Wednesday, February 22, 2012

..::Duniaku untuk Akhiratku::..



Assalamualaikum w.b.t...may Allah bless all of you with His Rahman and Rahim..:)

Lama menyepi bersama menghidupkan dunia blog. Alhamdulillah, kesempatan dan ruang yang Allah kurniakan seketika ini digunakan sebaik mungkin bagi mengisi ruang-ruang hati yang barangkali sudah mula dikotori habuk-habuk mazmumah. Perbaharui niat tiap kali kita diberi kesempatan menghirup udara segar kepunyaan Allah. Moga hari ini adalah hari menjadi hari yang bermanfaat buat kita dalam mengisi ruang waktu yang dipinjamkan Allah seketika cuma...

Syeikh Ibn Athai'lah pernah berkata...

" Perjalanan hakiki akan menjadi singkat manakala engkau lipat jarak dunia darimu, sehingga engkau dapat melihat akhirat lebih dekat kepadamu berbanding dirimu sendiri "

Ketika jantung masih diizinkan olehNya untuk berdegup, ketika itu jua kesedaran hadir betapa diri semakin menghampiri perkampungan abadi. Di akhirat sana kelak akan kita semua dikumpulkan tanda kasih Allah tanpa tiada seorang pun dalam kalangan kita yang akan ditinggalkan senderian di dunia yang fana.

Bersedia atau tidak....kita tetap perlu bersiap sedia untuk kembali ke tempat asal yang lagi abadi...

" Innalillah wa inna ilaihi rojiun "

Setiap hari hati bangkit berkata...." Hari ini ku ingin berhijrah " kerana kesedaran akan kembali ke pangkuanNya kelak.

Namun langkah sentiasa dihentikan oleh zalimnya nafsu...


" Pangkal segala maksiat, kelalaian dan syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pangkal dari segala ketaatan, kewaspadaan dan kesucian adalah engkau tidak redha terhadap hawa nafsu"

- Syeikh Ibn Atha'ilah-

Ingat kembali dua peranan utama kita dihidupkan...

PERANAN SEBAGAI HAMBA ALLAH

Firman Allah yang bermaksud: " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepadaKu " (Az-Zariyat 51:56)

Ibu pernah berpesan...." hakikatnya, apabila rahim ibu membenihkanmu, hal ini bermakna pengabdianmu kepada Allah telah ditakdirkan. "

Tugas sebagai hamba adalah untuk memperhambakan diri (beribadah) kepadaNya. Menyerahkan seluruh pengabdian jiwa kepadaNya.

PERANAN SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Ingatkah kita akan dialog antara Allah dan para Malaikat...

Maksudnya : '' Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di bumi ". Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): " Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikanMu?" Tuhan berfirman: " Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui "

Apabila kita dilantik menjadi hamba, maka kita juga telah dilantik sebagai khalifahNya untuk mentadbir alam ini dengan adil. Itulah pula tugas kita sebagai kkhalifah Allah.

MASIH JELAS...

Masih jelaskah kita akan dua peranan utama yang perlu diutamakan dahulu? Hati kekadang jawab ya...kekadang jawab tidak...

ini tidak adil...tidak adil...tidak adil....~yuna~

Kita akan dianggap tidak adil bila hanya memikirkan tentang perjalanan kita di dunia sahaja...

" After degree ni nak wat pe ye? Nak sambung master or nak kerja terus ek? Hemm...x pun, kawen je lah.."

Salah ke nak fikir tentang dunia???

Siapa kata salah...memang tak salah. Kita memang perlu memikirkan soal perjalanan kita di dunia kerana dunia adalah jambatan bagi kita menuju ke akhirat. Tapi tak adil lah sekiranya, dunia kita jadikan jambatan untuk dunia juga..





Aturlah urusan dunia dengan sebaiknya bagi membawa bekal yang baik sebanyak-banyaknya ke kampung akhirat kelak yang abadi. Sedarlah, kita tak akan berpatah balik ke dunia.Tak akan ada kesempatan untuk mengutip kembali buah-buah hikmah yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan di dunia.

Di mana lagi tempat untuk kita beramal soleh? Jika bukan di dunia. Akhirat hanyalah tempat perhitungan . Syurga atau neraka pula menjadi tempat untuk kita beristirehat. Dunia bukan tempat untuk kita berehat, tetapi tempat untuk kita bekerja bagi menuju suatu tempat perhitungan yang akan ditentukan di manakah tempat beristirehat yang paling sesuai dengan amalan-amalan kita di dunia.




Suatu kata yang mudah diungkap, namun terasa berat untuk menunaikannya

" Duniaku untuk Akhiratku"






Wednesday, February 15, 2012

dAri kAkaK u aDik.." maBrOok"

Assalamualaikum w.b.t....dah lame sungguh tak menjenguk blog ni, disebabkan kekangan yang tidak mengizinkan..sekadar perkongsian ringkas ingin dikongsi. Sebenarnye link ni ernie musliana: keputusan peperiksaan my sister bagi kat saye, jadi sekarang saye nak share pada sahabat-sahabat pule..especially bagi mereka yang bakal atau sudah mendapat result u semester lepas bagi mane2 ipta or ipts...pape pun result yang kita dapat or kawan kte dapat...just say it ..." mabRoOk...mabRoOk....maBrOok..congratulatiOns tO yOu"...then..smile :)~~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...