Thursday, January 20, 2011

Kejar Markah or Kejar Ilmu


"Hemm...takutnya nak masuk kelas,takutnya dengan "lecturer".Pensyarah straight sangatlah.Mesti susah nak skor pointer tinggi untuk sem ni"

"Macam mana ni,nak dapat markah perlu jawab soalan Pensyarah.Kalau tak dapat jawab tak dapat markah.Aku dah lah tak berani nak jawab soalan.Takut salah."

"Aku mesti baca buku hari ni.Esok mesti kena soal.Kalau tak baca tak dapat jawab.Kalau tak dapat jawab tak dapat markah.Bukan setakat tak dapat markah,malah disuruh keluar dari kelas.Mesti malu dengan kawan-kawan"

"Hari ini aku mesti jawab semua soalan Pensyarah.Aku mesti beranikan diri untuk kumpul banyak markah.Sem ini aku hendak dapat dekan.Aku tak kesah apa orang nak kata.Apa yang penting aku dapat markah banyak.Kalau diorang tak nak jawab,biarkan sahaja diorang.Diorang tak nak markah,aku nak markah"

...............................................................................................................................................................................
Dalam beberapa minggu di sem 2 ini,banyak yang saya peroleh.Sem 2 ini sememangnya agak mencabar berbanding sem 1.Mencabar dari segi pelbagai aspek samada subject,lecturer,teman-teman,tempat tinggal yang baru..Pokoknya,banyak benda yang baru saya temui dan banyak jugalah perkara baru yang dipelajari.

Pengalaman lepas banyak mengajar saya bagi menempuhi perjalanan sem baru ini.Bila di perhatikan,di dengari keluhan beberapa sahabat saya,terasa ingin mencoretkan coretan buat teman-teman.

SENTIASA PERBAHARUI NIAT

Saya ingin tegaskan disini pada diri sendiri dan sahabat-sahabat.Setting niat kamu benar-benar.Kamu belajar untuk apa?Kamu pergi ke kuliah untuk siapa?Kamu
duduk di kerusi kuliah kerana apa?Tiap sesuatu yang dilakukan tergantung kepada niatnya.

Terkadang kita tidak perasan akan niat kita sudah mula berubah apabila kita datang ke kuliah kerana takut akan pensyarah yang agak straight.Terkadang kita tidak perasan niat sudah mula berubah tatkala kita membaca buku,menghafaz pelajaran yang dipelajari kerana bimbang jika disoal tidak dapat jawab.Bimbang markah akan ditolak.Kita belajar untuk dapatkan markah ke?

Kerana itulah kita perlu sentiasa perbaharui niat.Jika kita mahukan markah,mahukan pointer yang tinggi,mahu pangkat dekan itulah sahaja yang kita dapat.Tetapi once bila kita mahukan ilmu Allah semata,kita akan dapat semua yang kita inginkan bahkan lebih lagi dari itu.
Teringat akan kata-kata seorang A'lim:"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,Jika kamu inginkan kedua-duanya jua dengan ilmu"Ketahuilah markah atau pointer tidak mampu menjamin kejayaan kanu kelak.Namun ilmulah yang menjamin kejayaan kamu kelak.

Sebelum ini saya pernah menonton satu filem Hindustan yang bertajuk "3 Idiot".Saya rasa inilah antara filem Hindustan yang banyak memberi manfaat bagi yang menontonnya.Ramai dalam kalangan teman-teman mengatakan cerita 3 Idiot ni best.Pada mulanya mendengar tajuk cerita,tidak terlintas langsung di benak fikiran cerita ini dapat melahirkan manfaat.Namun apabila saya menontonnya bersama teman bilik,banyak manfaat yang saya dapat.Perkara yang paling terkesan ialah bilamana Hero dalam cerita itu yang dilakonkan oleh Amir Khan sebagai "Rancho" melakonkan watak seorang insan cerdik yang cintakan ilmu.Rancho yang sangat cintakan ilmu,tidak pernah jemu belajar dengan caranya tersendiri biarpun dia dihina dan tidak disukai oleh lecture sendiri kerana pendiriannya yang dipegang.Dan juga sepatutnya kita sebagai seorang yang begelar Muslim student memegang pendirian ini.Terdapat beberapa prinsip bagi seseorang yang ingin berjaya belajar dengan cara yang betul regarding on cerita 3 Idiot:

1)Belajar bukan untuk berjaya tetapi belajarlah untuk berjaya belajar.

2)Kita bukan nak kejayaan tetapi kita nak ilmu

3)Ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja

4)Kita tidak perlu kejar kejayaan,kejayaan yang akan mengejar kita kerana ilmu yang kita ada.

5)Jika kita hanya tahu membaca dan menghafaz semata itu dinamakan belajar tetapi jika kita baca,faham dan ingat itu adalah menuntut ilmu.

6)Kita menuntut ilmu bukan untuk kepentingan diri,sedar ada tanggungjawab untuk insan lain.

JANGAN PERNAH PUTUS ASA

Subhanaallah,Allah tidak pernah berputus asa memberikan kita nikmat-nikmatNya untuk menarik kita cintakan Dia,meskipun ramai yang tidak menghargai nikmat Allah malah mengkufurkan lagi nikmatNya.Tetapi Allah tidak pernah berhenti memberi dan terus memberi.

