Thursday, February 24, 2011

Hadirkanlah Keikhlasan dalam Bersabar

Pagi ini bagaikan ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh Sang Pencipta kepada Sang Hambanya.Sabirah memandang ke arah langit sambil melemparkan senyuman sebagai tanda syukur terhadap nikmat yang diberikan olehNya.Moga dapat menenagkan hati yang sedang sakit tika bertempur dengan ujian sebentar tadi.Sabirah menunaikan hajat matanya yang menginginkan melihat serta mentadabbur dengan hati dan fikrah akan ciptaan Illahi yang begitu indah.
Seketika meluaskan pandangannya,tiba-tiba terlihat akan seseorang yang sedang melukis sesuatu di bawah pohon yang rendang.Lukisan itu menarik perhatian Sabirah.Sabirah menghampiri.Dari belakang Sabirah menyapa.

"Assalamualaikum ukhti." Tegur Sabirah sambil melemparkan senyuman.

"Waalaikumsalam." wanita itu membalas sapaan dan senyuman Sabirah.

"Maaf andai menganggu, saya tertarik dengan lukisan ukhti, boleh saya duduk di sini melihat lukisan ukhti?" Tanya Sabirah sopan.

"Boleh, silakan."

Sepatah ditanya,sepatah juga yang dijawab.

"Oh, mungkin dia ingin lebih fokus.Aku menganggunya kah?" Monolog Sabariah sendirian.

"Saya mengganggu ukhti kah?"Tanya Sabariah kebimbangan.

Wanita itu meletakkan berus lukisan di bawah seketika sejurus melihat akan kerisauan Sabariah.Kemudian bingkas menoleh Sabirah yang sedang tadi asyik memerhatinya.Dia melemparkan senyuman manisnya, terus menyapa Sabirah.

"Maafkan saya, saya tidak perkenalkan diri saya, saya Mukhlisah.Kamu?" Mukhlisah menghulurkan tangannya kepada Sabirah.

"Saya Sabirah." Sabirah turut memegang erat tangan Mukhlisah.Mereka saling berjabat tangan.

"Sabirah, maafkan saya, kamu langsung tidak mengganggu saya.Kamu malah menyenangkan saya.Jika saya sedang melukis, saya sering kali tidak perasan apa sahaja yang berada disamping saya.Saya terlalu menghayati lukisan saya.Mujurlah, saya perasan akan kedatangan awak.Biasanya saya tidak akan perasan sama sekali.Maafkan saya ya."

"Oh begitu, tidak mengapa, saya faham.Biasanya bila sesuatu itu telah menjadi hobi,
pastinya seseorang itu akan sangat menghayati ketika melakukan hobinya itu."

"Ya, saya setuju dengan kamu Sabirah. Apa hobi kamu Sabirah?"

"Saya suka menulis. Apa sahaja yang terlintas di fikiran saya yang saya ingin kongsikan pada insan lain pasti akan saya tulis."

"MashaAllah, hobi yang bagus itu. Dapat menyumbang banyak manfaat kepada insan lain.Kamu sudah ada buku karangan kamu sendiri?"

"Wah, saya masih baru mula melangkah dalam alam penulisan.InsyaAllah akan datang. Jauh betul pemikiran ukhti, saya belum layak lagi sampai ke tahap itu. Tetapi keinginan dan harapan itu memang ada." Tersenyum Sabirah tatkala mendengar pertanyaan Mukhlisah.

"InsyaAllah, moga dipermudahkan jalannya. Kamu pasti sudah ada menulis beberapa buah karangan sebagai permulaan." Mukhlisah cuba mengagak.

"Ya, saya memang sudah menulis beberapa buah karangan dan ada beberapa buah artikel saya yang telah di publish kan di beberapa buah majalah.Sekarang saya sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah islamic novel."

"Wah, hebatnya. Sudah bagus itu. Pasti kamu akan berjaya menjadi pengarang terkenal suatu hari nanti." Puji Mukhlisah.

"InsyaAllah, Ameen. Moga Allah permudahkan.Tetapi itu bukanlah matlamat saya yang sebenar. Saya hanyalah mahu menyebarkan ilmu yang saya ada kepada insan lain. Mudah-mudahan usaha kecil ini dihitung Allah sebagai penyelamat saya di akhirat kelak."

"MasyaAllah, betul itu Sabirah. Saya juga melukis ini hanyalah sekadar untuk mendekatkan diri saya denganNya.Tiada yang lain.Saya juga harap dapat menyebarkan dakwah melalui lukisan saya ini apabila orang melihatnya."

"Awak menjual lukisan ini? "Tanya Sabirah mahu kepastian.

