Sunday, October 23, 2011

Wanita syurga...Akankah mendapat bidadara??





Pernah persoalan ini dilontarkan oleh seorang wanita yang tidak dapat diketahui apakah agama yang dianutinya. Sekadar ingin saya menggelarnya dengan panggilan 'R'. Jadi, dengan berani saudari 'R' melontarkan persoalannya dengan lantang di group yang membincangkan isu-isu agama Islam..

"Adakah keistimewaan wanita dalam syurga? Adakah bidadara untuk wanita di syurga? "

Pelbagai hujah yang dibahaskan oleh para mujahid dan mujahidah Islam yang sangat sensetif tatkala isu ini dibahaskan. Tika itu, saya hanya mampu membaca tiap butiran hujah-hujah sahabat-sahabat seperjuangan membidas segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh insan yang bergelar 'R' ini. Hujah-hujah yang hebat di lontarkan oleh para mujahid dan mujahidah Islam. Membuatkan diri terasa berbangga dengan agama yang diyakini dulu,kini dan selamanya.


Bukan tiada idea untuk turut menyumbangkan hujah, namun terasa masih tidak cukup kajian terhadap persoalan yang dilontarkan. Bagi menjawab sesuatu hujah juga perlukan kajian agar hujah yang ingin dibidaskan oleh kita bukan sekadar hujah yang kosong. Biar sedikit hujah kita, namun memberi kesan.

Semakin lama...mereka saling membidas, saya dapat perhatikan akan tiap-tiap butiran hujah 'R' bukan lagi semacam hujah...namun sekadar helah untuk mengelirukan pembidas-pembidas Islam yang sibuk mempertahankan hujah-hujah mereka.

Daripada helah-helah yang dilontarkan oleh 'R' membuatkan saya juga turut terfikir, mengapa tidak saya mengkaji persoalan yang cuba dilontarkan oleh 'R'. Apakah rahsia dibalik rahsia yang cuba Allah rahsiakan.

Bukankah tiap sesuatu yang Allah jadikan untuk difikirkan hikmahnya. Beruntunglah bagi mereka yang berfikir. Itulah janji Allah yang kerap kali diulang-ulang Allah dalam kalamNya.

Untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh saudari 'R' tadi, mungkin dengan kajian yang sedikit ini mampu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat.

Apakah rahsia tidak banyak dalam Al-Quran Allah menjanjikan wanita-wanita dengan bidadara-bidadara syurga sedangkan banyak di dalam Al-Quran akan janji-janji Allah terhadap lelaki-lelaki yang dijanjikan dengan bidadari-biadadari syurga.

Adakah Allah tidak adil?

Sama sekali tidak. Allah adalah yang Maha Adil. Maha bijak dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kerana Allah itu berlaku adil dan memahami, Allah tidak banyak menjanjikan wanita-wanita dengan bidadara-bidadara syurga.

Mengapa ya? Apa rahsianya?

Al-Quran itu adalah hadirnya sebagai wahyu. Al-Quran adalah kalam Allah. Kerana Allah itu maha memahami dan maha mengetahui akan kehalusan perasaan kaum wanita. Andai kepada kaum wanita selalu dijanjikan dengan janji bidadara syurga, maka tersinggunglah perasaannya, kerana wanita yang normal tidaklah banyak mengharapkan itu.

Kerana Apa wanita tidak terlalu mengharapkan bidadara syurga?

Tersebut di dalam Hadis bahawa kalau seseorang suami yang dicintai meninggal dunia, kelak akan berjumpa lagi di akhirat. Kerana itu ramai wanita yang tidak mahu berkahwin lagi kerana besar harapannya bahawa ia akan bertemu kembali dengan suaminya itu di syurga Allah. InshaAllah.

Demikian halus dan tingginya Al-Quran di dalam menjaga perasaan dan keluhuran budi wanita, sehingga seketika menyebutkan adanya bidadari laki-laki (bidadara)

..::..rujuk di dalam surah Al-Insan ayat 19,20 dan 21..::..

Dikatakan bahawa mereka itu adalah pelayan-pelayan laki-laki yang tetap muda remaja bertugas membahagi-bahagikan minuman kepada penduduk syurga, tidak disebutkan bahawa dia adalah akan menjadi suami dari perempuan yang menjadi isi syurga itu. Hanya fikiran kitalah yang dapat mengetahui sendiri apa isyarat yang terkandung dalam ayat ini.