Firman Allah yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat."Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"Mereka berkata ,"Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikan namaMu?"Dia berfirman,"Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(Al-Baqarah;2:30)

Nah...lihatlah bagaimana Allah yang Maha mengetahui tidak pernah berputus asa memberikan kita nikmatNya.Diciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.Sedang Allah mengetahui manusialah yang akan menghancurkan dunia.Mengapa Allah tidak memilih Malaikat?sedang Malaikat merupakan makhlukNya yang paling taat.Tidak pernahkah kita terfikir akan firman Allah ini.Kita telah ditaklifkan sebagai khalifah di dunia ini.Kita adalah khalifah Allah yang memegang amanah yang besar.Bukankah hendak menuju kejayaan itu sememangnya bukanlah suatu jalan yang mudah?Bukankah hendak mendapat kesenangan itu pastinya akan melalui jalan-jalan kesusahan dahulu?Tidakkah kita melihat perjuangan Anbiya' dan para Mujahidin.Adakah mereka melalui jalan yang mudah untuk mendapat kejayaan Islam kini?Adakah mereka hanya bersenang lenang mendapat kejayaan?Tidak teman-teman.Sekali-kali tidak.Mengapa kita hanya mahu melalui jalan yang mudah?Mengapa hanya mahu letakkan diri di zon yang selesa.Kamu tidak akan merasa erti kenikmatan hidup sebenar bilamana kamu hanya selesa di zon yang selesa.

ALLAH TEMPAT PERGANTUNGAN

Setelah kita berusaha bertungkus-lumus.Selebihnya serahkanlah segala urusan kepada Allah.Jadikan Allah tempat bergantung sepenuhnya.Pintalah pada Allah "Permudahkan kami untuk memahami,menghayati dan mendalami ilmuMu Ya Tuhan.Tiada di dunia ini melainkan semuanya adalah milikMu semua.Aku hanyalah meminjam ilmuMu untuk ku bantu mengembangkan agamaMu.Fakihkan kami dengan ilmu yang kami pelajari.Jangan pernah jadikan kami insan yang selalu berputus asa.Tika kami terasa lemah,berikan kami kekuatan.Tika kami terasa kuat,jauhkan kami daripada segala perasaan bangga akan kekuatan kami.Sungguh kekuatan itu adalah milikMu semata.Kami hanyalah peminjam kini dan selama-lamanya.Tuhan,tiadalah yang kami harapkan,melainkan redhaMu cuma.Redhailah segala perjalanan kehidupan kami.Berkahkan kehidupan kami dengan limpahan ilmuMu yang penuh dengan keredhaanMu.Kami bukan mendambakan poiter yang tinggi,Kami bukan mendambakan markah yang banyak,Kami bukan mendambakan pujian manusia kerana kepintaran kami,Malah kami tidak sanggup mendamba hinaan kerana kebodohan kami.Tuhan,kami hanyalah mendambakan ilmu yang Engkau redhai.Tuhan,andai kami mendapat markah yang tinggi,kami bersyukur kepadaMu kerana ianya salah satu jalan yang mudah bagi kami untuk menyebarkan agamaMu.Namun,kuatkanlah kami untuk menghalangi segala perasaan riya'.Andai kami mendapat markah yang rendah,ianya bukanlah penghalang bagi kami untuk terus tegar menyebarkan agamaMu.Tika itu,kuatkanlah diri kami agar tidak bersedih bukan kerana markah kami yang sedikit tetapi bersedih kerana usaha kami yang kurang.Namun,jika kami sedar bahawa kami sudah berusaha sebaik mungkin,tika itu tidaklah kami bersedih melainkan kerana pastinya mehnah yang kami akan lalui dihadapan sana akan lebih mencabar.Tika itu berikanlah kami kekuatan dan jangan biarkan kami lemah semangat.Tika itu kami serahkan segala urusan kepada yang Maha Mengurus dengan sebaik-baik urusan.Amin Ya Rabb.

Teman,tiada insan yang menginginkan kesenangan dengan senang.

Teman,tiada insan yang menginginkan kebahagiaan dengan bahagia.

Teman,tiada insan yang menginginkan kejayaan dengan jaya.

Namun teman,insan yang inginkan kesenangan pastinya dengan kesusahan dahulu.

Namun teman,insan yang inginkan kebahagiaan pastinya dengan kesedihan dahulu.

Namun teman,insan yang inginkan kejayaan pastinya dengan kegagalan dahulu.

HADAPI MASALAH.JANGAN LARI!!&BERAZAMLAH
Jangan pilih untuk duduk dalam zon yang selesa sehaja.Kelak kamu tidak akan merasakan keselesaan yang hakiki kerana takut untuk duduk dalam zon yang mencabar.Mari transform diri.Kegagalan adalah MUSUH kita,mengapa kita takut dengan kegagalan?Bilamana kita takut dengan kegagalan,maka kegagalan akan berani menghampiri kita.Namun,bilamana kita berani menghadapi kegagalan,tika itu kegagalan akan menjauh dari kita.Dan kejayaan akan menghampiri kita.So,DARE TO FAIL!!!



2 comments:

Qaseh Wardah said...

salam....nice post entry...suka blog ni sangat2...banyak pengisian...

Perindu Kebenaran said...

wasalam,,syukran Qaseh Wardah,,,same2 mengambil ibrah dri pengalamn hidup..n sme2 share ilmu...salam ukhuwah:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...