Sunday, September 18, 2011

x takut ke kalu x ber'Couple'?




" Ish..awak tak takut ke kalau tak de yang suke awak?"

" Takut? Kelakarlah soalan awak." Aisyah tergelak kecil.

" Yelah, zaman sekarang ni..semua orang ingin dicintai dan mencintai. Kalau seseorang tu masih berstatus single and available agak pelik lah." Rungut Farahin.

" Maksud awak..perempuan zaman sekarang kalau tak ber'couple' dikira kolot?"

"Hemm..lebih kurang begitu lah." cuba mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju.

Aisyah terdiam seketika, sambil melemparkan senyuman manis ke arah sahabatnya itu.

" Agama kita kolot tak?" Tanya Aisyah.

" Ish, awak ni semestinyalah tidak. Tak berani saya cakap agama sendiri agama yang kolot."

" Menegakkan yang syari'e itu kolot?"

" Hemm..sudah tentu tidak." Farahin mula menundukkan kepalanya. Sudah dapat menangkap maksud Aisyah.

" Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar Muslimah. Itulah yang diajarkan oleh agama saya. Agama Islam. Kenapa saya perlu merasa kolot bahkan merasa takut dengan apa yang disyariatkan dalam agama saya. Saya tahu ada kebaikannya yang jauh lebih mahal saya dapati."

" Jadi, awak memang tak mahu bercinta? Awak tak suka ke kalau ada orang suka awak? Awak sendiri...tak kan tak ada sesiapa yang awak suka? " Bertubi-tubi pertanyaan dilemparkan oleh Farahin inginkan penjelasan Aisyah.

" Mustahil bagi seseorang insan itu tidak ingin mencintai sesuatu malah dicintai oleh sesuatu. Saya manusia yang tetap ada naluri ingin mencintai dan dicintai. Jujur ada insan yang saya cintai. Dan mungkin saja ada juga insan yang mencintai saya." Tersenyum lagi Aisyah dalam menuturkan bicaranya.

" Saya tahulah..mesti insan yang awak cintai tu...mak,ayah,kakak,adik-adik,sahabat-sahabat dan guru-guru awak kan?...Orang yang mencintai awak yang awak maksudkan tu pun mesti mereka juga kan? Aisyah...saya tahu mereka semua mencintai awak dan awak juga mencintai mereka. Tetapi yang saya maksudkan..."

" Lelaki ajnabi?" Aisyah pantas membidas.

" Ha..itulah dia yang saya maksudkan. Faham kan?"

"Ya, jujurnya saya tidak terlepas dari menyukai sesuatu. Saya manusia biasa Farah."

" Maksudnya, awak juga ada menyukai seseorang?"

Aisyah sekadar mengukirkan senyuman tanda mengiyakan.

" Jadi, bagaimana awak nak luahkan rasa suka awak tu ? Tak kan hanya dengan berdiam diri."

"Saya akan luahkannya tiap kali seusai solat, tiap kali saya berdoa, akan saya luahkan perasaan saya padaNya."

" Awak luahkan pada Allah. Jadi bagaimana insan itu boleh tahu perasaan yang awak simpan?"

" Farah, siapa yang lebih mengetahui apa yang berada di dalam dada? Apa yang kita sembunyikan, apa yang kita rahsiakan...siapa yang lebih mengetahui Farah?"

" Allah" jawab Farah perlahan. Kedua kalinya terpukul dengan soalan sendiri.

"Jadi, mengapa mesti kita selalu gunakan jalan yang sukar? Manfaatkan jalan yang mudah."

" Ya, tapi...jika sekadar berdoa dan bertawakal tanpa ikhtiar tak boleh juga Aisyah."

" Farah, ikhtiar itu luas. Berikhtiarlah dengan menggunakan cara yang dianjurkan dalam agama kita. Ber'couple' bukanlah cara yang dianjurkan dalam agama kita. "

Kini Farah hanya mendiamkan diri. Mendegar teliti penjelasan Aisyah.

