Assalamualaikum w.b.t.
Doa dipanjatkan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sedang semangat berjuang menelaah segala kitab dan handout. Moga kalian tetap terus bersemangat sehingga ke detik final paper.
Dalam kesempatan yang masih berbaki ni, saya mohon doa dari sahabat-sahabat, juga doa dilayangkan dari saya buat sahabat-sahabat. InshaAllah kita saling mendoakan kerana kita tidak tahu doa siapa yang bakal dikabulkan Allah.
Special for my housemate, classmate and students of faculty syariah n law (course fiqh n fatwa khususnye) ,juga buat sahabat2 bugisiah n MJ yang berada di USIM, n last but not least for USIM's Student...jOm fight for these subject (FIFA student ~esp for my batch~) n ape2 jua subject y kita sedang perjuangkan...capai target masing-masing..jom kita doa sama-sama..
بسم الله الرحمن الرحيم
" Ya Allah permudahkan kami untuk menjawab soalan- soalan dalam subject-subject ni....
Akhlak dan Tasawwuf
Creative Thinking and Problem Solving
Al-Akhwal As-Syahsiah (Islamic Family Law)
Malaysian Studies
Principle of Food Science
Qawai'd Fiqhiyah
Fiqh Munakahat
Mabahith Al-Adillat Al-Ahkam
Terangkan hati kami untuk dilapangkan fikiran dan ingatan kami. Kami tiada siapa yang mampu membantu melainkan Engkau ya Allah. Engkaulah sebaik-baik pembantu kami. Temanilah kami ketika kami sedang sibuk berjuang di medan peperiksaan.
Ketika kami lupa, ingatkanlah. Ketika kami buntu, mudahkanlah. Ketika kami keliru, terangilah. Ketika idea kami mencurah-curah, kekalkanlah. Ketika kami terasa mampu menjawab dengan baik, peringatkan kami agar tidak merasa terlalu selesa dengan nikmat itu.
Sungguh ilmu-ilmu ini adalah ilmuMu ya Allah. Ilmu-ilmu ini adalah milikMu ya Allah. Maka bantulah perjuangan kami dalam memegang tanggungjawab untuk mendalami ilmu ini.
Kami berjuang kerana menagih kejayaan buatMu ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah yang telah memilih kami untuk mendalami ilmu-ilmu ini. Dan tidaklah Engkau tetapkan sesuatu amanah kepada kami melainkan mengikut kesanggupan kami. Kami tahu kami mampu memikul tanggungjawab ini kerana kami yakin dengan janjiMu ya Allah.
Ya Allah, kurniakan kami kejayaan sepertimana kejayaan-kejayaan yang telah Kau berikan sebelum ini, malah kami pinta agar kami diberikan kejayaan yang lebih baik dari kejayaan sebelum ini.
Jadikan kami hamba yang tidak jemu berikhtiar dan tidak jemu bertawakal seterusnya bersyukur atas segala qada' dan qadar yang telah Engkau tetapkan buat kami sejak dulu. Jadikan kami bersyukur tatkala kami berjaya. Jadikan kami redho tatkala kami gagal.
Ya Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala bisikan hamba-hambaNya samada yang disembunyikan dalam dada mahupun yang dizahirkan melalui lisan mahupun tulisan, maka perkenankanlah hajat kami. Sesungguhnya tiada siapa untuk kami meminta dan mampu memperkenankan hajat kami melainkan Engkau ya Allah ya Rabbana. Ameen..
<