Beberapa hari ini saya belajar sesuatu dari seorang insan yang bernama sahabat. Belajar apa itu erti memberi. Selama ini bukan saya tidak tahu akan kelazatan memberi. Namun, sukar untuk saya rasakan dengan sebenar-benarnya akan kelazatan memberi itu. Bukan tidak tahu akan kemanisan memberi. Namun, tidak ku dapati akan kemanisan itu dengan sebenar-benarnya setelah memberi.Akhirnya,saya belajar akan erti memberi itu yang sebenarnya setelah sering kali saya menerima sesuatu barang dari seorang insan yang bagi saya sungguh istimewa.Insan istimewa ini suka memberi 'something' kepada saya. Tidak kira ketika itu ada 'event' (eg:birthday) atau tidak, ada sahaja yang akan diberinya pada saya. Bila ditanya, mengapa beri hadiah?sempena apa?jawabnya,tidak ada apa-apa. Barangkali untu merapatkan ukhuwah antara kami. Teka saya sendiri. Kekadang dalam bentuk barang, kekadang dalam bentuk makanan.
KENAPA SAYA MUDAH BELAJAR ERTI MEMBERI
Persoalannya, kenapa saya mudah belajar erti memberi yang sebenar daripada insan ini. Ini kerana, dia sentiasa memberi kepada saya sesuatu benda yang berbentuk atau berjisim (sebenarnya nak kata benda-benda yang boleh kita nampak dengan jelas, yang boleh dipegang). Dengan cara dia sentiasa memberi kepada saya apa jua barang atau benda (cnth: coklat, bingkai gambar dan sebagainya), mudah dan jelas bagi saya untuk mengenali akan erti memberi yang sebenar. Biarpun saya tidak selalu membalas pemberiannya, dia tidak jemu memberi saya dan terus memberi. Kekadang saya terfikir, dia tidak rasa menyesal ke, selalu memberi kepada saya,tetapi saya jarang sekali membalas pemberiannya.
KENAL BERI SETELAH TERIMA
Biarpun dia tidak pernah pun kata dia sering memberi untuk mengajar saya erti memberi yang sebenarnya, tetapi saya sendiri yang belajar daripadanya apabila saya sering menerima. Fikiran saya mula bergerak aktif tiap kali menerima 'something' darinya. Memikirkan sesuatu. Praktikal melahirkan Teorikal. Sungguh menakjubkan. Insan ini mengajar saya akan teori dengan praktikaliti yang sering dipraktikannya. Sering kita belajar dari teori baru ke praktikal. Tetapi saya belajar dari praktikal dahulu barulah memikirkan akan teorinya.
APA TEORI DARI PRAKTIKALNYA
Sebelum ini saya tertanya-tanya, tidak jemukah dia memberi dan terus memberi kepada saya?Mengapa dia sering memberi kepada saya tanpa jemu? Akhirnya saya dipertemukan dengan jawapannya yang bagi saya telah pun menjawab pertanyaan saya selama ini.
Benarlah bahawa memberi itu hakikatnya suatu kemanisan yang teramat lazat. Kekadang kita takut untuk memberi kerana kita fikir kita tidak dapat apa-apa keuntungan. Insan yang menerima lagi mendapat habuannya. Kita yang memberi ni dapat apa sahaja?
Namun hakikatnya bukanlah sedemikian. Kita fikir sedemikian kerana kita sebenarnya tidak mngenal erti memberi yang sebenar. Jika kita tahu, bahawa sesungguhnya, memberi itu tidak mengurangkan. Sesuatu yang boleh berkurang adalah sesuatu yang boleh bertambah. Orang yang banyak memberi sebenarnya adalah orang yang banyak menerima. Dia menerima lebih daripada orang yang menerima.
IDEOLOGI SESUATU YANG BERKURANG AKAN BERTAMBAH
Satu ideologi yang ingin saya bawakan:
Cuba kita perhatikan anak-anak pokok sayur di batas. Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti sebahagian daripadanya dicabut,dibuang,untuk memberi ruang pada sebahagian yang lain tumbuh subur. Jika semua dibiarkan tumbuh, pertumbuhan semuanya akan terbantut. Begitulah juka dengan memberi. Dari kaca mata dunia tampak apabila memberi pasti akan ada yang berkurang. Sebagai contoh kita mahu belikan hadiah hari lahir untuk sahabat kita, pastinya duit kita akan berkurang, tenaga dan masa kita juga berkurang kerana telah digunakan untuk mencari hadiah yang bersesuaian.
