Assalamualaikum w.b.t
Moga dalam pelukan rahmat Allah.
========================================================
Kak, kenapa saya masih keliru ye?
Awak dah buat istikharah ke belum?
Alhamdulillah, sudah kak. Tapi still keliru.
Hemm..ni mesti awak tak buat istisyarah kan?
Istisyarah?
Ye, istisyarah.
Istisyarah tu apa kak? Blur Qaseh seketika.
Istisyarah tu maksudnya meminta penerangan.
Minta penerangan? Qaseh masih tidak jelas dengan penerangan Aisyah.
Ye, penerangan. Dengan bahasa mudahnya, minta pandangan orang lain.
oo..jadi saya perlu minta pandangan orang lain untuk istikharah saya ni?
Ya, ramai orang sibuk ber'istikharah' . Tetapi lupa untuk beristisyarah. Istikharah dan istisyarah saling diperlukan dalam membulatkan satu keputusan yang pasti.
Oo. first time saya dengar istilah istisyarah tu kak. Selama ni saya cuma tahu, bila nak buat pilihan kita perlu istikharah.
Hemm...istikharah, istikharah, istikharah sampai lembik...
Eh, kenapa pula akak kata macam tu? Istikharah boleh buat kita rasa lembik ke kak?
Tak. Bukan itu maksud akak. Maksud akak, orang yang sibuk beristikharah dengan meninggalkan istisyarah, bila tiba satu saat dia tidak akan pernah berjumpa kata putus untuk istikharahnya. Akhirnya, istikharahnya menjadi lembik dan tiada keputusan yang diputuskan dengan baik.
Ooo..
Sebab tu istisyarah menjadi gandingan istikharah. Untuk membuat keputusan yang baik kita perlukan istisyarah. Perlu bertanya pandangan orang-orang yang kita rasakan lebih arif atau faqih ataupun mereka yang kita percayai. Tak semestinya juga istisyarah itu dalam bentuk bertanya pandangan orang lain, juga melalui pembacaan, kajian dan sebagainya. Daripada situlah kita akan mampu membulatkan satu keputusan yang baik.
Ooo, jadi kak, kalau saya buat istisyarah dan istikharah, saya pasti akan dapat buat keputusan yang tepat. Macam tu ye kak?
Tidak juga dik.
Eh, kenapa pula? Qaseh terkebil-kebil. Keliru dengan mood jawapan Aisyah.
Sebab kita manusia yang hanya mampu merancang selayaknya kita sebagai manusia yang tetap banyak kelemahan sana sini. Allah juga sebaik-baik perancang. Tapi, dengan beristikharah dan beristisyarah yang betul kita akan dapat satu jawapan yang baik dan menenangkan kita. Jawapan yang baik itu adalah jawapan yang membuatkan hati dan jiwa kita berasa tenang. Itu mungkin petanda baik daripada Allah. Apa pun, selebihnya serahkan pada Allah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Oo..Faham.Tapi kan kak.
Ye, apa yang awak fikirkan?
Perlu ke kita meminta pandangan orang lain. Sedangkan pandangan orang belum tentu tepat. Dan pandangan orang lain selalunya banyak khilafnya. Bukankah dengan beristikharah sahaja sudah memadai, sebab kita meminta pandangan langsung daripada Allah.
Kemudian macam mana awak mentafsirkan pandangan langsung daripada Allah untuk membulatkan satu keputusan?
hemm...dengan berfikir sendirilah.
Awak rasa awak mampu membuat keputusan sendirian tanpa bantuan yang lain?
Tapi Allah kan yang bantu saya untuk berfikir.
Awak pasti pada ketika awak berfikir sendirian membuat keputusan itu, Allah sedang membantu awak?
Ha..entah. Eh, pening pula kepala saya fikir.
Awak sendiri dah mula pening berfikir sendirian. Macam mana awak nak membulatkan satu keputusan sendirian tanpa meminta pandangan orang lain. Maksud akak bukanlah bermakna kita tidak percaya pada bantuan Allah. Tetapi bimbang apabila kita hanya menggunakan akal kita sendirian untuk berfikir tanpa merujuk pandangan-pandangan yang lain atau sumber-sumber tertentu, bimbang kita akan berfatwa dengan pandangan a'kli semata. Belum tentu lagi fikiran kita ini fikiran yang bersih. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga merujuk pandangan Para Sahabat untuk membuat satu-satu keputusan.