Mari kita merenung dengan saksama, demi menjaga perasaan halus wanita, sekali-kali tidak ada terdapat dalam Al-Quran perkataan misalnya jima' atau wathie', kebanyakan hanyalah dengan menggunakan bahasa kiasan seperti tubasyiruhunna (bercengkerama), taqrabuhunna (mendekatinya) dan lain-lain.

Pada hakikatnya, keistimewaan wanita itu sebenarnya ada, cuma tidak terlihat. Digambarkan keistimewaan wanita dalam syurga dengan bahasa-bahasa kiasan yang tidak sampai menyentuh perasaan halus wanita.MasyaAllah, betapa uniknya kalam Allah. Allah s.w.t menyusun bicaranya dengan susunan yang begitu indah kerana Dialah yang paling memahami jiwa-jiwa halus seorang wanita.

Hakikatnya, di syurga Allah tidak hanya menjanjikan bidadari sebagai pendamping sang mujahid Islam, juga dijanjikan bidadara bagi mendampingi sang mujahidah Islam.Tetapi semuanya dibicarakan dengan isyarat yang halus dan mempetinggi mutu perasaan. Itulah bukti betapa agungnya mukjizat Al-Quran.

Dengan sedikit kajian ini, harap sangat Allah menggerakkan hati saudari 'R' yang bertanya " Di manakah keistimewaan wanita di syurga?' untuk membaca entry sederhana ini. Harap-harap terjawab persoalan saudari 'R'. Ini membuktikan segala helah saudari 'R' sama sekali tidak bisa menang selagi mana mukjizat agung ini (Al-Quran) berada dalam penjagaan Allah. Jangan berani-berani cuba mencabar keagungan Kalam Allah. Tiap Kalam Allah tiada yang tiada erti tidak pula sia-sia.







Sunday, October 16, 2011

..::Susun Cinta Pada Rak Hati::..




" Kenapa saya sukar nak lupakan dia?"

" Saya dah cuba...tetapi saya tak dapat lupakan dia...macam mana ni?"

" Dia...dia...selalu hadir dalam ingatan saya...saya buntu..saya nak buat apa ni?"

Menangislah seorang bidadari kecil yang dirinya baru teruji buat kali pertama dengan kehadiran cinta seorang insan bernama lelaki. Sukar baginya untuk melupakan insan itu. Buat pertama kali juga, hatinya yang suci dicalar oleh kekecewaan terhadap insan yang bernama lelaki itu.

Kasihan dia...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tiba-tiba terdetik dalam fikiran lalu tangan pantas menekan butang-butang huruf mentafsirkan setiap lintasan yang terlintas di fikiran.

Terasa ingin menyentuh tentang cinta. Bukan kerana sedang dilamun cinta. Namun, sejak akhir-akhir ini cerita-cerita cinta yang terpampang di hadapan mata, gelagat masing-masing dalam melakonkan watak sebagai pencinta dan orang yang dicintai.

Disebabkan itu, diri ingin mengexplore tentang cinta. Mengapa ada cinta??

Actually, saat ini sedang mengexplore juga assingment2 yang diamanahkan oleh lecturer. Sambil menyelam minum air. So, tak delah stress sangat tengok assingment yang melambak ni.

Bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan pada diri ini sejak akhir-akhir ni. Kebanyakannya meminta pendapat soal cinta. Ada apa dengan cinta?

Coz of that, saya yang sekarang tak delah mood nak fikir soal cinta saat ni, terpaksa meletakkan seketika dalam mood tu. Cuba untuk memahami hati-hati mereka yang sedang dihantui dengan masalah cinta.

MENGAPA ADA CINTA??

Jika ditanya soalan ini kepada saya, jawapan saya tetap akan sama sejak dahulu hinggalah kini.

Cinta itu adalah fitrah manusia. Fitrah yang telah Allah wujudkan sebagai sesuatu yang bisa menjadi penghibur buat manusia. Bisa juga menjadi penambah duka.

BILA CINTA BOLEH JADI 'PENGHIBUR?