"Ya, saya menjual lukisan saya ini di kedai-kedai lukisan. Dengan lukisan-lukisan ini juga saya mencari rezeki membantu keluarga." Terang Mukhlisah.

Sabirah mengerutkan dahinya. Tidak mengerti kata-kata Mukhlisah. Seperti ada sesuatu yang terirat dibalik kata-katanya yang tersurat.

"Bantu keluarga?Maksud ukhti?" Sabirah bertanya mahu kepastian.

"Ya, saya hidup dalam keadaan yang sedrhana sahaja Ayah saya sudah lama meninggalkan kami adik-beradik dan ibu. Ibu saya pula sakit terlantar dirumah, tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Ibu terkena angin ahmar." Mukhlisah berterus-terang.

Telihat diwajahnya akan kesedihan hatinya yang sukar untuk digambarkan.Namun cuba untuk menguatkan diri dengan melemparkan senyuman tanda syukur dan redha.

Sabirah tertunduk dan terdiam seketika.

Mukhlisah meneruskan kata-katanya."Tetapi saya tidak pernah mengeluh. Saya bersyukur dengan apa sahaja yang Allah karuniakan untuk saya, ibu dan adik-adik. Saya tahu ada insan lain yang lebih susah dan perit kehidupannya. Saya ini masih bersyukur, masih punyai ibu dan adik-adik serta tempat untuk berlindung sementara masih di dunia ini." Muklisah tersenyum dan melemparkan pandangannya ke arah keindahan laut yang terbentang luas dihadapannya.

Sabirah tidak mampu menahan sebak di dadanya tatkala mendengar keperitan yang dilalui Mukhlisah. Perkara yang paling menyentuh hatinya pabila mendengarkan akan kesabaran dan keikhlasan Mukhlisah dalam menghadapi ujian kehidupannya.

Sabirah bingkas mendongakkan kepalanya melihat wajah Mukhlisah yang dari tadi manis dengan senyuman keikhlasannya.
"Mengapa kamu pula yang menitiskan air mata Sabirah?"Kebimbangan menyelubungi Mukhlisah.

"Air mata ini bukti kekaguman saya terhadap kamu Mukhlisah.Kamu menghiasi keperitan hidupmu dengan keindahan keikhlasan dalam bersabar. MasyaAllah, ianya benar-benar menyentuh hati saya." jelas Sabirah dalam keadaan air matanya yang masih membasahi pipi.

Perlahan-lahan Mukhlisah menyapu air mata yang membasahi pipi Sabirah dengan tangannya.

"Tidak ada apa-apa yang perlu dikagumi.Saya cuma berusaha untuk menjadi insan yang iklhlas dan bersyukur dengan pemberianNya. Tiada ertinya jika kamu mengagumi usaha saya ini sedang Allah langsung tidak memandang usaha saya ini apatah lagi mengaguminya hanya disebabkan penyakit-penyakit hati yang masih bersisa dalam hati ini.Nauzubillahiminzalik.Saya tidak mengharap lebih daripadaNya, hanya berharap Dia memandang usaha saya yang sedikit ini."

Mukhlisah yang tadinya asyik tersenyum, tiba-tiba turut menitiskan air matanya.Sabirah terkejut dan cuba bertanya.

"Mengapa kamu pula yang mengalirkan air mata?" Tanya Sabirah kebimbangan.

"Saya bimbang usaha saya ini tidak dipandangNya." Jawab Mukhlisah dalam keesakkan.

"MasyaAllah, kamu sememangnya sebenar-benar Mukhlisah. Saya yakin usahamu ini pasti dipandangNya.Berbaik sangkalah denganNya."

Sabirah terus mendakap Mukhlisah dengan dakapan yang sangat erat.Maka tertautlah hati-hati mereka dengan kenikmatan dan keindahan cinta dan kasih-sayang yang penuh dengan keikhlasan.

Dalam kisah ini, apa yang saya ingin bawakan ialah apa yang dinamakan dengan kenikmatan kesabaran dan keikhlasan yang sebenar.Sungguh dimana ada sabar pastinya ada ikhlas begitu juga sebaliknya.Tidak akan lengkap tanpa keduanya.Tidak akan terasa akan kenikmatan iman tanpa ada dua perkara penting ini iaitu kesabaran dan keikhlasan.Selaputilah kesabaran dengan keikhlasan pasti kamu akan merasai nikmat keimanan yang sebenarnya.

Mari didik hati,didik jiwa untuk terus istiqamah dalam menghiasi keindahan kesabaran yang diselaputi dengan keikhlasan bagi merasai kemanisan nikmat iman yang hakiki.

Berusahalah untuk menjadi Sabirah yang Mukhlisah (Orang sabar yang ikhlas).







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...