"Ikhtilaf Umatku adalah rahmat"-Rasulullah S.A.W- |
Hemm...
Ya, perbezaan pandangan sesama manusia itu tetap akan ada. Tetapi dari perbezaan itulah yang mencipta satu pemikiran dan pandangan yang jauh daripada diri kita sendiri. Kita akan mampu melihat dan membandingkan pandangan-pandangan yang ada, seterusnya menilai satu persatu dan akhirnya kita akan mampu mencipta satu keputusan yang baik. Perbezaan ataupun khilaf itu indah dik. Kerana itu Allah menciptakan pelbagai perbezaan dalam dunia ni. Berbilang-bilang bangsa, pelbagai warna, bentuk, rasa dan sebagainya. Semua itu dicipta untuk kita berfikir.
Cipta Satu IDEA yang besar daripada IDEA2 yang kecil |
A'a kan. Saya pun rasa tak mampu nak berfikir sendirian.
Qaseh termenung seketika. Di dalam fikirannya bersarang lagi persoalan.
Ha,,awak fikir apa lagi Qaseh? Senyum Aisyah. Mula mengagak masih ada persoalan yang terselit di fikiran Qaseh.
Hehe...ada lagi Qaseh nak tanya..boleh ke kak?
Tanyalah dik, mana akak mampu jawab, akak jawab.
Macam mana kalau Qaseh dah buat keputusan. Lepas tu Qaseh buat lagi istikharah. Then, dapat jawapan lain pula. Macam mana ye kak?
Kenapa pula Qaseh perlu beristikharah lagi setelah membuat keputusan?
Saja untuk kepastian.
Jika tak bersedia untuk membuat keputusan yang pasti, kenapa memilih untuk membuat keputusan.
Huuh..maksudnya kak?
Qaseh, akak nak tanya. Umpanya Qaseh diberi pilihan samada untuk menjahit baju kurung pahang ataupun baju kurung biasa. Qaseh pun buat pilihan untuk menjahit baju kurung pahang. Then, Qaseh pun bermulalah operasi memotong dan membuat ukuran baju dan sebagainya. Ketika dalam proses pencantuman, tiba-tiba Qaseh berhenti. Qaseh terfikir menyesal pula membuat baju kurung pahang. Qaseh mula rasa susah, bosan dan sebagainya. Jahitan Qaseh sudah hampir siap. Pada pandangan Qaseh, Qaseh ingin meneruskan lagi atau berpatah balik menjahit baju kurung biasa pula. Qaseh nak buat yang mana?
Hemm...mestilah teruskan. Sudah separuh jalan dah pun. Membazir la kain tu. Membazir waktu lagi.
Jadi, Qaseh faham kan apa yang akak maksudkan.
Oo..Faham kak.
Ye, begitulah dik. Bila kita dah membuat satu-satu keputusan. Bila sudah sampai dipertengahan jalan jangan pula disebabkan perkara-perkara yang tak sepatutnya kita fikirkan kita berubah membuat keputusan yang lain. Kan lebih baik kiranya kita tetap dengan keputusan kita dan cuba untuk menjadikan keputusan kita itulah yang terbaik untuk diri kita. Seterusnya perbaiki apa yang patut tanpa melarikan diri daripada keputusan yang kite sudah putuskan.
Jadi kak, maknanya, bila kita dah buat keputusan memang dah tak boleh berpatah balik terus.
Tidak juga begitu. Tiada siapa melarang untuk kita membuat keputusan yang lain jika kita rasakan keputusan yang lain itu yang lebih baik, berada di pertengahan itu lebih baik. Tidak terlalu taksub dengan keputusan kita, tidak pula menolak keputusan-keputusan yang lain.
Tetapi kan lebih elok kiranya sebelum kita membuat keputusan, kita perincikan dengan baik dahulu. Adilkah kiranya kita sudah membuat keputusan kemudian barulah kita ingin menilai buruk baiknya. Ini bukan cara yang baik. Timbang tara satu-satu keputusan itu dahulu sebelum kita ingin membulatkan satu-satu keputusan.
Huh...Susah juga ye nak buat keputusan yang tepat.
Kita mungkin tidak mampu untuk membuat keputusan yang TEPAT, tetapi kita mampu, membuat keputusan yang PASTI.
Membuat keputusan yang salah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung. Tidak membuat keputusan petanda takut untuk bertanggung jawab! -Ustaz Pahrol Juoi-
================================================================