" Mengapa kita tak kuat meyakini janji Allah? Jika kita ikut sahaja apa yang digariskan agama kita, kita akan selamat mendapatkan apa yang kita hajatkan. Allah tidak pernah menyusahkan apatah lagi membebankan hamba-hambaNya. Tetapi kita sendiri yang selalu memilih jalan yang sukar dalam mencapai kemahuan dan keinginan kita."

" Farah, saya rasa selamat tatkala saya cuba meletakkan diri saya di garisan agama Islam yang sebenarnya. Saya tidak pernah merasa takut apatah lagi kecewa dengan kehadiran dan kepergian insan yang bernama lelaki dalam hidup saya. Kerana kekuatan keyakinan yang berada dalam lubuk hati pada janjiNya."

" Tiada istilah 'couple' dalam kamus hidup remaja ku. Itu pendirian utama ku"

Farah semakin tertunduk. Memikirkan lagi akan kata-kata Aisyah. Mudah didengari namun payah baginya untuk melangkah berhijrah ke alam perubahan kerana dirinya sendiri sedang merasai kenikmatan ber'couple'. Bukan mudah baginya untuk meninggalkan kenikmatan dunia yang hanya sementara bahkan sia-sia itu. Terus berfikir........






Friday, September 16, 2011

Indah tetapi Menyakitkan




love ni indah kan? tetapi dari love ni juge boleh tercipta sesuatu yang menyakitkan...renung2kan!!


"Subhanallah..pedasnya kata-kata dia." getus Sang Hati. Hati bagaikan tertusuk duri yang paling tajam. Air mata turut jatuh mengalir dalam lubuk hati yang paling dalam menandakan kekecewaan yang mendalam.

Namun apakan daya seorang insan untuk menolak qada' dan qadar Allah Taala dalam kehidupan ini. Pastinya akan bertempur dengan pelbagai mehnah kehidupan sebelum dijemput menjadi tetamu syurga (Ameen...mudah-mudahan..idaman setiap insan).

MasyaAllah, hanya kerana kata-kata bisa membuatkan kasih sayang dilupai, silaturahim terputus,ukhuwah bercerai-berai.

AWAS!!!!

Kekadang kata-kata yang kita ungkapkan amat INDAH bagi kita namun ianya amat MENYAKITKAN orang yang mendengar, melihat dan membaca.

Sebelum menuturkan bicara....ATURLAH

Ketika menutur bicara....JAGALAH

Selepas menutur bicara....HISABLAH

Kekadang sesuatu yang INDAH itu memang tampak terlalu INDAH pada pandangan mata kita. Tetapi sesuatu yang nampak terlalu INDAH itulah yang membuatkan hati insan lain yang baru membangun untuk menjadi indah mendapat KESAKITAN.

AWASILAH LIDAH KITA SEBELUM BERBICARA..

JANGAN HANYA FIKIRKAN KEINDAHAN DI BENAK FIKIRAN KITA SAHAJA...

FIKIRKAN ORANG LAIN YANG BAKAL MENERIMA KATA-KATA KITA...

KETAHUILAH.....tiap kata-kata yang terpancul dari bibir kita akan dipertanggungjawabkan. So, watch your mouth.

Jangan sampai di muka pengadilan kelak..kita menjadi orang yang paling rugi hanya kerana tidak pandai menjaga lidah dalam berbicara.

ketahuilah pangkal lidah itu hati..so..kalu kite x pandai jage lidah..hati kite juge akan rosak..BE WARE ye!!

..::entri ini sebagai pesanan buat diri sendiri yang sering alpa::..by n khas for aNa..:)


Tuesday, September 13, 2011

beRsyUkurlaH aPa yaNg aDa


Get More Islamic Testi Here!


"Wah,besarnya kereta dia. Kereta kita kecil sahaja." Berkata seorang penungga kereta kancil sedih sebaik melihat sebuah kereta Alfat meluncur laju disebelahnya.

"Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita ada kereta. Dapat berteduh daripada hujan dan panas. Lihat penunggang motor tu. Lebih kesian." sahabat disebelahnya mengingatkan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

"Hujan pula hari ni. Ish, kalaulah aku ada kereta. Tak lah basah baju aku." Mengeluh lemah seorang penunggang motosikal.

