahulu. Sekarang saya mahu menjadi seorang yang baru, tanpa menoleh kebelakang semula dan saya berjanji akan hapuskan dan luputkan semua kesusahan sewaktu saya kecil dahulu daripada kehidupan baru saya kini."

( = =!)...Hapuskan dan luputkan semua kesusahan??..Sakitnya hati mendengar luahan semacam ini.....



Tidak sedarkah kita, kesusahan kita yang dahulu itulah yang menjadikan kita seorang yang berjaya kini. Kesusahan yang dahulu itulah yang membuatkan kita berani mengadapi kehidupan. Kesusahan yang dahulu itulah yang menghidupkan kita hingga kini.

JANGAN PANDANG HINA PADA KESUSAHAN!!

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG DALAM KESUSAHAN!!

Orang-orang yang hebat semuanya bermula daripada kehidupannya yang SUSAH. Kerana mereka ini tidak memandang kesusahan sebagai musuh. Malah menjadikan kesusahan sebagai GURU untuk dirinya memercu ke arah kejayaan.

Jangan kita berdendam dengan kehidupan kita yang lalu, lantas berusaha apa sahaja untuk sampai ke kemuncak selesa. Jangan memusuhi dan manambah langsung kesusahan kerana ia adalah penyakit yang paling berbahaya.

Jangan pernah lupa...

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlak baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina.

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita.

kita memang layak diuji


" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji." ( Al-Ankabut : 2)

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI.....KERANA KITA BERSTATUS HAMBA....



Tuesday, September 11, 2012

..::ber'Poligami' sebelum nikah ::..

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat seperjuangan. Moga sentiasa dalam belaian manja Pencipta dan Pecinta terhebat, Allah azza wajalla.



=============================================================
by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Bila bercakap soal poligami, masing-masing sudah set dalam minda pastinya soal berkahwin lebih dari satu. Cuba kita tanya seorang demi seorang respondent. Apa yang anda faham tentang poligami.

Mak cik cleaner :  entahlah dik, mak cik ni cleaner je. Awak kan belajar syariah mesti lagi tahu. Tapi poligami tu bukan ke yang madu2 tu.

Pak guard : Oh, poligami ye. Hemm...biaselah. Lelaki yang kawin lebih dari satu macam pakcik ni. ehemmm..

(=_=") (berdehem pula pakcik ni,patutlah confident je jawab. Rupenya dah berpengalaman.

Lecturer : poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahwa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.

Student : Poligami? hehe...saya tak kawin lagi la. Tak de pengalaman lagi. Kalau berpoligami sebelum kawin tu ada lah pengalaman.

( 0_0)..hoh..POLIGAMI SEBELUM KAWIN?? ada ke??

Biasa orang sibuk membincangkan khilaf berkaitan poligami. Tiba-tiba hati terdetik, kenapa ya orang sibuk bincang poligami-poligami. Hemm...Saya rasa ramai dah maklum soal poligami ini. Jika mahu bincangkan soal hukum sebenar poligami rasanya sudah ramai mengetahuinya. Banyak kitab-kitab ulama' terdahulu dan buku-buku ulama' kini telah mengupas banyak soal hukum sebenar poligami. Jika ingin baca dalam bacaan yang lebih ringan dan santai berkaitan poligami boleh juga menelaah novel "Sebarkan CintaMu " daripada novelist muslimah yang masyhur kala ini kak Fatimah Syarha.

Sedar tak, ramai dalam kalangan remaja kala ini yang sudah mula membiasakan dirinya untuk ber'poligami' sebelum nikah lagi. Saya tidak mengatakan poligami selepas nikah itu tidak boleh atau lebih berat lagi HARAM. Tidak. Jika haram, tentunya Kekasih Allah juga kekasih hati kita Nabi Muhamad s.a.w tidak akan berpoligami.

Tidak juga saya menolak ataupun membenci poligami selepas nikah. Silakan bagi mereka yang cukup tiap syarat-syaratnya. Tetapi apa yang saya rasa kurang seronok apabila melihat ramai yang terlalu selesa ber'poligami' sebelum nikah. Apakah maksudnya itu??