Ketika cinta bertasbih dalam hati

Ketika cinta yang bertasbih itu diletakkan ditempat yang bisa membuatkan seseorang itu mampu tersenyum,ketawa, gembira, bahagia, tenang.


BILA CINTA BOLEH JADI 'PENAMBAH DUKA'?

Ketika cinta itu bertasbih dalam hati.

Ketika cinta yang bertasbih itu diletakkan di tempat yang bisa membuatkan seseorang itu mampu menangis, sedih, bimbang.

PERLUKAH ADA CINTA?

Untuk menjadi manusia yang normal, cinta itu perlu. Ada rasa cinta...membuktikan kita adalah manusia yang normal.

Kerana pada cinta itu ada kuasa yang mampu mengubah seseorang yang dahulunya lain menjadi seorang yang lain.

DIMANA LETAKNYA CINTA?

Cinta boleh terletak dimana-mana. Tetapi ia lebih 'power' bila diletakkan ditempat yang tersimpan dengan rapi, ditempat yang sukar untuk dicari ganti,ditempat yang boleh kita rasakan apa jua perasaan....ketahuilah tempat itu adalah hati.

KENALPASTI HATI SEBELUM MELETAKKAN CINTA....

Semua tahu,letaknya cinta pada hati. Tetapi, tidak ramai yang cuba mengemas kini hati dahulu sebelum meletakkan cinta itu.

Ikut suka je nak letak. Nak letak cinta pada hati pasti ada caranya. Supaya tidaklah cinta itu tergelincir jatuh beberapa kali. Bila selalu jatuh cinta itu, cinta itu akan kotor dan menjadi semakin lemah.

MACAM MANA PULA CINTA BOLEH JATUH?

Cinta boleh mudah tergelincir dan mudah terjatuh bila hati tidak selalu dibersihkan. Bila hati dibiarkan kotor, maka cinta mudahlah tergelincir dan terjatuh.

MACAM MANA NAK BUAT CINTA TAK MUDAH TERJATUH?

Mudah diungkap, namun payah untuk dilakukan. Perlukan pembantu yang bernama istiqamah barulah mujahadah akan kuat.

Caranya....selalu bersihkan hati. Hati kita tidak akan mampu sentiasa bersih. That's why kita perlu rajin bersihkan supaya tidak mudah cinta kita tergelincir dan terjatuh.



SUSUN CINTA PADA RAK HATI

Baju kalau kita susun cantik-cantik mesti nampak cantik kan?

Buku kalau kita susun pada raknya dengan kemas, mesti tampak kemas kan?

Jika sesuatu itu besar pasti perlukan space yang besar juga.

Jika sesuatu itu kecil, spacenye juga pasti kecil.

Begitu juga cara untuk menyusun cinta pada rak hati.

Cinta yang peranannya besar, susun pada ruangan rak hati yang besar. Sediakan space yang luas untuk cinta itu.

Cinta apakah ini???

Cinta Allah..tiada cinta yang lebih besar dari cinta ini.

Seterusnya diikuti dengan cinta Rasul dan seterusnya..... sehinggalah kepada cinta yang terakhir.

Jika di ruangan utama pada rak hati itu kita letakkan cinta yang betul (Cinta Illahi), kita tidak akan ada masalah dengan cinta-cinta yang dibawahnya.

Rak yang utama itulah yang menentukan kekukuhan cinta-cinta yang lainnya di rak-rak bawahnya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Cinta tetap akan hadir samada kita sedari ataupun tidak. Ia tetap akan hadir. Ketika hadirnya cinta, maka bijaklah menyusun cinta pada rak hati....jangan main letak je..susun molek-molek....^_^


Tuesday, October 11, 2011

~Kerana kami mencintai mereka~






Sebak seketika tatkala menonton movie tentang perjalanan hidup our Prophet Muhammad Peace Be Upon Him..Movie yang sudah beberapa kali ditonton ditayangkan lagi di dewan kuliah utama oleh lecturer saya dalam subject sirah.

Tiba-tiba sekeping layangan buah fikiran sampai di pintu fikiran. Memanggil-manggil fikiran untuk berfikir dan bertadabur sejenak. Saat sedang khusuk berfikir, mengalir air mata jernih membasahi pipi. Sebak. Terlalu sebak.

Satu persoalan melintasi di benak fikiran.