Tiba-tiba pandangannya tertumpu seketika kepada penunggang basikal yang sedang mengayuh sedaya-upaya di sebelahnya.

Setelah memotong kayuhan basikal yang pastinya lebih lambat lagi daripada enjin motor, bermonolog si penunggang motor sendirian.

" Astaghfirullah al-Azim, aku sepatutnya bersyukur dengan karunia Illahi. Nasib baik aku ada motor. Walaupun aku juga tidak dapat berteduh daripada hujan dan panas,tetapi sekurang-kurangnya aku dapat bawa lebih laju berbanding basikal.Tak de lah penat sangat." Si penunggang motorsikal menggeleng-gelengkan kepala. Kesal.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

" Lajunya motor tu memotong aku. Bilalah aku nak sampai. Mengayuh dahlah penat." Mengeluh pula si penunggang basikal.

" Assalamualaikum, saudara..kenapa semakin lambat mengayuh. Hujan semakin lebat ni." Tegur seorang yang sedang berjalan kaki sambil memegang payung. Hairan melihat si penunggang basikal mengayuh terlalu lambat.

" Oh, ha...terima kasih tegurannya." Si penunggang basikal terus mengayuh laju. Akur dengan teguran si pejalan kaki.

Matanya sempat memerhati atas ke bawah pakaian si penunggang basikal yang hampir keseluruhannya basah. Terutama kasutnya.

" Kenapa aku tidak bersyukur ya, sedangkan kasut aku dari tadi tidaklah terlalu basah.Kasut dia (tergambar wajah dan kasut si pejalan kaki) basah terus."

Mengalir setitik air mata kekesalan. Terus di percepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke destinasi.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

" Untungnya dia ada basikal. Aku tak mampu beli basikal. Hanya mampu berjalan kaki sahaja." Mengeluh pula si pejalan kaki.

Sebaik melihat sebuah pondok di tepi jalan, si pejalan kaki berhenti berehat seketika.

Dia pun menanggalkan kasut daripada kakinya. Dikeluarkan air yang bertakung di dalam kasutnya.

Tanpa disedari, air matanya mengalir deras. Terlalu sedih mengenangkan nasibnya.

" Assalamualaikum..kenapa adik menangis?" Tanya seorang lelaki yang sudah lama berada di situ.

" Ha..tak..tak..takdelah..saya tak menangis pun." Tidak mahu mengaku.

Si pejalan kaki mengesat air matanya. Matanya pun meliar memandang keadaan insan di sebelahnya. Di lihatnya dari atas ke bawah.

" Ha..OKU rupanya yang duduk disebelah aku ini." bisik si pejalan kaki dalam hatinya.

" Kenapa senyap sahaja, saya OKU. Cacat kaki, cacat penglihatan" Jawabnya sambil tersenyum manis.

" Ha..Abang ni buta dan pekak jugalah? Tetapi macam mana abang boleh tahu saya menangis?" Terkejut bertambah hairan.

" Alhamdulillah, saya hanya tiada upaya berjalan dan tiada upaya melihat. Tetapi saya masih dikurniakan nikmat mendengar dengan baik." Balas si OKU. Tenang.

" Abang tak rasa serba kekurangan ke? Yelah, abang bukan sahaja tidak dapat berjalan bahkan tidak dapat melihat."

" Tidak. Saya merasa cukup dengan apa yang saya ada. Bukankah nikmat Allah itu terlalu luas dan banyak. Saya cuma dikurangkan dua nikmat tetapi masih ada banyak nikmat yang Allah karuniakan untuk saya.Jadi mengapa pula saya berasa tidak cukup?"

Terdiam sebentar si pejalan kaki. Tertunduk malu. Sekali lagi dia mengalirkan air matanya. Insaf.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bersyukurlah apa yang ada. Hargai sahaja apa yang sudah ada disediakan untuk kita. Mengapa mesti mengeluh kepada sesuatu yang tidak disediakan untuk kita? Bukankah Allah mencukupkan rezeki buatmu di dunia ini agar kamu bersyukur bukan mengeluh...