Berpoligami sebelum nikah yang dimaksudkan 'bercinta cintun' dengan ramai orang. Bagi sesiapa yang suka bertukar-tukar pasangan pula kononnya mengamalkan monogami. Tapi bermonogami secara tidak sihat...hemm..(*_*) tak seronok lah kan macam tu.

Jika mahu berCINTA, berCINTA lah yang sebenar-benarnya. Jangan 'bercinta-cintun' (bercinta main-main). Bak kata Ustaz Hasrizal," Tidakkah pelik jika ada pasangan yang hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bercinta selama-lamanya?"

Pelik kan...Memang pelik..#_#!

Tetapi benda yang pelik inilah yang menjadi TREND zaman kini. Bercinta punya nak rak...tetapi bila ditanya kenapa bercinta jawapan mudah.."saja, suka-suka"



Siapa kata bercinta itu salah, jika salah tak kanlah Allah sengaja menciptakan rasa cinta pada diri kita. Tetapi manusia yang selalu buat cinta tu nampak salah. Pada awalnya, Allah ciptakan cinta itu sangat-sangat indah rupa bentuk dan rasanya. Tetapi apabila di berikan pada manusia yang tidak bijak menggunakan cinta yang indah itu, akhirnya cinta yang indah rupa dan rasanya itu menjadi cinta yang buruk rupa, tidak enak juga rasanya.

Janganlah sekali-kali mahu cuba-cuba ber'poligami' sebelum nikah.

" You all, biase lah tu, kite kenalah ada banyak pasangan sebelum nikah, jadi tak de lah tersalah pilih "

Whattttttttt!!!!!!!!!!!

" You..You silap tu. If you nak kenal and cari pasangan yang terbaik untuk you, itu bukan caranya. Islam dah siapkan dah cara yang terBEST punya"

" Really...hemm.." (*-* )

Mempunyai beberapa calon sebelum kahwin dengan mengenali melalui nasihat dan pandangan beberapa orang tengah itulah cara yang terbaik bagi sesiapa yang ingin melakukan cara ini. Ada juga yang calonnya seorang sahaja, boleh juga. Tiada masalah. Samada kita ada banyak calon ataupun seorang sahaja itu bukanlah perkara yang penting, yang penting adalah cara yang kita gunakan untuk memilih. Ikut sahaja anjuran Islam, InshaAllah, semua akan berjalan lancar.

Tapi adalah menjadi masalah besar juga, mahu kahwin tapi tidak berusaha mencari calon. Katanya, tawakal ala Allah. Jangan salah menggunakan maksud tawakal. Menolak coupling tidak bermaksud lelaki dan perempuannya duduk bertimpuh bertahajud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya. Jodoh tak datang bergolek tau!!  Hemm...Macam mana nak bercinta sampai ke syurga jika kita sendiri tak berusaha mencari cinta kan..(^_^)

Tapi jangan lupa pula, masalah yang LAGI-LAGI BESAR malah membawa effect yang besar juga iaitu membiasakan diri untuk ber'poligami' sebelum nikah. Menyerahkan cintanya dengan mudah kepada sesiapa sahaja (free-free je). Jagalah cinta yang Allah sudah ciptakan dengan indah rupa dan rasanya itu untuk pemilik cinta selepas Allah dan Rasul. (^_^ ) sElaMat BeRmujAhadAh







Monday, September 3, 2012

..::Fatwa Hatiku::..




Assalamualaikum w.b.t. Moga semua dalam erat dakapan kasih sayang Allah.

========================================================

Alhamdulillah, Setelah mengadu, merintih pada Pencipta terbaik ku. Kepadanya aku merintih mohon ditunjukkan jalan terbaik supaya aturan hidupku senantiasa dalam penjagaan dan belaian kasih sayangNya. Moga walau setitis zahrah sekalipun dalam setiap tindak tandukku di nilai olehNya dengan pandangan kasih dari Pencipta yang mencipta. Tidak lagi mengharap pandangan manusia yang sementara cuma.

Sungguh untuk mendapatkan fatwa hati itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Lama membiarkan diri, sehingga benar-benar bersedia meminta padaNya untuk tetapkan fatwa hati ini.

