Friday, July 13, 2012

Allah sayang Hufaz



Satu post di group madrasah kesayangan oleh seorang sahabat menyentap perasaan saya. Sebak di dada. Jantung berdegup kencang. Hati bercelaru bagaikan ombak tsunami sedang bergelora. Bergetar tangan. Berhenti seketika. Lalu mngusap dada. Beristighfar. Dengan tenang, bibir melafazkan inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

Seorang sahabat karib saya yang bernama Qorin mula bertanya. Hairan melihat saya.

" Kenapa awak sedih sangat ni? Awak bukannya rapat sangat dengan dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Peliklah awak ni."

Saya hanya diam membisu. Tidak mahu menjawab lagi pertanyaannya.

Beberapa minit berlalu. Persoalan Qorin masih belum terjawab.

Mouse digerakkan perlahan-lahan menuju kotak log out. Account fb, saya log out sebentar. Terus menuju ke blog kesayangan. Tanpa menoleh kiri dan kanan, terus menuju ke ruangan new post.

Di entri inilah saya luahkan jawapan saya terhadap persoalan Qorin.

Qorin, saya memang tidak terlalu mengenalinya. Juga tidak akrab dengannya. Bahkan tidak pernah sekali berkata-kata dengannya.

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terlalu sebak. Kerana dia adalah seorang Hafiz. Dia seorang hamba yang menjaga kalam Allah. Bukankah itu adalah sesuatu amalan yang mulia. Sesuatu yang tidak didapati pada kebanyakan manusia. Allah sangat menyayangi para Hufaz.

Saya bersedih kerana saya tidak mampu lagi jadi sepertinya. Dia pergi dalam keadaan yang sungguh mulia kerana pemergiannya bersama dengan 30 juzuk kalam Allah menemani. MasyaAllah.

Saya bersedih juga kerana masih ramai insan di luar sana memerlukan insan hebat seperti ini. Ramai lagi di luar sana yang masih buta Al-Quran. Namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Saya tetap yakin, meski berapa banyak sekalipun hufaz yang akan pergi menghadap Penciptanya, Kalam Allah tetap akan dilindungi dengan sebaik-baik pelindungan olehNya.

Saya juga bersedih kerana saya terharu atas pemergiannya sebagai syahid. Kerana beliau meninggal ketika sedang menunaikan amanah sebagai hamba Allah dalam menuntut ilmu. Bukankah janji Allah bagi mereka yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu adalah syahid.

Kerana itulah saya bersedih. Saya bimbang adakah sempat saya membawa kalam Allah sebagai peneman saya di sana kelak.

Meski namanya tidaklah segah artis-artis popular, namun kerana dia adalah penjaga kalam Allah, pemergiannya diangkat dengan begitu mulia. Itulah bukti bahwa Allah menyayangi para Hufaz. Ini adalah iktibar bagi mereka yang berfikir. AFALA TA'KILUN!!!






2 comments:

Unknown said...

Pemergian seorang huffaz yg membawa takhta allah ( kalamullah ). Jujur insafi kematian dan redha hadapi kehilangan sahabat yang saya juga akan seiring ke jalannya. :(

Unknown said...

sma2 ambil ibrah...inshaAllah,trus brsmngt u truskn prjuangn mskipun shabat kte sorg tlh dijmput dahulu mnghdp Illahi tatkla usia msh muda..mski prjalnn kamu hmpir sma dgn pejuang kalamullah ini,jgn patah smgt..ini jln khidupan buatnya,jaln khidupan buat kamu tlh pn Allah rancangkn..y hidup ttp prlu truskn prjuangan..JGN PATAH SEMANGAT..Yakinlah,ALLAH MENGIRINGI PERJUANGAN BG MRK Y BERSUNGGUH2 MMPRJUANGKN AGAMA ALLAH..Allahu mustaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...