Get More Islamic Testi Here!




Thursday, September 8, 2011

aRe u ReadY Kids?







Beberapa hari sahaja lagi saya dan sahabat-sahabat lain melangkah meneruskan perjuangan yang tidak pernah berkesudahan. Tolabal I'lm (menuntut ilmu)


Persediaan???

Pastinya sahabat-sahabat seperjuangan sudah 100% bersedia untuk menghadapi semester baru.

Saya...50-50 lagi..

Kenapa??

Hati masih tersangkut di rumah, susah rasanya mahu meninggalkan syurga dunia ini.




Pastinya....semua sahabat-sahabat sudah register for new sem. Online register je. Tak susah pun kan?

Bila dah register tadi, berdebar-debar melihat subject list. Hemm..agak mencabar juga.

Apa yang perlu dibuat sebagai persiapan awal ye sebelum start belajar??

  • Senaraikan semua subject yang bakal dipelajari.
like this...


SubjectKredit






PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA3

FIQH AL-MUAMALAT3

MABAHITH AL-HUKM3

TARIKH AL-MAZAHIB WA AL-FATAWA3

ULUM AL-QURAN2

ULUM AL-HADITH2

SIRAH RASUL
2

  • Amati betul-betul tiap-tiap subject . Semua subject samada yang kita suka or tak.
  • Selepas sudah penat mengamati tiap-tiap subject. Barulah boleh kita senaraikan subject yang kita suka dan yakin boleh skor A.
  • Then, senaraikan pula subject yang kita tidak berapa suka tetapi rasa-rasa boleh skor best result.
  • Senaraikan pula subject yang kita tak suka dan terasa susah untuk skor the best.
  • Then,senaraikan subject yang mempunyai jam kredit yang banyak.
Apa gunanya jam kredit ye??
  • Ingat ye..ambil perhatian kepada jam kredit sangat penting. Kita perlu tahu berapa jam kredit bagi tiap subject supaya mudah untuk kita skor markah.
  • Semakin banyak jam kredit, semakin sukarlah subject berikut untuk skor. Maksudnya, perlu struggle lebih pada subject yang mempunyai jam kredit yang banyak.
Apa lagi ye??

Hemm..rasenya itu saje. Lepas dah kenal pasti semua subject, subject yang kita suka, yakin, lemah dan tak suka...letakkan pula effort yang berbeza-beza bagi tiap subject.

Tak boleh ke letak effort yang sama je untuk semua subject??

Sudah tentu...TIDAK!!

Cuba bayangkan..jika subject yang kita lemah kita letakkan effort yang biasa-biasa sahaja. Sudah tentu kita akan gagal.

Subject yang kita rasa yakin dan boleh skor baik..bukannya nak suruh letak effort yang biasa-biasa aja...cuma jangan terlalu lebihkan subject yang kita suka. Maklumlah, benda yang kita suka selalunya menjadi keutamaan kita berbanding yang kita tak suka.

So, beri lebih masa dan perhatian lebih kepada subject yang kita lemah dan kita tak suka.

InshaAllah, lama-kelamaan..subject yang kita lemah boleh menjadi subject yang paling kita kuasai. Subject yang kita tak suka boleh menjadi subject yang paling kita suka.

So..Kesimpulannya...Jangan memilih dalam menuntut ilmu.

Ilmu yang Allah berikan kepada kita semuanya sesuai dengan kemampuan kita. Itu janjiNya. JanjiNya pasti. Sebagai hamba kita sewajarnya yakin dengan janjiNya.

Selepas berikhtiar dengan sedaya-upaya. Serahkan segala urusan padaNya.

Ikhtiar (usaha) + tawakal (doa) = Redha dengan segala keputusan yang diberi olehNya.

Itulah yang terbaik buat kita semua....ok...sElAmaT beRjuAng SaHabaT2:)

..::khas u aNa SoLehaH coz b4 this x prnah lg try cre y simple je ni..sem bru ni..azam pun bru..belajar pun kene slalu ubah2 cre..biar x bosan::..



tIkA JeMpuTan dAh meNjempUt




" Tok Enab (bukan nama sebenar) dah meninggal." Teriak emak.

