Tuesday, November 22, 2011

sape lagi kuat??? LELAKI 'or' WANITA..^_^




Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak pernah lelah dari dahulu hingga kini menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil. Apa khabar iman para pencinta ilmu sekalian? Apa khabar hari- hari para pencinta ilmu semua? Apa khabar hubungan para pencinta ilmu dengan Pencipta segala sesuatu yang Maha Agung? Bagaimana pula hubungan para pencinta ilmu sekalian dengan saudara-saudara yang lainnya? Harapan saya agar kalian semua tetap berada dalam naungan redha Allah kerana apa yang pastinya, kita akan sentiasa selamat selagi mana kita semua masih berteduh di bawah payung keredhaan Allah.

Alhamdulillah, hari-hari yang dilalui ketika ini begitu mencabar, ujian-ujian sebagai seorang penuntut ilmu, sering sahaja mendatang menjengah pintu kehidupan saya. Apa yang penting, terus mengharap dan memohon bantuan dariNya agar terus dipermudahkan jalan bagi melalui ujian yang dihadiahkan olehNya untuk hamba yang kerdil ini hadapi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

" Terdidiknya lelaki, maka akan terdidiknya seorang individu. Terdidiknya wanita, maka akan terdidiknya pula satu generasi."

Pastinya para pembaca yang dikasihi Allah sekalian, dapat menangkap apa yang ingin disentuh oleh saya pada entry kali ini. Mari kita amati sejenak, apakah yang tersirat dibalik yang tersurat dalam bait-bait kata di atas.

Siapa yang lagi kuat?LELAKI atau WANITA?

Hemm...yang mana lagi kuat? Apa jawapan para pencinta ilmu sekalian?ok...saya bagi masa 5 saat je untuk fikir jawapan...

1......2.....3.....4....5....MASA DAH TAMAT!!!

ok2..jangan gaduh-gaduh wahai para lelaki dan wanita yang Allah kasihi semuanya..
sekarang saya nak tahu apa alasan awak-awak sume ni kata LELAKI lebih kuat dari WANITA?



Soleh : Hemm..alasan saya mudah saja...bukankah Allah sudah berfirman :

الرجال قوامون على النساء (ص: 207)ى

Hemm, boleh diterima juga alasan tu, tapi saya nak tahu juga apa alasan Hafizah mengatakan WANITA lebih kuat dari lelaki?


Hafizah : Saya juga mudah untuk memberi alasan untuk menguatkan pendapat saya, bukankah wanita itulah yang melahirkan lelaki dan juga wanita-wanita yang lainnya. Dengan kebesaran Allah meletakkan wanita yang memikul amanah untuk melahirkan seseorang manusia sudah jelas membuktikan bahawa wanita itu lebih kuat dibanding lelaki.

Hemm, possible juga jawapan Hafizah. Tetapi saya perlukan jawapan yang lebih tepat daripada kedua-duanya...

Soleh & Hafizah : Haaaa....jawapan saya tak tepat ke?? (menoleh satu sama lain)

Lebih kurang begitulah...tidak mengapa, biar saya cuba merungkaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda para pencinta ilmu sume.

Wajarkah ada soalan sebegini sebenarnya?

" Manakah yang lebih kuat, LELAKI atau WANITA?"

ya...sudah tentu wajar. Namun bukanlah dilihat pada aspek yang umum. Perlu diperincikan sedikit soalannya mengikut aspek-aspek tertentu. Kekuatan yang bagaimana yang mahu kita bandingkan. Jika kekuatan dari segi lahiriah, sebagai contoh:

Jika disuruh untuk mengangkat barang - barang yang berat, lumrahnya lelaki yang lebih kuat daripada wanita. Secara kebiasaannya sahaja. Namun, kekadang ada juga wanita yang lebih kuat mengangkat barang-barang yang berat daripada lelaki. Tetapi terlalu sedikit bilangan wanita yang mempunyai kekuatan seperti lelaki malahan lebih lagi dalam mengangkat objek yang berat.



