Tuesday, October 11, 2011

~Kerana kami mencintai mereka~






Sebak seketika tatkala menonton movie tentang perjalanan hidup our Prophet Muhammad Peace Be Upon Him..Movie yang sudah beberapa kali ditonton ditayangkan lagi di dewan kuliah utama oleh lecturer saya dalam subject sirah.

Tiba-tiba sekeping layangan buah fikiran sampai di pintu fikiran. Memanggil-manggil fikiran untuk berfikir dan bertadabur sejenak. Saat sedang khusuk berfikir, mengalir air mata jernih membasahi pipi. Sebak. Terlalu sebak.

Satu persoalan melintasi di benak fikiran.

Bagaimana mujahadahmu dalam menegakkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan kini????


Merintih lagi hati. Terlalu malu tatkala mengenangkan.

Ku melihat perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang begitu hebat. Walau ianya sekadar dalam movie yang dilakonkan semula. Tetapi dapat kugambarkan betapa kuatnya mereka dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Rasulullah dihina. Tetapi tidak pernah lelah. Diteruskan jua perjuangan baginda bersama-sama para sahabat yang sangat hebat.

PENGORBANAN

Para sahabat sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan agama Islam. Demi menegakkan yang hak. demi menghapuskan yang batil.

Mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka, kepentingan mereka, kehendak mereka demi melindungi Rasulullah s.a.w.

Pengorbanan yang cukup hebat dipamerkan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam. Allah rezki kan mereka dengan sifat cinta kepada pengorbanan dalam menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil. MasyaAllah!!!




BERANI BERJUANG

Para sahabat mencontohi sifat Rasulullah yang sangat berani berjuang. Mereka kuat kerana baginda Rasulullah s.a.w sangat kuat. Kekuatan rohaniah Rasulullah s.a.w itu menyebabkan zahiriah baginda turut tampak kuat.

BILAL BIN RABH

Bilal Bin Rabh di seksa dengan diletakkan batu di atas dadanya. Dibiarkannya dijemur di tengah kepanasan matahari. Tetapi keberanian Bilal bin Rabah dalam berjuang terus menguatkan dirinya mengungkap kalimah agung....Ahad...Ahad...Ahad...

Sehinggalah Bilal bin Rabah dibeli oleh Sayidina Abu Bakr As-Sidq. Tetapi bukanlah untuk dijadikan hamba kerana tiada istilah penghambaan dalam Islam. Kerana keberanian dan keikhlasan Bilal Bin Rabh dalam berjuang, beliau dimuliakan Allah sehingga kini. Diangkat namanya menjadi insan yang dikenali sepanjang zaman. Tidak putus-putus manusia membicarakan tentang kekuatan dan keberanian Bilal bin Rabh dalam berjuang. Subhanallah!!!

KELUARGA YASIR

Yasir merupakan syahid Islam yang pertama. Kemudia diikuti oleh isterinya Sumaiyah, syahidah Islam yang pertama. Ammar, anak mereka juga diseksa, namun terselamat daripada kekejaman kafirun.Perjuangan keluarga Yasir dalam meneggakkan yang hak dan menghapuskan yang batil memberi impak yang besar terhadap seluruh manusia.

Nama keluarga mereka Yasir, Sumaiyah dan Ammar diangkat Allah sebagai insan yang mulia disisiNya. Buktinya, sehingga kini nama-nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh para ulama' juga para ahli falsafah juga disebut-sebut dalam kalangan masyarakat biasa.

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana sesungguhnya tempat kembali kalian adalah Jannah.”

Kerana keberanian dan keikhlasan mereka dalam berjuang, mereka dijanjikan Allah al-Jannah. MasyaAllah!! Khabar gembira keatas anaknya Ammar yang terlalu lemah tatkala melihat sendiri bagaimana ayah dan ibunya dibunuh dengan kejam. Rasulullah menyampaikan khabar gembira itu kepada Ammar tatkala Rasulullah datang menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh Kafir Quraish terhadap keluarga Yasir.




MEREKA PENAT??

Adakah mereka penat? Adakah mereka letih? Adakah mereka mengeluh? Adakah mereka berputus asa? Adakah mereka berhenti daripada berjuang?

TIDAK!!!!!!!

Mereka tidak merasakan penat, letih, tidak juga mengeluh, berputus asa bahkan tidak pernah mereka berhenti berjuang...

Itulah mujahadah mereka dalam berjuang.

Sangat hebat...

Tetapi mengapa kita terlalu lemah dalam berjuang. Diuji sedikit, semangat berjuang mula lemah dan akhirnya berputus asa.

Kita sudah dipermudahkan jalan untuk berjuang, mengapa masih lagi kita terasa susah untuk berjuang?

Siapa yang mudahkan jalan bagi kita?

Allah...ya sememangnya Allah...tetapi perantaraannya adalah Rasulullah dan para sahabat...

Merekalah yang bertungkus-lumus untuk memberi kesenangan dan kemudahan bagi kita untuk memperjuangkan agama Allah.

Apa yang mereka tinggalkan pada kita adalah kesenangan dalam berjuang lebih banyak daripada kesusahan dalam berjuang.


Merekalah yang menjadi tunggak utama dalam menegakkan Islam. Mereka sudah pun memulakan langkah dengan melalui pelbagai mehnah yang dasyat, sekarang tanggungjawab kita pula untuk meneruskan.

Dakwah adalah cinta mereka

Kita sudah disediakan jalan, sudah dibukakan jalan, tetapi mengapa masih terlalu malas untuk melangkah?

Tidak malukah kita menikmati kesenangan dengan bersenang lenang diatas kesusahan insan lain?

Sedarkah kita, kita lebih merasai kesenangan dalam berjuang dibanding mereka? Berdakwah zaman kini tidak sesukar dahulu, tetapi kita yang sering merasakan dakwah itu terlalu sukar. Dakwah itu akan jadi TERLALU sukar jika kita TERLALU merasakan dakwah itu sukar.

Kita tidak akan mampu menjadi sehebat mereka, tetapi kita mampu mencontohi kehebatan mereka dengan membalas susah payah mereka dengan terus tetap berjuang menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil.

Tanggungjawab mereka sudah selesai, kini tanggungjawab kita untuk menyambung perjuangan mereka yang telah pun dipermudahkan oleh mereka.

Tetaplah bermujahadah untuk menyebarkan cinta dakwah kepada seluruh manusia bagi membuktikan kecintaan kita pada Allah, Rasulullah dan para sahabat...:)







2 comments:

Adamiah Daud said...

uwafik biki..ahsanti..ana turut tersentuh..ana tgk yg kartun punya pun dh mnitiskan airmata..yg us.tayangkan tu versi arab kan..yg malay pun ada..salam serta selawat pada Baginda S.a.w bersme shbt2 Baginda yg tercinta..ISLAM terus MAJU..ayuh sme2 berdakwah..Wahai penggerak ummah!!

Unknown said...

bile tgok in versi arb..lbh terasa dektnya Rasulullah dn para shabat disisi..MasyaAllah..:)

InshaAllah..sma2 trus istiqamah dijlnnya:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...