" Innalillah wa innailaihi rajiun" Bisik saya dalam hati.

" Bersiap-siap! Kita pergi ziarah jenazah buat kali terakhir." Perintah emak.

<<<<<<<<<<.......>>>>>>>>>>>>

Baru sebentar tadi pulang dari rumah jiran. Menziarahi seorang hamba Allah yang telah pun dijemput pulang buat selama-lamanya.

Tiap kali mendengar khabar kematian hamba Allah, pasti qolb (jantung) berdegup kencang. Akal mula dipenuhi dengan persoalan-persoalan. Bertubi-tubi persoalan menyinggah di benak fikiran.

Melihat pengakhiran riwayat kehidupan setiap manusia. Masing-masing berakhir dengan riwayat yang berbeza-beza.

Bagaimana pengakhiran kisah hidupku pula?

Hanya dua soalan yang bakal menjengah menjadi penutup akhir kisah hidup setiap insan.

Khusnul Khotimah?

atau

Suul Khotimah?




Apa yang pasti, tiada seorang pun mahukan pengakhiran yang buruk. Semua itu telah pun menjadi rahsia Allah. Telah Allah catatkan di Luh Mahfuz bagaimana permulaan, pertengahan hinggalah pengakhiran kisah kehidupan tiap insan.

Selagi masih diberi kesempatan,peluang dan ruang. Teruskan meng'islah' (perbaiki) apa yang perlu di'islah'kan.

Jika masih diberi jemputan untuk berubah menjadi insan yang baik atau yang lebih baik. Jangan tidak dihargai jemputan itu. Cuba koreksi semula, terlalu banyak jemputan-jemputan berharga yang kita sia-siakan dalam kehidupan kita ini.

Hargailah jemputan-jemputan yang berharga itu sebelum satu jemputan terakhir datang menjemput pulang buat selama-lamanya.






Monday, September 5, 2011

Kekuatanku ada padamu



" Jadi,kenapa fizah tak bersetuju dengan abang? " tanya si suami.Pelik.

" Bukan saya tidak bersetuju dengan abang, tiada layak untuk saya tidak bersetuju dengan pendapat abang." jawab si isteri.

" Jadi? Kenapa jawapan fizah seolah-olah tidak bersetuju dengan poligami?" tanya lagi si suami. Pinta kepastian.

" Tiada layak untuk saya tidak bersetuju dengan poligami." Jawab si isteri. Ringkas.

" Jadi?" Berkerut dahi si suami. Menagih kepastian.

" Silakan jika abang mahu berpoligami. Saya tidak menghalang. Namun, bukan bermaksud tiada hak untuk saya tidak bersetuju." Terang si isteri sambil melemparkan senyuman.

" Maknanya Fizah setuju atau tidak jika abang ingin berpoligami? Abang keliru dengan jawapan Fizah." Kerutan di dahi suami semakin jelas kelihatan.

" Fizah mahu abang fikirkan tentang kebimbangan hati seorang wanita yang mahu dimadukan." Kali ini, wajah si isteri lebih serius. Menandakan bicaranya bukan bicara kosong.

" Oh, abang faham. Fizah antara 50 50 kan? Antara setuju dan tak. Maksudnya, Fizah sedang bermain dengan perasaan risau Fizah apabila dimadukan nanti.Apa yang Fizah risaukan?" Kerutan di dahi semakin menghilang dimamah kefahaman pada jawapan si isteri.

" Abang rasa?" Si isteri cuba menguji sejauh mana suaminya memahami hati seorang wanita.

" Hemm..Fizah risau jika abang tidak berlaku adil?" Teka si suami.

Si isteri hanya menggelengkan kepala.

" Atau mungkin...Fizah risau jika kasih abang pada Fizah akan berkurang?" Si suami menjungkitkan kening kanannya. Pinta kepastian Si isteri.

Gelengan kepala juga sebagai balasan daripada sang isteri.

" Fizah risau jika abang, lupakan atau tinggalkan Fizah?" sekali lagi si suami menjungkilkan kening kanannya.

