Wednesday, January 2, 2013

..:: i trust You ::..

Assalamualaikum semua, moga tetap segar dalam rahmat Allah. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita ruang waktu untuk terus beribadah dan beramal untukNya. Bersyukur masih dapat menghirup udara 2013. Moga lembaran baru ini dilakar dengan pena yang lebih tajam melakar lakaran-lakaran indah.


===============
Adalah sebuah kerinduan yang beraja untuk semakin dekat kepadaNya....

Untuk selalu memperbaiki diri, untuk terus belajar, berfikir dan bekarya untuk hari ini, esok dan selamanya selagimana nafas ini diberi pinjam olehNya....

Penutup lembaran 2012 sudah berlalu....2013 melakar lembaran baru...

**************************************
19 Safar 1434/ 1 Jan 2013 @ taman pengajian 
******************** ******************
Berhenti berehat seketika selepas beberapa hari ditemani dan menemani buku- buku. Selagi ada masa untuk menyiapkan persiapan sebelum memasuki medan jihad untuk semester kali ini akan aku usahakan untuk bekalan yang mantap.

Melihat kalendar 2013...

" Tak lama dah nak habis belajar ni. Rasa macam baru je start belajar kat sini, cepatnya masa berlalu. "

Pelbagai perasaan yang bercampur bila berfikir perjalanan hidup ini. Perancangan sudah mula disusun kemas dalam diari hati ini, tanpa menafikan perancangan Allah jauh lebih teratur dan tersusun kemas lagi buat perjalanan kehidupan ini.

Mengapa Allah izinkan juga kita untuk merancang kehidupan kita sedangkan perancangan Allah sudah lama tersedia di luh mahfuz buat diri kita.

Ya, sememangnya Allah sudah menyediakan perancangan buat tiap hambanya, namun keizinan Allah ini bukti Allah menghargai hambanya yang bernama manusia. Kerana manusia itu diciptakan istimewa berbanding makhluk lain. Diberikan olehNya buat manusia akal untuk mengatur kehidupannya. 




Bersungguhlah merancang perjalanan kehidupan kita dengan menggunakan akal yang Allah anugerahkan. Itu sebagai bukti cinta kita dan rasa syukur kita kepada Allah. Jika perancangan kita semuanya bersandarkan kepada Allah, pastinya perancangan kita tidak akan lari jauh malah mampu berjalan seiring sebagaimana perancangan Allah. Kerana  fitrah manhusia itu jika bersandarkan Allah pastinya ia akan tepat seperti kehendak Allah.

Baiknya Allah....

Walaupun Allah berikan kita lesen untuk memandu kehidupan kita sendiri, tetapi Allah tetap mengawalnya dengan memerhati dan mendengar. 

Baiknya Allah....

Tidak dibiarkan kita sendirian memandu kehidupan ini. Dikawal baik dalam pandangan dan pendengaran Allah.

Baiknya Allah...

Apabila kita silap membuat pilihan dalam hidup, Allah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. 

Baiknya Allah...

Apabila kaki silap melangkah, Allah mencipta jalan-jalan baru yang lebih luas untuk kita mampu mencipta langkah yang lebih tepat.

Baiknya Allah.....

Apabila apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita inginkan, Allah sediakan harapan-harapan baru yang  jauh lebih baik.

Tidak mampu diri ini menghitung luasnya kebaikan Allah. Terlalu banyak kebaikan Allah yang telah Allah sediakan untuk hambanya, namun terlalu sedikit hambanya ini mensyukuri.

" Ya Allah, aku merancang kehidupan ku begini dan begini. Tetapi apa yang aku dapatkan tidak seperti yang aku harapkan...." keluh si hamba...




" Wahai hamba Allah, Allah menciptakan kita akal. Itu anugerah Allah buat kita. Keluhanmu itu mampu dipadamkan dengan hanya kamu menggunakan akalmu dengan baik." 




Diriwayatkan bahawa Amar b. Ka'ab  dan Abu Hurairah r.a datang kepada Rasulullah s.a.w . Keduanya bertanya,

" Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling alim? Baginda menjawab, orang yang berakal. Mereka bertanya lagi. Siapakah orang yang paling utama? Nabi menjawab, orang yang berakal tiap sesuatu itu mempunyai alat dalan alatan orang yang beriman adalah akalnya . Tiap-tiap kaum mempunyai tujuan, dan tujuan utama bagi para hamba ada pada akalnya."

Tiada manusia tanpa akal tetapi ada manusia yang tidak berakal. Kerana tidak berakal maka tiadalah tujuan hidupnya. Kerana tujuan hidup letaknya di akal. 

Kita memang tidak mampu merancang sama sebagaimana perancangan Allah. Kerana perancangan Allah itu menjadi rahsia Allah. Tetapi kita mampu merancang menurut kehendak Allah dengan menggunakan akal anugerah Allah buat hambanya. 

Apabila kita mampu menggunakan akal dengan baik, maka kita akan mampu merancang dengan baik dan akhirnya tujuan hidup kita akan jelas.

==================================

***monolog hati***

Aku merancang hidupku dengan akalku, sedang akalku merancang tujuan hidupku. 

Mengharap perancangan ku ini menurut perancangan Allah. 

Jika tidak seperti pengharapanku, maka hadirkan seluas lautan keredhaan

Hakikat hamba yang hanya mampu merancang dan mengharap

*** ishtiyaq_solehah***

****************************************
2 Jan 2013/20 Safar 1434 @ kemendungan hujan.
****************************************












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...