Sunday, July 31, 2011

Susah kan nak didik hati?




Sedang berborak-borak di meja bulat sambil menunggu isya' tiba. Masing-masing sibuk membaca 'sms' kiriman daripada teman-teman berkongsi kegembiraan masih diberi
kesempatan untuk menikmati keindahan cinta di dalam 'Pesantren Ramadhan'.Tiba-tiba emak bersuara.

"Berusahalah tarbiyah diri masing-masing dalam bulan Ramadhan ini" Jelas mak.Santai.

"Oh,maknanya kita kena sediakan 'bom'." celah saya menyambut bicara emak.

"Ha'a..macam ceramah ustaz Kazim tadi, kita kena 'bom' semua sifat-sifat mazmumah. Puasa ni ibarat peperangan. Kita kena berperang dengan nafsu sendiri. Dalam bulan puasa inilah kita kena bom sifat riya',takabur,sombong..pokok pangkalnya, semua sifat-sifat mazmumah yang masih berbaki dalam diri." Kaklong memperjelaskan lagi bicara saya.

"Hemm..mudah kah nak didik hati?'' emak mengajukan pertanyaan.

Kami hanya terdiam. Tiada jawapan untuk diluahkan. Kerana sememangnya semua tahu akan jawapannya.

" Mendidik anak-anak ini ibarat bermain layang-layang" Luah emak.

Baru dapat ku menangkap. Sejak dari tadi fikiran emak menerawang memikirkan tentang tarbiyah kepada keluarga. Saya cuba berdiam diri. Memikirkan sesuatu. Tampak menarik ideologi yang mak bawakan.

"Kekadang kita perlu tarik talinya perlahan-lahan, kekadang perlu jua dilepaskan talinya perlahan-lahan." Sambung emak.

"Ya,berbalik kepada apa yang mak kata tentang layang-layang itu, maknannya dalam mendidik anak perlu kene dengan caranya. tak bolehlah kita sentiasa menarik sahaja tali layang-layangnya tanpa cuba melepaskannya sedikit-sedikit.Begitu jua sebaliknya." saya cuba memahamkan apa yang mahu disampaikan oleh emak.

"Jadi, kita tidak boleh sama sekali melepaskan tali layang-layang. jika kita lepaskan mungkin layang-layangnya akan terjatuh ke tanah, mungkin juga akan terbang semakin tinggi tanpa arah." Tambah saya lagi.

"Begitulah ibaratnya dalam mendidik anak-anak. Kaklong baca buku 'Nota Hati Seorang Lelaki', banyak juga cerita tentang anak-anak." Kaklong menyambung.

"Banyak cerita tentang anak-anak? Maksdunya?" Saya tersenyum sinis seakan memahami maksud kaklong.Tampak kebimbangan di wajahnya.

" Ye lah, maksudnya, bukan mudah nak bina 'masjid'. Tarbiyah anak, suami dan diri juga. Kena lebih serius." Tegas kaklong.

Saya hanya tersenyum. Faham akan apa yang ingin disampaikan kaklong. Sememangnya membina 'masjid' bukan perkara yang mudah bahkan tidak sekali-kali perkara yang remeh-temeh sehingga boleh dianggap 'main-main' sahaja.

Emak hanya terdiam dan tersenyum membiarkan kami menghuraikan sendiri ideologi yang diberi olehnya. Banyak perkara yang bermain-main di benak fikiran emak yang tidak mampu emak luahkan semuanya. Kekadang meluahkan dengan mendatangkan persoalan kepada kami. Kekadang meluahkan dengan mendatangkan ideologi-ideologi yang menuntut kami untuk berfikir. Sebagai anak, kena pandai-pandailah menangkap apa yang sebenarnya ingin diluahkan oleh emak kepada anak-anak.

Susahkan nak didik hati? Hemm..siapa kata senang? Seketika kita mampu bertahan dalam mentarbiyah hati. Kekadang tergelincir jua. Menuntut kepada mujahadah yang berterusan.Mentarbiyah hati sendiri pun sudah cukup sukar, apatah lagi mentarbiyah hati-hati yang lainnya. Namun tarbiyah tetap perlu. Kekadang dengan kita bermujahadah mentarbiyah hati insan lain, secara tidak langsung kita juga sedang mentarbiyah hati kita sendiri. Tabayyun Maan.

Tertanya kepada diri sendiri. Susahkan nak didik hati? tanpa mujahadah yang disaluti dengan keikhlasan, ia pasti akan menjadi susah. Ikhlas? Ikhlas pun sukar untuk di dapati. Bagaimana ya?

Nak....beribu-ribu daya, tak nak..... apa-apa daleh.Means that we must work hard. Start from now.Semangat!!! Jom..Tarbiyah hati dalam Pesantren Ramadhan. :)






2 comments:

~gaDiS hiJrah~ said...

apabila kita sendiri sering di uji dengan apa kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan terlebih dahulu apa yang kita perkatakan.bersyukurlah!

Unknown said...

حسبتُ نفسي...إنّ أذني أقرب من فمي..يا ربي أعطني قوّة في أعمل ماذا قلتُ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...