Thursday, February 3, 2011

Kehidupan adalah ujian

Ujian Kehidupan

Bagiku,
Kehidupan ini adalah ujian,
Ditiupkan ruh ke dalam jasadku,
Maka bermulalah langkah ku,
Memasuki dewan ujian kehidupan,
Perjuangan bermula tatkala kedudukanku ditentukan,
Ku terus berjuang di medan perjuangan itu,
Terus mara kehadapan itulah prinsipku.
Ku terus redah segalanya bagi mencapai matlamat yang satu.

Bagiku,
Apa jua yang ku lalui di sepanjang perjalanan kehidupan,
Samada sesuatu yang membawa kebaikan mahupun keburukan,
Semuanya adalah ujian menurut ku,
Ujian dariNya yang tidak sia-sia buatku.

Bagiku,
Tika ku mendapatkan kesenangan mahupun kenikmatan,
Maka tika itu ku diuji dengan cara yang menyenangkan dan memudahkan,

Bagiku,
Tika ku mendapatkan kesusahan mahupun kesedihan,
Maka tika itu ku diuji dengan cara yang menyukarkan lagi menyakitkan.

Namun begitu,
Mengeluh bukanlah yang ku perlu,
Mengalah bukan jua yang ku perlu,

Namun,
Apa yang ku butuhkan,
Hanyalah keikhlasan,
Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian,

Menurutku,
Kehidupan adalah ujian,
Tatkala roh sudah ditiupkan,
Tatkala itu jualah kesediaan telah ku serahkan,
Kesediaan untuk menempuhi segala ujian kehidupan.

..........................................................................................................................................................................
Ramai yang berkata:
"Mengapa aku diuji begini?
Mengapa tidak pada insan lain?
Mengapa diri ini yang harus menghadapi ujian yang hebat ini?"
"Aku tidak mampu menghadapi ujian sehebat ini?"
"Ah...aku mengalah,aku berusaha bagaimanapun,aku tetap tidak akan mampu melalui ujian yang hebat ini"

Sedikit yang berkata:
"Alhamdulillah,hari ini aku diuji."
"Syukur,akulah yang diuji hari ini."
"Aku yakin,ujian ini adalah ujian yang mampu ku hadapi."
"Aku tidak akan lari dari ujian ini."
"Aku akan berusaha melepasi titian ujian ini dengan selamat sehingga selesai."

Wahai diri,
Setiap insan itu pasti akan diuji.Tiada insan yang tidak pernah diuji.Jika ada yang berkata bahawa dirinya tidak pernah diuji,maka tidak lain tidak bukan itu hanyalah dusta semata.Orang yang merasakan dirinya tidak pernah diuji adalah orang yang sebenarnya tidak mengenal apa itu ujian.Maka secara tidak langsung bilamana seseorang itu tidak mengenal apa itu ujian maka dia juga tidak akan bisa mendapatkan bahkan merasai nikmat erti kehidupan.

Wahai diri,
Jadilah insan yang sentiasa mencari erti kehidupan setrusnya mengerti akan erti kehidupan dan berusaha membawa erti dalam kehidupan.Untuk melalui setiap peringkat ini (mencari,mengerti dan membawa) erti kehidupan yang sebenar perlulah kepada mengenal apa itu ujian.

Wahai diri,
Seluruh yang kamu lalui dalam kehidupan ini adalah ujian.Samada perkara kebaikan mahupun sebaliknya,semuanya adalah ujian.Kita tidak akan bisa lari dari ujian kerana kehidupan ini adalah ujian.Kita harus melaui ujian kehidupan ini bagi mencapai matlamat sebenar kehidupan.Apa matlamat sebenar dalam kehidupan ini?Tidak lain hanyalah mendapatkan redha Allah s.w.t.Bilamana kita ingin mendapatkan redha Allah,maka kita tidak akan risau malah tidak akan merasa gelisah untuk menghadapi ujian kehidupan ini.Kita akan sentiasa bersiap untuk menghadapi seterusnya melepasi setiap check point ujian dengan tenang.

Wahai diri,
Mengapa tika kamu diuji dengan ujian yang bagi kamu adalah ujian yang berat,kamu mengeluh.Dan lama-kelamaan kamu mengalah dan berputus asa.Kamu merasakan kamu tidak mampu menghadapinya.Adakah kamu tidak yakin dengan janji Allah bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya?

Firman Allah:Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dia kerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.
(Al-Baqarah:2;286)

Mengapa perlu merasa dirimu tidak mampu,malah mengeluh dan akhirnya kamu berputus asa?Ini hanyalah kerana kamu sebenarnya tidak merasakan bahawa apabila kamu merasai kesenangan,ketenangan dan kegembiraan sebagai ujian.Sungguh semua itu merupakan ujian juga.Ujian bukan hanya dalam bentuk kesusahan,kesakitan dan kesedihan tetapi ujian juga datang dalam bentuk kesenangan,kesihatan dan kegembiraan.

Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman.

(Ali-Imran:3;139)

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan mehnah ini perkara yang tidak boleh tidak kita kukuhkan ialah Kesabaran yang disandarkan kepada Kesyukuran.

"Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami,kokohkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

(Al-Baqarah;2:250)

Justeru itu tika kamu ditimpa ujian samada berupa kesenangan mahupun kesukaran maka ingatlah dan lakukanlah:


  • sedar bahawa ini adalah ujian.
  • pancarkanlah senyuman biarpun sukar bagimu,namun berusahalah untuk senyum kerana sedikit sebanyak senyum itu dapat mengurangkan keresahanmu.
  • segera dahulukan husnu zhon (bersangka baik)
  • ingat janji Allah."tiap sesuatu yang kita hadapi adalah sesuai dengan kemampuan kita."
  • jangan lari dari masalah.hadapilah ujian yang kamu sedang lalui.
  • Jangan memilih.Tatkala datang ujian berupa kenikmatan,kesenangan kita bergembira dan bersedia menghadapinya dengan tenang,namun tatkala datang ujian berupa kesusahan,kepayahan kita malah bersedih terus-terusan dan mula mencari jalan untuk lari daripada ujian tersebut.
  • apabila kamu sudah berjaya meletakkan diri untuk berhadapan dengan ujian tersebut maka berusahalah pula untuk mencari solusinya.
  • Jangan kamu pernah mengeluh dan mengalah tika kamu mencari solusinya kerana tika inilah kamu benar-benar diuji kesabaran kamu.
  • Andai ujian telah mencapai solusinya maka bersyukurlah dan bersedialah untuk menghadapi ujian-ujian akan datang.
  • Andai ujian yang lama belum mendapatkan solusinya bahkan datang pula dengan ujian yang baru maka kuatkanlah kesabaran kamu dna teruskan perjuangan kamu untuk menghadapi dan mencari solusi bagi tiap ujian.
  • Jangan pernah membuat keputusan tika fikiran tidak jernih.
  • Gunakanlah fikiran mu yang jernih dalam menetapkan satu-satu keputusan
Mari mujahadah bersama=)



2 comments:

comotcomel said...

salam...izin share post ni... :)

Perindu Kebenaran said...

wasalam,tafadholi...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...