Suatu hari, pernah saya mendengarkan satu soalan oleh seorang mahasiswi UIAM di dalam rancangan madrasah akhlak di tv Al-Hijrah. MasyaAllah, satu media yang dipenuhi dengan jutaan manfaat. Beruntunglah bagi mereka yang menggunakan sebaik-baiknya, rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya.

"Ustaz, pernah suatu ketika saya mendengar daripada seorang ustazah. Setiap apa yang kita lakukan perlulah berpandu kepada gerakan hati. Benarkah ustaz begitu? Apa komen ustaz?"

Semacam itulah soalan yang dilontarkan oleh mahasiswi itu. Komen ustaz...

" Ya, setiap perkara itu memang perlu bergantung kepada hati. Tapi, AWAS hati yang bagaimana?...kita perlu kenal pasti hati kita. Bagaimana kita mahu berpandukan dengan hati yang rosak atau hati yang sakit. Peringkat hati itu ada tiga, HATI YANG HIDUP, HATI YANG SAKIT dan HATI YANG MATI. Jadi tugas kita untuk sentiasa perbaiki tingkatan hati kita supaya hati kita sentiasa di level yang pertama iaitu HATI YANG HIDUP."

Kata-kata ustaz membuatkan minda berfikir. Di manakah tingkatan hatiku saat ini. Bagaimana mungkin ku pandukan fatwa hatiku untuk pinta padaNya kepastian jalan terbaik.

Tidak mungkin aku berpandu dengan hatiku yang penuh dengan maksiat ini untuk pinta fatwa yang jelas.

Langkah mula dicipta. Bingkas bangun dari lena. Air wudu' membasahi wajah bakal menghadap Illahi, diikuti tangan yang bakal berbicara di akhirat kelak, diikuti kepala yang sentiasa menunduk menghadapNya ketika sujud, juga telingaku yang sering mendengar kata-kata dunia yang dusta, disudahi dengan basahan kaki yang menentukan destinasi ku selepas ini.

Air wudu' yang menenangkan hati, mengerakkan hati dan seluruh anggota badan menuju menghadapNya. Pinta Allah tunjukkan fatwa hatiku yang tepat. Tidak pernah merasai sayu begini rupa. Di hadapan Allah, ku pinta penjelasan.

Setelah selesai, ku berfikir sendirian. Nak mendapatkan fatwa hati yang tenang pun tidak mudah apatah lagi mahu dapatkan fatwa hati yang tepat. Mungkin Allah tidak akan memberi sesuatu yang tepat pada kita kerana Allah mahu kita hargai akal yang dikurniakan istimewa buat manusia. Allah pinta kita untuk fikir dan dalam masa yang sama zikir mengingatiNya.

Alhamdulillah, setelah beberapa hari pinta Allah tunjukkan fatwa hati, sedikit demi sedikit dibukakan jalannya. Sebuah buku yang telah lama emak membelinya tidak pernah ada rasa untuk membacanya kerana kurang bersedia barang kali. Tangan mula membelek-belek buku-buku yang tersusun di perpustakaan mini ciptaan ayah. Lalu menggapai sebuah buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Alhamdulillah, semuanya di situ. Persoalan hati yang berselirat terjawab dengan tenang hasil bacaan tulisan Ustaz Hasrizal.  Selembar demi selembar saya belek. Ternyata buku itu sungguh mengenyangkan emosi dan fikiran saya.

Pernah membaca status kak Fatimah Syarha juga penulis kegemaran saya..

" Jawapan yang tepat itu adalah hati yang tenang apabila menerimanya"

 MasyaAllah, kata-kata kak Fatimah Syarha memang benar. Itulah yang dapat dirasai.

Sebagai penutup bicara. Ingin berkongsi sedikit kata-kata Ustaz Hasrizal daripada buku yang mengenyangkan emosi dan fikiran saya...

" Jangan memandang sesuatu dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali dengan pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah sesuatu dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada perjalanan kehidupan kita." 

Alhamdulillah...itulah fatwa hatiku..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...