Monday, July 11, 2011

aYah iTu aPe?



"mana bas ni ye?"

Hazirah mundar mandir sejak dari tadi. Bimbang menanti kedatangan bas yang tidak sampai-sampai sejak tadi. Saya masih duduk diam sambil sekali-sekala membelek-belek buku kesukaan saya yang sedang saya baca dalam beberapa hari ini. Masih tidak khatam lagi.

Tiba-tiba pandangan saya dialihkan seketika dengan kehadiran seorang lelaki bersama tiga orang kanak-kanak kecil yang lelaki kesemuanya.


"Barangkali ayahnya" tebak saya.


Lelaki yang tampaknya berusia sekitar 30 tahun. Tampak muda. Sangat ramah bersama tiga syabab-syabab comel yang agak banyak juga cakapnya.


"Ayah,ayah..."


Teriak salah seorang daripada syabab-syabab comel itu. Ah..tidak salah lagi, sememangnya itu adalah ayahnya.


"Awak, jangan buang sampah dalam longkang tu." tempelak ayah kepada anaknya.


"Kenapa tak boleh buang sampah dalam longkang tu ayah?" tanya anaknya semula.


Saya dan Hazirah yang masih setia duduk di pondok bas menannti kedatangan bas, tersenyum bersama tatkala mendengar pertanyaan anaknya.


"Ye lah, kalau awak buang sampah di situ, awak akan buat orang lain susah." Jawab ayah tenang.


"Kenapa pula boleh buat orang lain susah?" tanya lagi anaknya yang lain.


Saya yang tadinya asyik membelek buku di tangan, mula menutup buku. Ingin fokus mendengar perbualan anak dan ayah. Tampak semakin menarik.


" Awak buang sampah di situ, nanti orang dapat sakit. Nanti nyamuk datang hinggap sampah tu, lepas tu hinggap pula di kulit-kulit manusia. Jadi, manusia dapat sakit. Sakit tu kan dah mnyusahkan manusia." Terang ayah.


"oh, macam tu"


Mujur anaknya mudah memahami. Saya menunggu juga andai masih ada soalan lagi yang diajukan oleh si anak.


"Daniel,jangan main di lecak tu!" Teriak lagi si ayah.


"Lecak?" tanya seorang anaknya yang tampak seperti adik bongsu, jika melihat dari segi ketinggian.


"Ye lah, lecak." jawab lagi ayah. Tenang.

"Lecak tu ape, ayah?"


Sudah ku duga, pasti soalan itu yang ingin diajukan. Ku tergelak kecil.


"Lecak tu,air yang bertakung. Air yang bertakung tu, air yang terkumpul dalam satu-satu lubang. Macam tu." Si ayah menunujuk lecak yang hampir-hampir sahaja di pijak oleh anaknya tadi.


"oh, macam tu."


Sememangnya cepat menangkap si anak ini. Ayahnya tersenyum. Barangkali kagum dengan kecekapan anaknya menangkap. Namun, apa yang dapat saya tebak, kanak-kanak ini sememangnya syabab yang cerdik. Suka bertanya. Atau sememangnya kanak-kanak suka bertanya. memang itu sikap kanak-kanak, yang sikap ingin tahunya agak tinggi.


Apa yang ingin saya simpulkan daripada pengalaman saya kala itu adalah :


1) Mencontohi sikap ingin tahu kanak-kanak.

Sikap ingin tahu kanak-kanak itu mengajar saya. Membuatkan diri ini juga terpanggil untuk mengetahui dan memahami tiap-tiap persoalan yang diajukan oleh anak kepada ayahnya. Soalan tampak biasa-biasa, namun, persoalan-persoalan adik itu membuka mata saya akan betapa pentingnya kita bertanya sesuatu yang kita tak tahu, supaya kita tahu. Tetapi tetap juga ada batasannya, jangan terlalu ingin tahu. Sehingga perkara-perkara yang tidak sepatutnya untuk diketahui pun kita nak tahu.Teringat akan kata-kata seorang pendidikku memperingatkan "Ummatan Wasaton".


2) Layanan ayah melambangkan kasih ayah yang sebenar.

Ayah tetap melayan anak-anaknya biarpun anak-anaknya bertubi-tubi bertanyakan soalan. Ayahnya mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara yang santai.Hemm...memang menarik. Tiba-tiba terfikir, andailah dapat peneman hidup yang menyayangi anak-anak kelak sebegitu..hehe....eh,eh...ke situ pula..ok..back to the main point...maknanya dalam mengajar kanak-kanak ni, kita mesti gunakan kekreatifan yang btul-btul kreatif untuk menjadikan mereka faham dan tahu. Make something creative in order to attract them...

That's All...I just want to share my experience:)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...