Namun mengapa saya katakan tadi, bahawa memberi itu hakikatnya tidak mngurangkan malah si pemberi itu hakikatnya menerima lebih daripada si penerima. Jika si penerima hanya menerima apa yang diberi oleh si pemberi itu sahaja namun si pemberi menerima habuan Allah yang lebih bernilai lagi daripada apa yang diterima oleh si penerima. Si pemberi akan dapat kebahagiaan lebih lagi daripada si penerima. Kita terkadang selalu melihat akan dari kaca mata dunia yang hanya sementara. Dari kaca mata akhirat yang hakikatnya lebih besar ganjarannya dan pastinya sesuatu yang kekal.
BELAJAR MEMBERI DARI AL-WAHHAB
Memberi bukan sahaja dengan harta, tapi juga dengan tenaga, senyuman, doa, ilmu , sangka baik, kemaafan. Hakikatnya banyak benda dan perkara yang boleh kita beri kepada siapa pun. Siapa kata kita tidak ada untuk memberi?
Kita dapat semua yang kita miliki adakah dengan kudrat yang dipinjamkan oleh Allah? Mata, tangan , kaki, tenaga, kesihatan, hakikatnya semuanya dari Allah. Sebenarnya, tanpa kita sedari kita adalah saluran Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hambaNya yang lain. Bersalah sungguh jika kita enggan memberi sesuatu yang bukan hak milik kita. Kerana Allah yang pemilik kepada segalanya juga menyuruh kita untuk memberi sebanyak-banyaknya daripada apa yang Dia pinjamkan kepada kita. Tidak malukah kita, kita yang bukan pemilik yang sebenar hanya sebagai peminjam tidak mahu memberi?
Tidak perlu kita mengharap balasan setelah memberi. Lihat bagaimana Allah, memberi dan terus memberi nikmat-nikmatnya biarpun ramai yang tidak mensyukurinya. Mengapa Allah terus memberi sedangkan terlau sedikit yang bersyukur?
Allah tidak mengharapkan balasan daripada hambaNya kerana Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari hamba-hambaNya. Tetapi kenapa Allah perintahkan hamba-hambaNya untuk bersyukur dengan nikmat-nikmatNya dengan menggunakannya dengan cara yang betul setelah itu memberi pula kepada hamba-hambaNya yang lain?Adakah itu menunjukkan Allah memerlukan sesuatu balasan daripada hamba-hambaNya?
Tidak, sekali-kali tidak. Allah tidak memerlukan apa-apa daripada hamba-hambaNya. Bahkan Allah hanya ingin melihat hamba-hambaNya bergembira mendapatkan semula balasan baik setelah menggunakan dan memberi nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya kepada hamba-hambaNya yang lain.
Jadi Allah tidak dapat apa-apa setelah memberi? Sungguh, Allah memang tidak memerlukan apa-apa daripada hamba-hambaNya. Dia yang memiliki segalanya. Lihat bagaimana Allah mnagajar kita untuk murah dalam memberi kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dalam memberi.
"Memberilah. Kerana sesiapa yang tidak memberi ertinya dia tidak memberi kepada dirinya sendiri"
2 comments:
Sekadar renungan bersama.......Dalam pemberian kita terlalu mengharapkan untuk dibalas, bukan? Kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih kita akan kecewa setelah memberi? Adilkah kita dilupakan setelah memberi? Persoalan tersebut berbalik kembali kepada diri kita. Setelah sekian banyak nikmat yang Allah berikan, sedikit sekali daripada kita yang bersyukur. Allah sendiri menegaskan sedikit sekali daripada hambaNya yang bersyukur. Adilkah kita? Kita mengharap untuk ucapan terima kasih tetapi Allah yang Maha Besar tetap memberi walaupun hambaNya tidak bersyukur.
Slm..maaf sgt2 lmbt komen.Tahniah..terima kasih pd pemberi dan penerima.Memberi..byk bentuk utk disebut.Namunn,Allah Maha Kuasa jua berkehendak memberi pd hamba-Nya krn Dia Maha Pemurah.kita mnusia yg bertuah..Alhamdulillah..sgala nikmat-Nya sentiasa membuat kita terharu..syukran.
"perbuatan lbh memberi kesan drpd ucapan".
Post a Comment