Si isteri hanya mendiamkan diri. Masih tidak tepat.

" Abang, ada sesuatu yang lebih besar yang menjadi kerisauan seorang isteri yang mahu dimadukan selain daripada apa yang abang katakan."

" Apa dia?" Memandang sinis. Hairan.

" Saya adalah isteri yang kuat,sabar,tabah tika dunia rumahtangga kita hanya ada saya dan abang serta anak-anak." Jawab isteri perlahan.

Suami menangguk-anggukkan kepalanya bersetuju dengan kata-kata isterinya. Matanya tertancap tepat ke arah mata si isteri. Menanti penjelasan isteri dengan penuh kesabaran.

" Saya juga adalah isteri yang tidak pernah berburuk sangka, cemburu berlebihan terhadap abang tika ini."

" Saya juga adalah isteri yang sangat mudah memahami abang,tidak pernah jemu melontarkan pendangan dan nasihat tika abang memerlukannya."

" Saya adalah isteri yang manerima abang apa adanya. Kelebihan abang, saya syukuri. Kekurangan abang, saya fahami malah memaafi."

Si isteri terdiam seketika. Tertunduk. Tanpa disedari, bulatan kecil membentuk di atas helaian kertas kesan setitik air mata yang jatuh di balik kelopak mata si isteri.

Melihat itu, si suami cuba mendongak lembut kepala si isteri .

" Mengapa Fizah menangis? " Tanya si suami.Bimbang.

" Air mata ini tanda kerisauan Fizah, bang."

"Jika dunia rumahtangga kita ini sudah dihuni oleh insan lain, Fizah bimbang, Fizah tidak lagi menjadi seorang isteri yang tabah,sabar,tidak berburuk sangka dan cemburu melulu. Malah, Fizah bimbang jika Fizah tidak lagi mensyukuri kelebihan abang dan memahami malah memaafi kekurangan abang."

" Mengapa begitu Fizah? Abang tahu Fizah akan mampu tetap terus menjadi isteri abang sebagaimana sekarang."

" Ya, itu juga mungkin. Tetapi abang perlu tahu, hati seorang wanita tidak sekental hati seorang lelaki. Jika hatinya terusik walaupun sedikit, ianya akan merosakkan banyak perkara. Kerana hakikat wanita itu lemah hatinya." Si isteri menghurai dalam keesakkan hati.

" Ya, tetapi Fizah perlu kuatkan hati Fizah. Jadi,bagaimana pula isteri-isteri Rasulullah? Mereka juga dimadukan. Mengapa mereka mampu mempunyai hati yang kuat." Tanya si suami. Menimbulkan lagi persoalan.

" Kerana suami mereka mempunyai hati yang kuat." Jawab si isteri. Ringkas.

Termenung seketika si suami tatkala mendengar jawapan si isteri.

"Kekuatan suami menguatkan kelemahan isteri. Begitu juga sebaliknya." Tambah lagi si isteri. Seukir senyuman diukir buat suami tercinta.

Kini, barulah si suami mengerti apa yang mahu disampaikan oleh isterinya. Suami selalu pinta isterinya untuk menguatkan hati tatkala mereka mahu berpoligami. Sedang mereka (Para Suami) selalu tidak menyedari bahawa kekuatan hati si isteri ada pada kekuatan hati si suami. Jika suami mempunyai hati yang kuat, maka akan tempias juga kekuatan itu kepada isteri. Begitu juga sebaliknya.

" Jadi,sebelum abang mahu berpoligami, abang perlu kuatkan hati abang supaya hati isteri abang menjadi kuat." Senyuman terukir di bibir suami.

" Ya, sudah tentu."

" Terima kasih Fizah, pandangan Fizah pada persoalan abang tadi amat membantu abang untuk melengkapkan lagi thesis ni. Untung abang ye, dapat isteri yang "Open minded"." si suami menjeling manja si isteri.

" Sudah,tidak perlu terlalu memuji. Fizah cuma menjalankan peranan Fizah sebagai isteri. "

"Suamiku, ketahuilah kekuatanku ada padamu" monolog Hafizah sendirian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...