Bagaimana mujahadahmu dalam menegakkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan kini????


Merintih lagi hati. Terlalu malu tatkala mengenangkan.

Ku melihat perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang begitu hebat. Walau ianya sekadar dalam movie yang dilakonkan semula. Tetapi dapat kugambarkan betapa kuatnya mereka dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Rasulullah dihina. Tetapi tidak pernah lelah. Diteruskan jua perjuangan baginda bersama-sama para sahabat yang sangat hebat.

PENGORBANAN

Para sahabat sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan agama Islam. Demi menegakkan yang hak. demi menghapuskan yang batil.

Mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka, kepentingan mereka, kehendak mereka demi melindungi Rasulullah s.a.w.

Pengorbanan yang cukup hebat dipamerkan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam. Allah rezki kan mereka dengan sifat cinta kepada pengorbanan dalam menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil. MasyaAllah!!!




BERANI BERJUANG

Para sahabat mencontohi sifat Rasulullah yang sangat berani berjuang. Mereka kuat kerana baginda Rasulullah s.a.w sangat kuat. Kekuatan rohaniah Rasulullah s.a.w itu menyebabkan zahiriah baginda turut tampak kuat.

BILAL BIN RABH

Bilal Bin Rabh di seksa dengan diletakkan batu di atas dadanya. Dibiarkannya dijemur di tengah kepanasan matahari. Tetapi keberanian Bilal bin Rabah dalam berjuang terus menguatkan dirinya mengungkap kalimah agung....Ahad...Ahad...Ahad...

Sehinggalah Bilal bin Rabah dibeli oleh Sayidina Abu Bakr As-Sidq. Tetapi bukanlah untuk dijadikan hamba kerana tiada istilah penghambaan dalam Islam. Kerana keberanian dan keikhlasan Bilal Bin Rabh dalam berjuang, beliau dimuliakan Allah sehingga kini. Diangkat namanya menjadi insan yang dikenali sepanjang zaman. Tidak putus-putus manusia membicarakan tentang kekuatan dan keberanian Bilal bin Rabh dalam berjuang. Subhanallah!!!

KELUARGA YASIR

Yasir merupakan syahid Islam yang pertama. Kemudia diikuti oleh isterinya Sumaiyah, syahidah Islam yang pertama. Ammar, anak mereka juga diseksa, namun terselamat daripada kekejaman kafirun.Perjuangan keluarga Yasir dalam meneggakkan yang hak dan menghapuskan yang batil memberi impak yang besar terhadap seluruh manusia.

Nama keluarga mereka Yasir, Sumaiyah dan Ammar diangkat Allah sebagai insan yang mulia disisiNya. Buktinya, sehingga kini nama-nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh para ulama' juga para ahli falsafah juga disebut-sebut dalam kalangan masyarakat biasa.

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana sesungguhnya tempat kembali kalian adalah Jannah.”

Kerana keberanian dan keikhlasan mereka dalam berjuang, mereka dijanjikan Allah al-Jannah. MasyaAllah!! Khabar gembira keatas anaknya Ammar yang terlalu lemah tatkala melihat sendiri bagaimana ayah dan ibunya dibunuh dengan kejam. Rasulullah menyampaikan khabar gembira itu kepada Ammar tatkala Rasulullah datang menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh Kafir Quraish terhadap keluarga Yasir.




MEREKA PENAT??

Adakah mereka penat? Adakah mereka letih? Adakah mereka mengeluh? Adakah mereka berputus asa? Adakah mereka berhenti daripada berjuang?

TIDAK!!!!!!!

Mereka tidak merasakan penat, letih, tidak juga mengeluh, berputus asa bahkan tidak pernah mereka berhenti berjuang...

Itulah mujahadah mereka dalam berjuang.

Sangat hebat...

Tetapi mengapa kita terlalu lemah dalam berjuang. Diuji sedikit, semangat berjuang mula lemah dan akhirnya berputus asa.

Kita sudah dipermudahkan jalan untuk berjuang, mengapa masih lagi kita terasa susah untuk berjuang?

Siapa yang mudahkan jalan bagi kita?

Allah...ya sememangnya Allah...tetapi perantaraannya adalah Rasulullah dan para sahabat...