KEKUATAN HAKIKI


Tetapi tidak wajar pula jika kita mahu mengajukan soalan, siapa yang lebih kuat LELAKI atau WANITA dalam aspek kekuatan batiniah atau rohaniah. Kerana tiada yang lebih kuat diantara LELAKI mahupun WANITA dalam aspek ini melainkan mereka-mereka yang BERTAKWA tidak kiralah samada LELAKI mahupun WANITA.

ORANG YANG BERTAKWA maka merekalah yang sebenarnya yang mendapat kekuatan yang hakiki.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِير

Kita semua dipandangan Allah sama sahaja...

الإنسان كالأسنان المشاط

"manusia itu seperti barisan gigi-gigi sikat"

Tetapi yang membezakan kita hanyalah TAKWA..

Jika lelaki itu yang bertakwa disisi Allah, maka dialah yang lebih kuat. Jika wanita itu yang bertakwa disisi Allah, maka dialah yang lebih kuat.

TAKWA ADA UKURAN??

Dan tidak akan ada sama sekali ukuran bagi takwa. Hanya Allah yang paling layak untuk mengukur takwa seseorang. Hanya Allah jugalah yang paling mengetahui siapakah diantara hambanya yang sudah mencapai gelaran MUTTAQIN.

Sebagai manusia, jauh-jauhkanlah diri kita ini untuk cuba menilai takwa seseorang kerana sudah terang menyuluh bahwa kita tiada hak untuk mengukur TAKWA seseorang. Sedangkan kita sendiri tidak akan mampu mengukur TAKWA diri kita, adakah sudah sampai kita di peringkat MUTTAQIN?

WANITA JANGAN RASA LEMAH


Cukup menyedihkan apabila mendengar rintihan-rintihan wanita yang menganggap diri mereka lemah, malah lelakilah yang kuat...

Kak Zaitun: Apakan daya dik, akak tak boleh nak buat apa. Kita ni perempuan, manakan dayanya untuk membantah kata-kata lelaki. Ikutkan sahaja kehendak mereka. Memang mereka lebih kuat dari perempuan.

Dik Mai: Adik terpaksa je lah ikut cakap abang, Apa yang abang suruh, adik ikut je lah. Abang kan lelaki, lelaki lagi kuat dari wanita.

Kak Zaitun, bukan saya ingin mengajar akak nusyus (ingkar) dengan suami akak, tetapi isteri juga ada hak untuk bersuara. Juga ada hak untuk membuat keputusan. Keputusan bukan hanya diletak oleh suami. Keputusan suami perlu seiring dengan keputusan isteri. Itulah yang diajarkan dalam agama kita.

Dik Mai, mengapa adik terlalu takut dengan abang adik. Menghormati itu sememangnya perlu. Tetapi menghormati yang diajarkan dalam Islam bukan dengan hanya menuruti kehendak dan pendapat seseorang, tetapi lebih kepada menghargai pendapatnya dengan membenarkan apa yang betul dan membetulkan apa yang salah.

Wahai wanita sekalian, janganlah kalian terlalu dilemahkan dengan pelbagai propaganda-propaganda yang kebanyakannya melemahkan wanita. For instance...

"Wanita itu ibarat lilin yang sanggup memabakar diri demi memberi cahaya kepada yang lainnya"

" Wanita itu ibarat mentimun, bergolek tergolek tetap memberi kesan"

Jangan kita dibonekakan dengan propaganda-propaganda yang hanyalah melemahkan keistimewaan wanita itu. Sedangkan wanita lebih istimewa dan hebat daripada lilin dan mentimun.

" Wanita itu ibarat ladang atau sekeping tanah yang bernilai untuk dicucuk tanam"


Wanita juga mampu bergerak seiring hebat seperti lelaki tetapi dengan cara masing-masing yang telah digariskan syariat Islam.

Wanita, jangan kamu merasa lemah. Kerana Allah itu tidak menilai seseorang dari sudut jantinanya, kaya atau miskin, sihat atau sakit....tetapi Allah menilai dari sudut tinggi atau lemahnya TAQWA kamu.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...