Merekalah yang bertungkus-lumus untuk memberi kesenangan dan kemudahan bagi kita untuk memperjuangkan agama Allah.

Apa yang mereka tinggalkan pada kita adalah kesenangan dalam berjuang lebih banyak daripada kesusahan dalam berjuang.


Merekalah yang menjadi tunggak utama dalam menegakkan Islam. Mereka sudah pun memulakan langkah dengan melalui pelbagai mehnah yang dasyat, sekarang tanggungjawab kita pula untuk meneruskan.

Dakwah adalah cinta mereka

Kita sudah disediakan jalan, sudah dibukakan jalan, tetapi mengapa masih terlalu malas untuk melangkah?

Tidak malukah kita menikmati kesenangan dengan bersenang lenang diatas kesusahan insan lain?

Sedarkah kita, kita lebih merasai kesenangan dalam berjuang dibanding mereka? Berdakwah zaman kini tidak sesukar dahulu, tetapi kita yang sering merasakan dakwah itu terlalu sukar. Dakwah itu akan jadi TERLALU sukar jika kita TERLALU merasakan dakwah itu sukar.

Kita tidak akan mampu menjadi sehebat mereka, tetapi kita mampu mencontohi kehebatan mereka dengan membalas susah payah mereka dengan terus tetap berjuang menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil.

Tanggungjawab mereka sudah selesai, kini tanggungjawab kita untuk menyambung perjuangan mereka yang telah pun dipermudahkan oleh mereka.

Tetaplah bermujahadah untuk menyebarkan cinta dakwah kepada seluruh manusia bagi membuktikan kecintaan kita pada Allah, Rasulullah dan para sahabat...:)







Tuesday, October 4, 2011

Tidak SELEMAH belon..Tidak SEKUAT bola..



" Kenapa awak menangis wahai belon?" Tanya si bola kehairanan.

" Saya sedih, dia menendang saya seperti dia menendang kamu." Jawab belon dalam tangisan.

" Sakit? "

" Tentulah sakit. Awak tak sakit ke kalau dia tendang awak macam tu?"

" Sudah tentu tidak. Saya tak kesah orang ingin menendang saya sekuat mana pun. Kekadang mereka membaling saya. Kekadang mereka menanduk saya menggunakan kepala mereka. Kekadang saya ditimbang-timbang oleh kaki-kaki mereka. Saya tak kesah. Saya tak sakit."

" Ya, awak kuat. Tetapi saya tidak. Saya akan jadi terlalu sakit bila saya ditendang seperti bola. Saya terlalu sensitif dengan segala yang tajam."

" Janganlah sedih. Banyak lagi kekuatan yang ada pada diri awak."

" Kekuatan? Apa dia?"

" Awak kuat bila awak tidak bersendirian. Awak kuat bila awak diikat dengan kemas."

" Awak lagi kuat. Saya tak pernah nampak awak lemah."

" Siapa kata saya kuat? Saya juga akan menjadi lemah bila tiba suatu saat kerana ketidak hirauan saya diperlakukan dengan pelbagai ragam oleh mereka. Saya akan lemah menjadi lembik bila saya sering ditendang dan ditendang dengan pelbagai cara. Sehinggalah saya akan menjadi lembik dan akhirnya saya juga akan mengempis. Itulah saya."

" Saya dan awak tetap akan musnah jika tidak dijaga dengan baik. Betul tak?"

" Ya. Lemah macam mana sekalipun tetap ada kekuatan dibaliknya. Kuat macam manapun, tetap ada kelemahan dibaliknya. Dan yang pastinya, yang lemah dan yang kuat pasti akan musnah."

Berpeluk eratlah si belon dan si bola. Terbit semangat yang menyala pada belon, dia telah mendapatkan kembali kekuatannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Itulah ibaratnya hati. Jadilah kita hati yang tidak selemah belon dan tidak sekuat bola. Jika hati kita sedang lemah seperti belon, carilah kekuatan yang ada pada belon untuk mengubati sang hati. Jika hati kita terlalu kuat seperti bola, jangan kita dilalaikan atas kekuatan itu, kerana mungkin ada insan lain yang akan terasa sakit dengan kekuatan kita itu.

Didik hati untuk tidak SELEMAH belon tidak SEKUAT bola...^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...